CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276967|Reply: 1583

SELANGOR RED GIANTS - caya la...kepala Rangel (1) vs Pahang (0)

[Copy link]
Post time 6-10-2004 09:26 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by adbrutals at 11-10-2011 14:03

Post Last Edit by adbrutals at 27-10-2009 13:55

Post Last Edit by adbrutals at 24-7-2009 10:14

kepada penyokong atau yg tak menyokong selangor....
boleh masuk kat sini....
nak ungkit ke...puji ke bako ke...silakan lah...
dialu alukan...meriahkanlah benang nihh...
steadylah selangor...

[ Last edited by  adbrutals at 26-5-2009 16:12 ] Last edited by adbrutals on 29-1-2014 03:15 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


epal_hijau This user has been deleted
Post time 13-10-2004 01:38 AM | Show all posts
penyokong selangor nie...  
makin hari bukan semakin ramai...
makin ramai yg malas nak jadi penyokong selangor nie...
bukan sebab tak sokong team/player tue...
tapi sebab tak suka ngan pihak pengurusan selangor
nie... (masa era Datuk Mokhtar)
tak tahu lah pulak lepas MB KhirToyo nie ambik alih...
harap stadium je besar... penyokong ciput...
aku dulu2 (masa era Datuk Aini) boleh katakan asal ade
game selangor main kat Std. S A tue aku gie....
lepas Datuk Aini kena singkir... aku pun malas nak pegi dah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2004 05:26 PM | Show all posts
Dollah, Bambang pilihan Selangor

Oleh AMRAN MULUP


BAMBANG Pamungkas dihalang pemain Malaysia, Akmal Rizal Rakhli (kanan) dalam satu aksi separuh akhir Piala Tiger 2002 di Jakarta. Penyerang sensasi Indonesia itu kini cuba dipikat oleh Selangor bagi membawa cabaran Liga Malaysia musim depan.

TEKA-teki siapa jurulatih Selangor musim depan akhirnya terjawab.

Tiada kesangsian lagi jurulatih MPPJ, Dollah Salleh yang juga bekas pemain skuad Merah Kuning pada awal tahun 80an akan menggalas cabaran selaku jurulatih untuk mengembalikan semula kegemilangan Selangor musim depan.

Kehadiran Dollah sememangnya dinantikan oleh Selangor selepas pasukan itu menempuh liku mengecewakan musim ini.

Segala keperitan juara 29 kali Piala Malaysia musim ini, merumuskan angin perubahan baru ke atas jurulatih dan pemain perlu dilakukan untuk mengembalikan semula kegemilangan skuad Merah Kuning musim depan.

Bukan lagi perkara yang perlu disembunyikan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan segala rundingan diatur begitu rapi bagi memastikan Dollah menerima tawaran lumayan.

Hanya menanti kepulangan pengurus pasukan, Datuk Satim Diman daripada mengerjakan umrah, Dollah yang membawa kegemilangan MPPJ muncul juara Piala Malaysia musim lalu akan mengikat kontrak minggu ini.

Kehadiran Dollah, 41, pemain yang pernah menyarung jersi Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan ibarat `sirih pulang ke ganggang'.

Menurut jurucakap FAS, segala rundingan dengan Dollah sudah sampai ke penghujung dan bekas pemain kelahiran di Kampung Tangga Batu Melaka itu sudah menerima tawaran sebagai jurulatih Selangor musim depan.

``Memang sudah lama Selangor mahukan Dollah tetapi terhalang kerana pelbagai masalah.

``Tetapi kali ini sudah pasti Dollah akan menjadi jurulatih Selangor yang baru,'' ujarnya.

Ujarnya, rata-rata Jawatankuasa Liga Pro Selangor sudah bersetuju dengan pelantikan Dollah sebagai jurulatih skuad Merah Kuning musim depan.

``Yang penting Dollah menjadi pertaruhan untuk mengembalikan semula kegemilangan Selangor tidak seperti nasib yang dialami musim ini.

``Kita juga mahu penyokong setia Merah Kuning kembali memberikan sokongan dan menghidupkan kembali semangat yang sudah lama hilang di Selangor,'' ujarnya.

Selain kedatangan Dollah ke Selangor, penyerang berbahaya Indonesia, Bambang Pamungkas juga semakin pasti akan ditambat oleh Selangor musim depan.

Bambang adalah pemain yang menjadi pemusnah apabila jaringan tunggalnya meleburkan hajat Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir Piala Tiger 2002.

Bambang, pemain kelab Persija Jakarta yang menjadi penjaring terbanyak di Piala Tiger cukup dikenali dan digeruni.

Kehadiran penyerang itu dijangka dapat memperkukuhkan jentera serangan Merah Kuning bergandingan dengan Brian Fuentes, satu-satunya pemain import musim ini yang dikekalkan untuk cabaran musim depan.

Ketika ini rundingan antara FAS dan Bambang di peringkat akhir dan pada dasarnya pemain itu bersedia menerima tawaran lumayan Selangor musim depan.

Skuad Merah Kuning tidak lagi berhajat untuk menawarkan kontrak kepada ke atas dua tenaga import, Darko Novacic dan Ante Kovacevic.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2004 10:35 AM | Show all posts
dollah dgn bambang dah kompem dah...:clap:
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2004 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by epal_hijau at 2004-10-13 01:38 AM:


Tak pueh hati sungguh no hang ngan aku sampai avatar hang pun duk menyumpah kat aku... tak apa tak apa... sempena nak sambut raya aku maafkan..

:pray:

Avatar epal_hijau Clik Kanan pada avatar epal pi kat properties http://img.photobucket.com/album ... au/Avatars/Conman_B abi_Kafir_Laknat.gif


:cak::no::no:

[ Last edited by Conman on 8-11-2004 at 11:41 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2004 12:14 PM | Show all posts
Selangor tunggu surat Perak
Oleh Halmi Samad


SELANGOR lulus ujian getir awal sesudah menerima lampu hijau untuk memikat tiga pemain tetapi keputusan paling penting bagi mengikat Eddy Helmi Manan dan K Rajan bakal diputuskan minggu ini oleh Johor serta Negeri Sembilan.

Tatkala Persatuan Bola Sepak Melaka (Mafa) dan kelab TNB Kelantan sudah mengeluar surat pelepasan ke atas Nazzab Hidzan (gambar), Shahrizan Ismail dan Mohd Saifu Nizam Hussin, penantian Merah Kuning jelas sangat mendebarkan.

Selain menunggu surat pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBSNS) dan kelab Johor FC, dua pemain berkenaan harus menepati janji yang sudah diukir kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Apapun, The Red Giant bersedia `bergolok bergadai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2004 01:42 AM | Show all posts

eddy tak dapat

Originally posted by adbrutals at  12:14 PM:
Selangor tunggu surat Perak
Oleh Halmi Samad


SELANGOR lulus ujian getir awal sesudah menerima lampu hijau untuk memikat tiga pemain tetapi keputusan paling penting bagi mengikat Eddy H ...


Johor FC tak kasik eddy masuk selangor, mlm tadik nya berita tv1, tak baik gitu, semangat kenegerian tu mmg penting, tapi player tu nak carik makan dgn bola, sebab kerja dia main bola, jgn tutup peluang org nak carik makan ikan besar ye tak? tapi kalo mmg  c eddy tu tanak blah bagus gak, ada la pelapis player s'gor dpt tunjuk bakat diorang lak, dan mungkin bawa perubahan besar pada selangor.. sape tau ye tak.. tak kisah la india, cina or melayu pon, janji ada PERUBAHAN memdadak dari selangor,

aku nak dtg tgk pon dah tak semangat, diorang main macam nak tanak je, training hari2, tapi main macam baru main,

:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 8-12-2004 10:42 PM | Show all posts
sejak mohd aini turun
bola sepak selangor jatuh merudum
datuk mokhtar tu reti nak urus bola sepak
aku pun malas nak tgk selangor main
dulu kalau aku tak gi stadium,aku mesti dgr secara live kat radio shah alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2004 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by adbrutals at 9-11-2004 12:14 PM:
Selangor tunggu surat Perak
Oleh Halmi Samad


SELANGOR lulus ujian getir awal sesudah menerima lampu hijau untuk memikat tiga pemain tetapi keputusan paling penting bagi mengikat Eddy H ...


selangor memang tengah rancak kumpul player
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2004 02:14 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by kangkung at 2004-12-15 10:54 AM:


selangor memang tengah rancak kumpul player
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2004 03:09 AM | Show all posts
aku penyokong selangor dr darajah empat lagik!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2005 09:24 PM | Show all posts
piala fa kena lawan team zainal pulak...sakit nihh...:stp:
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 3-2-2005 02:06 AM | Show all posts
bila match selangor ni ehh
aku nak gi ni
nak tgk team baru camana
Reply

Use magic Report

massenger This user has been deleted
Post time 3-2-2005 07:52 AM | Show all posts
mesti ramai indon yg datang tengok.......aku raso kena ambik player myanmar sorang.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2005 11:20 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by kangkung at 15-12-2004 10:54 AM:


selangor memang tengah rancak kumpul player
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 4-2-2005 03:13 AM | Show all posts
kihkih
bung pamungkas dan bung elie aboy ada main ini tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


massenger This user has been deleted
Post time 4-2-2005 07:47 AM | Show all posts
aku raso elok buat pertukaran player la.....sel...ngan team indon
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2005 07:26 PM | Show all posts
di barat, pemain join team2 dlm liga tetinggi..supaya peluang utk main nasional team jd lebih cerah, n glamernya lebeh...tp di malaysia, pemain pakat2 join team dlm liga yg lebih endah dr liga teringginya, i'e selangaor yg stakat main liga perdana..

automatically, is dah downgrade liga super....supermarket..
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 5-2-2005 01:46 AM | Show all posts
^
tp rasanya mcm sama je standard team liga super ngan liga yg tak super
kihkih
Reply

Use magic Report

massenger This user has been deleted
Post time 5-2-2005 07:51 AM | Show all posts
kehkehkeh....kat malaysia ni ....team liga perdano lagi kayo..nak buek camno...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 1.345243 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list