CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5326|Reply: 56

Segala AIM : Berita Baru pg 2 ( merged : DTEC )

[Copy link]
Post time 6-12-2006 03:15 PM | Show all posts |Read mode
PAIMM galak ramai sertai AIM14

Oleh Hartati Hassan Basri

LANGKAH Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) mengubah syarat penyertaan Anugerah Industri Muzik ke-14 (AIM14) tahun ini, mendapat maklum balas positif apabila ramai pihak berminat menghantar pencalonan.

Perubahan ini dilakukan selepas kekecohan AIM13 apabila album terbitan Maestro Talent & Management seperti Mawi dan Farah tidak dapat turut serta kerana tidak memenuhi syarat 10 lagu atau durasi lebih 40 minit.

Tahun ini PAIMM dengan persetujuan Persatuan Industri Rakaman Malasyia (RIM) membuat keputusan membenarkan album yang mengandungi lapan lagu atau durasi 30 minit untuk bertanding.

Malah beberapa kriteria untuk kategori lain seperti Rakaman Album Terbaik dan juga Video Muzik Terbaik turut diubah.

Jurucakap PAIMM, Haryati Yusoff berkata, AIM14 adalah majlis khusus yang memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penggiat seni muzik tanah air dan kini masuk tahun ke-14.

Katanya, pihaknya juga sudah mengedarkan borang pencalonan AIM14 kepada semua ahl RIM sejak awal minggu lalu supaya mereka dapat menghantar borang penyertaan secepat mungkin.

揥alaupun tarikh tutup menghantar borang pencalonan pada 8 Disember, namun ramai yang masih belum menghantarnya.

揗ungkin ada beberapa pihak yang tidak tahu perkara ini atau mereka mengambil masa untuk mengisi borang kerana kesibukan.

揔ami harap mereka yang berminat supaya segera menghantar borang pencalonan sebelum tarikh tutup pada 8 Disember, tepat jam 5.00 petang,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2006 03:31 PM | Show all posts
sambung posting pasal album mawi yang mana satu layak masuk aim14 kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-12-2006 03:31 PM
sambung posting pasal album mawi yang mana satu layak masuk aim14 kat sini


Album Qasidah tu...Sure pening kepala juri-juri profesional nak evaluate. :lol
BTW..seriously, Iqra' punya music arrangement by Arab boleh dibanggakan.
Vokal Mawi pun superb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 03:41 PM | Show all posts
so, album qasidah tuh jelah ek
yang layak masuk
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-12-2006 03:41 PM
so, album qasidah tuh jelah ek
yang layak masuk


Nampaknya gitulah..dia asyik mengelat jer. Tahun lepas sesajer buat lagu tak cukup syarat..39 minit jer durasi album. Seminit jer lagi..:lol
Tahun ni ngelat lagi...pastu mula la kontroversi, AIM tak bagi dia masuk. Padahal, memang takut nak masuk pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 03:47 PM | Show all posts
kekekekke

nanti kita tunggu presideng jawab 'dakwaan' ngelat tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
aweXgiloz This user has been deleted
Post time 6-12-2006 04:51 PM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 6-12-2006 03:43 PM


Nampaknya gitulah..dia asyik mengelat jer. Tahun lepas sesajer buat lagu tak cukup syarat..39 minit jer durasi album. Seminit jer lagi..:lol
Tahun ni ngelat lagi...pastu mula la kontroversi, A ...



yer...
mawi mmg ngelat
takut lah tuh
kalah....

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 04:55 PM | Show all posts
aku pun ingat dia ngelat

tapi vokal dlm qasidah memang baguih la ..paling suka aljannah.. live sama je ngan dlm cd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2006 04:59 PM | Show all posts
so, segala pasal AIM + MAWi ,
berada kat thread nie yer ... :solute:
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 05:06 PM | Show all posts
o0o0o0o
ngelat rupanya budak botak tu....

nanti kita babab montot dia

lol
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 05:39 PM | Show all posts
Tak kira lah album mana pun,asalkan dapat masuk  aku dah cukup berpuas hati.Kalah menang tolak tepi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:01 PM | Show all posts
ngelat?? abe peyno mmg setuju sesangat ni..........
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 10:43 PM | Show all posts
sebenarnya peyno masih tak leh terima hakikat..mimpi atau reality bila dapat tahu mawi tewas AJL pada hajami dan adibah noor
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 12:03 AM | Show all posts
Kalau semua yg bertanding menang sapa pulak yg kalahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 08:42 AM | Show all posts

Reply #14 fizura's post

tol tu fiz....kalah menang kan adat pertandingan...hm..dengar2 album baru tu di lancarkan
cepat sbb nak masuk aim ..yer ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 09:41 AM | Show all posts
Memang realiti dah tak yah duk mimpi mimpi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2006 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by fizura at 7-12-2006 00:03
Kalau semua yg bertanding menang sapa pulak yg kalahnya.


tapi VINCE AF1 pernah cakap: Kita Semua Pemenang. Tiada yang Pengalah... OPSSSH Tiada yang Kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 09:07 PM | Show all posts
aku harap album qasidah tu tercalon dalam vokal jugak..KALAU dorang masukkans ekali la doa2 dan berzanji tu...sedap sore mawi dalam album ni...kekadang macam nak nangis dengar mawi bace doa n berzanji...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 09:07 PM | Show all posts
dan teringat jugak mase aku ngn mawi masuk pertandingan berzaji same2...eekekkekee...tak sangke..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 09:09 PM | Show all posts

Reply #17 adiwarna's post

bila dah tercalon - already is menang --
and an honour --

kalau competitors yang sengit -
mesti  best -  sebab susah nak predict --

hopefully this AIM14 wud be much better
than previously ---
better albums  yang compete as well ---
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055580 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list