Dipetik dari Buletin Tentera Darat
Diedit oleh Jofizo
Sejauh mana Anda Tahu Akan Perkhidmatan Kembalik Dalam Tentera Darat
Oleh: Lt Kol Fuad Abd Jalil
Hello Selamat petang, PW 2 Samsul Pegawai Bertugas 72 Wksp bercakap, boleh saya bantu?; Selamat petang skot, saya PW 2 Ahmad, Pegawai Bertugas 72 Bn KPD ingin memohon bantuan kembalik untuk menarik kenderaan pasukan kami jenis Trak 3 ton Hicom Handalan. Apakah nombor daftar kenderaan tersebut, di mana dan apa masalahnya? Kenderaan nombor daftar ZB 1234, kenderaan mengalami kerosakan enjin tidak boleh hidup dan sekarang berada di Batu 18 Jalan Bagan Serai - Taiping. Perbualan telefon seperti ini dapat didengar apabila perkhidmatan kembalik diperlukan oleh pasukan. <br /><br />erkhidmatan kembalik bukannya baru dalam Tentera Darat malah ianya telah memberikan perkhidmatannya sejak zaman sebelum merdeka lagi. Trak Scammel 6x4 menarik Trak BLV yang mengalami kerosakan enjin sejak era pentadbiran British di negara ini, perkhidmatan kembalik telah digunakan dalam operasi penarikan dan pengeluaran kenderaan dan peralatan yang rosak atau mengalami kemalangan. Ianya banyak memberikan bantuan kepada pasukan keselamatan ketika itu terutamanya semasa darurat. Kenderaan yang digunakan ketika itu adalah Trak Scammel 6x4 buatan British. Kembalik Scammel yang digunakan untuk menarik lori pembuat jalan ke kawasan pembinaan, kembalik merupakan kenderaan khusus Kor JLJ Diraja (KJLJD) yang direka khas dengan ciri-ciri dan reka bentuk tersendiri lengkap dengan kren dan aksesori peralatan khas berupaya untuk menyelamat kasualti.
Trak Scammel 6x4 menarik Trak BLV yang mengalami kerosakan enjin
Kembalik adalah suatu proses mengeluarkan kenderaan atau peralatan yang mengalami kerosakan atau kemalangan dari lokasi di mana kasualti tidak dapat bergerak atau digunakan ke tempat lain untuk dibaiki. Pengertian kembalik merangkumi pelbagai tugas bermula dari mengesan dan menggerakkan kasualti sehingga selesai tugas menyelamat, mengalih dan mengeluarkan kasualti. Di dalam pengertian lebih luas, kembalik juga merangkumi aktiviti penghantaran ke belakang (back loading), evakuasi (evacuation) dan pemusnahan kasualti.
Secara asasnya, tugaskembalik merangkumi perkhidmatanberikut:
* Menarik keluar kasualti perang.
* Bantuan kepada kenderaan pasukan yang mengalami laluan sukar, terbenam atau terbabas dari laluannya.
* Penarikan atau penghantaran kenderaan atau peralatan yang rosak ke woksyop untuk dibaiki atau pembaikan ke peringkat seterusnya.
Kembalik Scammel yang digunakan untuk menarik ke kawasan pembinaan
Untuk kasualti kenderaan, operasi menyelamat boleh dilaksanakan dalam dua kaedah iaitu tarik terus atau tarik gantung tertakluk kepada jenis kenderaan beroda atau runut. Kenderaan beroda boleh menggunakan kedua-dua
kaedah di atas manakala bagi kenderaan runut hanya kaedah tarik terus sahaja digunakan. Manakala untuk persenjataan (meriam medan dan meriam pertahanan udara), kaedah menyelamat adalah sama seperti operasi menyelamat kenderaan kecuali bagi senjata yang sedia terpasang pada kenderaan (kenderaan tempur armor dan sistem pelancar roket artileri).
Operasi kembalik berperanan untuk mengesan, menyelamat, mengalih dan mengeluarkan kasualti daripada lokasi kejadian. Operasi ini menentukan laluan adalah bersih iaitu bebas daripada sebarang bentuk halangan demi melancarkan pergerakan terup secara taktikal. Fungsi utama kembalik adalah untuk menyelamatkan kasualti kenderaan dan peralatan TD yang mengalami kerosakan sama ada masa perang atau aman. Kecekapan operasi kembalik dengan pantas boleh mengembalikan kasualti ke medan tempur dan menghindar kemungkinan penggunaan semula kasualti oleh pihak musuh. Operasi kembalik turut meliputi tugas tugas khas seperti riverine operation, operasi pesisir pantai, udara dan pemusnahan.
Operasi-operasi lain yang memerlukan penglibatan kembalik adalah seperti battle clearance, salvage ops, evacuation of casualties, refugees and strangglers. KJLJD juga berkemampuan membantu operasi-operasi bantuan kepada pihak berkuasa awam seperti operasi-operasi bencana alam, operasi menyelamat, operasi jiwa murni dan operasi-operasi lain yang diperlukan oleh kerajaan. Pelaksanaan operasi ini perlu mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan.
PENARIKAN Prime Mover Tank Transporter oleh Kembalik AMDAC 6x6 menggunakan kaedah gantung
Konsep bantuan logistik yang diamalkan di dalam TD adalah berdasarkan kepada level of support iaitu mempunyai empat barisan utama. Justeru, pelaksanaan operasi kembalik adalah mengikut penglibatan
pasukan dan formasi serta berdasarkan klasifikasi kerosakan kasualti dan keupayaan kembalik. Kembalik juga terlibat di dalam empat fasa peperangan yang digariskan mengikut level of sup port iaitu:
* Fasa Mara.
Kembalik barisan pertama membantu mengekalkan momentum dengan membersihkan kasualti di laluan paksi mara, berdamping dengan pasukan untuk membantu kenderaan melintas halangan dan muka bumi yang sukar serta memindahkan kasualti apabila lokasi KSB/KSD berubah.
* Fasa Serangan.
Menubuhkan pospos kembalik di laluan paksi serangan dan membersihkan laluan.
* Fasa Pertahanan.
Pasukanpasukan menggunakan kembalik pasukan sendiri dengan limitasi terhad.
*Fasa Pengunduran.
Kembalik barisan pertama digunakan untuk membersih laluan undur bagi mem-bantu kenderaan melepasi kawasan muka bumi yang sukar dan membantu pergerakan kasualti ke lokasi baru secepat mungkin.
Kembalik Sibmas AVR 6x6 yang digunakan untuk mengalihkan Generator Treler yang terjatuh ke bawah lereng bukit
Operasi kembalik dalam setiap fasa peperangan adalah berbeza mengikut jenis operasi. Matlamat utama penugasan operasi kembalik diberi secepat mungkin untuk menentukan supaya momentum operasi berjalan lancar. Justeru, laluan garis komunikasi mesti bersih daripada sebarang halangan. Selain daripada itu operasi kembalik dilaksanakan jauh ke hadapan berhampiran kawasan tempur seberapa yang boleh. Kembalik boleh
diaturgerakkan seperti berikut:
* Memberi perkhidmatan dilaluan yang sukar.
* Menentukan laluan bebas dari halangan kasualti.
* Penarikan keluar kasualti dari tempat kejadian.
* Menghantar kasualti ke Titik Pungutan Alatan (TPA) atau Tempat Hantar Balik (THB) atau woksyop di medan.
* Kawalan penghantaran kasualti dalam rangkaian zon kembalik.
* Operasi kembalik untuk memusnahkan kasualti berasaskan kepada darjah kelulusan oleh pemerintah operasi.
* Evakuasi kasualti dari medan perang selepas pertempuran ke woksyop untuk pembaikan.
Perkhidmatan kembalik juga diberikan kepada Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) untuk mengeluarkan pesawat TD yang mengalami kerosakan melalui Surface Recovery Operation yang mana pesawat atau komponen yang rosak di bawa ke kawasan senggaraan menggunakan jalan darat.
Kembalik Sibmas AVR 6x6 digunakan untuk kerja mengeluarkan pesawat Allouete yang mengalami kerosakan.
Kembalik 26 tan 6x6 AMDAC digunakan untuk kerja mengalih bangkai pesawat Skyhawk keluar dari kawasan paya akibat tersasar dari landasan Lapangan Terbang Kuantan.
TD mempunyai beberapa jenis kembalik yang dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut berat dan fungsinya. Jenis kembalik yang ada dalam perkhidmatan merangkumi:
Kembalik Ringan (Beroda) yang digunakan untuk pengendalian kenderaan jenis B yang dikategorikan kenderaan ringan dengan berat 9 tan ke bawah.
Buatan - German
Masuk Khidmat - 1974
Enjin - M/Benz model OM 352 D
Trasmisi - M/Benz G3/50
Buatan - Jepun
Masuk Khidmat - 1999
Enjin - Hicom 6 HH 15
Trasmisi - Allison AT 545
- Fully Automatic
Kapasiti winch - 7 tan Ramsey SHX 700
Kapasiti kren - 1.4 tan pada 8.8m
- 5 Speed Fully Syn chromesh
Kapasiti winch - 7 tan
Latihan asas kepada teknik-teknik kembalik diajar di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Port Dickson. Pembelajaran secara teori dan praktikal diberi di sini bagi membolehkan mekanik mendapat kemahiran tentang kerja-kerja menyelamat, menarik dan evakuasi kasualti. Aspek asas yang diberikan termasuk pembentukan keperibadian Mekanik Kembalik, peraturan menjalankan tugas, langkah-langkah yang mesti dipatuhi, persiapan kembalik di medan, cara-cara pemindahan kasualti, isyarat dalam kerja kembalik dan juga cara-cara perlindungan kasualti dari mengalami kerosakan tambahan.
Selain dari itu, mekanik kembalik juga perlu mempunyai pengetahuan tentang mekanik tanah yang berhubungkait dengan kawasan muka bumi dan kesan tanah seperti tebing curam, ketinggian dan keadaan tanah. Mereka juga perlu kenal jenis tanah dengan melihat perbezaan warna tanah dengan tumbuhan semulajadi di persekitaran. Mereka juga perlu faham dan dapat mengenali keadaan tanah dengan baik sama ada tanah jenis keras, padat, lumpur, berpasir, berpaya, berbatu atau salji.
Kembalik ringan jenis 3 tan Mercedes Benz LA 911C/42R digunakan semasa pembelajaran tugas penarikan kasualti yang terbenam
Kembalik ringan jenis 3 tan Mercedes Benz LA 911C/42R digunakan semasa pembelajaran tugas penarikan kasualti yang terbenam
Penggunaan Kembalik MIFV K288 oleh MALCON dalam Misi SFOR di Bosnia Herzegovina, selain berkhidmat di dalam negara, perkhidmatan kembalik juga diaturgerakan dalam misimisi pengaman di luar negara di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) seperti di Congo, Namibia, Bosnia Herzegovina, Kemboja dan Lubnan. Ianya bergerak bersama Elemen Woksyop dalam memberi bantuan menyelamat, evakuasi dan penarikan balik kasualti yang mengalami kerosakan dan kemusnahan di medan.
Dengan aset mekanik kembalik yang berjumlah lebih kurang 140 orang, KJLJD telah berjaya memberikan bantuan kembalik kepada Tentera Darat dan Angkatan Tentera sama ada dalam negara mahupun luar. Komitmen dan sumbangan yang diberikan telah menaikkan nama KJLJD di persada negara khasnya dan dunia amnya. Sumbangan ini akan terus relevan sepertimana perlunya KJLJD di dalam TD.