|
hehe aku rasa mcam minat je nak beli old scooter/vespa ni.kat area selangor mana nak carik eh?yang baru ada tak?aku nak nak second.heh
|
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya berape ringgit huh? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MrWannabe at 28-12-2007 09:37 PM
ringgit kau kata?
Mahal ke? |
|
|
|
|
|
|
|
2000plus |
|
|
|
|
|
|
|
kat dengan masjid datuk keramat ada bengkel specialist vespa. tak tau ada lagi ke tak. kadang2 kedai tu taruk vespa for sale depan kedai dia. |
|
|
|
|
|
|
|
masjid datuk keramat?kat mana tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Vespa klasik masih diminati
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
| ARIFF Bidin (dua dari kiri) dan empat rakannya bersama Vespa masing-masing di Seremban, semalam.
|
SEREMBAN 6 Jun - Anda pernah mendengar nama Vespa atau Lambretta?
Vespa, skuter yang diusahakan oleh syarikat Itali, Piaggio & Co. S.p.A, walaupun telah wujud sejak tahun 1946 dan menerima saingan terdekatnya, Lambretta, namun ia tidak pernah hilang 'kuasanya' sehingga memikat ramai penggemar skuter tersebut.
Malahan Vespa juga popular dalam set penggambaran filem antarabangsa seperti Austin Powers arahan Jay Roach, Chak De India lakonan Shah Rukh Khan, Chasing Liberty (Ben Calder), Mandy Moore dan banyak lagi.
Lebih menarik Vespa versi 150 ACMA T.A.P juga merupakan salah satu daripada kenderaan bersenjata yang digunakan oleh tentera Perancis ketika berlakunya konflik Algeria dan Indochina pada tahun 50-an.
Percaya atau tidak, Vespa juga adalah satu-satunya motosikal unik dan telah diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) walaupun tiada lampu arah dan cermin sisi dan sebutan bagi kenderaan itu juga tidak dipanggil motosikal sebaliknya hanya disebut 'Vespa'.
Maka tidak hairanlah sekiranya Vespa yang kini lebih signifikan dan seringkali dikaitkan dengan nostalgia yang menggamit kenangan manis sewaktu era 50-an dan awal 60-an, masih menjadi kegilaan orang ramai yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit semata-mata untuk dijadikan koleksi peribadi.
Seorang pemilik Vespa, Ariff Bidin, 27, berkata, minatnya mula tercetus sejak 15 tahun dahulu.
Tambahnya, Vespa adalah salah satu kenderaan yang mempunyai keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan motosikal biasa kerana keseluruhan reka bentuknya diperbuat daripada besi yang tahan lama.
"Saya mula menjinakkan diri dengan Vespa ini sejak 15 tahun dahulu dan pada awalnya saya hanya menjadikan ia sebagai satu pengisian masa lapang saya.
"Walaupun saya mempunyai hobi yang lain, tetapi saya lebih mengutamakan Vespa kerana saya beranggapan kenderaan seperti ini mempunyai satu keunikan tersendiri kerana ia lebih klasik dan mempunyai nilai-nilai istimewa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ketika ditanya apakah kenangan manisnya bersama Vespa, Ariff berkata: ''Saya pernah diarak oleh sekumpulan penunggang Vespa ketika melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lalu dan saya fikir ia merupakan kenangan yang tidak mungkin dilupakan."
Mengenai alat ganti, dia mengakui agak sukar untuk mendapatkan barang berkenaan kerana ia kenderaan klasik.
''Jika memerlukan juga, ia perlu ditempah di negara lain seperti Thailand mahupun Indonesia. Tiada lagi pengeluaran Vespa klasik sekarang ini. Model yang ada hanya jenis terbaru seperti Vespa LX150," katanya.
Antara model Vespa terkini yang berada di pasaran ialah LX 50, LX 125, LX 150, LXV 50, GT60-250cc, GT 125 (Granturismo 125), GT 200 (Granturismo 200), GTS 125, GTS 250, GTV 125, GTV 250, GTS 300 Super (2008), PX30 125, PX 125, PX 150 (untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada), S50 dan S125.
"Kita juga ada rakan-rakan yang mempunyai kemahiran teknikal mengenai Vespa. Sekiranya berlaku apa jua masalah, mereka akan sedia membantu dan setakat ini kita mempunyai 30 ahli Vespa di daerah Seremban yang mempunyai kepakaran masing-masing.
Mengenai cat warna yang digunakan, Ariff bekata, warna yang digunakan untuk mengecat Vespa biasanya mengikut kesesuaian dan keserasian kenderaan itu sendiri.
Namun, katanya, lebih baik kenderaan berkenaan mengunakan warna asal memandangkan ia dapat menggambarkan usia sebenar Vespa.
bapak aku masa muda2 pakai vespa masa baru kawen dgn mak aku... vespa biru!! cool ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Vespa kenderaan perang
Oleh Mohd Razlan Salleh
APABILA menyebut Vespa, ia akan menggamit nostalgia di kalangan mereka yang pernah menggunakan jentera itu terutama sekitar 1960-an dan 1970-an.
Ketika itu, Vespa ibarat kenderaan ada kelas tersendiri bagi Mat Motor, malah jika jentera itu melintas di hadapan rumah, pasti ada mata anak gadis mengintai dari celah jendela.
Namun, apabila laporan akhbar menyebut, pengeluaran Vespa akan dihentikan, ia pasti menimbulkan kekecewaan kepada peminat motosikal klasik itu.
Motosikal itu meninggalkan kenangan manis kepada generasi lama sehingga ada masih menyimpan jentera itu walaupun rosak dan dimamah usia.
Laporan peraturan Eropah menyebut, Vespa PX melanggar peraturan baru kesatuan terbabit kerana enjin dua lejangnya mengeluarkan asap melebihi tahap dibenarkan selain reka bentuk yang dianggap kurang selamat.
Bagaimanapun, model Vespa moden atau skuter yang dilengkapi gear automatik masih dibenarkan beroperasi di jalan raya.
Menyingkap sejarah awal penghasilan motosikal klasik itu, Vespa pertama dipertontonkan di khalayak ramai di Rome pada 1946.
Mungkin ramai tidak mengetahui Vespa direka sebagai sebuah kenderaan perang yang digunakan secara meluas oleh tentera Perancis dan Amerika Syarikat (AS) menentang Nazi.
Vespa membolehkan tentera payung terjun dan tentera laut AS melalui jalan yang dibom tentera Nazi dengan mudah selain menghampiri benteng pertahanan tentera pimpinan Adolf Hitler sekitar sempadan Austria.
Awal penciptaannya pada era Perang Dunia Kedua, Enrico Piaggio, seorang jurutera Itali bahagian aeronautik diarahkan ketuanya, Corradino D'Ascanio membina sebuah jentera darat yang mudah, berperisai dan tidak mengotorkan baju.
Selain itu, jentera berkenaan mestilah mudah ditunggang sama ada lelaki atau wanita dan boleh membawa penumpang jika perlu.
Ini kerana Corradino sendiri tidak gemar menunggang motosikal dan tidak mahu jentera terbaru itu menyerupai sebuah motosikal.
Atas alasan berkenaan, Enrico mencipta sebuah mesin seakan motosikal tetapi mempunyai pengadang angin lebih lebar, kawalan gear di tangan, selain enjin belakang yang disambungkan terus ke roda belakang.
Bahagian pengadang angin direka sebagai perisai bertujuan supaya tidak mengotorkan baju penunggang manakala bahagian tengah yang kosong memudahkan wanita berpakaian skirt menunggangnya.
Bahagian suspensi hadapan direka sama seperti gear mendarat sebuah pesawat supaya motosikal lebih mudah membelok.
Rekaan berkenaan mendapat perhatian Corradino dan bermula daripada itu, pelbagai rekaan baru Vespa dicipta untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
Kemudian, terciptalah sebuah motosikal yang dinamakan Vespa di mana identiti mesin berkenaan boleh dikenali melalui bentuknya yang agak 'gemuk' kerana segala peralatan mekanikal dan enjinnya berjaya dilindungi daripada sebarang kekotoran berbanding motosikal biasa.
Model awal Vespa mempunyai tempat duduk belakang berasingan atau ruang menyimpan barang sepenuhnya bergantung kepada kehendak pelanggannya.
Sebelum dikeluarkan secara rasmi pada tahun 1946, Vespa mengalami beberapa perubahan lagi termasuk bahagian pengadang angin lebih 'melentur' serta bahagian belakangnya mempunyai laci sama seperti tempat barangan yang terdapat pada bahagian penumpang hadapan sebuah kereta.
Tempat mengisi bahan api juga diletakkan di bawah tempat duduk kerana memudahkan pereka yang tidak perlu memikirkan untuk membentuk tangki bahan api seperti motosikal Harley Davidson.
Versi awal skuter hanya dilengkapi rim bersaiz lapan inci kerana memberi lebih ruang kepada penunggang meletakkan kaki.
Enjin asal yang dibekalkan hanyalah 98cc dua lejang pacuan roda belakang dengan tiga kelajuan tanpa sebarang sistem atau kipas penyejuk.
Disebabkan enjin berkenaan tersorok di bahagian belakang dan mudah panas, jurutera Vespa mula mencipta kipas atau 'magneto' yang mengawal sistem elektrik motosikal berkenaan.
Kipas berkenaan berfungsi menyedut udara ke bahagian silinder enjin bagi mengurangkan kepanasan.
Walaupun pada masa itu enjin dua lejangnya mengeluarkan asap yang banyak selain bunyi yang terlalu kuat, orang ramai tetap berminat untuk memilikinya disebabkan rekaannya yang tersendiri.
Model asal Vespa dikenali dengan kod nama MP5 dan digelar 'Paperino', atau bahasa Itali dipanggil 'itik' kerana bentuk dan bunyinya seakan seekor itik.
Kemudian, Enrico Piaggio mengarahkan Corradino membentuk semula jentera berkenaan dengan tambahan beberapa ciri aerodinamik supaya tidak mendapat jolokan 'itik'.
Apabila prototaip kedua yang dikenali sebagai MP6, Enrico Piaggio berteriak 'Sembra una vespa!' dan perkataan itu melekat sehingga hari ini.
Vespa adalah satu-satunya kenderaan yang dibina secara 'monocoque' atau bahagian enjin disatukan bersama kerangka casis.
Walaupun tidak mempunyai suspensi belakang, orang ramai memuji motosikal berkenaan dan mengaku lebih mudah mengawalnya berbanding jentera dua roda biasa.
Kini, walaupun Vespa sudah ditamatkan pengeluarannya, kenangan dan nostalgia jentera dua roda unik itu sentiasa menjadi ingatan pemiliknya.
>Info
Vespa mula dipamerkan buat pertama kali di Rome Golf Club di mana ia hanya dikhaskan untuk wartawan yang memberi komen mengenai kehadiran terbaru mesin dua roda berkenaan.
Akhirnya, Vespa dijual buat pertama kalinya selepas menyertai Milan Fair pada 1946 dan ketika itu, sebanyak 50 unit terjual.
Permintaan terhadap motosikal itu semakin meningkat apabila 2,500 Vespa dijual setahun selepas dilancarkan dan bilangannya mencecah lebih 10,000 pada tahun 1948.
Vespa terus mencatat jualan memberangsangkan pada tahun berikutnya apabila jualannya meningkat sekali ganda iaitu 20,000 unit pada 1949 dan mencecah sehingga 60,000 unit pada 1950.
Pada tahun 1952, filem Hollywood bertajuk 'Roman Holiday' mengisahkan perjalanan merentasi Rome menggunakan Vespa berjaya melonjakkan jualan motosikal skuter berkenaan sehingga 100,000 unit.
Selain itu, Vespa turut menjadi motosikal pilihan selebriti Hollywood pada masa itu seperti John Wayne, Lucia Bose, Luis Miguel Dominguin, Dean Martin, Abbe Lane dan ramai lagi.
Pertengahan tahun 1950-an, Vespa memberi lesen untuk mengeluarkan skuter berkenaan di Jerman, United Kingdom, Perancis, Belgium and Sepanyol dan bergerak India, Brazil dan Indonesia pada tahun 1960-an.
Sebanyak 10 juta unit Vespa terjual di seluruh dunia ketika dicatatkan pengeluarannya pada penghujung tahun 80-an.
Vespa didatangkan dengan pelbagai kapasiti enjin bermula 50cc, 90cc, 100 cc, 125 cc, 150cc, 160cc, 180cc dan 200 cc serta mengalami perubahan bentuk. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ske nengok... tapi tak reti nak pikir macam mana rupa aku duk atas motor tu...
apa apa pun, kawan aku pakai motor neh... blok aluminium kata nya |
|
|
|
|
|
|
|
Memori tunggang Vespa
BERGAYA. Ariff (dua dari kiri) bersama empat rakannya
mempamerkan Vespa milik masing-masing sambil bersantai di Seremban.
PERNAH dengar nama Vespa atau Lambretta? Skuter ini dikeluarkan syarikat Piaggio & Co. S.p.A, sejak 1946 dan menerima saingan terdekatnya, Lambretta setahun kemudian.
Namun dua produk Itali ini tidak pernah hilang ‘kuasa’ hingga memikat ramai penggemar skuter di serata dunia malah Vespa popular dalam filem antarabangsa seperti Austin Powers.
Bayangkan filem Hindi, Chak De India lakonan Shah Rukh Khan atau cereka komedi romantik Hollywood, Chasing Liberty dan banyak lagi tanpa kelibat motosikal klasik ini.
Lebih menarik Vespa versi 150 ACMA T.A.P salah sebuah kenderaan bersenjata digunakan oleh tentera Perancis ketika berlakunya konflik Algeria dan Indochina pada dekad 50-an.
Percaya atau tidak, Vespa satu-satunya motosikal unik diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan walaupun tiada lampu arah dan cermin sisi dengan sebutan kenderaan itu juga tidak dipanggil motosikal sebaliknya hanya disebut 'Vespa'.
Tidak hairanlah Vespa lebih signifikan dan sering dikaitkan dengan nostalgia era 50-an menjadi kegilaan ramai sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata menjadi koleksi peribadi.
SKUTER Vespa bukan sahaja menjadi kegilaan golongan
veteran malah remaja yang menggemari keunikan reka bentuknya.
Seorang pemilik Vespa, Ariff Bidin, 27, dari Negeri Sembilan berkata, minatnya tercetus sejak 15 tahun lalu dan ia kenderaan yang memiliki keunikan sendiri berbanding motosikal biasa.
“Keseluruhan reka bentuk diperbuat daripada besi tahan lama. Saya mula menjinakkan diri dengan Vespa awal 1990-an dan mulanya sebagai satu pengisian masa lapang saya.
“Walaupun ada hobi lain, tetapi saya lebih utamakan Vespa kerana saya anggap skuter ini mempunyai satu keunikan sendiri kerana lebih klasik dan mempunyai nilai istimewa,” katanya.
Ketika ditanya kenangan manis bersama Vespa, Ariff berkata: “Saya pernah diarak sekumpulan penunggang Vespa ketika perkahwinan dan saya fikir ia tidak mungkin dilupakan.”
Mengenai alat ganti, dia mengakui agak sukar mendapatkan barang berkenaan kerana ia kenderaan klasik dan jika terpaksa, perlu ditempah dari negara seperti Thailand dan Indonesia.
“Kini tiada lagi pengeluaran Vespa klasik. Model yang ada cuma jenis terbaru seperti Vespa LX150. Namun kita juga ada rakan yang mempunyai kemahiran teknikal mengenai Vespa.
“Sekiranya berlaku apa jua masalah, mereka sedia membantu dan setakat ini kita memiliki 30 ahli aktif Vespa di daerah Seremban mempunyai kepakaran masing-masing,” jelasnya.
Mengenai warna digunakan untuk mengecat Vespa, Ariff berkata, ia biasanya mengikut kesesuaian dan keserasian kenderaan itu sendiri tetapi adalah lebih baik kekal warna asal.
Ini memandangkan ia dapat menggambarkan usia sebenar Vespa. Walaupun kenderaan klasik ini mula berkurangan, namun ketrampilannya masih menjadi kegilaan masyarakat.
Ironinya tanpa mengenal lapisan usia, kebelakangan ini wujud kecenderungan menebal di kalangan remaja mula meminati Vespa yang dahulunya merupakan kenderaan ‘orang veteran’.
Malah peminat Vespa tidak pernah pula memikirkan masalah kewangan asalkan dapat menunggang dengan megah kenderaan klasik berkenaan yang pastinya mempunyai tarikan tersendiri.
Penggemar Vespa, Khalid Salleh, 41, berpendapat, skuter ini ada salah satu nilai klasik yang sukar digambarkan kerana hanya penunggang itu sahaja dapat mengetahui kepuasannya.
“Vespa mempunyai nilai kerana ia bukan saja mengembalikan nostalgia pada zaman dahulu tetapi kenderaan ini juga mampu mengimbau nostalgia dan sentimental kepada orang ramai.
“Saya tidak hairan sekiranya golongan muda mula berjinak-jinak ‘mencintai’ Vespa kerana mereka berpendapat Vespa adalah salah satu warisan popular dahulu kala,” katanya.
jom rempit ngan vespa!!! :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Budaya pengikut setia
Oleh SUBASHINI RAJANDRA
Sebuah skuter Vespa mencerminkan ciri-ciri asas seperti bahagian enjin yang tertutup tanpa rantai besi, lantai bagi meletakkan kaki, sebiji lampu depan warisan model Vespa terawal dan uniknya, jentera ini tidak mempunyai lampu isyarat untuk membelok.
SESEKALI pada hujung minggu, Mak Cheon Hoon meluangkan masa bersama satu-satunya 'permainan' klasik vintaj miliknya. Biarpun ada kalanya dia terpaksa berhadapan dengan kerenahnya yang meragam tidak tentu masa, Mak tetap menyayanginya yang kini bernilai lebih daripada RM10,000.
"Saya sendiri tidak sedar telah membelanjakan wang sebanyak itu sepanjang setahun lebih menjadi pemilik Vespa NH 5015 ini," ujarnya yang kelihatan selesa dan santai berbaju kemeja petak dan jean sambil memperagakan skuter Vespa yang berwarna susu cair.
Biarpun, jentera ini mengeluarkan bunyi yang agak membingitkan telinga bagi sesetengah orang, namun bagi Mak dan penggemar Vespa yang lain, bunyi itu bukanlah gangguan tetapi keasyikan yang diterima daripada Vespa yang dikeluarkan pada 1963.
Menurut Eddy Ten, seorang mekanik membaik pulih Vespa di Petaling Jaya, pengeluaran skuter ini mengimbau kembali gaya anak muda bermotosikal pada tahun-tahun 1940-an. Namun di Malaysia, Vespa tertua yang berada di atas jalan raya adalah dari tahun 1963 dan yang terbaru, tahun 1998. Model Vespa yang dihasilkan dalam lingkungan tahun itu masih lagi dikategorikan klasik dan memiliki nilai tersendiri di pasaran global.
| MAK CHEON HOON telah membelanjakan lebih daripada RM10,000 untuk Vespa ini.
|
Bagi amatur seperti saya dan anda, mengesan jenama Vespa di jalan raya mudah dilakukan. Tanpa melihat label atau ikon yang biasanya tertera di bahagian hadapan skuter, Vespa yang diperkenalkan di negara Itali selepas Perang Dunia Kedua, mempunyai bentuk badan yang agak berstruktur atau secara tepat, bak kapal terbang.
Sebuah skuter Vespa mencerminkan ciri-ciri asas seperti bahagian enjin yang tertutup tanpa rantai besi, lantai bagi meletakkan kaki, sebiji lampu depan warisan model Vespa terawal dan lebih menariknya, ia tidak mempunyai kemudahan lampu isyarat untuk membelok.
"Ketiadaan lampu isyarat ini memaksa anda berbalik kepada sikap berhemah di jalan raya. Guna tangan untuk menunjukkan arah ke kanan atau ke kiri jika mahu membelok," jelas Mak sambil ketawa besar.
BUDAYA yang diamalkan oleh seorang pengikut Vespa
cukup menarik kerana mereka bukan sahaja berpakaian
sama tetapi terikut dengan cara hidup yang serupa.
Bagi Mak, 38, dia terpikat kepada skuter Vespa semasa bapanya masih hidup lagi. Zaman kanak-kanaknya dihabiskan dengan menaiki Vespa berwarna hijau yang mana Mak akan berdiri di hadapan manakala adiknya duduk di belakang jentera ini.
Dari gambar-gambar lama yang dirakamkan dahulu, jelas sekali keistimewaan Vespa terpahat di hatinya sehingga hari ini. Sebab itulah, apabila dia terbaca iklan Eddy Ten dalam sebuah majalah motosikal, Mak terasa bagaikan impiannya sudah tercapai.
"Saya terus pergi ke kedai Eddy di Jalan Klang Lama untuk mengetahui serba sedikit berhubung komitmen dirinya terhadap pengumpulan, pembaikan dan penjenamaan semula Vespa yang hanya menunggu masa sebelum menjadi besi buruk."
"Melihat minat Eddy serta ikhtiarnya setiap kali seorang pelanggan bertanya khabar tentang Vespa, saya terus membeli dan tidak pernah kesal walau sesaat pun," ujar Mak ketika ditemui di sebuah kafe di ibu kota Kuala Lumpur.
Seperti kehidupannya yang rileks di luar tempat kerja dan keinginan mengecapi kedamaian di sebalik hutan konkrit yang menyelubungi diri, Vespa adalah satu-satunya jalan keluar terdekat untuk membawa dirinya keluar bersiar dengan anak sulungnya pada hujung minggu.
Pada masa yang lain, sesekali dia akan menunggangnya ke pejabat atau singgah sebentar di kedai minum untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan mengenai kelebihan Vespa tahun 1975 miliknya yang menjimatkan petrol. Katanya, hanya RM12 diperlukan bagi perjalanan ulang alik sejauh 20 kilometer dari Segambut ke Kuala Lumpur selama tiga hari.
Dengan tambahan aksesori baru yang diimport dari luar negara, skuter Mak juga kelihatan bertenaga dan tidak mudah rosak. "Biasanya, saya akan cadangkan kepada pelanggan supaya datang memeriksa Vespa sebanyak sekali dalam tempoh tiga atau enam bulan."
"Tak perlu kerap sangat kerana ia tidak digunakan selalu seperti motosikal berkuasa tinggi," tambah Eddy yang mendapatkan alat ganti dari negara India, Thailand dan Vietnam.
Apa pun, soal kerosakan tidak dapat dielakkan sama sekali. Sekiranya anda tidak sanggup mengorek jauh ke dalam kocek beberapa kali dalam setahun, ada baiknya anda beli sahaja motosikal konvensional. Harus diingat bahawa Vespa adalah buatan 30 atau 40 tahun lalu. Tetapi jika ia masih berfungsi dan beroperasi dalam keadaan baik sehingga sekarang, semuanya itu berbalik kepada soal penyelenggaraan.
Sementara itu, seorang pemilik Vespa biru putih, Zain Bador, berkata:
"Vespa mewakili gaya hidup seseorang. Jika BMW membawa maksud seorang yang berfikiran serius, usahawan berjaya dan berkelas mewah, Vespa mempunyai luahan bahasa tersendiri."
"Anda berasa lebih tenang, mesra alam dan terbawa-bawa dengan mood nostalgik yang tidak terhingga."
Zain, 37, yang tinggal lama di United Kingdom (UK), menyedari skuter jauh lebih popular daripada motosikal berkuasa tinggi di negara itu. Malah, trend Mod iaitu budaya yang diamalkan oleh pengikut Vespa, cukup menarik kerana mereka bukan sahaja berpakaian sama tetapi terikut dengan cara hidup yang serupa.
Di Malaysia, ia tidak begitu menonjol sungguhpun beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan konvoi Vespa diadakan dari semasa ke semasa.
Baru-baru ini, sekumpulan 15 orang pengguna Vespa di bawah pengawasan Eddy berkonvoi meredah bukit ke Genting Highlands. Mereka juga pernah konvoi ke Port Dickson dan Seremban, Negeri Sembilan; Kuala Selangor, Selangor dan Janda Baik, Pahang.
ZAIN BADOR (kiri) dan Andy Short dengan aset Vespa masing-masing.
Aktiviti sebegini sememangnya menampilkan cabaran seperti skuter rosak. Akan tetapi, keseronokan yang membuai hati setiap peserta, sukar dibayangkan dengan kata-kata.
"Lagipun, inilah kali pertama saya turut serta dalam konvoi sebegini selepas enam bulan bergelar pemilik Vespa tahun 1978," nyata Zain yang merupakan seorang pengurus produksi.
Sementara itu, Andy Short yang berasal dari Briston, UK tidak menyesal menunggang Vespa di dalam hujan tetapi yang paling digeruni ialah lopak-lopak di atas jalan raya di Malaysia. "Saya mesti tersalah masuk ke dalam lubang," katanya sambil ketawa.
Katanya, pengalaman menunggang skuter terutamanya Vespa tiada bandingannya dengan pemanduan kereta.
"Saya yang pernah memandu motosikal besar, sukar menyamakan Vespa dengan mana-mana jenama lain kerana ia lain daripada lain. Tak kira sut hitam atau sekadar berkemeja, semuanya tampil elegan dengan Vespa," ujar Andy yang ditemui di bengkel Eddy.
ANDY SHORT (tengah) bertukar-tukar pendapat dengan Eddy (kiri)
dan Zain Bador mengenai pengalaman masing-masing di Petaling Jaya, Selangor.
Dia singgah ke bengkel Eddy hampir setiap minggu untuk menukar setiap perkakas termasuk rim, hendal skuter, tempat duduk, cermin sisi dan lain-lain. Dalam tempoh dua bulan setengah memiliki Vespa hitam berjalur putih, sudah lima kali dia menukar warna dan berbelanja sehingga RM12,000.
"Terdapat dua stail untuk mengubah suai Vespa sama ada tradisional atau stail sendiri. Saya pilih stail sendiri kerana ia menggambarkan diri saya," katanya yang akan terbang pulang ke Briston sebaik sahaja tamat kontrak kerja di Malaysia.
tingat lak vespaa biru bapak aku... masa jaman dia muda2 dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cun..mmg cun...teng2...teng.. |
|
|
|
|
|
|
|
nk pkai vespa musti kene pndai repair...ye la mesin buruk sllu meragam.hik...hik...tapi tahan tu...n laju woo... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 t0m's post
eh.. ade tred vespa kat sni..? haha aku baru jmpe..
btul ape yang tOm cakap tu..
kalo nak pakai vespa, kene ramai geng ngan tau kat mane bengkel reper vespa.. sebab bukan seme owang bole reper vespa..
macam aku memule pakai vespa.. terkial2 nak g tuka tiub sebab pomen tanak wat sebab tak pnah bukak taya vespa.. |
|
|
|
|
|
|
|
kepade peminat vespa... jgn lupe dtg ke psk kat paroi seremban 18 sampai 22 nih |
|
|
|
|
|
|
|
geng tnye sikit...ade ke cespa 350 super..ade msuk mesia ke...aku rase smpai 250 ade la aku pnah nmpk..
ade kew??
vespa ni unik sikit..kene pndai main colour bru cun..klu yg kurang creatif kurang anggun hasilnye..aku minat tgk..tp tak pnah bwk lagi..tp lumbe ngn vespa sllu la..seksa nk mkn..adoi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 t0m's post
memula aku blaja bawak vespa memang jenuh gak... sbb clutch dgn gear tangan tu cam susah jer... tapi bila dah biasa ok gak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|