View: 33178|Reply: 216
|
KELAB MOTOSIKAL LASAK PAHANG
[Copy link]
|
|
those who dare only..........koi sebahagian drpd peserta ekspedisi di bawah....
Enduro takluk belantara
Oleh Fairuz Zaidan
[email protected]
Kegiatan motosikal lasak makin mendapat perhatian peminat
DERUMAN enjin motosikal ini saja sudah cukup mencuri tumpuan. Selain menggamit perhatian peminat yang memuja prestasi enjinnya, ada juga yang memandang sinis gara-gara tidak tahan dengan bunyian bingit motosikal berkuasa tinggi ini. Apa yang nyata, aura motosikal lasak, Enduro cukup memukau.
Reka bentuk besar dan tinggi dilengkapi sepasang tayar besar meletakkan motosikal lasak ini di kelasnya tersendiri. Tidak hairan mengapa peminat motosikal sanggup menghabiskan sejumlah besar wang untuk memiliki jentera motosikal berkuasa tinggi ini.
Di kalangan peminat motosikal, peluang menunggang jentera besar ini adalah saat yang ditunggu-tunggu apatah lagi jika dapat menguji kemahiran dan pengalaman mengendalikannya di laluan berliku seperti hutan dan laluan tanah merah.
Seperti motosikal berkuasa tinggi lain iaitu Harley Davidson mahupun superbike, Enduro tidak kurang gah apabila meluncur di jalan raya. Kelebihan motosikal Enduro yang mempunyai rekaan seumpama scrambler ialah fungsinya yang lebih pelbagai. Ini kerana Enduro boleh ditunggang di jalan raya mahupun di lokasi lebih mencabar seperti dalam hutan.
Motosikal Enduro yang semakin mendapat perhatian peminat motosikal di Malaysia mempunyai tarikan dan tafsiran tersendiri. Mungkin kerana prestasi enjin dan kepuasan menunggang, motosikal ini pasti mencetus fenomena bagi sesiapa yang melihatnya.
Seperti motocross yang banyak dipaparkan terutama aksi di trek sukan lasak, Enduro lebih ringan berbanding jentera motosikal lasak lain serta tidak mempunyai lampu dengan perincian komponen enjin lebih mudah dan ringkas.
Bagi penggemar motosikal lasak, mereka lebih cenderung memilih motosikal jenis Enduro kerana fungsinya yang lebih praktikal dan mudah dikendalikan sama ada di jalan raya serta aktiviti ekstrim di laluan trek lasak. Fungsinya yang pelbagai dengan harga berpatutan sedikit sebanyak mempopularkan motosikal Enduro di pasaran.
Antara jenis motosikal Enduro di pasaran ialah dari jenis BKZ, Yamara TTR, Honda XR dan Kawasaki KLX di mana setiap motosikal itu dilengkapi kerangka besi tahan lasak, tayar dwi fungsi dan lebih praktikal untuk dikendalikan. Malah, faktor enjin dan motosikal yang lebih berat menyebabkan Enduro lebih digemari.
Sebagaimana hebat aksinya di jalan raya, Enduro ternyata begitu bertenaga beraksi di litar off-road. Kemampuan motosikal Enduro terserlah ketika meniti kawasan berliku, berpasir, berbukit, cerun landai hinggalah ke kawasan becak.
Di Malaysia, peminat motosikal Enduro banyak memilih beberapa lokasi di hutan dan estet kelapa sawit sebagai medan menguji kemampuan motosikal berkenaan. Lokasi di dalam hutan dengan permukaan jalan tidak rata adalah medan terbaik menguji Enduro.
"Sukar untuk menterjemah keseronokan apabila dapat menunggang motosikal lasak ini. Apatah lagi melakukan aktiviti ekstrim dengan beraksi di kawasan hutan di laluan berliku. Pada masa itulah kemampuan kita diuji untuk beraksi dengan jentera hebat ini.
"Banyak jenis motosikal off road yang berada di pasaran. Selain Enduro yang boleh ditunggang di jalan raya dan off road, motosikal dua lejang Kawasaki KX 250 sebagai contoh, adalah antara motosikal sukan lasak popular di kalangan peminatnya," kata pemilik motosikal berkuasa tinggi, Haffizzhal Bukhary Borhan, 25.
Haffizzhal Bukhary yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi iaitu dari jenis Enduro BKZ TT125/160 dan Kawasaki KX 250 mula berjinak-jinak dengan jentera hebat itu sejak tujuh tahun lalu. Biarpun mengakui kos untuk membeli setiap motosikal itu agak tinggi, kepuasan pengendaliannya mengatasi segalanya.
Sungguhpun begitu, Hafizzhal Bukhary menganggap kos penyelenggaraan motosikal itu tidak terlalu tinggi sebagaimana motosikal berkuasa tinggi lain.
Ditanya mengenai kos untuk membeli motosikal Enduro itu, katanya sebagai permulaan peminat motosikal itu boleh membeli dengan harga serendah RM6,800 sebuah iaitu bagi motosikal Enduro asas yang boleh dikendalikan di jalan raya mahupun litar off-road.
"Seperti motor BKZ TT buatan Korea yang dipasang di Malaysia ini adalah contoh terbaik untuk mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam sukan ekstrim motor jenis Enduro.
"Apatah lagi, banyak lokasi menarik seperti di kawasan Bangi, Sungai Long, Kajang dan Bukit Subang yang mempunyai laluan berliku amat sesuai untuk aktiviti motosikal lasak," katanya.
Populariti motosikal itu turut membawa kepada penganjuran Kejuaraan Enduro Dunia (WEC) dengan perlumbaan di litar terkenal di dunia. Kejuaraan yang disokong Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) itu menampilkan beberapa kategori seperti Kelas A, B dan C.
Antara penunggang motor Enduro terkenal dunia ialah Juara dunia empat kali, Samuli Aro, Mika Ahola dan Dick Burleson.
Uji litar Taman Negara Pahang
EKSPEDISI bermotor anjuran Kelab Bikers Puchong dengan kerjasama Kelab Bikers Pahang meredah keunikan flora dan fauna Taman Negara Pahang dalam aktiviti tiga hari, baru-baru ini. Program itu memberi peluang kepada 24 penunggang menguji keupayaan Enduro mengharung cabaran denai, lurah dan kawasan berbukit di hutan simpan terbesar di Malaysia itu.
HARI PERTAMA (16 Mei 2008)
PERJALANAN lebih tiga jam dari Kuala Lumpur dengan kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV) akhirnya membawa sekumpulan ahli kelab Bikers Puchong ke Jeti Kuala Tahan, yang menjadi lokasi pertemuan kumpulan itu dengan Kelab Bikers Pahang.
Tidak menunggu lama, peserta Ekspedisi Taman Negara Pahang kemudian memulakan aktiviti dengan menuju ke destinasi pertama di Nusa Holiday Village, kira-kira jam 4.30 petang.
Ekspedisi petang itu boleh dianggap sebagai 'pemanas badan' untuk menyesuaikan laluan trek di Taman Negara Pahang, terutama buat peserta Kelab Bikers Puchong yang tidak pernah mengikuti ekspedisi seumpama itu. Sungguhpun sudah petang, kumpulan ekspedisi berjaya tiba di Nusa Holiday Village selepas mengharungi perjalanan sejauh 20 kilometer.
Menjelang lewat petang, kumpulan besar peserta ekspedisi selamat tiba di check point seterusnya iaitu TRV Motel di mana menjadi lokasi penginapan peserta.
Waktu malam dipenuhi aktiviti menarik terutama sesi menjamu selera dengan hidangan ayam panggang segar, selain berkongsi pengalaman penjelajahan hari pertama. Ada juga peserta mengambil kesempatan membaiki motosikal yang mengalami kerosakan kecil.
Peserta kemudian tidur awal kerana hari kedua menjanjikan cabaran berganda dan detik sebenar menguji keupayaan Enduro di laluan penuh berliku.
HARI KEDUA (17 Mei 2008)
SEAWAL jam 7 pagi, peserta sudah bersiap sedia menguji laluan berliku di Taman Negara Pahang. Stamina tinggi dan persiapan dari segi mental dan fizikal menanti peserta untuk mengharungi perjalanan 180 kilometer untuk ekspedisi seharian itu.
Sebaik selesai penerangan ringkas, kumpulan peserta meninggalkan TRV Motel untuk memulakan perjalanan ke Kampung Bantal. Penat dan letih mula terasa bagi menempuh perjalanan jauh itu. Kira-kira jam 12 tengah hari, ekspedisi berhenti seketika di Kampung Pagi untuk menikmati jamuan ringan.
Masa rehat itu juga digunakan sekumpulan peserta untuk memeriksa motosikal masing-masing, selain membaiki beberapa komponen motosikal yang mengalami kerosakan kecil.
Tidak menunggu lama, peserta ekspedisi meneruskan perjalanan ke lokasi yang dirancang iaitu Kampung Bantal. Selepas dua jam perjalanan barulah peserta berjaya ke kampung berkenaan.
Perjalanan selama enam jam itu benar-benar memberi kepuasan kepada peserta, walaupun terpaksa melalui pelbagai laluan berliku seperti mendaki bukit, laluan berpasir, denai hingga anak sungai. Sepanjang perjalanan juga, kumpulan peserta sempat melihat babi hutan berkeliaran!
Belumpun puas berehat sambil menjamu hidangan tengah hari, kumpulan ekspedisi perlu memulakan perjalanan pulang untuk ke TRV Motel. Jika laluan pergi mengambil masa enam jam, waktu balik sejauh kira-kira 90 kilometer lebih singkat iaitu kira-kira lima jam.
Sungguhpun begitu, cabaran lain masih menunggu termasuk menyusuri kawasan lebih landai hingga ada motosikal terkandas gara-gara laluan licin dan berlopak.
Lewat petang, barulah kesemua 24 peserta ekspedisi berjaya pulang ke TRV Motel. Walaupun penat kerana terpaksa meredah laluan panjang, di wajah setiap peserta terpancar rasa bangga kerana berjaya mengharungi pengalaman mencabar.
Malam hari setiap peserta berkongsi pengalaman masing-masing termasuk sekumpulan kecil peserta yang tersesat dan mengalami kerosakan enjin. Mata mula layu dan tidur diulit mimpi indah dalam kedinginan Taman Negara...
HARI KETIGA (18 Mei 2008)
HARI terakhir ekspedisi dimanfaatkan untuk aktiviti riadah sambil menyelami khazanah alam di Taman Negara Pahang. Kali ini, motosikal kesayangan diketepikan sebenar untuk memberi peluang peserta menikmati kesegaran alam ciptaan Ilahi.
Aktiviti pertama yang dilakukan ialah mandi manda di sungai. Air jernih dengan kedinginan pagi memberi kesegaran tidak terkata. Rasa letih semalam terubat dengan kedinginan air sungai. Lebih dua jam meluangkan masa di sungai, aktiviti seterusnya ialah melalui jambatan gantung sambil menyaksikan keindahan flora dan fauna di dalam hutan.
Bunyian alam bersemadi sepenuhnya. Terasa tidak ingin berpisah walaupun akur bahawa ekspedisi akan berakhir petang itu.
Puas menjelajah di Taman Negara, ekspedisi besar itu terpaksa berpisah di mana Kelab Bikers Puchong menuju ke Kuala Lumpur, manakala Kelab Bikers Pahang menuju destinasi mereka.
[ Last edited by tangopapa at 14-7-2008 02:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tuan punya motor warna oren tu maner satu ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 cintan66's post
nanti koi pm kak ita......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 tangopapa's post
semua org nak kenai ni bagitau ler kat semua jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 cintan66's post
kak ita pun koi tak penah tgk gambar, apetah lg nak letak gambar kat sini......<img src="./images/smilies/loveliness.gif" border="0" smilieid="56" alt="" />
[ Last edited by tangopapa at 8-8-2008 11:35 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 cintan66's post
haah....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 arifah_72's post
hanya yg mengenal manikam je yg kenal jauhari........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 arifah_72's post
|
|
|
|
|
|
|
TP kim salam ngan abe pakai shirt oren tu ngan tole putih terlilit, macho siooootttt...... |
|
|
|
|
|
|
|
pandai lagi ke aki we bawak moto ni?...dah lama tak bawa moto... |
|
|
|
|
|
|
|
a very challenging xtvt... teruskan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|