CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52381|Reply: 361

7 Things You Should Know About A True Johorean

[Copy link]
Post time 19-4-2005 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Ni ada few things ako nak kongsi ngan korang bout Johorian. Ni pun ako dpt from email yang kawan ako bagi.. cam nak pekena ako je... so kalo kurang tu korang tambah la ye n kalo salah tu harap korang betulkan... tapi dah bertahun ako idop merantau orang masih tau ako orang Johor dari segi percakapan ako...

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk... Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR". Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha.... that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa...kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok.... Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju
simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

Apa lagi EKK?
Kamus Johor :
Bongok - bodoh
Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan.
Pergi berendut - dating.
Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.
Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke,  simpan pinggan mangkok ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


karynn This user has been deleted
Post time 19-4-2005 02:30 PM | Show all posts
masa aku dpt email ni pun, aku sengih sendiri.. kelakor.. but true kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 02:37 PM | Show all posts
Memang ada benarnya..
tapi x semua 10 perkara tue melambangkan ttg org JOHOR..

just nak tambah beberapa perkataan utk dikongsi bersama..
kalau korang rajin, tambah2 la lagi..

semangka - tembikai
belenggeng - tak pakai baju.. (biasanya lelaki la)
gobok pakwang - almari kat dapur.. biasanya warna hijau, ada jaring2 hijau.. bawah ada 3 pintu, simpan pinggan mangkuk..
sepatu - kasut
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 03:18 PM | Show all posts
best best...mmg best...aku dah lupa gula tarik tuh....siot
aku dulu panggil karipap = tepung bawang..
korang tau berlengas tak?

aku duduk kl sejak tahun 1987...sellau kena kutuk pasal isu bahase johor nih...aku ckp bahase johor selamba..kekadang member aku tak paham...ape aku ckp...(yg aku perasan budak selalu ckp laju)
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 03:50 PM | Show all posts
kehkehkeh... kompom dak johor cakap laju cam ketapi... ada sorang dak pompuan kat tempat aku ni nak rahsiakan dia asal orang mana.. tapi bila dengar cara dia cakap je aku dah tau dia asal dak Johor... laju sampai tak sempat brek siot... ekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 02:11 PM | Show all posts
heheheh... tergelak sensorang bila baca ... emm ni win tak sure laa menggambarkan org johor ke tak ... ayat cam gini

jalan tegak atau jalan lurus .... ???? heh ...

paham ke soklan org ??  :hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2005 02:21 PM | Show all posts
kasi detail sikit la Win...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by kurik at 20-4-2005 02:21 PM:
kasi detail sikit la Win...


heheheh okeh okeh ... susah le nak bagi contoh ... aaa cam gini ... contoh laa ... kalau ayat cam gini

ayat 1 :
ko jalan tegak pastuh ko belok kiri ....

ayat 2
ko jalan lurus pastuh ko belok kiri ....

agak2 org johor cakap ayat yg mana ????/ heheheh .... cam gini boleh paham ke .. ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2005 03:26 PM | Show all posts
kehkehkeh.. confirm aku pilih no. 1.. lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by kurik at 20-4-2005 03:26 PM:
kehkehkeh.. confirm aku pilih no. 1.. lol

wakakakaak samalaa ngan aku..jalan tegak...lol
tegak nih mende yg naik ke atas....wakakak macam berdiri tegak
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by kurik at 20-4-2005 03:26 PM:
kehkehkeh.. confirm aku pilih no. 1.. lol


:ah: ehmm kita pun akan cakap mende yg sama ... ngeh ... ngeh ... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 03:16 PM | Show all posts
1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk... Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

Ni mmg dah jadi habit aku...cuma aku punya bunyi eeee aje...takde 'k'

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


Yang ni kalau aku kat Johor baru aku pakai...masa kat Kedah kala aku refer JB tu Johor, diaorang pening.....

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR". Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.


True Blue Johorean will sound like that....aku nak pergi Muor nak beli selipor...wakaka...orang kat Kedah pelik tengok aku cakap camtu

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha.... that is exactly my point!)

Nick aku masa study dulu Ekstreme....pasal aku suka buat lawak bodo tahap ekstrim!

5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa...kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

Aku teringat masa bebudak dulu.....lepas2 sunat!

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok.... Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

Rasa aku ngko kena kelentong la kot...macm aku gak...anyway bebotok makanan favorite aku...dulu mmg aku ambik ikan dengan paste kari dia aje..sekarang semua aku belasah..daun pisang buat bungkus aje aku tak makan!

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

Walaupun aku takde berangan jadi mat rock tapi gila2 punya follow rock tahun 80an dulu!

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

Aku pun tak suka...tapi ni specialty kenduri Johor. sekarang ni (at least) dalam family aku dah tak buat dah sebab lama nak masak tu le....takde sape nak pergi tengok api tu!

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju
simpan dalam GEROBOK **.

Ni kelako...masa meeting aku buat report yang antaranya list inventori kolej..aku tulis 'gerobok baju'. Yang paham bos aku aje, sebab dia asal Johor.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

Ye betul terutama 10-20 tahun dulu...kalau aku asal 6.30 petang bukak Channel 5 tengok kartun. kalau pelawat luar, anda tahu anda dah masuk Johor  bila nampak aerial sayuuuppp kat atas rumah!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2005 11:50 AM | Show all posts
:setuju: :setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2005 10:17 PM | Show all posts
Originally posted by kurik at 2005-4-19 02:08 PM:
10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

Kat daerah belah2 utara sket cam Segamat, Muar dgn Mersing takleh dpt channel Singapore...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 10:35 AM | Show all posts
aku rindulah kat channel 5 ngan channel 8.rcti nagn sctv
banyak cerite2 yg best ngan up to date
skarang duk kl,boring gile,,balik2 tv3,ntv7,8tv.ni jelah siaran yg wujud secare terang ngan jelas kat area rumah aku
tv 1 ngan 2 hampeh:agr:
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 11:28 AM | Show all posts
Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju
simpan dalam GEROBOK **.


Satu lagi.... Malam ni sejuk ler....tolong ambikkan GEBOR*


Gebor = selimut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2005 11:31 AM | Show all posts
nih kan diorang amik dr blog.. makandeh.blogspot.com

dia nih penulis asal
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 02:39 PM | Show all posts
tetiba windu nak balik jb..
Reply

Use magic Report

karynn This user has been deleted
Post time 25-4-2005 05:43 PM | Show all posts
basah lencun
hujan petos.. tu yg mak aku slalu ckp masa aku sibuk berkubang kat tgh padang main softball time sekolah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2005 07:44 AM | Show all posts
nak tergelak... :lol

lagi satu :
cicak dipanggil "cecak"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.194564 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list