AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT MERAH)
Dikeluarkan pada: 7.00 petang 05/12/2007
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)
Dikemaskini : 7.00 malam 05/12/2007
Hujan sekejap-sekejap yang sederhana kadangkala lebat yang berlaku di Johor dan Pahang Selatan dijangka berterusan sehingga hari Jumaat malam, 7 Disember 2007.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
i) Dikemaskini : 7.00 malam 05/12/2007
Hujan sekejap-sekejap yang sederhana kadangkala lebat yang berlaku di N.Sembilan dan Melaka dijangka berterusan sehingga hari Jumaat, 7 Disember 2007.
ii) Dikemaskini pada: 9.41 pagi 03/12/2007
Hujan sederhana kadangkala lebat di kebanyakkan tempat yang berlaku di Sarawak (Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah) dijangka berterusan sehingga Rabu, 5 Disember 2007.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat serta tanah runtuh di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, lereng-lereng bukit dan tebing-tebing sungai.
SEKSYEN C: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikemaskini pada: 7.00 malam 05/12/2007
Hujan sekejap-sekejap yang sederhana kadangkala lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang Utara mulai hari Khamis, 6 Disember 2007 sehingga hari Jumaat, 7 Disember 2007 |