View: 17433|Reply: 140
|
Rahsia Wok Jaga Suami Lebih Muda
[Copy link]
|
|
HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.
Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.
Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.
"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.
"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.
Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.
"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.
"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya.
Wook berkata, sejak muda dia melakukan amalan mengurut diri sendiri untuk memastikan tubuhnya sihat selain sentiasa lapang dada dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.
Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya, namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampu diatasi dengan keimanan.
Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminya dan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itu dihadapinya dengan tabah.
"Saya ada lebih 20 anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Ada yang dah balik (meninggal dunia) lebih dulu daripada saya. Saya akan terus senyum (ceria) dan mahu habiskan baki usia ini dengan amal ibadat," katanya.
Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.
 |
|
|
|
|
|
|
|
amboi...apa rahsia wook ni ..nak gak belajr. |
|
|
|
|
|
|
|
bayangkan laa..tak mau laa aku bayangkan..
salute giler arr kat wok.. |
|
|
|
|
|
|
|
huuhuhuhu wok pon sempat lagi kawen..
aku yg anak dara lagi tak kawen2 lagi...
jelesssnyerrrrr  |
|
|
|
|
|
|
|
macammane ekkkk.. ish tak dapt imagine laa..
wokk kire dasat laa itupun suami yang ke-22.. dasat..dasat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nidzhar at 1-12-2008 01:28 PM 
.Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya,namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampudiatasi dengan keimanan.
Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminyadan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itudihadapinya dengan tabah...
106 bahagi 22 = 4.81 tahun....
Wok on average.. bertukar suami setiap 5 tahun... hmnn.. berbelas2 suami Wok meninggal sebab sakit ...aku risau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 nidzhar's post
ramai nya laki wok ni, smpi 22 org.... tp aku tak dapat bayangkan dia tuutttttt ngan laki muda dia tu.... eiiiiii mmg aku tak dapat bayangkan, tak tercapai dek akal ku..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 peachRose\ catat
and jangan lupa tanya... suami yg bebelas2 tu ninggal mengejut ke?...
perempuan paling tua kat dunia ni meninggal last week umur 115 tahun... kat US.. tapi ada 1 husband je 2 anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nidzhar at 1-12-2008 01:28 PM 
HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, ter ...
nenek wook..ada tak rosnah mat aris gi nuntut ilmu ngan nenek jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by annaKarenina at 1-12-2008 02:38 PM 
106 bahagi 22 = 4.81 tahun....
Wok on average.. bertukar suami setiap 5 tahun... hmnn.. berbelas2 suami Wok meninggal sebab sakit ...aku risau la..
tapi kalau dia kawin umur 14 tahun... : 106-14 = 92 / 22 = 4.18... so on average, seorang suami only lasted 4 yrs...
PS.. tetiba je rasa seram sejuk.. and my com just got disconnected... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 annaKarenina's post
yup.. amcam sumthing wrong sumwhere kan...  |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 annaKarenina\ catat
aduss...tak per lah kalau mathmaticnya gitu, saya tak nak tau lah rahsia wok  |
|
|
|
|
|
|
|
sorry arr.. aku tak teruja pun ngan rekod nenek neh..
menjijikkan ada lah pada aku..
mcm tak der kerja lain.. kawen cerai kawen cerai jer kerja dia.. 22 jenis lelaki dia dah rasa.. pheeewwwww!!
dah tua2 neh kan, bagus ler tumpu pada anak cucu cicit yang ada.. dok sibuk jaga laki lagi awwwwww.. laki pulak muda lak tuh.. isk!!
tak der sorang pun anak, cucu, cicit dia buat statment ker neh?
ker semua pakat sorok muka?  |
|
|
|
|
|
|
|
salute betul dgn nenek wook ni  |
|
|
|
|
|
|
| |
|