View: 7146|Reply: 37
|
Peratusan ketelusan cermin gelap dilonggar
[Copy link]
|
|
Oleh Abdul Jalal Abdul Rahim
[email protected]
Menteri Pengangkutan akan buat pengumuman minggu depan KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap kenderaan dengan membenarkan pengurangan kadar peratusan ketelusan cahaya, sejajar piawaian antarabangsa serta keadaan cuaca di negara ini.
Pengumuman butiran lengkap berhubung kelonggaran itu dijangka dibuat Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Kiat, minggu depan.
Sumber-sumber memberitahu Berita Harian, keputusan berhubung perkara itu dicapai dalam mesyuarat antara Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan beberapa agensi penguat kuasa berkaitan, Selasa lalu.
Bagaimanapun, kelonggaran itu diberikan tanpa berkompromi dengan soal keselamatan pemanduan dan aspek jenayah.
Ketika ini, Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin depan kenderaan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70 peratus, manakala cermin belakang dan sisi, tidak kurang 50 peratus.
Pemasangan cermin gelap tanpa kebenaran pula menjadi kesalahan mengikut Kaedah 96, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan)(Pindaan 2007).
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan ketika dihubungi semalam, mengesahkan mesyuarat akhir semakan semula peratusan ketelusan cahaya cermin diadakan Selasa lalu, tetapi enggan mendedahkan butirannya kerana perkara itu akan diumumkan Kementerian Pengangkutan.
"Saya tak mahu komen butiran mesyuarat itu... boleh jadi peratusan ketelusan itu turun atau dinaikkan, hanya menteri akan membuat keputusan muktamad dan mengumumkannya.
"Cadangan semakan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan pemanduan, jenayah, piawaian antarabangsa serta kepentingan pengguna dan pemilik yang mempunyai masalah kesihatan," katanya.
Solah berkata, mesyuarat itu turut dihadiri wakil Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Julai lalu, JPJ sepatutnya memulakan operasi besar-besaran di seluruh negara terhadap pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap dan menggunakan lampu pancaran berintensiti tinggi (HID/Xenon) tetapi Ong mengarahkan ia ditangguhkan bagi membolehkan JPJ dan polis membuat penyelarasan bagi mengelak masalah dan kesulitan teknikal.
Ong dalam kenyataannya sebelum ini membayangkan pelaksanaan garis panduan penggunaan cermin gelap kenderaan mungkin diselaraskan mengikut piawaian antarabangsa dan perkara itu akan dibentangkan ke Kabinet.
Beliau juga dilaporkan berkata, kerajaan mahu peraturan itu dikaji semula supaya lebih sesuai dengan keadaan cuaca negara ini, malah secara peribadi tidak menolak peraturan itu dihapuskan kerana tiada sebab penggunaan cermin gelap dilarang atau terhad hanya kepada kumpulan tertentu.
Pemilik atau pemandu kenderaan yang ingkar peraturan penggunaan cermin gelap boleh dikenakan denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih dua minggu bagi kesalahan pertama, dan tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih sebulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
wakakkkaa...
cam haremmmmggg....
sekejap ketat...sekejap longgar.....
flip~flop jerk..... |
|
|
|
|
|
|
|
cermin gelap ye........
semalam aku tgk ada kenari sekor cermin gelap tak hengat.........plat SAA1771F........ada sesapa owner dia kat sini...atau ada yg kenal...??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 mycos79's post
Agaknya utk disesuaikan dgn 'global warming' punya hal ni... |
|
|
|
|
|
|
|
yg duk atas2 tu sume bijak2.. tu yg keputusan cam biskut...
p/s: skarang, saya yang gelak besar dengan mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
tp kalau pakai tinted yg terlampau gelap...nak drive waktu malam mmg agak payah la..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 metalique's post
Hmmm...selonggar kepala otak diorang....jgn wat2 terkejut pulok lps ni bila tukar menteri, lain pulak keputusannya... |
|
|
|
|
|
|
|
skg ni kalo x silap aku peratusan yg dibenarkan 50% kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikguranggi at 18-10-2008 09:38 AM
cermin gelap ye........
semalam aku tgk ada kenari sekor cermin gelap tak hengat.........plat SAA1771F........ada sesapa owner dia kat sini...atau ada yg kenal...???
den da tanggalkan...
tapi bukan keta den.. |
|
|
|
|
|
|
|
jom kita senaraikan plat keta pakai cermin gelap tak hengat.........yg sikit2 gelap tuh tak perlu le......:victory: :victory:
manalah tahu ada org2 JPJ ke Polis ke tgk forum kita nih.........senang nak aim........ |
|
|
|
|
|
|
|
patut gelap sbb kat mesia panas and cahaya metari sangat terang sokmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau dah stail Malaysia..kejap lain..esok lusa lain..kan orang paling atas dia pun macam tu juga... hari ni kata tak ada pilihanaya, esok kata ada pilihanraya...dah banyak kali buat, hari tu kata minyak naik bulan 8 tup tup tak semena naik akhir bulan 5. so...dah lali dah.
lepas ni tgk-tgk akan ada kelonggaran pula utk kereta mekap tak ingat@ soilek pula... |
|
|
|
|
|
|
|
ala.. pi baling molotov kat kedai tinted!... depa jual tak pa... pakai kat kereta tak boleh!... babi apa undang-undang macam tu!... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 cikguranggi's post
kalau kita bgtau jpj keta yg dimakeup melampau... KETA SOLEK.... bole dapat RM 100.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|