CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21552|Reply: 119

Tanjung Piai

[Copy link]
Post time 30-7-2007 09:01 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mahu lebih banyak promosi dan kegiatan berunsur sukan diadakan di sekitar Taman Negara Tanjung Piai bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke kawasan berkenaan.




Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Abdul Latiff Yusof, berkata kedudukan Tanjung Piai sebagai tanah paling selatan benua Asia masih tidak dipromosikan sebagai produk pelancongan sedangkan, ia adalah sesuatu yang membanggakan negara dan negeri ini.

"Sebab itu, saya mahu Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) supaya memperbanyakkan lagi aktiviti sama ada berbentuk sukan atau rekreasi bagi menarik pelancong ke kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Larian EkoTanjung Piai 2007 yang dianjurkan Persatuan Olahraga Amatur Johor (POAJ) bersama dengan Malakoff.

Larian berkenaan yang akan diadakan pada 9 September depan, menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM80,000 kepada pemenang setiap kategori membabitkan jarak sejauh 21 kilometer, 10 kilometer dan tujuh kilometer.

Hadir sama, Presiden POAJ, Datuk Mohd Rashidi Mohd Noor dan wakil Malakoff, Sharifuddin Osman.

Abdul Latiff berkata, kerajaan negeri menyokong usaha yang dilakukan POAJ untuk menganjurkan larian berkenaan sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan Tanjung Piai serta kawasan luar bandar.

"Ini mungkin, satu-satunya larian yang diadakan di kawasan luar bandar dan sekali gus dapat memberikan satu kelainan kepada peserta yang biasanya, berlari di kawasan bandar dan stadium," katanya.

Sementara itu, Mohd Rashidi berkata, yuran yang dikenakan kepada setiap peserta akan digunakan sebagai dana untuk menanam semula pokok bakau di Tanjung Piai selaras dengan hasrat kerajaan untuk memulihara tanaman berkenaan.

"Kita yakin dapat menarik lebih 4,000 peserta dari dalam dan luar negara bagi menyertai larian ini dan ia juga sebagai satu tarikan pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 dan Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 50," katanya.



perangai darsita macam jalang
sesuai dipanggil ibu babi
gila kunci thread orang
lupa kunci buret sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 12:20 PM | Show all posts
kite dh gie tq piai tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:49 PM | Show all posts
best tak tanjung piai?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 01:50 PM | Show all posts

Reply #3 April2007's post

best....pi le tg piai......makanan seafood dia pon sodap....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 08:01 PM | Show all posts
tanjung piai ade ape? tingin la nk pegi.. ni blk2 g punggur jer.. muhsan towl
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 08:07 AM | Show all posts
best tg piai?... ko biar betull..... hampeh cekodok punye tempat... aku g taun lepas.. jalan cam br lepas perang... tempat byk nyamuk... byk cam tak siap... jamban ntah ape ape... xtau le kalo dah ade jamban automatik ke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2007 09:48 AM | Show all posts

Reply #6 QAX's post

memang la camtu..
kawasan pendalaman..
takkan ler nak buat lebuhraya ke hujung2 tanah besar asia tu..

aku rasanya ada post gambar ke tanjung piai kat sini dulu..
malas aku nak cari. kecelah mana thread tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 12:26 PM | Show all posts
tak payah lebuhraya... asalkan tak belobang.. sdah la... nih hampeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2007 05:07 PM | Show all posts
QAX jln nei dari dulu lg tau...saya nei orang pekan nenas..walaupun jauh cket tp tempat ni aman damai n seronok...keliling utan je x de la bangunan tinggi mcm KLCC o Kl tower
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 09:22 PM | Show all posts
aku tgk biase je..x dijaga..dlm paper bile ntah ade org kate TP bkn phujung asia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 01:07 PM | Show all posts
selalu pegi tanjung piai...

tempat dia memang biasa...mungkin kena buat perubahan sebab dikatakan penghujung benua asia..kasi touch up mana2 yang patut...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 01:41 PM | Show all posts
tg.piai ???
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 04:02 PM | Show all posts
air kotor nak mampos
Reply

Use magic Report

W2020 This user has been deleted
Post time 4-8-2007 08:55 PM | Show all posts
tak best ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 09:22 AM | Show all posts
ok laaa..sambil tgk kapal, leh melawat dlm hutan bakau nu,

ada siput apa kenamanyer tu... siput gebang ke apa tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2007 08:50 AM | Show all posts

Reply #10 chiqui123's post

TG PIai TU BUKAN PENGHUJUNG BENUA ASIA..
tapi penghujung tanah besar asia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 03:31 AM | Show all posts
TP tu dkt sgt ngan kampung bapak aku..

sebenarnya tpt ni ada keistimewaan tersendiri..maksud aku pada yg minat keadaan/suasana kampung..
dan sekarang x ramai bebudak sekang yg kenal pokok bakau dsbnya.yg dia org tau pun jalan tar yg kira cun kat kebykkan jln skang..diaorg mana ada rasa/pernah lalui kehidupan masa jln tanah merah(jalan kampung)
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 07:00 AM | Show all posts
sape ada gambo paste la
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by aziz79 at 6-8-2007 08:50 AM
TG PIai TU BUKAN PENGHUJUNG BENUA ASIA..
tapi penghujung tanah besar asia..


ada beza ke..???
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by daudkaran at 3-8-2007 04:02 PM
air kotor nak mampos


bang... dah terletaknye pun kat selat melaka [pantai barat sem. m'sia] mmg la ko tak jumpa pantai yang bersih kecuali area PD dan melaka... situ mmg kaw hutan paya bakau mana nak ada pasir dan pantai yang cantik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.076675 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list