CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13220|Reply: 22

[TEMPAT] Kedai buku terpakai

[Copy link]
Post time 27-4-2007 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 2-4-2012 16:50

Nak tanya sikit lah kat melaka ni kat mana ade menjual buku2 terpakai.
Saya ni dari Johor Bahru, nak balik kampung minggu ni ingatkan nak survey tempat2 menjual buku kat Melaka.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2007 02:57 PM | Show all posts

kampung buku @ book town kat melaka

semalam baca kat kosmo, baru tau yg rupenye kat mlake ni ade kampung buku @ book town.
lokasi dia cam tersorok sket la...
kalo x silap kat botanical garden, dulu situ tmn rekreasi ayer keroh..aku pun x sure, bace x bace sgt je rencana tu...hehe
kat kg buku ni boleh pinjam,sewa,jual buku yg dah xnk,dll.....
kiranye fungsi dia lebih berbanding library...

so, ade x sape2 yg ade more info psl kg buku nih?
boleh la share yek...

[ Last edited by  kyoko_asouka at 25-4-2007 10:40 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 10:11 PM | Show all posts

Reply #1 kyoko_asouka's post

aku pon tatau...tak penah nampak lak dlm hutan rekreasi tu...nanti aku try survey la...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 10:13 PM | Show all posts
Kampung buku ke-33 dunia dibuka di Melaka

MELAKA 17 April
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 10:20 PM | Show all posts
Enam strategi dirangka bagi tingkatkan Kampung Buku Malaysia Melaka
AYER KEROH, 17 April : Sebanyak enam strategi telah dirangka khususnya bagi meningkatkan kejayaan dan populariti Kampung Buku Malaysia Melaka, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd. Ali berkata, strategi itu perlu dilaksanakan dengan segera dalam usaha kerajaan negeri untuk melahirkan masyarakat berilmu di negeri ini.

Menurutnya, strategi yang pertama ialah semua sekolah dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di negeri ini perlu menganjurkan lawatan ke Kampung Buku dan produk-produk yang berdekatan dalam konteks pelancongan pendidikan.

"Di negeri ini pada tahun lepas terdapat 244 buah sekolah rendah dengan 88,408 murid, 66 buah sekolah menengah dengan 66,228 pelajar dan 40 buah IPTA/S dengan 51,360 penuntut, ini bermakna secara purata seramai 564 pelajar/sehari boleh melawat Kampung Buku sepanjang tahun," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Kampung Buku Malaysia, Melaka bertempat di Taman Botanikal, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, strategi yang kedua memperuntukkan sejam seminggu bagi setiap murid, pelajar dan pegawai kerajaan membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dan membincangkan kandungannya untuk menanamkan keinginan membaca.

Strategi yang ketiga pihak pengurusan kampung buku ini hendaklah menjalin `networking` dengan perpustakaan negara dan perpustakaan dunia yang terkenal seperti `Congress Library` dan 32 buah kampung buku yang lain di dunia.

Strategi keempat pula pihak pengurusan kampung buku hendaklah menganjurkan pelbagai `valued-added programs` untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Kelima dengan menyertai `World book Festival 2008 pada 4 hingga 10 Mei 2008 di Monteregio, Itali.

Dan strategi yang keenam menawarkan kepada `International Organization Of Book Towns` melalui Yayasan Buku Malaysia dengan bantuan serta sokongan (Tan Sri Datuk Seri Sanusi Junid) supaya memilih Melaka sebagai tempat untuk menganjurkan `World Book Festival 2010` sempena Melaka dinobatkan sebagai negeri maju pada tahun yang sama.

Menurutnya Kampung Buku Malaysia Melaka merupakan Kampung Buku yang ke 2 di Malaysia, ke 5 di Asia dan ke 33 di dunia.

"Tetapi setakat ini...hanya kampung buku di Melaka yang beroperasi memandangkan Kampung Buku di Langkawi tidak lagi beroperasi," katanya.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Kampung Buku Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Sanusi Junid, Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Melaka, Datuk Yaakub Md Amin,Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Wira Ismail Saleh dan tetamu kehormat yang lain.

Mohd Ali berkata, dengan adanya kampung buku ini akan meningkatkan lagi produk pelancongan di Ayer keroh selain daripada produk yang sedia ada seperti Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia/Mini Asean, hutan Rekreasi, Muzium Lebah dan Taman Buaya.

Tambahnya, pelbagai produk akan diperkenalkan seperti Taman Heliconia, Taman Orkid, Taman Buluh dan Taman Keladi, selain kemudahan yang sedia ada seperti trek jogging, tempat perkhemahan, taman permainan dan taman dinasour.

Beliau berkata dengan wujudnya Kampung Buku Malaysia, Melaka dapat mewujudkan masyarakat yang menguasai ilmu pengetahuan sejajar hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan kelas pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 10:21 PM | Show all posts
taman botanikal tu kat mana???ermm baru bukak kampung buku ni..nanti leh la pegi hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2007 11:06 PM | Show all posts
taman botanikal tu hutan simpan ayer keroh kan....(nama baru kot)
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 12:17 AM | Show all posts

Reply #6 alpine84's post

oo..baru ku tahu..tp takde pembaharuan pon boiasa saja taman dinsor yang di gempur2 pon takde lak dernag nak cat baru ke..biasa saja berlumut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 10:43 AM | Show all posts

Reply #7 dee_dee's post

biase la tu....
ckp jer, tp buatnye tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 10:49 PM | Show all posts
jgn hangat2 taik cicak je weh ali ketam

sok2 dah x laku, terbiar je cmtu ...

wat le tmpt strategik sket kt banda ke ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by Ax at 26-4-2007 10:49 PM
jgn hangat2 taik cicak je weh ali ketam

sok2 dah x laku, terbiar je cmtu ...

wat le tmpt strategik sket kt banda ke ...



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 01:14 PM | Show all posts

Reply #1 kyoko_asouka's post

wah! kampung buku..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 05:38 PM | Show all posts
erm haku tka pnah la jumpe..tp kan ke tu kampung buku br wat kata leh jual beli buku,..try survey nanti cite cini..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 02:13 AM | Show all posts

Reply #9 Ax's post

tul tu ada ke dlm hutna rekreasi..sapa nak berjalan masuk???takde sapa rajina r..
tpmember kau pejnah jogging jumpe ali ketam tu..dlm hutan rekreasi jln kaki..haha

dia leh la..org lain???
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 10:27 AM | Show all posts
aku penah jumpe kat batu berendam.............tapi rasenye da tutup kot pasal ramai x tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2007 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by dee_dee at 28-4-2007 02:13 AM
tul tu ada ke dlm hutna rekreasi..sapa nak berjalan masuk???takde sapa rajina r..
tpmember kau pejnah jogging jumpe ali ketam tu..dlm hutan rekreasi jln kaki..haha

dia leh la..org lain???


tmpt die btul2 dalam ke ..?
isk .. x besnye ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2007 11:27 AM | Show all posts
jogging bole ler.....sape rajin nak jalan kaki masuk dalam tue..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 11:30 AM | Show all posts

Reply #1 Sagun36's post

dulu masa jaman2 sekolah kat banda hilir ade tapi skg tak pastilah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 02:30 PM | Show all posts
haha..ye la..nak masuk baca buku tp kene jln bukan main kedalam..tak sanggup den...1 round pon dah pancit waklakakka
kalu pelancung pon pikir 100x mo masuk..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2007 08:31 AM | Show all posts
Thanks semua. dah cari tapi ramai kata x tahu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.568832 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list