CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8060|Reply: 35

Shayna Wan Zaid

[Copy link]
Post time 31-1-2007 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Shayna popularkan lagu Melayu di Amerika
                        31-01-2007 11:13:39 AM                                                        
                                Wahida Asrani

Mungkin nama Shayna Wan Zaid tidak sepopular penyanyi-penyanyitempatan yang lain.

Danramai juga yang tidak mengetahui bahawa gadis berusia 22 tahuninisebenarnya telah pun mencipta nama di New York setelah melahirkanalbumsulungnya, Beyond Borders pada Februari tahun lalu.

Albumberkonsepkan R&B/Soul itu ternyata telah meletakkan namaanakkelahiran Malaysia ini sebaris dengan artis-artis antarabangsa yanglain.

Terbaru, bekas pengacara rancangan 'Speak Up' yang pernahditayangkan diTV3 kira-kira tujuh tahun lalu ini akan kembali denganalbum keduanyayang bakal diterbitkan oleh The OZONE Productions di NewYork.
Menariknya, album terbarunya kali ini akan menampilkanbeberapa buahlagu yang mengandungi gabungan lirik bahasa Melayu danInggeris, yangmenyaksikan kolaborasi sulung Shayna bersama penyanyirap tanahair,Shazzy dan JFK.
Album tersebut juga akan memuatkan pelbagai rentak etnik tradisional yang digabungkan dengan elemen moden.



Shayna kini sedang mencipta nama di Amerika

"Sayamemang sudah lama ingin buat projek seperti ini sebab sayasentiasabangga dengan instrument tradisional kita. Malah, di dalamalbumpertama dulu turut saya selitkan elemen gamelan untuk salahsebuahlagu, Satisfied.


"Seronok sebenarnya dapat lakukansesuatu untuk kenalkan budaya kita dinegara luar," ujar Shayna ketikadihubungi oleh mStar Online baru-baruini.


Shayna sebenarnyatelah lama berkecimpung di dalam bidang seni, sejakdia berada diMalaysia lagi. Dari pementasan teater hingga ke nyanyian,gadisini sudah mula menjinak diri dalam beberapa bidang seni sejakberumurenam tahun lagi.


Dia juga pernah terbabit dengan pementasan diActor's Studio dan menjadimodel untuk iklan-iklan komersialsebelum mula menyanyi ketika berumur14 tahun di sekitar KualaLumpur bersama Faradhiya dan Phat familyseperti Too Phat dan Ruffedge.


Setelahberhijrah ke Amerika bersama keluarganya enam tahun lalu, Shaynaterusbergiat aktif di dalam bidang nyanyian di sampingmeneruskanpengajiannya di Berklee College of Music.


Di kolej tesebutlah,Shayna mengenali Jay Deasel, orang yangbertanggungjawab mengenengahkannamanya di dalam industri muzik danmenjadi tunggak utama penghasilanalbum Beyond Borders.


Jay Deasel juga adalah penerbituntuk album kedua Shayna yang sedang didalam proses rakaman lagu dandijangka akan dipasarkan pada tahun inijuga.
Album kedua Shayna akan memuatkan pelbagai rentak etnik tradisional yang digabungkan dengan elemen moden
Menurutanakkedua dari lima beradik ini, walaupun album pertamanya itutidakdipasarkan di Malaysia, dia amat berharap agar album terbarunyanantiboleh didapati oleh peminat-peminatnya yang berada di negara iniyangselama ini tidak putus-putus memberi sokongan kepada Shaynamelaluilaman webnya di http://www.myspace.com/ShaynaZaid

Lancarkan lagu single di Malaysia pada Mac ini
Atassambutan yang menggalakkan dari peminat-peminatnya di Malaysia,Shaynaakan kembali ke tanahair pada Mac ini untuk melancarkan lagusinglepertama dan muzik video 'Kali Pertama', yang menampilkan Shazzydan JFKsebagai penyanyi jemputan.


Lagu tersebut juga akan dimuatkan didalam album terbarunya nanti yangakan menyaksikan Shayna terlibatsebagai salah seorang pencipta danpenulis lirik untuk beberapa buahlagu.


"Tidak sabar rasanya untuk 'balik kampung'. Sebenarnya sayapatutberterima kasih kepada Shazzy dan JFK kerana mereka banyakmembantu sayasecara moral dengan memberi kata-kata semangat agar sayamembuat sesuatuuntuk negara sendiri.


"Inilah peluang terbaikuntuk saya lakukan demikian dan kembali ke tanahair saya. Sayaakan cuba berkongsi pengalaman yang saya kutip sebagaipenyanyi di NewYork," kata Shayna yang masih menyematkan budaya sebagaianak Melayudan tidak pernah lupa memperkenalkan Malaysia disebarangpersembahannya di sekitar Amerika.


Tambahnya lagi, perkenalan antara dia dan kedua-dua penyanyi itu bermula ketika lagu single dari album pertamanya, Sweet While It Lasted dipasang di stesen radion X-Fresh dan Hitz.FM pada sekitar Julai tahun lalu.
Shayna bergandingan dengan Shazzy dan JFK untuk sebuah lagu Melayu, 'Kali Pertama'
Tertarikdengankelainan muzik yang diperkenalkan oleh penyanyi itu, Shazzy danJFKkemudiannya cuba menjejaki gadis itu menerusi pengurusnya di NewYork.
"Dari situlah akhirnya terhasi 'Kali Pertama'. Lagu tersebut sangat menarik.


"Shazzydan JFK juga sanggup terbang ke New York baru-baru ini untukmenyiapkanprojek kolaborasi kami dan mereka turut terlibat di dalampembikinanmuzik video lagu ini di mana kami menjalani penggambaranvideo ini diNew York dan Toronto," ujar Shayna.


Muzik video tersebutdiarahkan oleh beberapa penerbit video darisyarikat penerbitan, TheDigitalist dari Canada. Lagu 'Kali Pertama'juga dijangka akan muladiputarkan di stesen radio Hitz.FM pada Februariini.


Lebih menarik, satu filem realiti travelogue yangmemaparkan perjalanan mereka sepanjang menyiapkan projek tersebutjuga akan disiarkan di Astro tidak lama lagi.  
Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Shayna boleh melayari laman web www.DeaselMusic.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 02:45 PM | Show all posts
wah menarik ni,,dengan pakej plak tue,,PANAS plak karang artis local,,heee
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 03:34 PM | Show all posts
bukan twin ke dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 05:34 PM | Show all posts
minah salleh rupanya dia ni...first pic tu..dia pakai stokin pelacur ker? tight jogging...atau tight CT dan Nurul pakai masa mentor vs mencari bntang endon tu....
Apapun sedap ke sore minah ni.....okla dah glemor kat New York...bukan senang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 07:37 PM | Show all posts
dia ni dulu sebelum pegi new york,dia ade group dgn farahdhiya..diaorg berdua..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 07:44 PM | Show all posts

Ni Shayna SPEAK UP! kan ?
Nak dengar lagu dia pegi kat myspace dia
Tak ingat lak address :stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2007 12:27 PM | Show all posts

Reply #6 houdini's post

kat artikel atas tu dah terang2 tulis..

http://www.myspace.com/ShaynaZaid
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 12:35 PM | Show all posts
bukan dedulu dah ada org cite ke pasal minah nie..
anyway..
tahniah ye kak shayna kerana popularkan lagu melayu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mint_mean This user has been deleted
Post time 1-2-2007 01:30 PM | Show all posts
sexy ar! kene ikot pasaran US kot.
bile nk kluar TRL ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 11:22 AM | Show all posts
Originally posted by mawar_pinky at 1-2-2007 12:27 PM
kat artikel atas tu dah terang2 tulis..

http://www.myspace.com/ShaynaZaid


Alamak.. tak perasan lak
Baca laju sangat

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 11:43 AM | Show all posts
dah dgr lagu2 dia

leh tahan ...
tp aku rasa vokal dia sesuai la nyanyi lagu2 camtu
kalu balada tk tau la.. :bgrin:.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2007 01:02 PM | Show all posts
Shayna bergelar 'international star' dalam usia 22
23-03-2007 11:41:52 AM
Wahida Asrani  

Enam tahun tidak pulang ke tanahair, ternyata tidak menjadi satu alasan untuk Shayna Zaid melupakan negara kelahirannya ini.

Walaupun kini, gadis berusia 22 tahun ini sudah pun bergelar 'international star' setelah mencipta nama menerusi album pertamanya Beyond Borders di New York pada Februari tahun lalu, nampaknya nama 'Malaysia' masih tersimpul erat di dalam hati Shayna.

"Saya akui, seronok sebenarnya bergelar bintang antarabangsa kerana itu adalah salah satu impian saya sejak kecil lagi. Tetapi, bagi yang mengenali diri saya, mereka tahu saya sering membawa nama negara dan budaya kita di mana-mana show yang saya lakukan di sekitar US.

"Boleh dikatakan semua orang yang mengenali nama Shayna Zaid di sana tahu saya adalah orang Malaysia. Memang pada mulanya, saya hadapi kesukaran juga sebab mereka selalu tanya di mana Malaysia?

"Bagi saya, international star itu adalah sekadar gelaran, saya sentiasa ingat asal-usul saya sejak mula-mula datang ke New York lagi. Jika tidak, masakan saya sanggup nyanyikan lagu Kau Ilhamku, nyanyian Man Bai di kebanyakan show saya," ujar Shayna ketika sessi temubual di Menara Star, baru-baru ini.


"'International star' itu adalah sekadar gelaran," - Shayna (Foto The Star oleh Sia Hong Kiau)

Shayna kini kembali ke tanah air bagi mempromosikan single pertama Kali Pertama yang dipetik dari album keduanya, Half The World Away yang menampilkan Shazzy dan JFK sebagai penyanyi jemputan.

Kata bekas pengacara rancangan 'Speak Up' yang pernah ditayangkan di TV3 kira-kira tujuh tahun lalu ini, album keduanya ini amat istimewa kerana ia dedikasi khas untuk kenalan dan peminat di Malaysia.

"Disember lepas, saya terfikir untuk kembali ke sini dan lebarkan lagi kerjaya saya di negara sendiri. Saya hantar lagu single saya di stesen radio di sini. Tidak sangka walaupun tanpa sebarang promosi, saya terima banyak respon positif.

"Sebab itu, saya putuskan untuk kembali ke Malaysia seketika, berkemungkinan sehingga Mei ini untuk promosikan Half The World Away.

"Ramai juga team saya di New York terkejut saya ingin break industri di Malaysia kerana ketika ini karier saya di sana sudah agak baik, tapi saya gembira dengan sokongan peminat di sini hebat dan memang saya ingin bawa nama Malaysia untuk sebarang projek saya kelak," kata Shayna.

Menurut Shayna lagi, ramai yang berkata padanya agak susah untuk menembusi pasaran tempatan walaupun dirinya adalah rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi genre muzik yang dibawa olehnya lebih kepada Pop R&B / Soul yang sememangnya kurang mendapat perhatian peminat seni tempatan.

Namun, kata Shayna, dia yakin masyarakat sini juga sudah mula boleh menerima segala bentuk muzik, sama seperti penerimaan mereka terhadap artis-artis antarabangsa yang lain.

"Apa yang saya lihat, industri muzik tanahair sudah semakin berkembang. Jauh bezanya sewaktu saya masih berada di sini. Saya selalu layari internet dan banyak buat kajian tentang lagu-lagu di Malaysia.

"Selagi termampu, saya akan cuba untuk ketengahkah muzik saya di sini. Saya positif ramai yang boleh terima muzik yang saya bawa ini.


Album kedua Shayna, Half The World Away didedikasikan khas untuk Malaysia (Foto The Star oleh Sia Hong Kiau)


"Memandangkan saya kini sudah berada di Malaysia, saya juga berharap agar dapat bekerjasama dengan Ajai sebab saya sering dengar lagu ciptaannya yang memang menarik.

"Dan jika berkesempatan juga, saya ingin buat lagu duet bersama Ning Baizura, Sheila Majid dan sudah tentu Mawi!," jelas Shayna dalam nada ceria yang jelas masih petah berbicara di dalam bahasa Melayu.

Album yang diterbitkan oleh The OZONE Productions di New York itu akan dilancarkan pada pertengahan bulan depan di sini.

Menariknya, album terbarunya kali ini akan menampilkan beberapa buah lagu yang mengandungi gabungan lirik bahasa Melayu dan Inggeris, yang menyaksikan kolaborasi sulung Shayna bersama penyanyi rap tanahair, Shazzy dan JFK.

Album yang mengandungi 11 buah lagu itu akan memuatkan pelbagai rentak etnik tradisional yang digabungkan dengan elemen moden. Shayna sendiri buat pertama kalinya turut menghasilkan lirik di dalam bahasa Melayu berjudul Better Life.

Ditanya apakah dia mempunyai perancangan untuk kembali ke Malaysia dan menyambung kerjaya seninya di sini, Shayna berkata dia sememangnya mempunyai perancangan tersendiri untuk memastikan kariernya bertahan bukan saja di sini, malah di peringkat antarabangsa juga.

"Jika satu hari nanti kerjaya saya semakin mantap, saya merancang untuk buat studio sendiri di sini. Bukan tidak mahu kembali ke sini, tetapi buat masa ini saya percaya kerjaya seni saya boleh pergi jauh di New York.

"Tapi, pada masa yang sama saya juga ingin perjalanan seni saya akan berterusan di Malaysia walaupun saya tidak berada di sini. Memang jika diberi pilihan, saya teringin untuk kembali menetap di sini, tetapi saya masih ada impian yang belum tercapai," katanya.

Shayna sebelum ini pernah terbabit dengan pementasan di Actor's Studio dan menjadi model untuk iklan-iklan komersial sebelum mula menyanyi ketika berumur 14 tahun di sekitar Kuala Lumpur bersama Faradhiya dan Phat family seperti Too Phat dan Ruffedge.

Setelah berhijrah ke Amerika bersama keluarganya enam tahun lalu, Shayna terus bergiat aktif di dalam bidang nyanyian di samping meneruskan pengajiannya di Berklee College of Music.

Di kolej tesebutlah, Shayna mengenali Jay Deasel, orang yang bertanggungjawab mengenengahkan namanya di dalam industri muzik dan menjadi tunggak utama penghasilan album pertamanya, Beyond Borders.

Jay Deasel juga adalah penerbit untuk album keduanya yang akan dipasarkan tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 01:36 PM | Show all posts
bila dia nak ddpat datok?   lagu take ur time pun best....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 04:14 PM | Show all posts
ketiak putuhla tu yang aku geram tu..
rasa nak gigit2 je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 03:25 PM | Show all posts
Shayna Zaid popular di New york
Oleh Suzan Ahmad


Shayna suka belacan, keropok lekor!




TUJUH tahun lalu ceritanya berbeza. Dulu dia antara pengacara TV termuda tetapi hari sudah mula mencipta nama di New York. Begitulah perjalanan hebat Shayna Zaid, 23, anak kacukan Besut-Philladelphia yang sedang memburu gelaran penghibur bertaraf antarabangsa.

Ibarat anak seluang jauh melaut, Shayna kini kembali ke tanah air selepas sekian lama menetap di New York bersama keluarganya. Bagaimanapun kepulangan Shayna itu bukanlah untuk tempoh yang lama kerana ia bagi menyempurnakan pembikinan album terbaru selain menziarahi sanak saudara.

Seperti yang pernah didedahkan Bintang Popular tahun lalu, Shayna anak Melayu pertama yang berjaya merakamkan album Inggeris berjudul Beyond Borders di New York sewaktu mengikuti pengajian muzik di Kolej Berklee, Boston. Selepas mula dikenali dengan beberapa lagu R & B, dia kemudian mengorak langkah merakamkan album kedua, Half A World Away.

Apa yang menarik, album kedua itu menonjolkan rapper popular Malaysia, Shazzy dan JFK. Shazzy turut menulis tiga lirik rap Melayu untuk Shayna menerusi lagu Make It Last, Gotta Get Up dan Believe. Sebelum Shayna kembali ke Kuala Lumpur, dua minggu lalu, dia terlebih dulu meluangkan masa dengan Shazzy dan JFK di Amerika Syarikat (AS) kerana kedua-dua rappers itu terbabit dengan pembikinan muzik video Kali Pertama.

"Seronoknya dapat balik kampung! Kalau nak tahu, ayah saya, Orang Ganu (Terengganu)!" kata Shayna tertawa. Terus terang, penulis akui Shayna sebenarnya nampak lebih cantik in person.

"Entahlah kalau di US (AS), orang selalu salah anggap, ingat saya orang Sepanyol atau Arab. Padahal kita suka makan sambal belacan dan keropok lekor!" sambungnya lagi.

Ditemani adiknya, Remy, 20, penyanyi bergigi cantik itu berkata, awalnya dia tidak suka berhijrah ke AS kerana sayangkan kerjayanya terutama sebagai pengacara program Speak Up (TV3) bersama kakaknya, Sarah, selain sudah cukup selesa tinggal di Malaysia.

"Keputusan keluarga untuk berpindah ke Boston itu seolah-olah satu hukuman buat saya. Tapi lama kelamaan, alah bisa tegal biasa," katanya yang pernah menyertai pertandingan Asia Bagus! kira-kira 10 tahun lalu.




> Sudah bertunang dengan lelaki Kanada

MENYENTUH mengenai dunia nyanyian, album pertamanya Beyond Borders, ia diterbitkan syarikat rakaman bebas (indie) Deasel Music yang beroperasi di New York.

"Semuanya berlaku begitu pantas, tanpa dirancang. Bayangkanlah, bagaimana sebuah projek di kolej akhirnya boleh berkembang menjadi album penuh! Kolej Berklee juga menjadi titik pertemuan pertama saya dengan penerbit album, Jay Deasel (pengasas Deasel Music). Akhirnya kami bertunang," akui Shayna jujur.

Tidak canggung berkongsi kisah peribadi, Shayna bercerita lagi, keserasian muzik dan minat dengan Jay (berasal dari Kanada) akhirnya bercambah menjadi bibit cinta.

"Ketika ini saya sedang mempromosikan lagu Kali Pertama. Jay pula tengah bertungkus lumus menyiapkan EP saya yang memuatkan empat lagu. Ia akan diterbitkan Sheldon Steiger (produser yang bertanggungjawab dalam pembikinan album penyanyi R&B Joss Stone)," jelasnya.

Album itu kata Shayna lebih bersifat projek khas kerana dia mahu mengumpan pihak syarikat rakaman berlabel antarabangsa pula supaya dapat menembusi pasaran global.

"Saya percaya tidak ada yang mustahil kalau kita berusaha dan bijak merebut peluang. Saya bangga menjadi anak Melayu malah saya selalu mempromosikan slogan Malaysia Boleh! di AS.

"Cabaran di sana lebih hebat. Memang saya gugup apabila pertama kali membuat persembahan di kelab hiburan di AS. Tahu sajalah, orang Barat lebih terus terang. Mereka tidak simpati atau ada belas kasihan dalam bab-bab mengkritik muzik. Kalau kita bagus, baguslah. Kalau tidak... bungkus!" ujar Shayna yang turut berterima kasih kepada rakan internetnya, Zoul Hashim yang banyak mempromosikan album pertama kepada pendengar di Malaysia.

Di samping itu, Shayna turut berterima kasih dengan pihak stesen radio terutama Hitz FM dan XFresh FM yang selalu memutarkan lagunya, Sweet While It Lasted dari album Beyond Borders.


INFO: Shayna Zaid


Nama penuh: Wan Shayna Wan Zaid

Tempat lahir: Kuala Lumpur, Malaysia

Tarikh lahir: 11Jun 1984 Anak kedua daripada lima beradik yang semuanya perempuan.

Ibu berasal dari Philladelphia, ahli psikologi yang mengkhusus dalam masalah kanak-kanak kurang aktif.

Ayahnya, berasal dari Besut Terengganu, kini bertugas sebagai akauntan kanan di sebuah syarikat di Boston.

Album pertama, Beyond Borders membariskan 11 lagu yang digubah bersama Jay Deasel. Shayna tidak sempat menamatkan pengajiannya di Kolej Berklee demi mengejar cita-citanya di New York.

Muzik video Kali Pertama dirakam di dua lokasi berbeza iaitu New York City dan Toronto, Kanada.

Pernah menjadi model iklan antaranya Coca-Cola, Dove dan Nokia.

Menyertai Asia Bagus ketika berusia 15 tahun dan ditawarkan kontrak rakaman oleh Sony Music Entertainment Malaysia dan EMI Malaysia. Namun bidang pengacaraan lebih menarik perhatian Shayna. Mula menunjukkan bakat nyanyian seawal usia 10 tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2007 10:30 AM | Show all posts
慡aya tetap Melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2007 01:21 PM | Show all posts
hujan emas dinegara orang,hujan batu di tempat sendiri,lebih baik ditempat sendiri........kalau aku duduk lama lama kat negara omputih,mesti aku nak balik malaysia gak...wooo...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 01:38 AM | Show all posts
bagus dia ni..very friendly
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 05:49 AM | Show all posts
bgus shayna ni

friendly jer jmpe aritu

lagu2 dlm tu pn bes

tp kalo kt msia, maybe sore cm die x commercial sgt

papepun gud luck ler shayna

we love u :love:
Reply

Use magic Report

lady_arviena This user has been deleted
Post time 22-6-2007 06:03 AM | Show all posts
hmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060856 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list