|
Jom kita bincang topik kompas dan yg sewaktu dengannya termasuk pembacaan peta...kita juga akan bincangkan teknologi ganti yg bersamaan dengan fungsi kompas, gps, atau sistem pemetaan digital yg lain, sama ada dari dalam atau luar negara <br /><br />Tolong jgn lari dari topik <img src="./images/smilies/lol.gif" border="0" smilieid="9" alt="" /> <br /><br />Mula pertama mula, mengenal kompas <img src="./images/smilies/lol.gif" border="0" smilieid="9" alt="" />
[ Last edited by tangopapa at 13-8-2008 11:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ade yg nak sambung? |
|
|
|
|
|
|
|
askar pakai peta JUPEM ke pakai peta sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 tangopapa's post
Prismatic compass paling tepat untuk bacaan |
|
|
|
|
|
|
|
kompas aje......kena juga dikaitkan sekali dengan peta......ibarat kuku dan isi.......ada kompas tapi tak ada peta tak berguna juga......begitu juga sebaliknya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 kapakterbang's post
mesti la pakai jepm punya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Heading tu pakai all caps..kang ada orang seberang ingat nak buat discussion pasal koran KOMPAS.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 alphawolf\ catat
enggak bisa pak, kompas itu udahnya definisi lain pak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tenteng at 12-8-2008 08:49 AM
Prismatic compass paling tepat untuk bacaan
maksudnya ada kompas yang tak tepat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 zvicmorrow's post
maksudnya..kompas nie detail, mmg x akan tersasar. klw cam Orienteering Compass, x detail arah yg patut dituju |
|
|
|
|
|
|
|
dalam hutan mcm ne nak tau kalau kompas mengalami kerosakan?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 zvicmorrow\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Ketepatan kompas hendaklah diperiksa sebelum ia digunakan dengan mengambil bearing ke objek tertentu dan bandingkan bearing tersebut dengan sekurang-kurangnya dua kompas lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 zulupapa's post
tak pon kalo tak sampai- sampai ke tempat yg dituju |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 tin's post
ke nak kena bagi latihan mengenai kompas kat pondok skot ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kegunaan kompas.
1. utk mencari bearing sesuatu objek yang dapat dilihat di muka bumi dan model kompas tertentu pula digunakan bagi mencari bearing di peta.
2. utk meletak bearing supaya arah ke bearing itu diketahui
3. utk mengorientasi peta
Apakah bearing kompas?
Sebarang bacaan bearing di kompas dinamakan bearing magnet. Bearing yg diukur di peta dinamkan bearing grid. Ada perbezaan antara bearing magnet dan bearing grid.
Bearing magnet diukur berdasarkan Utara Magnet. Bearing grid diukur berdasarkan Utara Grid (0 darjah). Utara Grid (0 darjah) adalah utara di peta. Utara Magnet adalah utara (0 darjah) yang ditunjukkan oleh jarum kompas. Jarum kompas akan tetap menghala ke Utara Magnet akibat pengaruh magnet di perut muka bumi. Yang penting Utara Grid dan Utara Magnet tidak selari antara satu sama lain.
Ada satu lagi jenis Utara iaitu Utara Benar yang arahnya menghala tepat ke Kutub Utara. Utara Benar ini juga tidak selari dengan Utara Magnet dan Utara Grid. Nilai perbezaan antara ketiga-tiga jenis utara ini ada dicatatkan di luar bingkai peta.
[ Last edited by zulupapa at 13-8-2008 03:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan terdapat perbezaan antara Utara Grid dan Utara Magnet, bermakna sesuatu bearing yang diperolehi daripada peta tidak akan menunjukkan ke arah yang sama apabila bearing tersebut diletakkan pada kompas.
Contoh, jika bearing grid menunjukkan 120 darjah dan katakan perbezaan antara Utara Grid dengan Utara Magnet ialah 001 darjah, maka bearing 120 darjah di kompas tidak akan menghala ke arah yang sama dengan hala yang ditunjukkan oleh bearing 120 darjah di peta tadi.
Jika anda meletakkan bearing itu pada kompas dan bergerak, anda sebenarnya sedang bergerak ke arah lain dengan selisih 001 darjah. Anda tidak akan sampai ke titik yang hendak dituju.
Anda mestilah melakukan penukaran bearing grid ke bearing magnet. Begitulah juga bearing magnet yang ditunjukkan oleh kompas, hendaklah ditukarkan kepada bearing grid jika bearing itu hendak dilukis di atas peta.
Formula bagi penukaran adalah seperti berikut :
1. Bearing Grid ke Bearing Magnet = Nilai Bearing Grid + Nilai Perbezaan
2. Bearing Magnet ke Bearing Grid = Nilai Bearing Magnet - Nilai Perbezaan
Contoh :
1. Berapakah bearing magnet jika bearing grid bernilai 120 darjah dan nilai perbezaan Utara Grid dan Utara Magnet ialah 001 darjah 30 minit?
Jawapan :
Bearing Magnet = 120 darjah + 001 darjah 30 minit = 121 darjah 30 minit
2. Berapakah nilai bearing grid jika bearing kompas bernilai 140 darjah dan perbezaan Utara Grid dan Utara Magnet ialah 001 darjah 15 minit ?
Jawapan :
Bearing Grid = 140 darjah - 001 darjah 15 minit = 139 darjah 45 minit
Catatan :
Formula ini hanya boleh digunakan jika Utara Grid berada di sebelah timur (kanan) Utara Magnet. Jika Utara Grid berada di sebelah barat Utara Magnet, formula ini hendaklah sebaliknya pula. |
|
|
|
|
|
|
|
KOMPONEN-KOMPONEN PADA KOMPAS
Komponen Asas
a. Kotak Kompas
Kotak kompas adalah berbentuk bulat dan diperbuat daripada
logam bukan magnetik dengan ukuran garis pusat dari 50mm
hingga 80mm. Di tengah-tengah tapak kotak ini dipasangkan
pangsi untuk meletakkan dial kompas.
b. Dial atau Gegelang Kompas
Jarum kompas diperbuat daripada besi magnet lebar dan
dilekat pada dial kompas. Dial kompas ini disenggat dari 00
hingga 3600 dalam arah jam. Senggatan darjah dibahagikan
kepada dua bahagian bagi membolehkan bacaan kepada 30 |
|
|
|
|
|
|
| |
|