CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20658|Reply: 45

Kuasa Ajaib Mengikut Kumpulan Darah

[Copy link]
Post time 20-3-2008 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Melatih Kuasa Ajaib Mengikut Kumpulan Darah

Semakin ramai orang mempercayai bahawa kumpulan darah yang berlainan akan membentuk sikap seseorang yang berbeza. Banyak situasi menunjukkan "sifat darah" akan berubah tetapi sikap manusia tetap sama. Para pakar berpendapat bahawa segalanya berpunca daripada sel-sel darah manusia. Kumpulan darah bukan sahaja boleh membentuk sikap yang berbeza tetapi ada sesetengah pihak mengemukakan teori baru iaitu kumpulan darah mencungkil kuasa ajaib seseorang.
Teori "Hubungan Kumpulan Darah dengan Kuasa Ajaib" dikemulan oleh pakar psikologi yang terunggul iaitu Professor J.B Laso. Beliau berpendapat bahawa setiap orang mempunyai kuasa ajaib tetapi orang ramai tidak mengetahui cara penggunaannya dan latihan tertentu. Pada masa yang sama, sesetengah latihan tidak mampu melatih kuasa ajaib seseorang dengan sempurna. Latihan yang berlainan  dikehendaki bersesuaian dengan kumpulan darah seseorang, barulah kuasa ajaib seseorang dapat digunakan.

Di samping itu, pakar kuasa ajaib Amerika Syarikat iaitu Professor Alaur juga bersetuju denga teori Professor L.B Laso. Beliau pernah mengkaji beberapa orang manusia yang berkuasa ajaib. Didapati manusia yang berkumpulan darah berlainan mempunyai kuasa ajaib tertentu manakala seseorang hanya berkuasa ajaib tertentu untuk seseorang yang berkumpulan darah demikian. Beliau ingin meneruskan kajiannya dengan mengikut teori "Kumpulan Darah dengan Kuasa Ajaib".
"Kumpulan darah mampu mempengaruhi kuasa ajaib seseorang tetapi sesetengah latihan perlu dijalankan untuk melatih kuasa ajaib. Namun demikian, kajian perlu diteruskan untuk mendapatkan kesimpulan." Kata Proffesor Alaur.

Manusia Berkumpulan Darah B Mampu Mengumpulkan Perhatian

Latihan kuasa ajaib
Kumpulan B - Manusia berkumpulan Darah B mampu mengumpulkan perhatian, bersikap bebas dan suka berilustrasi. Dan mereka suka bermimpi dan berfikir perkara-perkara tentang masa depan. Sekiranya mereka berkuasa ajaib, mereka boleh meneka peristiwa masa depan. Jika mereka ingin melatih kuasa ajaib, mereka hanya perlu berilustrasi sepanjang masa.

Kumpulan O - Sikap manusia yang berkumpulan O bersikap bertentangan dengan mereka yang berkumpulan darah B. Mereka mementingkan dunia kenyataan. Mereka mengumpulkan perhatian untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi, latihan untuk melatih mereka yang berkumpulan darah O ialah menumpukan perhatian untuk pergerakan dan pelengkungan objek.
Dari segi latihan, biasanya golongan wanita yang berkumpulan darah O menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dengan golongan lelaki yang berkumpulan darah yang sama. Professor Laso berjaya mengesan magnet negatif di dalam badan wanita yang boleh menggerakkan sessuatu objek dengan mudah. Sekiranya anda adalah seorang wanita, cara latihan demikian mampu melatih kuasa ajaib anda yang tersirat.

Mula-mulanya, anda dikehendaki menyesuaikan diri dan mengamalkan tabiat iaitu sentiasa menumpukan perhatian dari 5 minit hingga 30 minit. Seterusnya 1 jam. Objek yang dipilih bermula daripada bola ping pong hinggalah ke sebuah sofa atau sudu besi. Ketika anda menumpukan perhatian, jangan menerima sebarang gangguan tetapi hanya memikirkan pergerakan objek. Selepas beberapa kali berulang, mungkin sudu besi yang dipegang akan menjadi lengkung.

Kumpulan A - Sesiapa yang berkumpulan darah A mempunyai perasaan yang luar biasa. Mereka boleh mengesan manusia atau objek dari jarak jauh. Mereka yang berkumpulan O juga boleh melatih jenis kuasa ajaib ini. Langkah pertama, mereka boleh cuba meneka kedudukan rakan ketika rakan menelefon kepada. Mereka juga boleh menganggar kedudukan rakan mereka melalui sentuhan. Selepas anda berjaya mengesan kedudukan mereka sebanyak 5 kali dari 10 kali. Anda memang berpotensi memiliki kuasa ajaib itu.
Kumpulan AB - Hanya sebilangan manusia yang berkumpulan darah AB. Jadi, latihan untuk kuasa ajaib kumpulan AB agak rumit dan sukar. Biasanya manusia yang berkumpulan darah AB berkuasa ajaib luar biasa iaitu transperensi. Mereka boleh mengetahui isi kandungan buku tanpa membacanya. Mereka dikehendaki melatih kuasa ajaib ini melalui penekaan gambar yang tidak mengikut susunan. Selepas mencuba gambar yang mudah, sampailah huruf atau kandungan buku yang lebih rumit.
"Latihan Kumpulan darah yang disebutkan menggabungkan pelbagai jenis cara. Keberkesanannya bergantung kepada perhatian seseorang. Bukannya semua orang mampu melakukannya tetapi asalkan seseorang itu tabah hati, pastinya akan berjaya pada suatu hari nanti." Jelas Professor Laso.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2008 06:10 PM | Show all posts
pnjangnyeeee... xlarat nk bce..

pape pn aku darah o..
o nie pemurah.. sbb sume drh dapt tme drh o kalo nk derma darah.. tapi.. darah o nie sombong cket.. sbb die xleh tme drh laen slaen darah o jgk..
sekian,
tq:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 06:38 PM | Show all posts
ehem ehem.... err bleh bg link x.... tringin nak bace sume....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 08:33 PM | Show all posts
interesting.. !!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 09:29 PM | Show all posts
salam, hehe ni sama mcm komik hong kong BARBARIAN X; kumpulan darah emas, perak ui beh wooo komik tu...tak sangka mat saleh bersunguh dlm teori pembuktian..hem bagus benar ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 09:33 PM | Show all posts
darah merah takde ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2008 10:15 PM | Show all posts
adakah ini benar..

kroit darah O.. nampak nye tak leh nak wat psikokinesis lorh..

try latihan mengesan kedudukan objek senang.. muahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 02:44 AM | Show all posts
Aku darah A, tp takde perasaan luar biasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2008 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by arimrock at 20-3-2008 06:38 PM
ehem ehem.... err bleh bg link x.... tringin nak bace sume....
saya copy dari buku, tapi try lah search kat Internet, kalu jumpa, bagitau gak link...saya rasanya berdarah B kot sebab suka berimaginasi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 02:54 PM | Show all posts
kuat berangan lar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2008 07:56 PM | Show all posts
i can see the future...huhu...:2cool:

no wonder selalu je alami deja-vu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 12:01 AM | Show all posts

Reply #11 alhaadi2's post

dejavu kan normal.. and..

mana ada orang leh tengok future!   predict pon tak leh!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 07:57 AM | Show all posts
aku tak penah ingat jenis darah aku. tapi aku ada kecenderungan untuk memikirkan masa depan dan sebarang perkara secara mendalam. andaian aku pon stakat ni hanya kiraan jari je yg gagal. kadang2 bila aku sakit aku cuba mengalihkan perhatian dengan pikiran aku supaya kesakitan tu kurang. aku tak suka makan ubat. so aku rasa darah aku jenis b
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 08:57 AM | Show all posts
Ooo aku blood group A...dan betul aku boleh agak kedudukan member aku tu....











Pakai FRIEND FINDER!!!! Kakakakaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2008 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 24-3-2008 12:01 AM
dejavu kan normal.. and..

mana ada orang leh tengok future!   predict pon tak leh!
saya x kata "sesungguhnya" saya bleh ramal masa depan. deja-vu memang menda normal, tapi kadang2 je kita alaminya. Mungkin petanda, saya bleh ramal skit2, kena ingat anggaplah ia kebolehan bersifat "peribadi". Utk sendiri guna daa...:victory:

x payahlah fikir yg saya betul2 bleh ramal masa depan...lol...

yg saya maksudkan saya suka ramal, kadang tu tepat, kadang x tepat...tapi kena ingat masa lalu, masa sekarang n masa depan adalah selari...:time:
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:31 AM | Show all posts

Reply #15 alhaadi2's post

oh.. dalam kata lain, meneka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 12:32 AM | Show all posts

Reply #13 AntagonisYgKeut's post

ader plak darah leh rasa2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 10:20 AM | Show all posts
aku darah B..mmg haku selalu berfikir dan berilustrasi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 10:32 PM | Show all posts

Reply #18 cak!'s post

same la kite
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 01:06 AM | Show all posts

Reply #17 kroit92's post

aku rase la darah aku b pasal aku lupe darah aku jenis apa. takpe nanti aku cek darah aku. mungkin leh tambah lagi koleksi kejayaan andaian aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.103723 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list