CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7246|Reply: 66

tak kacak lebih positif relationship !!

[Copy link]
Post time 17-4-2008 06:03 AM | Show all posts |Read mode
Tidak kacak lebih positif

KAJIAN menunjukkan pasangan yang terdiri daripada isteri yang cantik dan lelaki yang kurang kacak sebagai lebih positif. - Gambar hiasan

Pernah anda terfikir mengapa ada sesetengah wanita cantik memilih lelaki yang kurang kacak sebagai pasangan hidup? Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa pasangan yang terdiri daripada isteri yang cantik daripada suami lazimnya lebih positif dan saling menyokong berbanding padanan yang lain.

Pengkaji berpendapat, lelaki amat menghargai kecantikan sementara wanita lebih berminat kepada suami yang memberi sokongan.

Meskipun pengkaji mengakui bahawa rupa itu adalah subjektif, tetapi tetap terdapat beberapa piawaian universal untuk menyifatkan seseorang itu cantik atau kacak.

Kajian terbaru yang dikeluarkan dalam Journal of Family Psychology baru-baru ini dipimpin oleh pengkaji James McNulty dari Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS).
Pasukan McNulty telah menilai 82 pasangan yang berkahwin dalam tempoh enam bulan lalu dan telah mengenali satu sama lain hampir tiga tahun sebelum mengikat tali perkahwinan. Pasangan-pasangan tersebut puratanya berusia antara awal hingga pertengahan 20-an.

Para pengkaji melakukan rakaman apabila si isteri berbincang dengan pasangan masing-masing tentang masalah peribadinya selama 10 minit. Rakaman itu kemudiannya dianalisis sama ada pasangan mereka bersifat menyokong isu yang dibangkitkan berkaitan matlamat untuk mengamalkan pemakanan lebih sihat sehinggalah mengenai mendapatkan pekerjaan baru atau mahu bersenam selalu.

Suami yang negatif akan berkata, 'Itu masalah kamu. Kamu selesaikan sendiri,' kata McNulty sementara yang positif pula akan berkata, 'Saya sentiasa di sisi kamu, bagaimana saya boleh menolong kamu?'

Bukan sekadar merakam, mereka terlebih dahulu telah memberikan rating pada daya tarikan wajah dengan memberikan skala 1 hingga 10 dengan 10 menunjukkan paling cantik.

Kira-kira sepertiga daripada pasangan yang dikaji terdiri daripada isteri yang lebih menarik berbanding suami, sepertiga lagi suami yang lebih menarik daripada isteri dan bakinya paras rupa yang setara.

Kajian menunjukkan secara keseluruhannya, isteri dan suami lazimnya bertindak lebih positif apabila si isteri lebih cantik.
"Apabila suami yang kurang kacak mengahwini seorang wanita cantik, mereka mendapat sesuatu yang lebih daripada yang dijangka. Jadi, itulah yang membuatkan mereka berusaha keras untuk mengekalkan hubungan," kata McNulty.

Lelaki yang lebih menarik pula cenderung mempunyai mentaliti sebaliknya.

Rupa fizikal lelaki yang menarik bukanlah penting bagi wanita, cadang para pengkaji. Ini kerana wanita lebih memilih suami yang bersifat menyokong.


betul ker pengkaji ni?? ramai awek yg aku kenal kata depa tak nak muka bf depa mcm tongkang pecah..  pompuan2 ni bukan nak ngaku.. kalu tulis beria-ia  rupa tak kisah  apa tak kisah asal boleh MEMAHAMI... elllooooooo sampai kiamat pun aku susah nak pahami golongan pompuan ni.....  yg betul2 ikhlas tu cakap ajer ler yg korang nak lelaki kacak hensem..  kalu duit banyak pun.. tapi muka mcm bontot ayam.. mmg kawin sebab harta ler tu..   tingat citer anna nicole smith yg kawin umur 22tahun  laki 89 tahun oil tycoon  pastu boleh cakap  kawin sbb chenta  tak ada kena mengena dengan laki yang nak mati tu kaya  loaded.. kawin tak sampai setahun kojol  laki tu... (anna pun dah kojol gak..) aku ingat first nite tu si anna patut jerkah aje  langsung mati kekung laki dia..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 07:26 AM | Show all posts
ermmm.....cam nak setuju aje

easy in the eyes , takleh buruk...taklah hensem
tapi i ada kawan yg suaminya cam ala-ala harry dlm citer spiderman...keje best...memang dia hangat bontot sentiasa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 07:54 AM | Show all posts
[youtube]BEHiOfxc7UI&feature[/youtube]



[ Last edited by  manakautau at 17-4-2008 07:56 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 07:55 AM | Show all posts
erk ...soklan maut nih...
kacak n x kacak tu subjektif..len org tgk len ghupanyer ...
asl sdp mata memndg sudah arr ..
yer ah ....kalo kawen nak hidup bersama seumur hidup kan ...x kan arr nak cr lelaki yg mata pndg serba x kena ...huhu..
pompuan cam lelaki gaks ar ..sush nk fhm ... ..........tp kan ..kalo lelaki x hencem tp duit byk.....rasenyer pompuan x kisah kot........muahaha .....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 08:40 AM | Show all posts
tak kacak lebih fokus dlm hubungan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 08:46 AM | Show all posts
I see more of the dollar signs in many2 denominations on his face rather than his face features............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2008 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by reenz013 at 17-4-2008 08:40 AM
tak kacak lebih fokus dlm hubungan


lebih fokus sebab need a little more extra effort nak kekalkan perhubungan...ye la dah la tak kacak...aweks....perrrrgghhhh....tiap melintas jer....semua orang toleh....kalau tak focus...orang kacak lain lak yang rampas kang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 17-4-2008 06:03 AM
Rupa fizikal lelaki yang menarik bukanlah penting bagi wanita, cadang para pengkaji. Ini kerana wanita lebih memilih suami yang bersifat menyokong



ya ya ya yg ni me stuju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 09:01 AM | Show all posts
Kacak n takde duit - Blh gak dpt zuriat cantik2.
Kacak  n byk duit - Semua pompuan suka, even lelaki akan jeles (perfect package-org bilang le)
Tak kacak n takde duit - Klu hati budi cantik tak merempit n rajin usaha mesti ada pompuan nak.
Tak kacak n byk duit - Ala yg pompuan nak duit jer....blh je pejam mata

Hehehe...jgn marah plak...semua tu subjektif. Yg penting namaitu kita...manusia kan di jadikan berpasang2an. So ada pro n contra.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:04 AM | Show all posts
tak kacak & cantik , tak ke si cantik tu jadi mangsa cemburu buta nanti....saja terpk

heid tu lawo tapi si sean tu ada aura laa...tu yg buat heidi tertarik kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:06 AM | Show all posts
tak kacak tapi manis ada..
tak kacak pada dia, tapi pada kita yea..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by misy at 16-4-2008 07:58 PM



ya ya ya yg ni me stuju

dan anak anak dorang comel comel..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:08 AM | Show all posts
kacak..subjektif
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:11 AM | Show all posts
kalau pompuan tak lawo, laki hensem lak camana...,
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:14 AM | Show all posts
ni ha anak seal & heidi


[ Last edited by  misy at 17-4-2008 09:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by finding at 16-4-2008 08:11 PM
kalau pompuan tak lawo, laki hensem lak camana...,


wujudlah 1001 persoalan utk org yg suka berfikir remeh temeh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 09:15 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

tak semua kot.. ada yg hensem lg loyal... ada yg tak hensem lg boya... depends on the person himself la.... bukan bergantung kpd rupa.... bergantung kpd hati...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:16 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

tak semua kot.. ada yg hensem lg loyal... ada yg tak hensem lg boya... depends on the person himself la.... bukan bergantung kpd rupa.... bergantung kpd hati...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:30 AM | Show all posts
sapa punya study ni?
sample mana yg dia pakai?
camne dia pilih sample?

kalau western punya point of view....kita kene tgk....most of them pun tak percaya pada kesetiaan.....

again lah its fall on the individu itself.....
pengalaman bercampur ngan orang yg kuran hensem/tak hensem langsung di mata aku dan mata umum.....

lagi dorang nih tak sedar diri....muka cam kapal pecah...tapi teringin nak kawin ngan x bini agung dulu.....Aisyah...

kadang baik orang yg good looking.....kurang masalah rendah diri .......
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:44 AM | Show all posts

Reply #15 misy's post

misy.. takde ke pic anak depa yg terdedah sikit ekekeke...

anyways, back to subject... my hb used to be kacak.. skrg dah tak baper kacak.. aku jer menten keh keh... indeed that makes me feel more secured
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.241966 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list