CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44636|Reply: 567

Untungnya Poligami

[Copy link]
Post time 11-3-2008 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri.

Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, memaki-maki, hasad dengki, tamak, rebut harta, mengamuk dan lain-lain yang kita sangka tidak ada semasa sebelum berpoligami.

Semasa berpoligami peluang itu wujud untuk membongkar dan mengubati penyakit-penyakit tersebut sehingga isteri menjadi seorang isteri yang benar-benar solehah.

Isteri yang baik dalam monogami belum tentu baik.

Isteri yang baik dalam poligami ialah isteri yang telah terbukti kebaikannya.

Isteri yang sayangkan suaminya dalam monogami mungkin sayangkan suaminya karena suaminya.

Tetapi isteri yang sayangkan suaminya dalam poligami menyayangi suaminya karena Allah SWT.

Bagi isteri-isteri yang monogami, hidup mereka banyak berputar di sekitar suami mereka saja.

Apa-apa pun 搒uami saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2008 02:28 PM | Show all posts
yg penting servis baeeek !!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 02:29 PM | Show all posts
qt x menolak poligami
tp, masalahnya.... yang qt tgk org yang berpoligami tu pun, x menurut islam.....

memilih isteri kedua kerana nafsu....

tidak adil......

cuba kita tengok.... yang ustaz2.. jarang nak berpoligami.... lelaki yang baik... x mahu... wlu mampu....
yang sibuk nak bpoligami adalah lelaki yang entah aper2..... ( walau bukan semua, tp kebanyakkannya)

sbb tu knp ada ppuan menolak(wlu qt x menolak)... kerana hanya isteri tahu sikap sbnr suami, so, dia tahu, suami tu layak atau tidak.... menolak kerana dia tahu, si suami memang x layak...... dan x mampu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 02:32 PM | Show all posts
Artikel yg baik utk kedua belah pihak
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 02:41 PM | Show all posts

Reply #1 Hyundai_2008's post

terkedu membacanya,tapi jauh di sudut hati saya mengakuinya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 02:41 PM | Show all posts
kuriang agree..but not so agree..hehe

klw bleh brlaku adil, then its ok..tp klw stakat nak berpoligami sbb 'gile pucuk mude',
baikler xpayah..nti bile da 2 nak 3 pulak..even Nabi Muhammad pon takut takleh berlaku adil,
last2 dier ceraikan sumenye..tinggal yg dier btul2 syg jek..klw perangai pon ikut Rasullullah SAW,
okler nak berbini ramai..tp klw prangai tak srupe manusia..jgn harapla..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2008 02:42 PM | Show all posts
xada sape yg mengatakan poligami xelok. mmg bagus, byk kebaikkannye..
tp suami yg jadi ketua. dia yg nk bongkar kelemahan isteri, dia jgk la yg kena didik isteri. jgn plak nnt sblm poligami, kata nk didik isteri, lepas dh kawin lupe sumenye. asyik2 nk salah kn isteri. isteri xpandai layan la, msk xsedap la, mula membandingkan la.. tu yg xkena tu..

byk suami zaman skg xtau agama. ramai yg xtau, tggjwb isteri HANYALAH LAYAN SUAMI. keje2 lain, masak, kemas umah, jaga anak TUGAS SUAMI. isteri byk amik alih tugas suami sbb kesiankan suami la.. tp suami xde plak nk kesian kt isteri.    

kalu isteri tahu suami dia MAMPU utk poligami n BERHIKMAH masa mtk izin kawin lg, sure cair hati isteri..    
silap2 isteri tu jgk yg gi pinang madu + sanggup berkorban ape saje..
tapi kalu suami tuh jenis PEMALAS + asyik MINTAK DUIT BINI (xbayar2 balik pun) + pandai MENGARAH je + CAKAP xSERUPA BIKIN.. sape bleh sabar.  :@   :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 02:44 PM | Show all posts
err...no comment..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2008 02:48 PM | Show all posts

Reply #1 Hyundai_2008's post

HM..SEMUA ada pro n cons..

terpulang pada individu dan situasi..

yang penting matlamat tak menghalalkan cara..ikhlaskah niat suami utk berpoligami kalo nikah secara sembunyi? betulkah tindakan yang diambil sekiranya dengan jalan menipu?

bagi saya, poligami tiada masalah sekiranya betul tindakan dari awal lagi..asalkan suami mampu dan kukuh alasannyer..kalo sekadar cinta shj..itu belum memadai.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 02:53 PM | Show all posts
senang citer, LELAKI2 yg rase diri MAMPU, blajar agama + SOLAT ISTIKHARAH + MUHASABAH DIRI + wat DISCUSSION ngn isteri + takes time utk PUJUK ISTERI + UBAH DIRI jadi yg LEBIH BAIK.. insyallah anda berjaya menjadi PEMIMPIN YG BAIK..       

INGAT LELAKI2.. nk berpoligami mmg MUDAH tp nk jawab SOALAN DLM KUBUR tentang TANGGUNGJAWAB terhadap isteri2, anak2 n keluarga (mentua2 n kaluerga sendiri.. SUSAH ye...     

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 02:57 PM | Show all posts

Reply #10 jihah's post

betul tu..

saya sayangkan suami..xnakla nnti2 ble kat akhirat jumpe suami dlm keadaan bahu senget sebelah..

#moga2 cinta kami berkekalan hingga ke syurga
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:01 PM | Show all posts


poligami lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by Hyundai_2008 at 11-3-2008 02:16 PM
Poligami ialah pembongkar segala sifat-sifat mazmumah para isteri.

Semasa bermadu, akan timbul sifat tidak redha, tidak sabar, tidak bertolak ansur, derhaka kepada suami, memaki-maki, hasad de ...


just tertnye2.. ape kalu xbermadu sifat2 mazmumah isteri xterbongkar ke?? kalu gitu, suami xreti didik isteri la. patutnye bila dh kawin isteri lagi "TERDIDIK" berbanding masa bercinta. kalu dh brpoligami baru nk didik isteri, sy takut berat lak tggjwb suami nk didik 2org isteri. tu belum campur nk didik anak2 yg sure akan bertambah kn?? penat woo...   
pikir baik2 sblm anda "SUKARELA" nk tambahkan + pikul tggjwb dgn ape yg dh sedia ada. kalu berjaya alhambulillah..  
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by gilagila2 at 11-3-2008 03:01 PM


poligami lagi.




YEP ..BORING...(islam itu indah tapi melayu (hubby )hampes..
sorang pun terkial2 nak jaga hati pompuan tu...
bila isteri affair ngamuk cam dia je betul

ada hati pasang dua..action je,duit tak cukup pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2008 03:17 PM | Show all posts
Di luar sana dan tak terkecuali dalam board FD ni terdapat golongan isteri yang langsung tidak boleh berkongsi suami dengan wanita lain,walau apa pun alasan pihak suami.

Kalau ada lelaki yang sanggup berkorban masa, tenaga, fikiran, wang ringgit dan harta benda dalam usaha memperjuangkan Islam, tapi saya yakin tidak akan ada seorang lelaki pun yang sanggup melihat isterinya menduakan suami (kalau ini dibenarkan syariat).

Tapi itulah yang dituntut dari si isteri suatu tuntutan yang saya andaikan seperti meragut sebahagian dari nyawa dan kehidupan isteri itu sendiri. Manusia yang  paling dikasihi tempat bergantung hati dan bergantung hidup mahu diminta serahkan pada orang lain?
Sesungguhnya memang berat.

Di sini keimanan, kehebatan dan kegagahan wanita dapat dinilai kalau dia (wanita) dapat melawan fitrahnya kerana tunduk dan patuh pada perintah Allah dan pada kehendak suaminya. Jadi, sesungguhnya dia adalah lebih baik dari 1000 orang lelaki yang tidak beriman.

Sebaliknya kalau dia biarkan nafsu menjadi hati menentang poligami tanpa alasan yang dibenarkan syarak, tamakkan kasih sayang suami atau bertindak 揵oikot
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:22 PM | Show all posts
no comment
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2008 03:49 PM | Show all posts
jangan salah wanita
poligami sememangnya baik
tapi perlaksanaannya bagaimana
dan bukanlah calang calang lelaki yang terpilih untuk berpoligami
kebanyakkannya berantakan melakukan poligami
Wanita memang dijadikan untuk memimpin(rumahtangga dan anak-anak) dan dipimpin namun sebagai suami peranan Pemimpin mendidik isteri pun telah GAGAL jika isteri melakukan diluar tindakan sekiranya Suami membuat poligami..

wanita hanya dapat provok (membantah dan menangis) tapi setelah dimadukan tetap tak dapat berbuat apa pun (cuma berserah dan berharap Keadilan akan berlaku)
Jika kepimpinan lelaki yang berpoligami itu seperti kepimpinan Rasulullah S.A.W Alhamdulillah..
jangan pula salahkan lelaki jika kepimpinan tidak melalui teladan
jadi pada siapa pula hendak dihalakan kesalahan
memang bukan masanya hendak tuding mana-mana pihak
apa yang saya nampak
jika sudah terjadi poligami kenalah redha
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:51 PM | Show all posts

Reply #15 Hyundai_2008's post

Menarik artikel saudara/ri yg kedua ni...
Anggaplah seorang suami yg hendak berpoligami itu seorang yg mmg baik dan mampu.Tetapi,sebelum dia meneruskan niatnya itu...amatlah baiknya
isteri pertama yg sedia ada itu pula cukup didikannya.
Isteri yg memang boleh mentaati suaminya.
Agar nanti,si isteri itu tidak pula bakal mengajak suaminya ke neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by indy at 11-3-2008 03:14 PM




YEP ..BORING...(islam itu indah tapi melayu (hubby )hampes..
sorang pun terkial2 nak jaga hati pompuan tu...
bila isteri affair ngamuk cam dia je betul

ada hati pasang dua..action je ...


aper pulak boring babe....ada affair....berpoligami....main kayu tiga....benda2 ni la yang boleh mencernakan suasana....meriah syehhhhhhhh.....mana nak pi mengadu kat forum...mana nak ngadu and mak pak...kenkawan....ngadu ngan ex-......jumpa bomoh...jumpa counselor....sholat hajat...sholat istikharah.....fuuuuhhhhhhhhh...banyak lagi la.....yang ultimatum...sahih tak boring.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 03:56 PM | Show all posts
aku tak tau lah mana relevennya hujah2 ko ni hyundai..mmg ada yg betol..tp aku rasa takderlah cenni sebabnya kenapa isteri2 kena terima suami yg nk berpoligami..

kita bercakap untuk menyedapkan hati macam manifesto politik..tp Allah pon tak suruh kita menyerah jea kan tuk segalanya...

mmg wanita itu kuat..klu idak kenapa syurga anak kt kaki ibu.. kenapa sorang suami yg berkuasa pada isterinya kena hormatkan ibu lebih bapak?

klu ada org terima bulat2 apa ko hujahkan nie..aku wisau kang org tu plak yg terpesong iman...terutamaya kaum somi yg tgh duk carik alasan yg solid... klu dia terpegang kata2 ko ni..

hujah ko ni mmg nampak solid..tp napa aku terasa cam dakyah arqam jea nie? bahaya wooo ko duk main propaganda,, izinkan lah kerana itu..kerana ini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 1.511174 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list