View: 6583|Reply: 32
|
Serba Sedikit Berkenaan Negeri Perak
[Copy link]
|
|
Rembau dahulu kawasan penjajahannya adalah besar. Kerajaan ini menguasai kawasan-kawasan yang kecil. Perak ketika itu tiada mempunyai raja. Yang ada hanyalah demang atau dipanggil penghulu zaman sekarang ini. Demang ini dilantik oleh daeng keturunan Bugis dimana mereka ini suka meredah lautan dan tidak menetap disesuatu tempat untuk satu jangkamasa yang lama. Waktu penetapan orang bugis ini, negeri perak belum ada nama dan masih dipanggil tanah jajahan Rembau. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 salsabil12's post
Dari mana ko dpt cerita nih??
Mana sumbernya? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm menarik....cuba crite dgn lbh detail... |
|
|
|
|
|
|
|
Asalnya nama Perak ini apabila daeng ini menemui bijih timah kilauannya seperti perak. Bijih ketika itu amat diperlukan sebagai pertukaran perdagangan. Waktu itu Melaka belum wujud lagi. Malah bangsa asing seperti Sepanyol datang ke tanah melayu dahulu adalah untuk berdagang barang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Maka daeng bugis ini menyedari bahawa mereka berada pada kedudukan agak dalam di daratan sedangkan mereka ini merupakan pelaut yang handal. Kawasan dalaman Perak tersebut tidak mempunyai laut hanya sungai-sungai sahaja. Oleh itu mereka berpindah ke satu kawasan berhampiran laut yang terletak di negeri Selangor. Oleh itu berakhirlah pendudukan orang bugis di negeri perak. Setelah selesai bijih perak diterokai mereka berpindah ke persisiran pantai negeri selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita perlombongan bijih ini didengari oleh raja-raja dari negeri lain. Raja-raja dari tanah sumatera juga berminat dengan bijih ini. Mereka berminat untuk mencari dan membuka semula tanah dalam kawasan negeri Perak ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bermula dengan minat untuk mencari bijih ini, maka Parameswara pun mula menjelajah meninggalkan tanah sumatera untuk mencari negeri Perak yang ditinggalkan oleh orang bugis ini. Sebelum itu Parameswara telah singgah dahulu di persisiran pantai Melaka. Apabila mereka berteduh di Pohon Melaka, anjing mereka telah ditewaskan oleh sang kancil. Sempena dengan tempat mereka berteduh itu maka dinamakan kawasan itu Negeri Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Asal keturunan kesultanan Perak adalah daripada melaka iaitu daripada Parameswara dari Majapahit. Sewaktu pendudukan daeng bugis ini, mereka berkampung dikawasan demang orang-orang asli di Perak ketika itu. Apabila mereka berpindah penduduk asal perak ini tidak mengikut mereka berpindah. Hanya kerabat daeng ini sahaja berpindah ke persisiran pantai selangor. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh itu ilmu perlombongan bijih yang dibawa oleh daeng bugis ini diteruskan oleh orang pribumi perak dan mereka menjadi maju dan kaya raya. Apabila keturunan Parameswara berpindah ke Perak mereka berkahwin dengan penduduk asal ini dan dari situlah bermulanya keturunan raja-raja perak. |
|
|
|
|
|
|
|
Telah ditetapkan oleh Tuhan negeri Melaka tidak lagi beraja dan ditewaskan kerana sultan melaka yang dahulu zalim dan suka berfoya-foya. Sultan terakhir melaka iaitu Sultan Mahmud Shah telah lari ke Pagoh dan akhirnya meninggal dunia di Kampar, Sumatera. Anak baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menjadi Sultan Johor yang pertama dan Sultan Muzafar Shah menjadi Sultan Perak yang pertama. Namun keturunan Parameswara di Johor berakhir apabila berlaku peristiwa Sultan Mahmud mangkat di julang. |
|
|
|
|
|
|
|
Niat Parameswara yang asal adalah untuk menduduki tanah di Perak. Namun setelah berlaku peristiwa di Pohon Melaka, beliau mengambil keputusan untuk menetap di Melaka tetapi dalam hatinya masih bercita-cita untuk pergi ke negeri Perak. Niatnya yang satu itu hanya tercapai apabila anakanda beliau Raja Kassim (Sultan Muzaffar Shah) ziarah ke negeri itu dan telah ditakdirkan bahawa keturunan baginda hanya di Perak sahaja dimana keturunan baginda dari kerajaan Pagoh Johor telah berakhir dengan kemangkatan Sultan Mahmud. Telah ditakdirkan keturunan Parameswara ini hanya berada di satu negeri sahaja iaitu Negeri Perak. |
|
|
|
|
|
|
|
Peristiwa kapal Raja Kassim ini tersangkut di Beting Beras Basah adalah kerana Daeng Bugis yang dahulu telah membuat pendiding agar negeri perak ini tidak dapat dimasuki oleh orang lain sebagaimana amalan orang-orang dahulu apabila berpindah ke tempat lain. Oleh itu orang majapahit ini telah menggunakan ilmu yang ada untuk meneruskan perjalanan mudik ke hilir Sungai Perak. Waktu itu orang bugis mempunyai kuasa-kuasa sebegitu, begitu juga dengan orang majapahit dan minangkabau. Yang sebenarnya mereka memanggil jin-jin yang menjadi pendamping mereka pada ketika itu. Secara kebetulan jin itu berupa naga. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang "salsabil" duk merapu tak tentu pasal ni wat ape..kejap Perak...kejap Rembau...lepas tu Selangor...pening. Satu lagi bila pulak Sepanyol datang ke Tanah Melayu cari bijih timah...sebelum Melaka wujud pulak tu...MERAPU |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 tongkatali's post
Terimakasih TongkatAli kerana sudi membaca |
|
|
|
|
|
|
|
Orang bugis ini meninggalkan amalan ini supaya negeri perak tidak dapat diterokai oleh mana-mana orang. Namun Raja Kassim ini masih meneruskan hajat Parameswara ini iaitu ingin membuka kerajaan di negeri Perak. Mungkin ini juga salah satu sebab kenapa Melaka tidak beraja sehingga sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila Raja Kassim ini tidak dapat memasuki Perak untuk mencari bijih yang ketika itu merupakan satu komoditi yang amat berharga kerana dihalang oleh ilmu yang ditinggalkan oleh orang bugis, maka mereka perlu menyeru kepada pendamping mereka iaitu yang digelar Raja NagaSakti yang menjadi pendamping keturunan Raja Parameswara dan keturunan Majaphit |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Nagasakti ini telah diseru oleh Raja Kassim apabila ingin membuka kawasan yang telah dikunci oleh daeng Bugis sebelum itu.
Raja Nagasakti ini telah menjadi pendamping kepada keturunan raja perak semenjak dari ayahanda Raja Paremeswara lagi. Keturunan raja perak sekarang ini adalah berasal dari nenek moyang mereka iaitu raja parameswara dan raja nagaskti yang menjadi pendamping. |
|
|
|
|
|
|
|
Begitu juga dengan negeri sembilan dimana raja melewar dahulu berdamping dengan raja jin yang amat besar dan mempunyai rambut yang sangat panjang yang dipercayai masih tumbuh hingga ke hari ini di Istana Sri Menanti Kuala Pilah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by salsabil12 at 24-2-2008 12:49 AM
Niat Parameswara yang asal adalah untuk menduduki tanah di Perak. Namun setelah berlaku peristiwa di Pohon Melaka, beliau mengambil keputusan untuk menetap di Melaka tetapi dalam hatinya masih be ...
anakanda beliau? apani mengelirukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
jelas membuktikan bahawa keturunan RAJA dimalaysia ini semuanya datang dari seberang iaitu INDONESIA |
|
|
|
|
|
|
| |
|