CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67566|Reply: 345

Isu: Pencemaran Alam Sekitar - Raise Awareness To Save Environment -

 Close [Copy link]
Post time 10-3-2007 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Bank elok kenakan syarat alam sekitar kepada pemaju
10-03-2007
  
PORT DICKSON:  Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Azmi Khalid berkata institusi perbankan perlu mengadakan syarat berhubung soal pemuliharaan alam sekitar sebagai satu kriteria yang mesti dipatuhi pemaju ketika memohon pinjaman bagi membiayai projek pembinaan.

Katanya syarat itu wajar kerana bank turut mempunyai tanggungjawab memastikan projek pembangunan yang dijalankan oleh pemaju yang dibiayainya mempunyai ciri-ciri khusus pemuliharaan alam sekitar.

"Projek yang dijalankan oleh pemaju perlu dipantau dari aspek pemotongan bukit, pemuliharaan sumber sungai dan tidak menggondol pokok-pokok tua," kata beliau ketika melancarkan Program 'Raptor Watch Weekend 2007' anjuran Persatuan Pencinta Alam (MNS) di Tanjung Tuan dekat sini hari ini.

Azmi berkata sektor swasta tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab memulihara alam sekitar ditangan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar semata-mata.

Pihak swasta perlu menangani cara pembangunan yang mereka lakukan agar projek pembangunan yang dijalankan itu menguntungkan tanpa merosakkan alam sekitar, katanya.


Mengenai 'Raptor Watch Weekend 2007', Azmi berkata kehadiran burung berhijrah antara benua di kawasan berkenaan merupakan satu penanda aras alam sekitar yang baik kerana burung-burung tidak akan singgah jika alam sekitar sesuatu tempat itu tercemar.

Pada majlis itu, Azmi turut melancarkan buku Directory of Important Bird Areas in Malaysia terbitan MNS yang menyenaraikan spesies burung yang terdapat di negara ini. BERNAMA

-------------------------------------------------------------------------------------------------


oh!!! --
sukanya saya baca tentang ni --
memang patut ni ---
jangan la bank ni bagi aje loan pada pemaju yang nak buat
project   tapi tak ada pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar ---

very important that they realized that -- dengan adanya syarat2
ini - insya'allah  hutan juga boleh terpelihara   - tak ada la main
belasah aje gondolkan forest  la -   nanti macam2 kesan pulak
seperti hakisan tanah,  sungai jadi cemar  kacau habitat wild life,
etc etc --

what a great idea to have this term before approving the loan -


[ Last edited by  dexa at 13-8-2007 05:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2007 07:37 AM | Show all posts
dah clear pokok tak ganggu monyet ka? lol
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 07:44 AM | Show all posts
this is a step forward. going green is the way to do business now.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 07:48 AM | Show all posts
ala sikit2 nak salahkan pemaju...ngko tannak salahkan atas pada pemaju ke rasuah sana sini...
pastu lawyer2 utk umah ni lagi byk charge bukan2...ari tuh aku beli umah..si lawyer charge
transport dia hampir2 kat 500 hengget...padahal umah tgh buat ke opis lawyer tuh naik beskal pun 10minit..
nak kata pakai brabus tak jugak...time tu jugak aku maki lawyer tuh terus turun 50 hengget jerk...
sekrg ni rumah terlalu byk tgh buat pastu charge umah yg bukan2...pastu lagi2 BLR bank makin naik...
mcm mana nak hapuskan setinggan...mcm mana nak tampung rakyat yg ramai ini dan kurang merempat...
oohh makcik gabenor(Zati Akhtar) cubalaa ngko pk rakyat menderita nih...walaupun akalmu tajam seperti bapa(Ungku Aziz) kamu...tetapi kamu tetap bodoh sekiranya ikut jejak paklah...kekekeke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2007 07:55 AM | Show all posts

Reply #4 mrsakit's post

cubalaa ngko pk rakyat menderita nih


hari tu pak lah kita rakyat malaysia selesa dan bahagia tau

http://forum.cari.com.my/viewthr ... mp;highlight=selesa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2007 12:39 PM | Show all posts

environment is one issue yang i feel strongly about --
and reading this   about pembalakan  and tebus guna
and anything to do with  forest  as well as
logging - memang heartwrenching for me --

especially bila teringatkan the wildlife yang have a right
to live as well - and the ecosystem that been built
million years --

kalau kita tak jaga hutan kita --bukan sahaja hutan akan gondol
kerana pembalakan yang berleluasa  -
tapi hakisan tanah  - sungai menjadi cemar
and lots of other bad affect  yang akan terjadi
jika kita tak tanam sifat sayangkan hutan kita --

let's take a look at this --


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hutan perlu tadbir urus yang berterusan
12-03-2007

KUALA LUMPUR:  Jabatan Perhutanan sering menjadi sasaran kecaman jika terdapat sebarang laporan negatif mengenai hutan negara ini.

Tidak dapat tidak, sebarang laporan mengenai pencerobohan atau pembalakan haram oleh orang luar atau rakyat tempatan menjadi tamparan perit ke atas imej Jabatan berkenaan di sebalik usaha gigihnya untuk terus menguruskan hutan negara ini secara berkekalan dan lestari.

Dalam masa yang sama, mungkin ada pihak yang menuding jari ke arah Dasar Perhutanan Negara (DPN) dan menyoal apa impak dasar ini sejak ia diluluskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN) pada 1978?

Walau apa pun isu hutan yang menjadi polemik atau retorik, yang pasti, khazanah hutan negara ini perlu tadbir urus yang berterusan. Inilah yang menjadi tanggungjawab Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang berusia lebih 100 tahun ini.

HUTAN YANG PERLU DILINDUNGI


Boleh dikatakan Malaysia adalah bumi bertuah kerana masih mempunyai kawasan hutan yang luas. Kawasan hutan lazimnya dikaitkan dengan penghasilan kayu balak yang mempunyai permintaan pasaran yang tinggi selain hasilhasil hutan yang lain.

Pada tahun 2005 sahaja, jumlah pendapatan eksport hasil kayu Malaysia meningkat sebanyak 8.6 peratus kepada RM21.5 bilion berbanding RM19.8 bilion pada 2004.

Bagi Semenanjung Malaysia sahaja, eksport hasil kayu dan eksport hasil berasaskan kayu untuk 2005 berjumlah RM10.5 bilion, meningkat 9.4 peratus berbanding RM9.58 bilion pada 2004.

"Bagaimanapun, kepentingan hutan bukan untuk pengeluaran kayukayan semata-mata malah untuk pemeliharaan tanah, sumber air, hidupan liar dan alam sekitar.

"Sebab itu kita wujudkan kawasan Hutan Simpanan Kekal dan ianya diurus di bawah sistem pengurusan hutan berkekalan dan diberi perlindungan sepenuhnya," demikian menurut Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Perancangan & Pembangunan), JPSM, Datuk Hj Dahlan bin Hj Taha ketika diwawancara Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Keluasan kawasan hutan asli di Malaysia pada akhir 2005 dianggarkan berjumlah 19.52 juta hektar atau 59.5 peratus daripada jumlah keluasan tanah di Malaysia.
Daripada keluasan kawasan berhutan berkenaan, seluas 14.39 juta hektar diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal dan diurus di bawah sistem pengurusan berkekalan. Di samping itu, 2.15 juta hektar di luar Hutan Simpanan Kekal telah dijadikan Taman Negara dan Suaka Hidupan Liar.

Ini menjadikan jumlah hutan yang diberi perlindungan penuh di bawah polisi dan perundangan ialah seluas 16.54 juta hektar.

Selain itu, katanya, baki dari jumlah kawasan hutan asli iaitu seluas 2.94 juta hektar diasingkan sebagai Hutan Tanah Kerajaan yang akan dibangunkan untuk tujuan pertanian, industri dan kegunaan-kegunaan lain.

TIGA JENIS HUTAN UTAMA
Secara umumnya, hutan di negara ini merupakan 'hutan hujan tropika'. Bagaimanapun untuk tujuan pengurusan, kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia diklasifikasikan kepada tiga jenis hutan yang utama iaitu Hutan Darat atau Hutan Dipterokarpa, Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Laut.

Ketigatiga hutan tersebut memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan ekonomi, sosial, ekologi dan alam sekitar.
Hutan Darat adalah penting khususnya dari segi ekonomi dan ekologi sementara Hutan Paya Laut pula penting untuk pengeluaran kayu jaras, kayu api dan pembuatan arang.
Hutan Paya Laut juga penting untuk pemeliharaan dan perlindungan ekosistem pantai untuk tujuan perikanan dan ia bertambah penting kerana merupakan benteng pertama sekiranya berlaku tsunami.

Hutan Dipterokarpa merupakan sumber utama menghasilkan kayukayan negara. Kebanyakan pokok yang terdapat di dalam hutan tersebut merupakan antara spesies balak utama dan ada di antaranya boleh menjangkau sehingga 80 meter dan sumber utama untuk perniagaan kayu balak.

Sesetengah daripada spesies ini dilaporkan semakin terancam kerana kegiatan pembangunan tanah untuk penempatan dan pertanian, dan juga pembalakan yang tidak dikawal seperti pembalakan haram.

Penuaian atau pengubahasilan hasil balak yang sistematik mengikut peraturan di bawah pengurusan hutan berkekalan pada prinsipnya tidak menjejaskan kelestarian hutan.
Di samping terkenal dengan jenis kayu yang bernilai tinggi, spesies pokok yang terdapat di hutan ini juga boleh menghasilkan minyak beraroma, resin serta sumber kayu papan lapis.

PENCEROBOHAN HUTAN DAN MENCURI BALAK

Berita pencerobohan kawasan hutan dan pembalakan haram yang berleluasa sering mendapat liputan yang meluas.

Selain kayu balak, kegiatan mencuri yang melibatkan penyangak-penyangak dari negara jiran untuk kayu gaharu turut menjadi berita sensasi, sehingga ada yang berjaya menerobos hingga ke hutan simpan di selatan tanahair.

Bagaimanapun, Dahlan berkata kebanyakan laporan yang dipaparkan di skrin televisyen bukan melibatkan hutan simpan sebaliknya melibatkan tanah kerajaan dan tanah milik persendirian.

"Apa yang sering berlaku, berita yang negatif itu sudah disiarkan terlebih dahulu. Bagaimanapun, nak kata tak berlaku di Hutan Simpanan Kekal, tak betul juga tetapi keadaannya terkawal.

"Salah satu sebabnya mengapa pencerobohan Hutan Simpanan Kekal berlaku ialah orangorang kita tidak boleh berada di satusatu tempat pada setiap masa. Pihak Jabatan sedang mengkaji untuk menambahkan anggota terutamanya di bidang penguatkuasaan," jelasnya.

Menurut beliau, paparan yang negatif di televisyen juga seolah-olah menunjukkan JPSM memusnahkan hutan dan tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

"Kita bukan tutup mata, lepas tangan atau berpeluk tubuh. Sebenarnya, kita ada pelbagai peraturan. Kalau pembalakan di ladang balak Jabatan ini, kita mempunyai sistem serta kaedah tersendiri untuk mengawal cara dan kekerapan penebangannya. Kami sekalikali tidak membenarkan pembalakan dibuat sewenang-wenangnya," tegas Dahlan.

KES PENCEROBOHAN HUTAN MENURUN

Beliau turut memberitahu, keskes pencerobohan hutan dan pembalakan haram juga berkurangan dengan drastiknya selepas jumlah denda dinaikkan dari RM10,000 kepada RM500,000 dan penjara mandatori tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dikuatkuasakan sejak 1993.

Kes pembalakan haram dalam Hutan Simpanan Kekal telah menurun daripada 149 kes dalam tahun 1993 kepada 12 kes dalam tahun 2005.

"Semua tuduhan dibuat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) tetapi prosedur pertuduhan dibuat menggunakan kod prosedur jenayah. Ada yang pernah dipenjarakan.

"Dalam tempoh 2000 hingga 2005 seramai 30 orang telah dipenjarakan, yang melibatkan pembalakan haram dan penerokaan hutan tanpa izin," tambahnya.

Menurut Dahlan, pihaknya buat masa ini tidak bercadang untuk menambah undangundang yang sedia ada tetapi akan meningkatkan usaha terus menggempur dan membawa ke muka pengadilan pihak yang masih berani menceroboh kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Di samping itu, katanya, JPSM juga menggunakan sistem maklumat berkomputer untuk mengumpul serta menganalisa data dan maklumat sumber hutan sesuai dengan perkembangan pesat teknologi hari ini.

Langkah tersebut, katanya dapat meningkatkan lagi tahap perancangan, pembangunan dan pengurusan hutan.

Di antara teknologi yang digunakan termasuk 'Geographic Information System' (GIs), 'Automatic Mapping System' (AMs) dan teknikteknik 'Remote Sensing' yang menjadikan kerja pengamatan sumber hutan menjadi lebih berkesan.

ANTARA FOKUS JPSM

Menyentuh fokus JPSM khususnya di bawah tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Dahlan memberitahu pihaknya akan terus memberi perhatian kepada pengurusan hutan berkekalan.

"Jika dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun lalu, pendekatan yang kita gunakan sekarang sememangnya berbeza. Kita bukan hanya bertumpu kepada penebangan kayu balak untuk keperluan ekonomi dan sosial tetapi memberi penekanan yang sama beratnya untuk keseimbangan ekologi dan kestabilan alam sekitar.

"Tumpuan kepada pemuliharaan dan perlindungan kepelbagaian hayat (biodiversiti) adalah satu proses yang berterusan dan bukti komitmen Jabatan ini untuk menguruskan hutan secara holistik dan seimbang," jelasnya lagi.

Beliau berkata pengubahasilan hutan yang sistematik dan terancang khasnya di dalam Hutan Simpanan Kekal mesti dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, jelasnya penentuan serta pembahagian keluasan hutan pengeluaran di dalam Hutan Simpanan Kekal perlu dibuat mengikut gilirangiliran yang tertentu.

"Langkah ini adalah penting supaya satu acuan tebangan tahunan yang munasabah dan optimum dapat dilaksanakan," ujarnya.

Beliau memberitahu, di bawah RMK9 (20062010), catuan tebangan tahunan seluruh Malaysia telah ditetapkan iaitu 266,940 hektar iaitu 36,940 hektar di Semenanjung Malaysia, 60,000 hektar di Sabah dan 170,000 hektar di Sarawak.

Dalam masa yang sama, katanya, pihaknya juga akan melaksanakan kawalan yang lebih rapi terhadap aktiviti pembalakan yang dibuat khususnya di dalam Hutan Simpanan Kekal.

Langkah tersebut, katanya perlu bagi memastikan kontraktor pengubahasilan mematuhi semua peraturan seperti yang terkandung di dalam permit dan lesen pembalakan.

"Perlu diketahui sebahagian daripada hutan di Semenanjung Malaysia dilindungi daripada pengubahasilan oleh undangundang, dasar dan panduan operasi.

"Sebagai contoh, hutan yang terletak di dalam kawasan sensitif seperti kawasan curam dan berhampiran sungai.

"Hutanhutan lain seperti Hutan Perlindungan, Hutan Simpanan Dara dan Kawasan Pemeliharaan adalah dilindungi undangundang. Ini adalah sebahagian daripada komitmen negara," tambahnya.

Sepanjang tahun 2005, kawasan hutan yang dibuka untuk pengubahasilan di Semenanjung Malaysia ialah 103,270 hektar iaitu 1.8 peratus dari jumlah tanah berhutan di Semenanjung Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, 49,006 hektar adalah Hutan Simpanan Kekal (47.5 peratus), 31,467 hektar Hutan Tanah Kerajaan Negeri (30.5 peratus) dan 22,797 hektar dari Tanah Berimilik (22 peratus).

AIR SEBAGAI HASIL HUTAN

Secara umumnya, apabila kita melihat hutan, kita hanya melihat kayu balak yang boleh ditebang sebagai sumber pendapatan tetapi kini JPSM akan maju setapak lagi untuk menambah "hasil hutan" iaitu air mentah.

"Apabila kita mengkaji halatuju kita untuk RMK9, kita melihat lebih jauh peranan kawasan tadahan air. Memang sumber air bagi kawasan ini datangnya dari air hujan tetapi jika kita tidak memantau rapi kawasan hutan, apa akan berlaku?

"Jabatan Perhutanan sebagai penjaga hutan dan kawasan tadahan air perlu memantau kawasan ini supaya tidak berlaku pencemaran memandangkan air dari sumber ini yang akan mengalir ke empangan sebelum dirawat dan disalurkan untuk tujuan domestik dan komersil," jelas Dahlan.

Mengenai caj yang akan dikenakan oleh Jabatan Perhutanan, beliau berkata perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan tetapi akan ditetapkan mengikut kadar kegunaan domestik atau komersil.

"Caj yang akan dikenakan adalah langkahlangkah kawalan untuk memastikan air di kawasan tadahan air bebas dari sebarang bentuk pencemaran. Sebelum ini, air tersebut diambil secara percuma.

"Apa yang pasti pihak Jabatan akan menjamin air yang datang dari kawasan tadahan air sebersih mungkin. Kita akan membuat pemantauan bagi mengelakkan sebarang kegiatan pencerobohan dan aktiviti yang akan menjejaskan alam sekitar dan seterusnya kualiti air," tambah Dahlan.

Langkah yang diambil oleh Jabatan Perhutanan ini dilihat sebagai satu usaha meningkatkan mutu air yang disalurkan dari kawasan tadahan air.

Sekiranya air tersebut kurang pencemarannya, kos untuk merawat sudah tentunya dapat dikurangkan sementara masyarakat umum pula sudah tentu akan menjadi lebih prihatin kepada kepentingan hutan dan khazanah yang ada di dalamnya.

BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2007 11:59 AM | Show all posts

NEGERI SEMBILAN, Perak punca pencemaran sungai di Selangor

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 19 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:03 PM | Show all posts
Konan.

Ko tahu tak nama sg2 dari N9 dan perak yg mencemarkan sg di Selangor tu?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2007 12:11 PM | Show all posts
HUHHH...DAH UMAH SENDIRI KOTOR,SALAH KAN JIRAN PLAK...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 12:13 PM | Show all posts

Reply #1 DTECCONAN's post



tu hari.. mati2 haku ingat Sungai  Kelantan yg mencemar semua sungai kat Mesia nih.....
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
Post time 20-3-2007 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by cibok2003 at 20-3-2007 12:13 PM


tu hari.. mati2 haku ingat Sungai  Kelantan yg mencemar semua sungai kat Mesia nih.....


ko tak tahukah sungai di Kelantan tu bersambung dgn sungai di N9?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 01:03 PM | Show all posts
manusia sendiri yang memusnahkan alam..
jadi apabila alam tidak meneyebelahi mereka jgn salahkan alam..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by gabanzack at 20-3-2007 12:42 PM


ko tak tahukah sungai di Kelantan tu bersambung dgn sungai di N9?


ohhh ye ke?


patut lah..... hu hu



p/s: rumah AN tepi sungai linggi ker? hu hu.... pocah lobang
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by gabanzack at 20-3-2007 12:42 PM


ko tak tahukah sungai di Kelantan tu bersambung dgn sungai di N9?


ohhh ye ke?


patut lah..... hu hu



p/s: rumah AN tepi sungai linggi ker? hu hu.... pocah lobang
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 03:10 PM | Show all posts
apa main tuduh ni. Sama-sama jaga le
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 05:14 PM | Show all posts
Sungai N9 & Perak bersambung ngan sungai Slgr ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2007 05:55 PM | Show all posts
"Kerajaan Selangor mendakwa pencemaran yang berlaku di beberapa sungai di negeri ini turut berpunca daripada aktiviti pelepasan sisa kilang yang beroperasi di Perak dan Negeri Sembilan."

adakah maksud dia, kilang-kilang yang beroperasi di perak dan negeri sembilan ni mengangkut sisa kilang mereka untuk dilepaskan di sungai selangor?  apasal diorang tak lepaskan je di sungai-sungai negeri sendiri?  buat apa nak angkut sampai ke selangor?  logistik woi, logistik..  ingat murah ke nak angkut ke sana-sini
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 06:25 PM | Show all posts
Tak payah la menuding jari salah dia dan dia. Kalau takde penguatkuasaan takde guna nya. Ada penguatkuasaan , takde perlaksanaan undang2 , lagi hampeh. Ada perlaksanaan undang2 , tapi denda RM5000 sahaja. Ha Ha Ha Ha .
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 06:46 PM | Show all posts

Reply #1 DTECCONAN's post

bukti mane bukti?
link mane link?
picture mane picture? hehe..

anyway, kerajaan slangor tk patut wat stmnt cam tuh klau diorg sendiri tk bgtau sungai mane yg tercemar, n puncanyer dr sungai maner.
klau just bg statement cam nih, kerajaan penang pn bleh wat stmnt, sg dr johor yg sebabkn sg depa tercemar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by geenie at 20-3-2007 06:46 PM
klau just bg statement cam nih, kerajaan penang pn bleh wat stmnt, sg dr johor yg sebabkn sg depa tercemar.


wont be surprising knowing the pulau ppl

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.059425 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list