|
atm ada guna silat tak..kalau ya silat apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 shahid1's post
x dinamakan silat, tapi cenderung kepada silat gayung n tekuandow... Tempur Tanpa Senjata |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 venez's post
kalau x silap,adala ven..
TTS is TTS.
atau mungkin silat tu hanya untuk pertandingan semata2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 tenteng's post
silat n teakuandow memang ada certain2 base ajar... sesetengah base ada ajar silat gayung n silat cekak... |
|
|
|
|
|
|
|
so tts ni campuran taekwando dengan silat eh..ingatkan base dari taekwando..ada website aabout tts ni tak??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 shahid1's post
TTS base on taekwando? maybe.... aku pun x pasti, dah lama x praktis TTS.... |
|
|
|
|
|
|
|
TTS tu campuran silat n taekwando, tp lebih cenderung kpd taekwando
Ade sesetengah pergerakan (bunga @ lawang) TTS hampir sama dengan pergerakan taekwando...
TDM lebih banyak mengamalkan TTS di semua peringkat drpd epos n navy. Dedulu, ade program khas utk anak2 anggota tentera darat untuk TTS ni, sekarang rasanya dah x de.
Silat olahraga hanya diamalkan di UPNM
Silat secara rasminya tidak diamalkan didalam ATM, melainkan belajar secara persendirian di institusi luar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 tangopapa's post
lu silat pulut tau le... |
|
|
|
|
|
|
|
tp bukan master aikido ka dlm atm....? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 razhar\ catat
hehehe....lu klu x tau warna apa wa pakai, jgn nak ngan sparring ngan wa haa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 tangopapa\ catat
selendang/bengkung merah ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm utusan malaysia 19 ogos 08 dlm ruangan mega ada fokus pasal TLDM kt Terumbu Layang2 ada menubuhkan Seni Silat Gayung Fatani TLDM...siap ada gmbr Tim PASKAL buat demo... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 azri11's post
yang ni ka?
ARKIB : 19/08/2008
Anggota TLDM lincah bersilatOleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
| AKSI tempur tanpa senjata yang dipamerkan oleh anggota tentera Malaysia sempena lawatan media ke pulau-pulau sekitar perairan Sabah, baru-baru ini
|
DALAM perkhidmatan ketenteraan di mana-mana negara, taekwondo, karate dan judo merupakan antara jenis seni mempertahankan diri yang biasa diamalkan.
Pengadaptasian jenis-jenis ilmu mempertahankan diri sebegini antaranya dikaitkan dengan kemudahan, praktikal dan kepopularannya seantero dunia.
Namun adakah taekwando, karate mahupun judo terlalu hebat sehingga jauh mengatasi seni pertahanan diri lain seperti silat, kung fu atau silambam?
Secara umum, kesemua jenis seni mempertahankan diri yang disebut di atas mempunyai keupayaan yang agak serupa, tetapi dibezakan dengan usaha mengangkat martabat mereka.
Menyedari hakikat itu, seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Komander Zainol Abidin Jusoh yang berkhidmat di Kota Kinabalu, Sabah mengambil inisiatif menubuhkan Pasukan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia TLDM pada hujung Julai lalu.
Beliau yang bertugas sebagai Pegawai Memerintah Pasukan Bantuan Gugusan Semarang Peninjau (PBGSP) TLDM berpendapat, ilmu silat perlu lebih banyak dipraktikkan dalam perkhidmatan tentera agar ‘tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.’
‘‘Lagipun, ilmu silat adalah warisan masyarakat Melayu, seterusnya lambang yang harus dikongsi dan dibanggakan oleh seluruh masyarakat Malaysia, sama seperti wushu dan silambam,” katanya ketika ditemui selepas melakukan persembahan di Stesen Lima TLDM, Pulau Layang-Layang, Sabah baru-baru ini.
Pada persembahan itu, Zainol disertai oleh Laskar Kelas (LK) 1 Abdul Rahman Mohd. Yusof, LK 1 Mohd. Farid Mohd. Nizam, LK 1 Ahmad Tarmizi Zainol, LK 1 Haizol Ahmad, LK 1 Saiful Abd. Khoni dan LK 1 Wan Mohd. Azri Wan Ali.
Sementara itu, guru silat pasukan pula ialah Cikgu Awang Zaini.
Pada persembahan sulung pasukan itu yang dilakukan sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama media, pasukan tersebut telah mempamerkan persembahan bertenaga.
Ia dimulakan dengan Silat Sambut Selamat Datang atau Bunga Sembah yang dilakukan secara solo oleh Zainol. Lenggok badannya penuh seni, lembut, namun tetap berupaya menggerunkan musuh.
Katanya, walaupun disiplin itu lebih merupakan paparan seni silat, namun ia boleh dipraktikkan untuk menewaskan musuh.
Pada segmen kedua persembahan, dua anggota telah menunjukkan kepakaran bertempur tanpa senjata yang berlangsung selama kira-kira lima minit.
Ia diikuti oleh sepasang anggota lagi yang menunjukkan kecekapan bertarung menggunakan rotan panjang.
Segmen terakhir persembahan pula memperlihatkan dua pendekar TLDM menggunakan keris sebagai senjata untuk menyerang dan menumpaskan musuh masing-masing.
Kecekapan mereka agak sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata kerana kesemuanya berlaku dengan terlalu pantas, apatah lagi jika seseorang itu tidak pernah mempelajari silat.
Namun yang paling penting untuk diketahui di sini ialah semasa persembahan pada malam 11 Ogos lalu, pasukan itu baru 14 hari ditubuhkan dan menjalani latihan bersama.
Salah seorang ahli, Mohd. Farid berkata, ini kerana latihan intensif yang dijalankan di samping minat yang mendalam dalam mempelajari ilmu itu.
‘‘Pada sesetengah hari, kami akan berlatih pada sebelah pagi, diikuti sesi tengah hari, petang dan juga malam,” jelasnya penuh semangat dalam loghat Kedah.
Beliau menambah, kecekapan dan keindahan persembahan mereka adalah membanggakan kerana tidak sampai sebulan tertubuh, pelbagai undangan persembahan telah diterima pertubuhan itu.
Sementara itu, Zainol menambah, seni silat adalah seni pertahanan diri yang unik kerana semasa berhadapan dengan musuh, ciri-ciri menghormati antara satu sama lain jelas terlihat melalui lenggok badan yang beradab dan lembut.
Mungkinkah penubuhan pasukan ini di Pulau dan Terumbu Layang-Layang di Laut China Selatan mempunyai maksud tersendiri?
Dalam menghadapi negara-negara lain yang turut menuntut kawasan itu seperti China, Vietnam dan Filipina, analogi seni silat sesuai digunakan iaitu beradab dan lembut namun sentiasa bersedia bertindak balas apabila dicabar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mmc at 19-9-2008 12:26 PM
yang ni ka?
Ha'a lh....minat gler kt silat gayung fatani ni tp x berkesempatan nk blaja... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 azri11\ catat
lu duduk mana? klu kat KL banyak cawangan silat gayung patani ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 tangopapa\ catat
Bo Do.....apa maknanya? seni mempertahankan diri Bo saja atau Bo layan...? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #19 windof\ catat
nasib baik lu x bawak fighter...bo do tu mengong laa |
|
|
|
|
|
|
| |
|