CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12586|Reply: 111

kalu laki korang mintak cerai, apa korang buat..

[Copy link]
Post time 14-3-2008 08:06 AM | Show all posts |Read mode
aku tanya ni sbb baru aje baca kat paper si biini simbah minyak panas kat laki dia sbb laki dia nak cerai kan dia..   brutal betul.. ni yg aku seram dgr.. katalah aku kawen tetiba bini aku buat perangai ke  tak serasi ke tak ada jalan lain melainkan aku kena ceraikan dia...  phobia lak aku takut kena simbah minyak panas nanti...   tu minyak panas.. mana tau acid pun di simbah gak..       haru  haru..

apa tindakan korang lak ..  tak kiralah laki jawab ke bini jawab...  ada ke laki dah takut nak ceraikan bini.. dan ada ke bini yg akan mengancam laki cam tu..   huishhhh  bahaya pulak nak bercerai skrg ni..  

Disimbah minyak panas sebab mahu bercerai
Oleh HAFIZ ABBAS

KUANTAN - Gara-gara minta cerai, seorang suami disimbah minyak panas di seluruh muka dan badan oleh isterinya di rumah mereka dekat Carnation Park, Tanah Rata di Cameron Highlands di sini Selalu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supritendan Nordin Mustapha berkata, ketika kejadian pada pukul 11 malam itu, suami yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai pemandu pelancong dikatakan baru pulang ke rumah selepas bekerja.

"Mangsa yang menunggu isterinya memasak hidangan makan malam di dapur duduk berehat di atas sofa di ruang tamu rumah.

"Ketika menunggu, si suami berborak-borak dengan isteri sambil membuka cerita bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana mahu berkahwin dengan perempuan lain," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini semalam.

Menurut beliau, isteri mangsa yang terkejut dengan permintaan suaminya telah keluar bersama kuali berisi minyak panas dan cuba memujuk suaminya supaya menarik kembali kata-katanya itu.

Bagaimanapun, Nordin memberitahu, mangsa enggan menarik semula kata-katanya malah mengulangi pendiriannya untuk bercerai.

"Mungkin terlalu marah, si isteri terus menyimbah minyak panas yang terdapat di dalam kuali tersebut ke arah mangsa menyebabkan mangsa menggelupur menahan kesakitan,'' katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, mangsa melecur hampir 50 peratus di bahagian badan dan muka sebelum dibawa oleh isterinya ke Hospital Cameron Highlands.

Bagaimanapun, kerana kecederaan parah yang dialami mangsa, dia telah dipindah ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Menurut Nordin, adik mangsa telah membuat laporan mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Cameron Highlands.

Berikutan itu, tambahnya, isteri mangsa yang berusia 28 tahun ditahan dan kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera parah.

Difahamkan, pasangan terbabit yang sudah berkahwin selama lima tahun baru dikurniakan seorang anak berusia lima bulan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 08:19 AM | Show all posts
pada laki yg takutkan bini buat gitu, pergi saja la ke pejabat agama, mengadu yg bini tu ganas sangat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:19 AM | Show all posts
kalo laki mintak.... ko ceraikan ajer.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:21 AM | Show all posts
kalau aku,nk cerai..cerai ler..aku tgglkan umah..anak2 dia ler jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:23 AM | Show all posts
tapi memang padan arr dgn muka dia

anak baru lima bulan, dah nak cerai pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:25 AM | Show all posts
boleh mahh laki mintak cerai..??

bkn laki yg menceraikan ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2008 08:28 AM | Show all posts
cine kot pasangan nih?
err, kalau cine pun, pompuan ke yg menceraikan lelaki ek? hehe..aku x tau lerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:31 AM | Show all posts
eee..kjam la lki tu..:@
pdn mke kne smbah dgn myk pnas..
ank bru lima bulan..
ksian ank dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 08:38 AM | Show all posts
no komen ...nak kesian x pt kesian .....
xmo kesian ..sian plakss kena simbh miyak ....
aper2 hal pun ..xkan sb nk kawen len nk cerai bini ..dah ler ader anak ..ingt perkahwinan tuk cerai ker....bini dier ak rase xd ler teruk pun..sgp masak tuk dier even dah nk tgh mlm ..pastu ader hati plakss nak kawen len ...cehh..pt pun kena simbh miyak..hwahwa.. ..tgk lah ...kalo dier dh ceraikan isteri dier,pompuan yg dier nk kawen tu nak ke blik kt dier ...muka dh melecur 50% tu..sian anak dier yg masih kecik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by maneez_leo at 14-3-2008 08:31 AM
eee..kjam la lki tu..:@
pdn mke kne smbah dgn myk pnas..
ank bru lima bulan..
ksian ank dia...

apa tak kejamnya, balik kijer, owang masakkan

"Mangsa yang menunggu isterinya memasak hidangan makan malam di dapur duduk berehat di atas sofa di ruang tamu rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:42 AM | Show all posts
itu la takde nahas pi cari nahas..
kang dah kena simbah minyak panas..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:42 AM | Show all posts
kalau aku pun, aku buat mcm apa yg perempuan tu dh buat...
mn x sakit hati? nak anak,dah kasi anak....
nak makan, aku dh siapkan..
tetiba ko minta cerai.......mmg tu jer balasan yg sesuai utk lelaki yg x sedar2 diri ni....:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by haryani at 14-3-2008 08:42 AM
kalau aku pun, aku buat mcm apa yg perempuan tu dh buat...
mn x sakit hati? nak anak,dah kasi anak....
nak makan, aku dh siapkan..
tetiba ko minta cerai.......mmg tu jer balasan yg sesuai utk  ...



betul tu. mmg tak pandai menghargai pompuan langsung. dasar lelaki boya! :@
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:00 AM | Show all posts
laki an masa dgr berita ni trus dia ckp..
ha, amik engkau!
an gelak jer..

kalo laki an minta cerai?
ha.. kenapa nk cerai?
kita kan best couple..
ntah la..
skang tgh sayang..
tak boleh pk..
sedih ar
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:13 AM | Show all posts

Reply #12 haryani's post

klu aku lah kan, dari aku simbah kat dia pastu menyusahkan aku balik , baik aku naik kan angin dia pastu biar dia serang aku...and then aku mengelak biar dia terkena minyak panas tu...so bukan salah aku kan.??? lepas tu lantaklah dia janji aku dapat hak penjagaan anak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:25 AM | Show all posts
hubby akupong tergelak...tak tau ler gelak takot ker, gelak gelihati
pas2 aku ckp ler wat per simbah minyak panas, klu i simbah asid teros...muahhaaaaaaa

samer2 nyanyi lagu arwah Sudirman...kesiannn dier...kesiann dier..lalalalala....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2008 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by haryani at 14-3-2008 08:42 AM
kalau aku pun, aku buat mcm apa yg perempuan tu dh buat...
mn x sakit hati? nak anak,dah kasi anak....
nak makan, aku dh siapkan..
tetiba ko minta cerai.......mmg tu jer balasan yg sesuai utk  ...



ye la ko kasi anak siap makan.. tapi kalu perangai bini tu teruk sangat, menjerit jerit bitching sana sini.. whining tahap gaban,  control laki tak hengat, no respect, tak jaga kesihatan perawakan,  setakat bagi anak dan siapkan makan ko ingat tu ke yg buat rumah tangga aman damai bahgia ke anak cucu...    tapi mulut suka menyumpah, anak ada 5 bulan pun tapi kalu tak jaga dgn baik, dok berforum 25 jam, 8 days a week  apa kejadahnya..     jadi aku rasa tak yah la mesti nak menangkan si bini tu dalam hal ni... lelaki tu minta cerai sbb nak kawin ke mungkin bini pun dah tau dan laki dah tanya tapi bini tak izinkan..so laki minta nak cerai ler..   pada aku ler  dari pov lelaki, kalu ada laki yg dah ada affair dan nak kawin lagi satu tu.. dan BERKEMAMPUAN segala, tak yah la bini nak sekat2.. sbb apa... sbb kalu  tak bagi pun.... dan katalah laki pun kata wokey 'abang ikut cakap effa', di hati pompuan tu sendiri pun dah tak boleh nak caya dah.. besides, laki ni.. kalu dia dah jatoh chenta dgn pompuan lain (and given pompuan tu pompuan yg baik keturunan - ahhh banyak ler sbb2 nya)  tak kan nya laki tu dapat lupa..  dan bini pun akan sentiasa la  worried la  hati tak senang kalu laki balik lewat  etc.. dah susah nak caya dah.. buat apa nak susah2 kan hati.. life is too short, beb..  so  pada aku bini dia nak simbah minyak tu tak akan dapat mengundang kebaikan.. or bini2 yg nak menyekat suami yg berkemampuan berkahwin tu.. tak yah la nak rasa korang tu holy ke apa..  cermin diri tu..kalau setakat ko boleh kasi anak dan siapkan makan.. tapi tak reti communicate dgn laki, sex pun dull .. mcm batang pisang, boring tak hengat, badan tak jaga, bulu ketiak pun malas nak cukuq.. not to mention bulu vagina yang panjang semua tu..  etc.. tak yah la nak berdebak debuk  nak salahkan laki kalu kita jumpa perempuan baik yg kita boleh kongsi opinion kita..   ada bini pun dok bitching sana sini.. perasan bagus  buat apa huh!! -

mmg pompuan ni akal singkat sangat..  kalu ko sokong la dia simbah minyak ke acid ke kat laki dia tu nampak sangat bini jenis selfish.. dan padan pun laki dia nak ceraikan bini dia ni.. kalu aku pun dapat bini cam gini la perangai ..  aku tinggalkan aje.... aku kata bini selfish nak mampos..  tak sayang anak la tu, apa ingat kalu simbah minyak tu kira bagus dan terer ke.. LMFAO..masuk lokap  sapa jaga anak..  laki pun tak boleh nak tolong mana sbb masuk hospital gara2 fikiran cetek bini ini..  pada aku, bukan padan muka laki dia..   tapi padan muka bini dia la..  apa pun tak dapat.. laki tak dapat.. anak tak leh nak jaga.. lagi masuk lokap sbb perangai bodoh camtu..    nak kesian kan jugak ke   

so haryani, kalu betul la ko akan buat mcm pompuan tu buat.. aku feel sorry for you sbb otak cetek..  jgn lah ko berdegar degar mengaku sayang anak sayang keluarga  kalu benda laki nak kawin lagi satu pun  ko nak simbah minyak..   terus terang la aku cakap - kalu gini lah sikap pompuan  or bini .. memang patut la kena cerai. dan mungkin tak ada lelaki  lain nak kawen dgn pompuan mcm ni .. at least aku tak akan nak kawin dgn perempuan yang ada history simbah minyak acid segala ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by bnmbnm at 14-3-2008 09:13 AM
klu aku lah kan, dari aku simbah kat dia pastu menyusahkan aku balik , baik aku naik kan angin dia pastu biar dia serang aku...and then aku mengelak biar dia terkena minyak panas tu...so bukan sa ...

kalau aku pulak, aku kerat2 anu dia:@
biar sampai dia teklay pakai
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by mat_radzie at 14-3-2008 09:31 AM

kalau aku pulak, aku kerat2 anu dia:@
biar sampai dia teklay pakai

n hang pun tak merasa..爄f haku la..hubby pernah tanya soklan camne..aper yg haku akan buat adalah "SANTAU" 爐erus hubby haku ckp jawa totok mmg camni takde benda lain nak buat 爀h haku melayu la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 09:35 AM | Show all posts

Reply #18 mat_radzie's post

  mat radzie ko ni lelaki ke wanita

ish ish kejam tu..nanti nak terkencing pun jadi problem....kua kua kua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.093722 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list