CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4682|Reply: 27

Perkahwinan sederhana Mawi

[Copy link]
Post time 9-3-2008 10:31 AM | Show all posts |Read mode
sumber dari utusan malaysia online..
Perkahwinan sederhana MawiOleh NIEZAM ABDULLAH

Mawi.

BERBORAK sikit sudah mudah tersenyum. Usik sikit akan ketawa. Begitulah keadaan Mawi hari ini yang kelihatan semakin ceria.
Perubahan Mawi itu memperlihatkan dia bagaikan sedang membilang hari-hari bahagia.
Malah pemilik nama Asmawi Ani, 26, ini juga secara berterus terangmengakui hatinya sudah dimiliki seorang gadis yang bakal menjadipermaisurinya tidak lama lagi.
Siapakah gadis bertuah itu? Buat masa ini biarlah perkara itumenjadi rahsia kerana Mawi tidak mahu terlalu ghairah untukmengumumkannya.
Tetapi apabila disebut satu nama ini, senyumannya bertambah lebar.Benarlah bak kata orang, kalau dilamun cinta, semuanya indah danbahagia. Tahniah kepada gadis itu kerana dapat menjadi isteri kepadapenyanyi lelaki nombor satu.
Detik-detik bahagia yang sedang dilalui Mawi pada hari ini turutmemperlihatkan bahawa usahanya ke arah untuk membina sebuah mahligaibahagia sedang dilaksana.
憫Bila, masa dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Itu janji saya,拻 ujar Mawi.
Kata Mawi, dia bukan tidak bersedia untuk mendirikan rumah tanggapada ketika ini tetapi ada beberapa perkara dan komitmen lain yangperlu diselesaikan.
Tetapi yang paling penting calon pilihan yang berjaya mencuri hatinya itu telah berjaya mengetuk pintu jiwanya.
Ya, insan mana dalam dunia ini yang tidak mengimpikan sebuahperkahwinan. Mawi tentu juga berangan-angan untuk satu majlis sepertiorang lain.
Walaupun boleh dikatakan Mawi antara artis yang mewah denganlimpahan kesenangan pada ketika ini, ujar Mawi, perkahwinan yang bakaldilangsungkan nanti mahu diadakan secara sederhana.
Bukan berkira tetapi tidak mahu menunjuk-nunjuk.
Katanya, cukup sahaja diadakan majlis akad nikah dengan majlis makan-makan yang serba ringkas.
憫Saya tak mahu buat majlis macam sesetengah artis lain seperti yang pernah mereka buat dalam dewan atau berkonsepkan taman.
憫Majlis perkahwinan yang akan saya adakan nanti cukuplah dibuatsecara sederhana di kampung saya sendiri. Kalau ikutkan hati bersandingpun saya tak mahu,拻 ujar Mawi.
Saat ditanya mungkin jiwa dan perasaan pengantin perempuan yangtentunya mahu satu majlis penuh meriah ujar Mawi, dia akan cubamenasihati bakal isterinya itu supaya tidak keterlaluan.
Ini kerana sejak dahulu lagi Mawi lebih suka bersederhana dalam banyak perkara.
憫Pada saya, sah nikah dah cukup. Tak perlu nak buat majlis yang berlebihan,拻 tambahnya lagi.
Keterbukaan Mawi untuk membicarakan perkara itu menggambarkan cintanya dengan gadis tersebut semakin serius.
Cuma pinta Mawi, para peminat akan terus menyokong sekiranya diamembuat keputusan untuk mengakhiri zaman solonya itu. Mungkin tidaklama lagi. Siapa tahu?
Sentiasa sibuk
Baru menjejakkan kaki di Malaysia selepas mengadakan penggambaranLangkah Mawi di London, Rabu lalu dia bersama peminat berangkat ke LosAngeles, Amerika Syarikat selama seminggu.
Pulang dari percutian itu, Mawi akan bersiap sedia untuk ke Dubai,Hong Kong, Jepun dan Australia untuk penggambaran program serupa.
Akui agak penat kerana tidak sempat berehat tetapi peluang berjalan ke negara luar memberi satu pengalaman baru buat Mawi.
Bukan senang katanya hendak berjalan ke negara orang kalau dia tidakmenjadi Mawi hari ini. Sebab itulah Mawi mengambil peluang tersebutdengan sebaik mungkin sementara masih bujang.
Selain sesi penjelajahan itu, pada April ini tentunya Mawi akan sibuk menghiburkan para setiausaha.
Tahun ini Mawi mendapat jemputan anjuran pusat penginapan terkenal di ibu negara.
Bertemakan Go Green, Mawi akan bergandingan dengan Mila (AkademiFantasia Kelima) di Palace of The Golden Horses pada 4 April akandatang.
Sementara itu berkonsepkan merah dan hitam, acara gilang-gemilangyang sama akan diadakan di Perdana Grand Ballroom Felda, Jalan Semarak,Kuala Lumpur anjuran PNB Darby Park.
Majlis itu akan diadakan pada 8 April menggabungkan Mawi dengan ACMizal manakala seminggu selepas itu AC Mizal akan bergandingan puladengan Sheila Majid.
Seperti persembahan pada Minggu Setiausaha tahun lalu, Mawi akanturut menampilkan gimik silap mata yang lebih hebat daripada yangpernah disaksikan penonton sebelum ini.
Dan tentunya janji Mawi, dia akan membuatkan para setiausaha terus teruja menyaksikan persembahannya nanti.
Dengan pelbagai hadiah menarik termasuklah tiket penerbangan keParis, PNB Darby Park menyediakan 1,000 tempat duduk untuk setiausahamenyaksikan persembahan artis anjuran mereka.
Dengan harga antara RM300++ hingga RM400++ tentunya bayaran itu berbaloi dengan hidangan makanan tentunya lazat-lazat belaka.
Mereka yang berminat untuk menyaksikan Mawi, AC Mizal dan SheilaMajid anjuran PNB Darby Park bolehlah membuat tempahan denganmenghubungi bahagian pemasaran tempat penginapan itu di talian03-74903333.

********** takperlah mawi ...kalau betul "pompuan " itulah pilihan mu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2008 10:39 AM | Show all posts
siapakah 'dia' wahai mawi????
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 10:43 AM | Show all posts
aku rasa ikin la tu..sapa g....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2008 11:15 AM | Show all posts
tah ar....
dah tak blh nk buat gapo dah...
dah hati dia kat "pompuan" itu....
terima tanpa rela je lah wahai peminat2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 11:39 AM | Show all posts


mawiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 11:58 AM | Show all posts
"Ya Allah Jauhkan Sahabat Kami Asmawi Bin Ani Dari Fitnah Dan Aib. Bukakanlah Mata Hatinya Untuk Melihat Kebenaran. Jauhkanlah Dirinya Dari Mereka Yang Berniat Buruk Terhadapnya. Pertemukan Jodoh Yang Baik Padanya. Selamatkan Dirinya Sepertimana Kami Memohon Keselamatan Untuk Diri Kami Dan Keluarga Kami. Amin.. Amin.. Ya Rabbul Alamin.."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2008 03:32 PM | Show all posts

Reply #6 kekkukus's post

amin.. amin.. ya rabbal'alamin
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 03:42 PM | Show all posts
sah la ikin...aku doakan cepat sampai jodoh mawi dgn ikin nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2008 05:39 PM | Show all posts

Semoga cepat kawin Mawi :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 09:44 PM | Show all posts

Reply #9 houdini's post

selamat heliza
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 09:44 PM | Show all posts
sukanya dini ... ada can la ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 10:03 PM | Show all posts
kawin je le mawi oi........
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 09:23 AM | Show all posts
Walaupun boleh dikatakan Mawi antara artis yang mewah dengan limpahan kesenangan pada ketika ini, ujar Mawi, perkahwinan yang bakal dilangsungkan nanti mahu diadakan secara sederhana.


Aku baca perenggan yg kat atas tu kat mak aku.

Mak Aku : kenapa sederhana, Mawi tak de duit ke?
Aku : Ha ah mak, mawi dah takde duit, dah di perabihkan dek ikin....
:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 02:37 PM | Show all posts

Reply #13 sribayu's post


Dulu pun Siti kata nak buat majlis sederhana je
Sekali tengok.... definisi sederhana dia dengan sederhana kita lain rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 03:26 PM | Show all posts

Reply #6 kekkukus's post

Amin...amin...Ya Rabbul Alamin!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 05:08 PM | Show all posts
ok la mawi nak sederhana... tak nak sanding pun...
kite tgk reaksi ikin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2008 05:50 PM | Show all posts
baguslah nak yang sederhana
tapi itu baru luahan dia,belum bincang lagi dengan bakal bini,bakal mak pak mertua
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 06:09 PM | Show all posts
MALAS NAK CAKAP APE.....

HARAP NIAT MINAH TU NAK KAWIN NGAN MAWI MACAM BN NAK TAWAN KELANTAN-TAK DAPEK.....

"Ya Allah Jauhkan Sahabat Kami Asmawi Bin Ani Dari Fitnah Dan Aib. Bukakanlah Mata Hatinya Untuk Melihat Kebenaran. Jauhkanlah Dirinya Dari Mereka Yang Berniat Buruk Terhadapnya. Pertemukan Jodoh Yang Baik Padanya. Selamatkan Dirinya Sepertimana Kami Memohon Keselamatan Untuk Diri Kami Dan Keluarga Kami. Amin.. Amin.. Ya Rabbul Alamin.."
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 06:23 PM | Show all posts

Reply #18 kekkukus's post

kite doa jerla...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 06:46 PM | Show all posts

Reply #19 dino's post

baiklah B dino...jomlah doakan sesame...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.054814 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list