Pagi tadi dalam NTV 7 nampak macam kelibat Datuk Ibrahim Saad kat Masjid masa nikah Ning. Was wondering kenapa lak Pak Cik tu ada -may be salah orang kot..then just now I read this article:
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Ning Baizura Sheikh Hamzah, 33 kini sah bergelar isteri kepada Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 33 pada kira-kira jam 10 pagi tadi di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Mereka yang telah mengikat tali pertunangan sejak 20 Julai tahun lalu dinikahkan oleh bapa Ning sendiri, Sheikh Hamzah Sheikh Mohamed dengan sekali lafaz nikah oleh Omar yang juga Pengarah Perunding Asia Pasifik di Landmark Graphics Malaysia Sdn. Bhd.
Kira-kira 100 orang yang hadir dalam majlis sederhana itu dan antaranya adalah ibu bapa Ning, Satilah Abdullah dan Sheikh Hamzah, ibu bapa Omar, Maureen Dalton dan Colin Dalton, ibu angkat Omar, Datin Sri Farida Hashim dan suami, Dato' Seri Dr. Ibrahim Saad, abang Omar, Mark Dalton, termasuk rakan artis.
Mereka adalah penyanyi Sarimah Ibrahim, Nikki, Hazami, model dan pelakon Elaine Daly, Chef Wan dan selebriti TV3 Shasha Bashir.
Pada majlis yang dikendalikan oleh Dato' Mahathir Lokman itu, Ning telah menerima mas kahwin RM80 dan tujuh dulang hantaran manakala Ning membalas kepada Omar dengan sembilan dulang hantaran.
Antara barang hantaran oleh pihak lelaki adalah sirih junjung, sejadah dan telekung, sepersalinan kain broket India bermanik beserta selendang, beg tangan Judith Leiber dan kasut L.K. Bennett, jam tangan jenis Diver berjenama Tag Heuer dan pen Aurora, wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM66,666.66 dan kek hiasan sejambak bunga peony.
Sementara antara hantaran daripada pihak perempuan adalah sirih junjung, sejadah dan Al-Quran, sepersalinan kemeja Massimo Dutti, songket sulaman Terengganu, kasut Gucci, dompet Louis Vuitton dan tali pinggang Salvatore Ferragamo, jam tangan Diver jenama Tag Heuer, wangian Hugo Boss, kotak muzik Reuge dan kek hiasan bentuk tengkolok. "Syukur, Alhamdulillah dengan kebesaran Allah, saya dapat melangsungkan hari yang bersejarah dalam hidup saya ini dan kini sudah bergelar isteri kepada Omar.
"Terima kasih kepada ibu bapa saya, keluarga Omar dan semua pihak. Walaupun majlis ini sederhana, ia takkan berjaya tanpa kerjasama banyak pihak.
"Doakan jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan penuh kesabaran," luah Ning yang cantik mengenakan baju kurung moden putih serta bertudung rekaan Jovian Mandagie.
Selain itu, pernikahan Ning pada hari ini turut ditaja oleh Kuzie Catering (makanan), Kapas Couture (pelamin), Blooming Cake dan solekan oleh Baby Elle. Difahamkan, Ning dan Omar telah melalui tempoh perkenalan sejak setahun lalu.
Bagi Ning, ini merupakan perkahwinan pertamanya sementara Omar pula berkahwin buat kedua kalinya selepas bercerai dengan isteri pertamanya dahulu dan mereka dikurniakan dua orang anak.
Dilaporkan, pernikahan Ning turut mendapat siaran secara langsung oleh NTV7 melalui program The Breakfast Show pada pagi tadi manakala TV3 turut menyiarkannya dalam program Wanita Hari Ini secara rakaman pada tengahari tadi.
Sejak bila lak mereka ni kahwin. Ibrahim Saad tu kan ada bini dah?
[ Last edited by Sofea at 6-2-2008 03:19 PM ] |