CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3563|Reply: 24

Kerajaan tak abai kebajikan ATM

[Copy link]
Post time 28-2-2008 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan tak abai kebajikan ATM

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kebajikan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana sedar keamanan negara selama ini adalah hasil pengorbanan mereka.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, berkata sejarah kegemilangan Malaysia sepanjang lebih 50 tahun merdeka, tidak dapat dicapai tanpa pengorbanan mereka yang sanggup menempuh pelbagai cabaran.

"Dalam sejarah negara, kita terpaksa berkorban nyawa dan harta benda untuk menentang ancaman komunis, konfrontasi dan pelampau seperti Al-Maunah. Sejarah negara tidak lengkap tanpa menghargai peranan anggota tentera.

"Justeru, kerajaan tidak pernah lupa hakikat dalam usaha memperkasakan ATM, tumpuan bukan saja kepada proses pemodenan kelengkapan, teknologi dan aset, tetapi kita meletakkan soal kebajikan anggota tentera lebih penting daripada perkara lain," katanya.

Beliau berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 1,000 anggota tentera dan ahli keluarga mereka di Kem Desa Pahlawan dekat Kok Lanas di sini, semalam.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa dan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Alwi Che Mat.

Sempena kunjungan ke kem berkenaan, Timbalan Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan RM1 juta bagi kerja penambahbaikan kuarters anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di situ.

Najib berkata, kerajaan sentiasa memahami kehendak anggota tentera sama seperti penjawat awam lain yang mengharapkan keselesaan untuk diri sendiri dan keluarga mereka.

"Berikutan itu, tahun lalu, anggota tentera menikmati kenaikan gaji paling tinggi dalam sejarah ATM. Kenaikan itu menyaksikan anggota berpangkat koperal yang belum tamat perkhidmatan mampu menikmati gaji sehingga RM2,600 sebulan.

"Selain itu, kerajaan turut meluluskan 645 jawatan pegawai berpangkat Leftenan Kolonel ke atas, yang memberi peluang kepada lebih ramai pegawai berpangkat Mejar menikmati kenaikan pangkat lebih tinggi sebelum bersara.

"Sebelum ini, ramai pegawai berpangkat Mejar tidak berpeluang naik pangkat, bukan kerana mereka tidak bagus dalam perkhidmatan tetapi tiada kekosongan," katanya.

Beliau berkata, selain itu, baru-baru ini Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut mengumumkan dividen sebanyak 16 peratus, yang tertinggi dalam sejarah.

Katanya, di sebalik segala kemudahan dan ganjaran, kerajaan tidak mengharapkan balasan daripada warga tentera kecuali kesetiaan dan sokongan berterusan mereka sepanjang masa dalam apa jua keadaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2008 06:25 PM | Show all posts
Usaha berterusan tingkat kualiti hidup warga ATM

KOTA BHARU 27 Feb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2008 06:28 PM | Show all posts
walaupon wa skeptikal pasal ni musim PRU, but then no doubt ATM deserve the boost  , kudos to err DSNR for atleast trying so hard to get our fellow armies support.     loser
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 06:55 PM | Show all posts
gula2 pilihanraya jer tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 10:17 PM | Show all posts
I think more opposition in the Parliament would be good for ATM, especially in dealing with JP.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 12:12 AM | Show all posts

Reply #5 Eokboy's post

yup..u re right!! so dato C4,...please don't force our ATM to back ur corrupt government...:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2008 02:40 AM | Show all posts
i tot the oath was taken on the pre text of"allegiance for his majesty the King".... x perasan lak ada suruh ikut parti politik....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 02:48 AM | Show all posts
army hanya taat setia pada raja...so,anda2 yg army tu tolong ingat2 le sumpah anda....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 02:50 AM | Show all posts
btw,dato C4 tu bukan lagi monteri pertahanan...kerajaan dah bubar..so mana ada jawatan lagi? sekadar pemangku je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2008 11:31 AM | Show all posts

Reply #5 Eokboy's post

Takut nanti sama je naik cam yang sedia ada, bila ada power ada jalan $$$ Negara jadi mende ke 2 dan terakhir orang yang berkuasa ni akan pikir..... chances Army akan sokong parti yang ada sebab some still prefer the devils they know dari unexpected angel in disguise ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2008 11:35 AM | Show all posts

Reply #8 razhar's post

wrong, Army hanya taat setia pada Yang DiPertuan Agong sahaja..... Sultan dan Raja2 x ada dalam senarai taat sumpah setia tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 05:37 PM | Show all posts

Reply #10 yipun78's post

Mana tau kan? Kalau nak berjaya kena take risks.

Wakil BN tak buleh langgar rule satu suara dorang. Ideal for coruption.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 10:26 PM | Show all posts

Reply #11 yipun78's post

yup..we pledge loyalty to the YDPA only...we don't pledge our loyalty to the corrupt instutions such as political parties as well....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 08:33 AM | Show all posts
Surat Terbuka untuk warga Angkatan Tentera Malaysia
Posted on Friday, February 29 @ 20:38:05 MYT by greenboc  


uan tuan dan Puan puan yang di hormati
Assalamu`alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Seperti sedia maklum pada 8 Mac 2008  negara kita akan mengadakan satu proses demokrasi iaitu pilihan raya umum yang ke-12.  Sejumlah 10.9 juta pengundi berdaftar termasuk 135,682 pengundi pos angkatan tentera serta pasangan akan turut mengundi sebelum 8 Mac 2008.

Eksploitasi Undi Pos

Proses pilihan raya di Malaysia ini berjalan dengan penuh kepincangan apabila undi pos digunakan semata-mata untuk membantu kemenangan parti Barisan Nasional.  Suara warga Tentera dan pasangan mereka yang ingin melihat negara dipimpin oleh pemimpin yang bersih daripada segala bentuk skandal dan salahlaku telah dinafikan oleh parti Barisan Nasional dengan mengeksploitasikan undi pengundi pos.


Jika tuan-tuan dan puan-puan telah berdaftar sebagai pengundi pos inilah peluang dan masanya untuk melakukan perubahan ke atas kepimpinan negara, maka keluarlah mengundi beramai-ramai. Sekiranya kertas undi dibiarkan  kosong, inilah peluang yang akan digunakan oleh parti BN. Jika kertas undi sudah dipangkah dengan memilih parti BUKAN-Barisan Nasional, kertas undi tersebut sudah tidak lagi boleh dieksploitasi..

Kebimbangan untuk memilih parti BUKAN BN

Buat masa ini tiada lagi parti pemerintah dan parti pembangkang. Semua parti adalah sama tarafnya kerana parlimen telah dibubarkan. Akta Angkatan Tentera 1972 (AKTA) di dalamnya terdapat garis panduan untuk pegawai dan  anggota tenteranya dalam menjadi pemilih semasa pilihan raya umum. Juga menerangkan seseorang pegawai dan anggota tentera boleh menghadiri ceramah umum asalkan tidak mengenakan pakaian seragam. AKTA 72 tidak menyatakan bahawa seseorang pegawai dan anggota diMESTIkan memilih atau memangkah calon-calon daripada parti BN. Oleh sebab itulah Angkatan Tentera diletakkan terus di bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Menteri Pertahanan hanya diberi kuasa untuk mentadbir dan mengurusnya sahaja. Jika terdapat mana-mana pegawai yang memaksa pegawai bawahan dan  anggotanya memilih parti BN dengan alasan menerima arahan daripada `pihak atasan` ianya telah melakukan kesalahan yang bertentangan dengan AKTA 72 itu sendiri.  Arahan itu dianggap TIDAK SAH. Jika ia berlaku juga laporlah kepada parti-parti BUKAN-Barisan Nasional untuk diambil tindakan selanjutnya. Nama dan Jabatan pegawai yang melakukan kesalahan tersebut hendaklah dicatat sama.

Jika dipertuduhkan `tidak mematuhi arahan pegawai atasan` tolak hukuman daripada Pegawai Pemerintah dan minta dibicarakan di Mahkamah Tentera dan dapatkan khidmat percuma daripada peguam peguam parti parti-BUKAN Barisan Nasional. Biarlah Mahkamah Tentera membicarakan beribu-ribu pegawai dan anggota tentera atas pertuduhan yang sebenarnya bertentangan dengan AKTA 72. `Tidak mematuhi arahan pegawai atasan` akan dipejelaskan secara detail semasa perbicaraan nanti iaitu `tidak memilih calon BN`. Sebaik saja perkataan ini keluar dan diperjelaskan ia secara automatik bertentangan dengan AKTA 72 itu sendiri. Jadi jangan ragu-ragu untuk memilih parti BUKAN-BN.

Keprihatinan warga Tentera

Setiap kali menyambut Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera atau Hari ulang tahun Tentera Darat. Laut dan Udara, panglima ATM atau Panglima ketiga-tiga cabang perkhidmatan akan berucap dan memberi amanat. Sebahagian dari teks ucapan panglima panglima AngkatanTentera ialah warga tentera dituntut untuk peka dan prihatin terhadap persekitaran dan sentiasa berwaspada dengan musuh musuh negara.

Tuan-tuan dan Puan-puan tidak lagi bertempur berhadapan dengan musuh dengan menggunakan teknologi senjata tetapi sedang berhadapan dengan teknologi senjata ekonomi. Di era globalisasi dunia tanpa sempadan. FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) adalah senjata musuh. Sebelum berhadapan dengan musuh sebenar kita perlu mengenal pengkhianat yang menjual  negara dan memusnah Negara. Indeks rasuah, hak asasi, kebebasan media di peringkat antarabangsa menunjukkan Negara Malaysia berada di senarai tercorot.

Kenal pengkhianat sebelum kenal musuh

Untuk mengenal siapakah pengkhianat negara sebenarnya mereka ialah Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, elit-elit politik Barisan Nasional dan kapitalis-kapitalis.

Perdana Menteri terlalu lemah mentadbir negara ini kerana terlalu kerap menaikkan harga petrol dan membiarkan kapitalis-kapitalis menaikkan harga barangan keperluan harian sesuka hati. Kenaikan harga barangan keperluan adalah rantaian kepada kenaikan harga petrol. Menaikkan harga Tol yang mana kerajaan membuat perjanjian berat sebelah hanya menguntungkan syarikat tol, dan merugikan rakyat. Syarikat Tol mempunyai kaitan dengan elit-elit politik BN.

Isu pembatalan Jambatan Bengkok yang merugikan negara. Isu WPI ( Wilayah Pembangunan Iskandar) di selatan Johor  di mana perjanjian dibuat dengan Singapura merugikan dan membahayakan negara dalam jangka masa panjang.

Pemberian kad pengenalan kepada warga asing untuk mengundi seperti berlaku di Sabah (semasa pemerintahan Dr Mahathir) dibuktikan di mahkamah di Sabah. Warga tentera bertugas di sempadan menjaga kedaulatan negara sedangkan elit-elit politik BN menjadi pengkhianat.

Kemasukan satu juta warga asing berdaftar, tidak dikira lagi yang tak berdaftar adalah ancaman kepada negara seperti yang disebut oleh Panglima ATM. Perkara ini diambil secara lewa oleh kempimpinan BN kerana mereka akan menggunakan khidmat warga asing ini sebagai pengundi hantu.

Timbalan Perdana Menteri

Skandal pembelian kapal peronda persisiran pantai yang bernilai RM6.75 billion. Laporan Audit Negara 2006 yang akhirnya menimbulkan kesangsian terhadap Kementerian Pertahanan yang diterajui oleh Menteri Pertahanan Dato` Seri Najib Tun Razak. Dalam satu ulasan Pengerusi PAC Dato
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 10:07 AM | Show all posts
Evidence?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 12:18 PM | Show all posts

Reply #11 yipun78's post

aku masih ingat.....semua tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 12:20 PM | Show all posts

Reply #14 mfadilaa's post

errrmmmm ... tgk laa nnti aku pangkah yg mana....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 1-3-2008 10:07
Evidence?


no soalan untuk sapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 08:05 AM | Show all posts

Reply #14 mfadilaa's post

Tranungkite pon ada agenda tersendiri, y u guys nak ajar fellow ATM sapa yang perlu mereka pangkah, korang ni kan paku dulang paku serpih je.... xde bezanya korang ngan BN... :re: boring tul lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 02:15 AM | Show all posts
Pak lah da jadi menteri pertahanan, harap2 dia x abaikan geng ATM
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.146199 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list