View: 10966|Reply: 57
|
Penyelewengan Sejarah Kelantan
[Copy link]
|
|
sapo lagi nak kongsi cerito kat sini.... baru leh buat perbandingan,..... |
|
|
|
|
|
|
|
Welcome back Nice72....lamo tok dgr kabar...gi mano ? |
|
|
|
|
|
|
|
he...he... Terima kasih gak pada Lloni sebab dah masuk banyak info tentang Long Gaffar dalam WIKEPEDIA.
[ Last edited by tongkatali at 25-2-2007 02:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tongkatali at 25-2-2007 01:59 PM
Welcome back Nice72....lamo tok dgr kabar...gi mano ?
kawe ado... lagu ni la weii.... demo la hok lamo hile.. coti skolah ni kawe keliks... harap2 ada maso kito berjumpo ... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh...boleh...tapi demo keno lah sedia cerita2 misteri hok baru2...kalu boleh berkenaan dengan sejarah Kelantan...Patani. |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah kelantan diseleweng ker sebelum ni... baru saya tahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
ado dengar jugok cerito ni dulu2 tapi tak ambik tau sangat sebab zame tu kecik lagi.... nanti nok bacho betul2, tok sempat nak bacho lagi... bijok ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak yang diselewengkan.Tapi sensitif sebab melibatkan Keluarga Di Raja. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by <i>atnotz</i> at 27-2-2007 08:43 PM<br />
ado dengar jugok cerito ni dulu2 tapi tak ambik tau sangat sebab zame tu kecik lagi.... nanti nok bacho betul2, tok sempat nak bacho lagi... bijok ni.... <br />
Menarik nih...harap atnotz dapat cerita dengan lebih lanjut....membuktikan memang benar ada penyelewengan fakta sejarah Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 aizverus's post
Ape future phenomenon tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aizverus at 6-3-2007 01:58 PM
askum....
erm ni nak citer skit...ader my lecteurer wat study bout sejarah kedah..tapiyg bestney dia bersangkut paut dgn sejarah patani sekali gus menampakkan apa tu langkasuka yg sebenarnyer. ...
memang....secara umumnya terdapat banyak keistimewaan bangsa yang menghuni patani besar......lebih tepat kelantan dan Patani itu sendiri...sejak akhir-akhir ini ada golongan yang ingin menidakkan akan kelebihan itu...lalu mereka akan mencari cerita dan seberapa banyak bukti lain, menonjolkannya demi untuk menidakkan kelebihan itu....saya menyatakan ini bukan untuk mengasyobiahkan penghuni negeri tersebut...tapi itu adalah hakikat..banyak tulisan2 yang mengutuk dan bila saja berita atau perkhabaran akan kelebihan itu maka denga segera mereka melenting dan cuba tidak mahu membicarakannya.
kalau kita kaji dari segi sejarah pemerintahan, kebudayaan, keagamaan, kecemerlangan tenaga penduduknya kepada kaum Melayu...maka kita dapati peratusannya adalah lebih dari sana....oleh itu jangan ada sejarah baru untuk menutupinya.
langkasuka itu ada 14 negeri di dalamnya...
p/s : jangan emosi ini pandangan saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Lloni's post
...dan Kesultanan Melayu Patani sendiri semasa zaman kemuncaknya mengandungi 43 buah negeri kesemuanya.
Cuba bayangkan betapa hebatnya Empayar Melayu Patani !!! |
|
|
|
|
|
|
|
....saya amat mnghormati org melayu yg masih teguh berteras syarak dr sana...muafakat serumpun Pattani yg mncari rezeki (ramai yg kaya raya hasil usaha jerih payah...) Namun sy masih bersedih krn Pattani itu,tanah gemilang tamaddun melayu....di tindas bangsa Siam. Melayu syhdu megah di buai sejarah silam....melayu hilang tanahnya sebidang..sekampung......senegri...sepulau..... Sekangkang semenanjung ini,bukan Tanah Melayu lg. Peace(maaf,hamba yg khilaf jua) |
|
|
|
|
|
|
|
Based on genetic research, orang Melayu Kelantan adalah kumpulan Melayu pertama yang membuat penempatan di bumi Semenanjung? There is also claim that Kelantanese is the purest Malay compare with other Malay people. Is it true ?
source: http://www.asiafinest.com/forum/index.php?showtopic=109197 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aizverus at 6-3-2007 01:58 PM
askum....
erm ni nak citer skit...ader my lecteurer wat study bout sejarah kedah..tapiyg bestney dia bersangkut paut dgn sejarah patani sekali gus menampakkan apa tu langkasuka yg sebenarnyer. ...
Kerajaan/empayar Langkasuka dan Melaka wujud dlm kurun atau masa yg berbeza.Langkasuka terlebih dahulu wujud,kemudian barulah Melaka.Ttg berapa besar Langkasuka tidaklah dapat dipastikan dgn tepat tp yg pastinya ianya adalah sebuah empayar yg besar.Melaka ketika itu mungkin termasuk di dalam empayar Langkasuka juga negeri2 lain.
Empayar Melaka pula adalah sebuah empayar yg lain,yg mana pusat pemerintahannya di Melaka.Wujud lama selepas Langkasuka.Jadi saya rasa kewujudan kedua2 empayar tidak bertindan krn wujud pada masa yg berlainan.Ttg empayar mana yg lebih besar dan agung juga tidak dapat kita pastikan,mungkin perlukan lebih kajian.Yg paling penting tamadun Melayu kemungkinan besar sudah berusia ribuan tahun,cuma bukti penulisannya yg amat kurang menyukarkan kajian dibuat.
Melayu adalah bangsa yg keempat terbesar di dunia(kalau tak silap) jadi adalah munasabah tamadunnya juga sudah berusia ribuan tahun sebagaimana tamadun Cina,India dsb.Sejarah tamadun Melayu sebelum Masehi rasanya langsung tidak kita ketahui dan ini adalah sesuatu yg agak malang bg kita. |
|
|
|
|
|
|
|
ISLAM DAN PEMBINAAN PERADABAN DI KAWASAN TIMUR LAUT MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY Insya' Allah dalam apa yang berikutnya yang akan dibicarakan ialah beberapa ciri perkembangan Islam dalam peradaban dalam erti yang luas dalam kawasan Timur Laut yang melibatkan kawasan Kemboja, Kelantan dan Terengganu.
Perhatian akan diberikan terhadap kegiatan-kegiatan yang berupa perkembangan dalam ilmu-ilmu Islam dan pemikiran keagamaan serta pengaruhnya dalam kehidupan. Di dalamnya akan diambil kira perkembangan Bahasa Melayu dan penggunaannya dalam pengucapan pemikiran keagamaan dan juga manifestasi kehidupan ketamadunan dalam bidang kebendaan selain daripada bidang yang bukan kebendaan.
Kerajaan Campa:
Kita boleh bermula dengan kerajaan Campa. Campa, terletak di Vietnam Tengah, di garis lintang 17 utara hingga ke Saigon, merupakan sebuah kerajaan tertua yang pernah wujud dan disebut dalam teks Cina pada akhir abad ke-11 Masihi. Pada permulaan abad pertama Masihi ianya sebahagian dari Dunia Melayu; walaupun pada mulanya merupakan kebudayaan Hindu, bertukar menjadi sebuah negeri Islam pada abad ke 16 Masihi. (1)
Di bahagian akhir tulisannya tentang Kedatangan Islam ke Campa - 揫i]The Introduction of Islam to Campa |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam tahun 1668 Sultan Banten menghantar sebuah daripada kapal-kapalnya ke Campa untuk menjalankan perniagaan di sana.Dalam 1680 dua orang duta Sultan Campa datrang ke Batavia , dan dalam tahun 1682 raja ini menghantar dua kapalnya untuk berniaga di Melaka.Orang Belanda mempunyai hubungan tetap dengan Campa, demikian juga Orang Portugis, walaupun agak berkurang berbanding dengan Belanda.Orang Jepun juga dengan tekunnya mengadakan hubungan dengan Campa pada akhir abad ke-16 Masihi dan pada permulaan abad ke-17 Masihi.(3)
Bukti-bukti tentang adanya hubungan negeri Campa dengan kawasan lain Asia - apa lagi Asia Tenggara - menunjukkan dua perkara. Pertamanya itu menyanggahi kenyataan yang menyebutkan hilangnya negeri Campa dari sejarah, selepas kejatuhan ibu negerinya Vijaya dalam tahun 1471; dan ianya masih kuat lagi pada akhir abad ke-16 Masihi sehingga ia boleh menghantar tentera bantuan ke negeri Johor, dan para pedagangnya terus menerus dalam abad ke-17 Masihi mengunjungi pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara. Kelemahan dan kemalapannya berjalan dengan sedikit demi sedikit, yang paling teruknya sebagaimana yang berlaku antara tahun 1691 dan 1697 akibat serangan orang Vietnam, yang menjadikannya satu wilayah Binh-thuan, di bawah Nguyen, dan pelabuhan Campa terakhir termasuk ke tangan mereka. Terasing daripada kawasan lain di Asia, ianya terundur ke kawasan pendalaman, dan masih wujud dalam alam yang menentangnya, di bawah otoritas kerajaan yang kecil dilantik oleh Hue, dan dikontrol oleh pentadbiran Vietnam. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti-bukti itu menunjukkan proses baqaimana negeri itu menjadi negeri Islam. Mulai daripada tertubuhnya kerajaan Melaka, Orang Melayu memainkan peranan yang mendominasi di dalamnya; mula-mula melalui kerajaan Melaka itu sendiri, kemudian Johor, di mana kesultanan masih kekal ada selepas kejatuhan Melaka, kemudian melalui kawasan-kawasan pendudukan Melayu yang memainkan peranannya, terutama sekali dalam Cambodia, yang selalu ada hubungan dengan kawasan pendudukan orang Cam yang menerima agama Islam dengan hubungan ini. Dengan cara yang sama, Orang Melayu yang berpindah datang ke Campa nampaknya memainkan peranan mendatangkan pengaruh ke atas Orang Campa.
Jelaslah, orang Campa, sebagaimana Orang Melayu, adalah orang Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dari segi fiqhnya kepada mazhab Imam Syafi抜. Memang munasabah sangat orang Campa ini berpegang kepada hubungannya dengan dunia Melayu ini, yang mereka memang merupakan sebahagian daripadanya dari segi budaya dan agamanya.
Secara ringkasnya boleh dilihat dengan nyatanya kedudukan Campa yang strategik kerana terletak di jalan perdagangan laut antara negeri Cina dan Nusantara; berhubungan dengan kekuatannya dikatakan ia mempunyai angkatan tentera perkasa, khasnya tentera laut yang dikenali sebagai Orang Riak (orang ombak) bererti dalam istilah Melayunya Orang Laut. Negeri ini pernah mencapai kegemilangannya di abad ke-10 hingga ke-15 Masihi. Tetapi kemudiannya ia menghadapi ancaman peluasan daerah dari Diet-Viet (Orang Vietnam) yang menjadi bebas dari kekuasaan pada abad ke-10 Masihi; akhirnya pihak Diet-Viet ini berjaya menakluki Campa tahun 1069, 1307, 1471, 1611, 1653, dan 1659 Masihi. (4)
Pada awal abad ke-19 berlaku perbalahan politik antara Pandurangga-Campa dengan istana Hue (Vietnam). Dengan itu maka Maharaja Minh Menh (Vietnam) membuat keputusan menghapuskan Campa dari peta Indocina dan meng揤ietnam攌an orang-orang Campa yang mengamalkan kebudayaan Melayu dan beragama Islam menjadikan mereka berkerakyatan, kebudayaan dan kepercayaan Vietnam.
Kejatuhan Campa:
Kejatuhan Campa di bawah Maharaja Minh Menh bermula tahun 1832; kekejaman dilakukan oleh Orang-Orang Diet-Viet terhadap Orang-Orang Campa yang natijahnya lahirlah gerakan Islam yang diterajui oleh Katib Sumat pada tahun 1833-1834. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan askar-askar Vietnam dari Campa dan membebaskan kembali negeri itu. Katib Sumat (Ar. Khatib) yang lahir di Campa berhijrah ke Kelantan dan tinggal di sana beberapa tahun untuk mendalami hukum-hukum agama.(3). Walaupun tidak ada sumber Orang Melayu yang menyebut kegiatan Katib Sumat, ada manuskrip Cam yang menunjukkan bahawa orang alim ini bersepakat dengan pihak-pihak tertentu di Kelantan untuk mendapat sokongan pihak berkuasa di Kelantan termasuk kemungkinannya sokongan Sultan sendiri. Bila mendapat khabar negerinya diduduki oleh Orang-Orang Vietnam tahun 1832 beliau kembali ke Kemboja bersama-sama askar-askar Melayu yang tidak dinyatakan bilangannya; bersama-sama dengan Orang-Orang Islam Campa yang bermastautin di Kemboja mereka menuju ke Campa yang ditindas dengan zalimnya itu; di sana mereka disambut dengan hangatnya kerana Orang Campa menganggap Katib Sumat sebagai seorang ketua yang berwibawa yang mempunyai hikmat-hikmat dan ilmu-ilmu tertentu yang menyebabkan jejak langkahnya tidak dapat dikesani.(5).
Maka atas permintaan Orang Campa diadakan gerakan dan dirahsiakan kehadiran Katib Sumat sehingga arahan diberikan oleh beliau. Salah seorang dari ahli gerakan sulit itu, bekas pegawai kerajaan, bernama Po Kabaik Thuac, kerana takut penyiksaan pihak berkuasa, melaporkan kehadiran katib Sumat itu kepada pemerintah. Maka pihak berkuasa Vietnam cuba mendapatkan maklumat tentang gerakan Katib Sumat itu, tetapi gagal didapati maklumat tentangnya.
Walaupun Katib Sumat mula-mulanya hendak kembali ke Kelantan semula kerana kecewa dengan pengkhianatan ahlinya tadi, beliau dipujuk untuk terus kekal memimpin mereka dalam gerakan, dengan itu ditukar nama gerakan itu kepada Pergerakan Pembebasan Islam Campa. Para penyokong gerakan itu dihimpunkan di Gunung Dong Nai yang dijadikan sebagai pusat gerakan dan pejabatnya. Kata Po Dharma, walaupun dokumennya menyatakan bahawa Katib Sumat mahu membebaskan Campa dari Vietnam, keadaan siasah menunjukkan bahawa beliau mahu mengislamkan penduduk Indocina, terutamanya penduduk di Kemboja dan Campa; ringkasnya beliau mahu memperkenalkan jihad fi sabilillah di Indocina.
Untuk menghadapi gerakan yang dipandang berbahaya ini maka Maharaja Minh Menh mengadakan gerakan menakut-nakutkan penduduk Campa dan mencari jalan untuk memecah-belahkan ahli gerakan itu. Kerana mematuhi akan Maharaja Minh menh, askar-askar Vietnam membunuh beramai-ramai wanita-wanita dan kanak-kanak Cam dan kampung-kampung mereka dibakar. Kerajaan berusaha untuk melahirkan rasa curiga di kalangan para pemimpin gerakan itu supaya mereka menjadi berpecah belah. Bekas raja Pandurangga-Campa yang telah dikalahkan oleh Minh Menh meninggalkan gerakan Islam itu kerana pujukan Minh Menh dengan janji-janji yang menarik dengan pangkat dan kesenangan serta nama yang harum, tetapi itu tidak menjejaskan gerakan itu.
Pada Po Dharma, gerakan jihad itu 搈eninggalkan kesan sejarah yang amat penting di Indochina. Ia merupakan pertama kali seorang pembesar Campa, menggunakan konsep Islam dalam politik perjuangan untuk menentang polisi Minh Menh yang berusaha menghancurkan Islam, kepercayaan dan tradisi Campa, dan juga mengasimilasikan kebudayaan Orang Campa |
|
|
|
|
|
|
| |
|