CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4622|Reply: 34

adik ada mental problem

[Copy link]
Post time 8-5-2008 12:10 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum...
saya nak tanya kat sini ada sesiapa tak yang menghadapi masalah seperti saya ni...

ceritanya camni...
adik saya lelaki umur 20an baru2 ni dia cam tak betul dah...
untuk senangkan cerita, biarla saya cerita sikit latar belakang dia ni
adik saya ni asalnya anak yg cukup periang, rajin waktu zaman sekolah dia
tapi bila dah dewasa, dah pandai ikut kepala sendiri, dia jadi opposite pulak..
semuanya bermula bila dia ada perselisihan faham dengan salah seorang adik saya
dan dari situ dia keluar rumah pada tahun 2002 dan macam hilangkan diri
kalau dia balik rumah mak kami pun time kita orang semua tak ada
lama2 dia dah tak balik...
mula2 kerja ok, lepas tu dia mula la terjebak dgn gejala tak sihat
kami puas pujuk dia balik rumah mak kalau hidup dah tak terurus
sekurang2nya kalau kami tak dapat bagi dia duit, makan minum dia masih terurus
tapi dia ni degil
byk perkara yg menyakitkan hati mak kami terutamanya yg dia telah buat
tapi sejak setahun ni dia adalah berubah sikit
kerja dah makin stabil dan dah tak marah2 lagi...kiranya cam dah mellow down lah
kami pujuk dia balik kg tapi dia masih tak mahu...

dia ni walaupun kira cam lari dari rumah tapi dia selalu telefon mak & saya
antara adik beradik, dia byk ngadu pada saya...mungkin kerana saya anak yg sulung dan saya byk mendengar dpd komen..
bulan lepas, adik saya yg sorang lagi bgtau saya yg adik saya yang ni dah cam tak betul
jadi adik saya yg sorang lagi ni bawak dia balik rumah mak
adik saya yg ni macam ketakutan aje
dia kata ada orang nak bunuh dia la, ada orang cari dia la,
pada mulanya saya ingat mungkin dia ketakutan cam tu sebab mungkin dia ada byk sangat hutang dgn orang, mungkin dgn along ke apa ke
dan kami fikir bila dia dah di rumah mak, dia akan lebih tenang
baru2 ni, saya telefon mak, mak kata dia dah ok, dah berubah banyak, belajar sembahyang dgn emak dan tak tinggal waktu
jadi saya pun senang hati
mak saya kata mungkin dia jadi camtu sebab dia cut himself cold turkey tak ambil dadah dan dia sendiri mintak mak saya jangan bagi rokok pada dia sebab dia tak mau amik benda2 tak elok lagi
jadi kami fikir dia akan ok lah...

tapi mlm minggu baru ni, adik saya yg sorang lagi sms saya kata adik yg sakit ni makin teruk
teruknya cam dia cakap merepek2, pastu malam2 dia tak tido, asyik ke hulu ke hilir dlm rumah, entah apa dia cari
tak pun dia duduk diam2 dlm gelap kat dalam bilik cam orang berfikir
pastu ada masanya bila dia ok, dia ok lah, kalau tak tu, dia marah2 dan cakap entah apa2
pastu ada masanya dia communicate dgn mak saya, dia tulis kat kertas aje...tapi yg dia tulis tu kadang2 menakutkan

dan yg terbaru lak...dia dah jadi terlalu taksub pulak dengan agama sampai semua benda dia nak suruh mak saya buang, sampaikan kapet bunga2 pun dia gulung sebab dia kata dia takut tengok gambar bunga2 tu dan dia kata tu semua keduniaan...pastu suruh kami hantar dia tinggal kat rumah yg dekat masjid

adik saya yg sorang lagi ni (kami enam beradik, yg sakit ni anak no. 4), cadangkan pergi berubat secara tradisional tapi mak saya lebih suka kalau dia dimasukkan ke hospital jiwa sebagai langkah permulaan sementara mencari perubatan tradisional...alasan mak saya sebab mak saya dah takut kat rumah tinggal dgn adik saya tu aje...takut satu hari nanti dia hilang kawalan sebab anak2 lain semua duduk jauh2

saya pula setuju dgn mak saya, tapi sedara mara lak suruh gi berubat dgn kiyai ke, dgn ustaz harun din ke iaitu pengamal perubatan islam...

masalahnya sekarang, apa cara juga, susah nak lakukan sebab adik saya ni taknak keluar rumah langsung, jumpa orang pun taknak...bunyi telefon pun dia tak suka, dia kata rimas
orang ramai kat rumah pun dia kata bising
ada sekali tu dia suruh mak hantar dia kat tempat takde orang

ada masanya bila dia normal tu, dia tahu diri dia tak sihat dan mintak kami bantu dia, tapi bila kami nak bawa dia gi berubat, dia nyorok lak...ada sekali tu mak saya cerita, dia ngamuk bila nak bawa dia gi berubat...dan mak saya cakap, bila dia tgh normal tu, dia tanya mana kakak2 dia tak datang ke tengok dia...bila mak cakap kat dia kakak2 ni ada suami, bukan boleh suka2 hati nak keluar, nak balik2, dia angguk aje kepala...tapi ada masanya, dia marah lak bila dia tau kami adik-beradik lain tahu keadaan dia...

saya belum lagi balik tengok dia jadi saya tak tau camana seriusnya dia...tapi daripada apa yg mak & adik2 saya cerita, saya rumuskan yg dia tertekan yang amat sangat...apa yg dia risaukan tu, kami tak dapat nak agak...
tapi kami syak salah satunya sebab dia ada HIV+ sebab dia pernah bgtau salah seorang adik saya, dah lama dah...tapi masa tu kami ingat dia main2 aje sebab dia cuma bagitau adik yg dia gaduh tu

tapi mak saya kata, mungkin betul sebab kat rumah dia guna pinggan dan cawan plastik saja bila makan dan dia akan guna pinggan dan cawan yg sama aje cam dia taknak mak kami terkena jangkitan
tapi mak tak tanya dia sebab dia tak bgtau mak pasal tu...
jadi saya rasa fikiran dia dah bercelaru dgn penyakit dia...dgn ketaksuban dia dgn agama...sampai ada masanya dia cakap dia mintak mak buatkan dia satu bilik khas untuk dia beribadat dan dia taknak buat keja apa2, nak beribadat aje sampai mati.

kalau nak kenangkan apa yg dia buat pada kami sekeluarga terutama pada mak, memang tak terampun termasuklah dia jual motor mak kami sebab dadah & hutang, sampai mak kami sumpah2 dia...
dan saya dah mintak mak ampunkan segala dosa dia agar lebih mudah nak ubat dia, mudah2an allah ringankan sakit dia tu..

tahun lepas saya bagi dia duit buat duit muka beli motor baru dgn syarat2 yang saya kenakan kepada dia..
saya bekalkan dia sejadah, surah yassin dan buku panduan sembahyang...saya kata kat dia, tak kira tahun bila pun dia nak bertaubat, semuanya saya dah sediakan untuk dia gunakan.
dan saya katakan pada dia itu kali terakhir saya akan tolong dia, lepas itu apa pun alasan dia, saya takkan tolong dia lagi.
dan ada lagi lah syarat2 lain yg saya bagi...
dia ikut syarat2 saya tu dan lepas tu, keluarga notice yg dia byk berubah, stabil, dan ada keja tetap...
tapi itulah, bila life dia baru nak turn around, dia jadi camni lak...

masalahnya saya ni ada suami...suami memang dah tension dgn adik2 saya yg macam2 perangai ni, dia pun dah byk sgt tolong uruskan hal adik2 saya...sampai dia pernah kata, saya ni asyik fikir pasal adik2 sedangkan dia org tak fikirpun perasaan saya..jadi dah susah dah nak mintak tolong suami lagi...saya pun dah segan dgn suami...

jadi apa yg dpt saya bantu, saya tawarkan diri pada mak utk research tempat berubat dan bila dah dapat, adik2 lain akan uruskan.

ada tak sesiapa forumer kat sini yg boleh bagi cadangan camana nak uruskan masalah ni

saya ada telefon hospital tentang keadaan adik saya ni, tapi mereka nak surat rujukan dari klinik biasa dulu, pastu baru buat appointment
masalahnya, cam saya cakap tadi, dia ni tak mahu keluar rumah langsung, dan saya ada sorang aje adik lelaki selain dpd dia..dan bapak2 sedara semua taknak masuk campur...
dan dengan emosi dan fikiran dia yg dah tak berapa betul tu, susah kami nak duga apa tindakan dia bila kami nak bawak dia pergi berubat...

adik lelaki saya yg sorang lagi tu dah putus asa dah sebab dia ada tengok2 kat bomoh mana ntah kata adik saya ni dah takleh nak diubat lagi

tapi saya masih optimistik..sebab bagi saya kalau orang yg lagi teruk mentalnya boleh diubati takkanlah adik saya tak dapat dirawat

cuma itulah..nak membawa dia keluar tu susahnya...ada yg cadangkan ikat dia dan bawak aje terus ke hospital ke klinik atau ke rumah ustaz...tapi what happens next? kalau bawak ke hospital terus masuk wad, ok, kalau doktor suruh bawak balik, silap2 dia jadi lagi aggresif...

saya harap ada forumer yg dapat berkongsi pengalaman dan pendapat

terima kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 12:41 AM | Show all posts
hurm.. double personality maybe??

disebabkan tekanan dan stress yang teramat sangat, untuk terus hidup, otak dia telah mencipta satu lagi personaliti yang berbeza dengan kehidupan biasa dia untuk terus hidup..

hantar ke psychatrist..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 12:42 AM | Show all posts
selepas mengadu kat sejuknya, minta dia mengadu pula kepadaNya.. sesungguh nya Dia Maha Mendengar.. taubat nasuha dah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 12:51 AM | Show all posts
jumpa psychatrist...its the best thing...doc tau cmna nk tlg dia..skrg ni dia x da guide...let the doc guide...jgn g tok bomoh2 ni....merapu..

ape yg aku nampak skrg ni...dia tertekan...maybe bcoz of the HIV thingy la...but it is not to late...still got a lot of time...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 01:07 AM | Show all posts

Reply #1 sejuknya's post

oo sejuknya..

spot diagnosis...adik u ada acute psychosis.. (thats why dia cakap sorang2..marah.. kekadang warak tak tentu pasal.. ) most likely and most common cause.. ialah ambik dadah durjana.. ubatnya.. hmmnn kalau dia sendiri tak nak taubat ambik dadah tu, Tuhan je lah yg boleh tolong dia.. doctor cuma boleh kasi dia tenang.. je dgn ubat.. tapi kalau tak de kemahuan nan berhenti... susah ooo

so elok lah pegi jumpa doktor dulu.. bagi dia tenang.. sebelum dia sembelih sesiapa kat rumah tu.. kalau u pi jumpa bomoh dulu.. takut nanti bomoh pun kena sembelih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 01:46 AM | Show all posts
ish bwk g psychatrist la
tekanan kot dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2008 01:59 AM | Show all posts
jangan bagi dia lupa kasih sayang.. dia terlalu takut dan tertekan.. :cry:   peluklah dia selalu.. :cry: :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:41 AM | Show all posts

Reply #1 sejuknya's post

aku rasa adik ko depressed sebab ader HIV+... tuh yg nak bertaubat habis tuh... yg ckp sorang2 etc tuh pun part of depression symptoms... sian adik ko... kena deal sorang2 dgn HIV...

kalo ko takleh bawak dia pi jumpa ustaz, mintak tolong ler ustaz tuh datang rumah...

mak ko dok maner?... ko cari ler cawangan terdekat darul syifa' kat website nih and tepon ustaz for more info and guidance: http://www.darussyifa.org/cawangan.php

btw, susah sangat ker nak bawak dia kuar pi berubat?... korang adik beradik lagik ramai dari dia sorang... sewa van, tambat & sumbat masuk jer la...

all the best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 08:57 AM | Show all posts
effect dari amik dadah adik ko tu..takpun pas kena ais..sbb member laki haku dulu lebih kurang camni la..time pala "full" mulalah buat perangai yg pelik..cam tgh drive tiba2 dia rasa cam org suma nak bunuh dia..n dia drive masuk dlm balai polis.. dah la kwn dia suma jenis main barang..kalo sangkut nyanya je..ini effect kalo amik ais sbb leh giler..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2008 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by kikilalat at 8-5-2008 08:41 AM
aku rasa adik ko depressed sebab ader HIV+... tuh yg nak bertaubat habis tuh... yg ckp sorang2 etc tuh pun part of depression symptoms... sian adik ko... kena deal sorang2 dgn HIV...

kalo ...


hari tu dah adik sorang lagi dah balik rumah nak bawak dia ke darussyifa tu, tu yg dia lari gi nyorok kat belakang rumah...

masalahnya sekarang, dia tak tau yg kami tau dia ada hiv+
so, susah kami nak tanya dia
hari sabtu ni saya nak balik rumah mak, nak try pujuk dia gi jumpa doktor...mak cakap mungkin dia akan dengar cakap saya kot sebab selama ni, dia ni cam ada hormat lebih sikit dgn saya
dari kecik pun dia memang cam kira ok sikit dgn saya berbanding dgn adik beradik lain...
dan dia jugak lah yg selalu cakap, lepas sekolah dia nak keja tolong mak sebab dia kesian tengok saya sorang2 bantu family
masa arwah bapak kami meninggal memang saya sorang kerja, adik2 lain semua sekolah lagi masa tu...
lepas sekolah dia kerja, memang dia selalu bagi duit kat mak, lagi byk dia bagi jika compare dgn saya bagi mak..
tapi setahun aje pastu dia jadi entah apa2...

adik beradik saya ada 6 orang, saya yg sulung, yg sakit ni anak no. 4. dia & yg no. 3 aje lelaki yg lain semua pompuan
sedara mara lak entahlah...part kami susah memang la menjauhkan diri
kalau derang tau adik ada HIV+ lagi la agaknya taknak datang langsung rumah kami
selain dpd kesiankan adik saya, saya kesiankan mak lebih lagi...
sebab dari dulu sampai sekarang hati dia tak pernah senang dgn karenah anak2..

saya fikirpun nak sumbat aje dia dalam van, terus bawak, tapi itulah entah mana nak cari orang tolong pegang dia tu...

ada yg cadangkan saya bagi dia minum air jampi dulu sebelum bawak dia gi jumpa doctor ie air tu mudah2an dapat lembutkan hati dia bila kami pujuk dia gi hospital.

tgh pening ni...sekarang ni mak bergantung harap pada saya dan adik lelaki yg sorang lagi tu
sebab adik2 lain semua tgh study lagi...dan yg bawah saya dah kawin, husband dia pun susah juga cam husband saya tak mau masuk campur.

[ Last edited by  sejuknya at 8-5-2008 09:50 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2008 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by annaKarenina at 8-5-2008 01:07 AM
oo sejuknya..

spot diagnosis...adik u ada acute psychosis.. (thats why dia cakap sorang2..marah.. kekadang warak tak tentu pasal.. ) most likely and most common cause.. ialah ambik dadah durj ...


memang kami sekeluarga tau dia ada amik dadah...pernah masuk lokap pun dulu

punca dia balik ke rumah mak semula setelah bertahun tak balik, sebab satu hari tu bapak sedara kami telefon adik yg sorang lagi kata adik yg ni ada kat rumah dia tgh merapu2...
jadi adik sorang lagi bawak dia balik rumah mak
sepanjang jalan dari rumah bapak sedara ke rumah mak kami (lebih kurang 40minit), dia cam ketakutan, dia kata ada orang ikut kereta abang dialah, ada orang padamkan lampu jalan la sebab nak tangkap dia la...macam2 lah...
bila dah balik rumah tu, sehari dua tu dia rehat, ok, tu yg dia tanya mak camana nak sembahyang sebab dia kata dia dah lupa...mak ajar dia sembahyang semua, makan ok..
dan dia kata dia taknak amik dadah lagi dah...itu pasal dia balik rumah mak...sebab ada orang yg akan  monitor dia, dia katalah camtu...even rokok pun dia tak bagi bawak masuk rumah...dia kata sebab rokoklah punca segala2nya dia jadi camtu...dia cakap tu masa dia tgh normal la
bila dah datang balik sakit dia tu yg mak jadi takut...entah apa2 dia cakap
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:45 AM | Show all posts
g doktor pun dorang bagi ubat..tidor jer la.

cuba pakar perubatan Islam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2008 09:54 AM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 8-5-2008 12:42 AM
selepas mengadu kat sejuknya, minta dia mengadu pula kepadaNya.. sesungguh nya Dia Maha Mendengar.. taubat nasuha dah tu..


itulah yg tgh dia buat sekarang, asyik beribadat, solat tak tinggal langsung walau satu waktu...
tapi dah keterlaluan la pulak
sampai tv pun takleh pasang sekarang ni kat rumah mak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:55 AM | Show all posts
ini mcm pakcik aku.....tp pakcik aku tk de aids la... dia mcm tuh sejak umur 20... so kakak abg dia la yg jaga dia.. skang kat pusat yg lebih baik utk dia... dia pun tk nk balik.. sbb dia happy kat situ katanya...

[ Last edited by  tehlaut at 8-5-2008 09:56 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2008 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by tehlaut at 8-5-2008 09:55 AM
ini mcm pakcik aku.....tp pakcik aku tk de aids la... dia mcm tuh sejak umur 20... so kakak abg dia la yg jaga dia.. skang kat pusat yg lebih baik utk dia... dia pun tk nk balik.. sbb dia happy k ...


kat mana tu?
pm me, k?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 10:16 AM | Show all posts

Reply #10 sejuknya's post

susah ler kalo takder orang lelaki yg bley pakat2 pegang dia... orang kampung?... orang kat surau?... laki ko and adik ipar ko pun tak bley pakai ker?

sorang2 jer tak bley pujuk... sebab mesti dia nak pi nyorok... kena ader geng, kasik kepung and tangkap...

selain alternatif ko kasik air tawar untuk lembutkan hati dia... ko pi beli ubat piriton kat farmasi, pastuh ko larutkan 2 biji dalam air dia... gerenti pengsan tidor nyer lah... pastuh pepandai ler ko heret dia pi darulsyifa' ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by sejuknya at 8-5-2008 10:10 AM


kat mana tu?
pm me, k?

sorry, x sure...

nanti aku amik detail kat mak aku...

pusat tuh ape nama tah... dekat johor la tapi.. dekat ngan umah makcik aku lagi satu....

yg aku tau, ada kaitan ngan saka.... selain benda haram lain tuh la...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 10:20 AM | Show all posts
yg aku ingat kan.... masa aku dlm darjah darjah...

pakcik aku nih suka jalan keliling ruang tamu... nanti kitorang sume ikut belakang dia.. dah mcm ketapi... klu mood dia baik... dia senyum ajek... siap kasi gula gula...

klu mood dia tk baik... dia herdik... makkk tak ingat... bertempiaran kitorang... pastu sanggup dia korek gula dlm mulut kitorang......

dh tingkatan kami sume cam kesian kat dia.. dia duk sorang sorang sambil tgk kitorang sume.... muka dia mcm kosong ajekkk.....

last aku tgk dia sblm aku kawin, dia senyum, dh pandai borak... dah pandai layan tetamu..... kat pusat tuh laaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 10:22 AM | Show all posts
ur brother remind me of my neighbour budak yang pernah ambik dadah, sekarang dah ok skit dah ada keje stabil selepas adik beradik dia pakat masukkan ke satu pusat kat sarawak, disebabkan budak tu berkelakuan baik pusat release dia kuar balik kampung tetapi dengan syarat inject ubat sebulan sekali....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 10:26 AM | Show all posts

Reply #18 tehlaut's post


adeh.... sakit mulut aku
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046669 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list