View: 17701|Reply: 22
|
Mitos berkenaan kuda kepang
[Copy link]
|
|
Permainan kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat di negara ini. Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan permainan wau dan wayang kulit, kuda kepang pula mendapat tempat di hati rakyat Johor. Kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu ketara dalam beberapa aspek kebudayaan.
Salah seorang pencinta permainan ini di Pt. Kemang Muar ialah En.Margono bin Hj. Anuar atau lebih mesra dipanggil "Wak Gono". Beliau sudah lama berkecimpung dalam permainan kuda kepang tetapi faktor usia menyebabkan beliau terpaksa melupakan permainan ini. Permainan kuda kepang disebarkan kepada rakan-rakan serta orang-orang kampung dan hingga kini di Kampung Parit Kemang sudah mempunyai sebuah persatuan "Persatuan Kuda Kepang Pt. Kemang Muar". Menceritakan sejarah awal, beliau yang kini berusia 80 tahun menyatakan kuda kepang berasal dari Tanah Jawa Indonesia dan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh rakyat Indonesia yang berhijrah ke negara ini. Pada mulanya ia hanya permainan biasa seperti "Sepak Raga". Namun sambutan dari penduduk tempatan menyebabkan ia berkembang dari sebuah kampung ke sebuah kampung.
Pada zaman sekarang, permainan kuda kepang dimainkan di majlis perkahwinan atau sesuatu majlis keramaian. Pemain kuda kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang dimana 9 orang menari, 5 orang pemain muzik, 15 orang penjaga kawasan dan dua orang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih". Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan jumlah ahlinya adalah seramai 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pakaian permainan pula biasanya seragam.
Pantang larang dalam permainan kuda kepang ialah pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.
Namun pantang larang yang utama ialah tidak boleh melihat kain berwarna merah kerana ia adalah pantang larang semulajadi. Selain itu tidak boleh terlihat atau melihat kaca atau serpihannya kerana ditakuti akan dimakan oleh pemain.
Apabila muzik mula bergema, masuklah pemain-pemain yang dipimpin oleh "danyang" memasuki gelanggang. Pemain-pemain akan menari menurut rentak dan irama lagu. Tiap-tiap penari akan menunggang atau memacu kuda anyaman(kuda kepang). Tarian yang kerap dipersembahkan dalam sesuatu majlis tarian kuda kepang ialah Tarian Solo, Tarian Selendang, Tarian Pucuk Rebung dan Tarian Kuda Kepang dinamakan "Lenggang Kiprah". Penari-penari menari sehingga mabuk atau tidak sedarkan diri selama 2 jam. Keadaan ini disebut sebagai "naik syeh".Mereka boleh melakukan perbuatan atau gerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi 6 kaki dan sebagainya. Kadang-kadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.
Semasa penari dalam keadaan demikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak maka penari akan naik berang dan akan menerkam atau menendang pemain muzik. Kelakuan ini tidak ubah seperti kuda yang sedang berang. Jika keadaan bertambah liar, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, seterusnya dijampi. Penari-penari itu akan dipulihkan semula oleh Tok Bomoh dan kembali normal seperti biasa.
Menurut keterangan pemain yang mengalami kejadian seperti ini,ketika mabuk mereka bermimpi menunggang kuda sambil menari-nari dengan iringan muzik. Semakin lama bunyian itu sayup kedengaran. Kerana itulah mereka cuba mengejar muzik itu. Jelaslah tarian Kuda Kepang mempunyai semangat yang menjadi asas kepercayaan dan peminat mereka. Selain itu alat-lat kuda kepang mesti disimpan dengan baik kerana ditakuti akan dimarahi oleh 'rohnya'. Ini menunjukkan bahawa permainan kuda kepang mempunyai kepercayaan tersendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua penonton tidak sedarkan diri bersawai dan menari ikut rentak, alunan muzik dimainkan
SEBAIK saja alunan muzik bergema, kelihatan sekumpulan penari yang memakai pakaian berwarna-warni mula mengatur gerak mengikut irama bersama replika kuda yang mereka kepit.
Ketika itu, gerak langkah penari cukup teratur membuat penulis berbisik kepada jurugambar, Shahrul Zaman M Zain, memberitahunya kemungkinan tarian kuda kepang yang diadakan di pekarangan sebuah rumah di Kampung Sungai Nibong, Semerah, Batu Pahat, itu sekadar persembahan biasa, seperti yang sering kita lihat pada majlis rasmi kerajaan atau parti politik.
Selang lima minit persembahan, penari kelihatan begitu asyik menari mengikut alunan irama angklung bersama pukulan gendang dan jidot (sejenis rebana) dan tiada tanda-tanda akan berlaku aksi luar biasa seperti yang pernah didengar daripada beberapa rakan sebelum ini.
Namun sangkaan penulis meleset, sedang asyik melihat gerak tari yang begitu tersusun selain sekali-sekala dikejutkan bunyi cemeti yang disebat oleh ketua penari ke tanah, tiba-tiba seorang penari rebah dengan mata terpejam dan tubuhnya seolah kejang.
Ketika itu, penulis terfikir kemungkinan penari itu pengsan kerana melihat usianya yang agak lanjut, namun Ketua Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan, Kampung Sungai Nibong, Naim Marjani, 65, atau lebih dikenali sebagai Wak Naim, berkata aksi sebenar kuda kepang sudah bermula.
Tidak lama selepas itu, penari yang pengsan sebentar tadi tiba-tiba bangun dengan keadaan bersawai dan berjalan terhuyung-hayang keliling gelanggang, namun langkah kakinya tetap menari mengikut rentak irama muzik.
Ketika tumpuan terarah kepada penari yang sedang bersawai itu, tiba-tiba orang ramai dikejutkan apabila dua penonton pula jatuh daripada kerusi masing-masing lalu tidak sedarkan diri.
Selang beberapa minit, dua penonton itu bangun semula, namun mereka juga dalam keadaan bersawai dan mula menari mengikut alunan irama muzik.
Bomoh atau dikenali sebagai 憄engawal |
|
|
|
|
|
|
|
ntah la....sebab saya sendiri pernah tgk depan mata permainan kuda kepang yang asli...memang gerun dan kengkadang tak percaya apa yang ditengok.. |
|
|
|
|
|
|
|
pun sama pernah tgk gak waktu karnival GEGAR...dia org undangan tetap waktu karnival..
tp selalu terlepas nak tgk...
ramai yg bgtau kalau tengok mesti jd seram..
last venue kat muar...drive bas sekali kena pukau waktu tgk kuda kepang..
dia pun menari style kuda gak mcm ahli yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 MsCinderella's post
biasanya itu bukan pukau.....sebab driver bas tu jadi mcm tu adalah sebab dia dipanggil melalui isim yang dipelajari ataupun dia juga ahli atau bekas ahli kuda kepang.....
kebiasaannya permainan kuda kepang takkan 'bermain' di luar gelanggang apabila tamat permainan.... |
|
|
|
|
|
|
|
mak pernah cerita, masa kecik, pergi tengok orang main kuda kepang, ntah camner ada 'kuda' terlepas, lompat tinggi giler, orang tu lompat2 atas bumbung rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 kroit92's post
dulu punya main giler seram....bukan lompat ajer...siap makan api,angkat batu besar pastu ada jugak main cakar2 pokok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 kroit92's post
boleh kroit...kat kampung aku kude kepang masih mengamalkan tradisi lama dan keasliannya tetap ada pada setiap peralatan.misalnya gong muzik kuda kepang yang dianggarkan berusia lebih dari 50 tahun dan kat kuda kepang kulit dan rambut asli still boleh dilihat kat sini..tapi tak pernah pula aku tgk depa main pakai kuda OTAI tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm cite PHSM 2 rasanyer ada scene main kuda kepang
masa tu rusdi ramli ngan sape ek ... diorg lwn gune kuda kepang
cam tu ker diorg leh lompat n terbang2? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fly_in_d_sky at 15-12-2007 08:29 PM
dlm cite PHSM 2 rasanyer ada scene main kuda kepang
masa tu rusdi ramli ngan sape ek ... diorg lwn gune kuda kepang
cam tu ker diorg leh lompat n terbang2?
apa ek nama diorang, dalam citer tu, yang haku ingat, sorang jek, Bayang.. best! pastu Rosyam Nor = Ayah Madi, badan dia kuda kepang pinjam nak lawan ngan orang jahat ngan cik pon tuu..
tapi mungkin jugak kot, yang part terbang2 tu susah nak percaya, lompat2 ti bleh terima gak... aku minat gila ngan PHSM + PHSM2 .. lagi2 PHSM2, ada menceritakan sejarah2 zaman dulu, cara dan gaya hidup, amalan dan ilmu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
kira kuda kepang ni berasal dari seorang tua yang misteri lar.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku masa sekolah2 dulu ade join kumpulan silat... mmg tiap2 kali ade kenduri kawin kitorang akan dipanggil utk buat persembahan... dan lepas tu... geng2 otai akan start main kuda kepang ni...
diorang ni lebih kepada kerasukan, biasanye dari muzik paluan gendang dgn gong... mmg tak terkawal... cuma sorang jer tok guru yg memegang belati (betul ker nama nye ek...) boleh control... tok guru ni akan pagar kawasan tu dulu seblm permainan ni dimulakan...
masa tgh naik sheikh tu... diorang akan buat yg org biasa tak boleh buat... contohnye... mkn kaca gelas, kopek kelapa guna gigi, jln atas api dan mmg betul diorang ni blh melompat setinggi pokok kelapa dgn sekali lompat (kejadian yg betul2 terjadi dpn mata aku)...
biasanye penawar utk kerasokan ni... tok guru tu akan bagi mkn bunga warna merah (kalau tak salah ape2 jenis bunga yg warna merah)... |
|
|
|
|
|
|
|
Masa aku student dulu, aku join persembahan kuda kepang. Walaupun setakat persembahan pentas aje (bukan asli) aku dah rasa lalok dah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 kroit92's post
boleh kroit...takder hal....nak pegi sini je PM saya k..nanti saya jemput awk ke sini...yang lain2 kalau nak join pun boleh jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
permainan dahulukala kebanyakkannya sure ada kaitan dgn mistik
bkn takat kuda kepang nie jer yg 'kerasukan', malah tarian spt
mak yong dan ulik mayang pun sama. ada lagik satu tarian org utara
yg ada pakai benda tajam utk cucuk kat tgn tue..pun sama
yelah dulu2 kan itu jer hiburan lps penat bekerja..so tu yg taksub
sampai ada semangat..tp..aku musykil jgk..benda2 nie tak dikira
berdosa ke??yelah mcm kita memuja semangat kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 joyahglam's post
dalam segi hukum ugama ya..sbab permainan yang berkaitan dengan mistik ini dikira syirik dari pengamalnya...
memuja satu semangat utk mendampingi dan menjadi teman permainan yang usulnya utk bersatu dgn pemainnya....
tapi dari konteks kuda kepang yang saya lihat dan kaji...memang ada bacaan tertentu utk pengamalnya seperti dalam pantang MALE'AN dan puasa...
setiap amalan itu adalah zikir dan pengamalan ayat suci al-quran....dan dalam keadaan berpuasa pun mereka dilarang melakukan perbuatan yang dilarang sepertimana ajaran ugama islam......
dan misterinya kenapa mesti timbul semangat permainan kuda kepang dan termasuk barongan dalam perspektif ini? |
|
|
|
|
|
|
| |
|