CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23032|Reply: 211

AFF Suzuki Cup 2008

[Copy link]
Post time 2-12-2008 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Tinggal 4 hari saja lagi kejohanan ini akan diadakan, sejauh mana pencapaian Malaysia kali nih? Adakah bolasepak Malaysia mampu terus dihormati atau sekadar menjadi bahan lawak pasukan lain?

Venue utk team B dah tukar ke Phuket

Group A
Indonesia
Kemboja
Singapore
Myanmar

Group B
Thailand
Vietnam
Malaysia
Laos

laman web rasmi http://www.affsuzukicup.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2008 04:51 PM | Show all posts
pencapaian dlm kejohanan ini juga menjadi penentu terhadap masa depan jurulatih negara, B.Sathianathan samada kontrak beliau disambung atau tidak........
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 05:08 PM | Show all posts
haku xmengharapkan ape2 utk team Mesia..

nak ke semi final pon xlepas haku rasa sbb ada thailand n vietnam yg terbukti lebih kuat dr Mesia..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 06:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 08:53 PM | Show all posts
aku yakin player malaysia akan bersungguh2..................
































......berposing maut dgn jersi baru konon2 mcm model gay di tepi pantai kat phuket tu....muahahahaha....

yahuu...dpt g holiday....mat saleh lawa2 kat sana tau...!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2008 09:01 AM | Show all posts
Hati-hati, usah terlalu yakin: Hairuddin


HATINYA memang kuat menyimpan hasrat untuk beraksi pada final Kejohanan Piala Suzuki kali ini. Tetapi Hairuddin Omar enggan membenarkan diri terlalu terbawa-bawa dengan keinginan itu.

Sebaliknya, dia yang juga pemain paling berpengalaman dalam skuad negara kali ini mahu rakan-rakan mengamal sikap penuh hati-hati, dengan matlamat melepasi rintangan menanti, satu persatu, di Phuket nanti.

"Memang sasarannya ialah layak ke final. Tetapi saya lebih mahu melihat kami bersikap hati-hati, dengan matlamat mengatasi lawan satu persatu supaya dapat menjamin tempat ke separuh akhir.

"Selepas itu, barulah kami boleh berfikir mengenai tempat ke final dan berusaha memenanginya," katanya.

Pendekatan itu jadi pegangannya biarpun pada usia kian mencecah 29 tahun, Hairuddin mengakui betapa tempoh untuk memenuhi keinginan sekian lama - memiliki pingat juara bersama skuad kebangsaan - kian terbatas.

Pencapaian terbaik peribadi miliknya ketika ini ialah pingat perak Sukan Sea 2001 apabila dia berwatak kapten skuad negara yang kecewa angkara kekalahan 0-1 kepada Thailand di Stadium Shah Alam.

Saingan utama serantau kali ini bakal menyaksikan kemunculan keempatnya - selepas kali pertama membuat penampilan dalam skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim, juga di Thailand, pada 2000.

Hairuddin turut jadi tonggak ketika skuad negara menduduki tempat keempat pada 2002 serta kecundang pada penentuan sepakan penalti di tangan Singapura, dua tahun lalu.

Dia bagaimanapun tidak terpilih untuk skuad ke kejohanan Piala Tiger 2004 kendalian Bertalan Bicskei yang menamatkan saingan di tempat ketiga.

Malah pada awal persiapan pasukan kali ini, Hairuddin berdepan ancaman tersisih, tetapi dia mempamer peningkatan sejak kebelakangan ini dan tampak bermula selaku penyerang utama sebaik cabaran bermula, Sabtu ini.

"Daripada segi fizikal dan kecergasan, saya percaya kini pada tahap terbaik pernah saya miliki. Saya cuma berharap dapat menghasilkan prestasi konsisten ketika di tengah padang nanti," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2008 09:10 AM | Show all posts

Sathia percaya senior mampu gegar

Oleh Ahmad Khawari Isa
[email protected]

MUNGKIN ada yang lantang menyuarakan rasa sangsi, tetapi B Sathianathan percaya perjudiannya untuk bergantung harap kepada barisan pemain senior akan membuahkan hasil pada Kejohanan Piala Suzuki, bermula Sabtu ini.

“Memang ramai yang mempertikaikan langkah saya memanggil ramai pemain senior. Tetapi biarkanlah mereka bersuara. Kerana di akhirnya nanti, saya yang memikul tanggungjawab dan saya juga yang membuat keputusan.

“Saya punya keyakinan penuh terhadap mereka. Mungkin ada yang mahu supaya lebih ramai pemain muda diberi peluang. Tetapi saya diletakkan sasaran untuk menghasilkan keputusan baik.

“Jika saya ada masa, dengan kontrak 10 tahun, mungkin itu boleh dilakukan. Lagipun, keputusan baik hanya boleh dicapai dengan pemain berpengalaman.

“Lihat sahaja Itali dengan pemain-pemain seniornya ketika memenangi Piala Dunia,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan, pagi semalam.

Antara pemain-pemain senior yang diharapkannya untuk mencipta langkah mula baik pada peringkat saingan Kumpulan B di Phuket nanti ialah kapten, Shukor Adan, Hardi Jaafar, Norhafiz Zamani Misbah, Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar, Nizaruddin Yusof, Juzaili Samion serta Khaironnisam Sahabuddin.

Malah Sathianathan tampak memberikan tanggungjawab tambahan kepada kelompok pemain itu - terutama untuk membimbing pemain-pemain muda dalam situasi getir perlawanan.

Cuma seorang tonggak berpengalaman yang pasti tersisih ialah Irwan Fadli Idrus, yang diakui Sathianathan tidak punya cukup masa untuk kembali ke tahap kecergasan memuaskan selepas ditimpa kecederaan pergelangan kaki.

Malah Sathianathan juga tampak mengambil sikap penuh hati-hati buat mengelak pemainnya ditimpa kecederaan, termasuk merehatkan Shukor daripada sesi latihan, semalam.

“Shukor mengalami kekejangan otot ketika menentang Singapura dan saya mengarahkannya menjalani latihan ringan untuk mengelak daripada keadaannya bertambah buruk.

“Apa yang penting ketika ini ialah memastikan pemain bebas daripada kecederaan dan berasa lebih segar sebelum perlawanan pertama menentang Laos nanti,” katanya.

--------------------------------------------------

perghhh sathia, cam dah bagi alasan awal2 lagi ja.......... takkan nak kontrak 10 tahun kot baru nak perform.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 09:37 AM | Show all posts

Reply #7 jofizo's post

masih pilih player2 tua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2008 10:38 AM | Show all posts

'Beri komitmen 100%'

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu semua pemain skuad bola sepak kebangsaan yang akan bertanding di Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF memberi komitmen 100 peratus.

Khairy berkata, FAM telah memberikan segala keperluan yang diperlukan oleh pasukan kebangsaan sebelum ini dan kini pihaknya ingin mereka membalasnya dengan memberi persembahan terbaik.

Katanya, dia yakin dengan keupayaan pasukan kebangsaan dan mahu mereka terus memberi persembahan konsisten pada kejohanan yang akan diadakan di Phuket, Thailand nanti bagi mengangkat martabat bola sepak negara.

"Saya yakin dengan kebolehan pasukan ini dan percaya untuk pergi lebih jauh," katanya dengan penuh keyakinan di hadapan pemain kebangsaan yang meluangkan masa bermain boling di Bandar Sunway, semalam.

Pemain skuad kebangsaan menghabiskan masa selama dua jam bermain boling, sambil ditemani oleh pasangan masing-masing.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan B. Sathianathan berkata, dia kini sedang melakukan persiapan latihan akhir pasukan Malaysia dan ingin melakukan sedikit pembetulan yang masih berlaku dalam skuad bola sepak negara.

Katanya, perkara-perkara kecil seperti hantaran yang kurang berkeyakinan dan kesilapan mudah telah menyebabkan pasukan negara kehilangan tiga mata penuh yang diperlukan.

"Sebagai contoh pada pertemuan menentang Singapura baru-baru ini, pemain menunggu sehingga separuh masa kedua untuk melakukan gerakan sempurna.

"Pemain seharusnya tidak perlu tunggu sehingga ke babak kedua, sebaliknya perlu sentiasa konsisten dengan permainan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia.

Namun begitu katanya, perkara itu hanya dilakukan ketika menjalani perlawanan persahabatan dan perkara seumpama itu perlu diperbaiki sebelum bermulanya pertandingan sebenar.

Jelasnya, perkara tersebut akan diambil sebagai pengajaran berguna dan kesilapan kecil seumpama itu tidak boleh berulang kerana ia akan mengundang masalah besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2008 12:20 PM | Show all posts

Congak Sathia

Oleh Sufian Thauri Muhammed
[email protected]

BENGANG dengan pengkritik yang mempertikaikan pemain pilihannya untuk mewakili skuad negara, jurulatih B Sathianathan tegas berkata, dia tahu apa yang dibuat dan sedia menanggung risiko.

Malah, dia berterus-terang menyatakan perasaan kurang senang dengan cara sesetengah pihak mengkritik keputusannya sehinggakan melabelkan mereka sekadar berani cakap belakang.

“Banyak pengkriktik hanya bercakap belakang saya, apabila berdepan, mereka malu pula hendak cakap.

“Saya tahu ada yang marah saya ambil pemain-pemain lama. Tapi, saya tahu apa yang saya lakukan kerana pasukan ini memerlukan gandingan pemain baru dan lama untuk lebih menjadi.

“Kepada pengkritik yang banyak bercakap ini, cubalah cadangkan pemain muda yang difikirkan sesuai untuk mewakili pasukan kebangsaan sekarang (yang tidak dipilih Sathianathan).


“Jangan ingat jika seseorang pemain muda itu bagus, misalnya ketika bermain dalam Piala Razak, sudah cukup baik untuk mewakili pasukan negara. Bermain di peringkat antarbangsa jauh berbeza dengan tempatan,” katanya.

Pemain senior yang berada dalam skuad negara ialah Norhafiz Zamani Misbah, Shukor Adan, Nizaruddin Yusof, Indra Putra Mahayuddin, Khaironnisam Sahabudin Husain, Mohd Hardi Jaafar, Juzaili Samion dan Hairuddin Omar.

Mereka dianggap Sathianathan sebagai pilihan terbaik dalam membimbing pemain muda agar tidak mudah goyah diasak lawan dan lebih berbisa dalam setiap gerakan.

Sathianathan berkata, rekod perlawanan skuad negara menunjukkan mereka berada dalam landasan tepat untuk menghadapi Piala AFF Suzuki di Phuket, hujung minggu ini.

“Dalam sembilan perlawanan terakhir, pasukan bimbingan saya hanya tewas kepada Chelsea dan Myanmar dalam masa permainan sebenar. Pasukan negara hanya tewas menerusi penentuan penalti kepada Vietnam di final Pestabola Merdeka, tapi kami menundukkan mereka pada Cabaran Grand Royal di Myanmar, tidak lama kemudian.

“Jika saya gagal, saya mungkin disingkirkan. Jadi lebih baik saya lakukan apa yang saya fikir betul dan bertanggungjawab sepenuhnya kerana ia adalah keputusan yang saya sendiri buat, bukan dipengaruhi mana-mana pihak termasuk pengkritik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan bekas jurulatih Perak, Steve Darby, sebagai penolong jurulatih Thailand, Sathianathan menganggap ia pasti memberikan kelebihan kepada skuad tuan rumah itu apabila berdepan Malaysia pada perlawanan terakhir Kumpulan B, 10 Disember ini.

“Dia tahu cara kita bermain. Dia juga pernah melatih beberapa pemain negara seperti Hardi. Kita tahu keupayaan Thailand, tapi tidaklah mendalam seperti Darby tahu kemampuan pasukan negara,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2008 12:29 PM | Show all posts
Perlawanan Kumpulan A

5/12/2008 - Singapore vs Cambodia (6 pm) ; Indonesia vs Myanmar (8.30 pm) : Bung Karno Stadium, Jakarta

7/12/2008 - Singapore vs Myanmar (6 pm) ; Cambodia vs Indonesia (8.30 pm) : Bung Karno Stadium, Jakarta

9/12/2008 - Myanmar vs Cambodia (8.30 pm) : Si Jalak Harupat Stadium, Bandung ; Indonesia vs Singapore (8.30 pm) : Bung Karno Stadium, Jakarta


Perlawanan Kumpulan B

6/12/2008 - Malaysia vs Laos (6 pm) ; Thailand vs Vietnam (8.30 pm) : Surakul Stadium, Phuket

8/12/2008 - Malaysia vs Vietnam (6 pm) ; Laos vs Thailand (8.30 pm) : Surakul Stadium, Phuket

10/12/2008 - Vietnam vs Laos (8.30 pm) : Phang Nga Stadium ; Thailand vs Malaysia (8.30 pm) : Surakul Stadium, Phuket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2008 12:29 PM | Show all posts
menjelang Malaysia vs Laos.

Malaysia menang: 6 kali
Laos menang: 1 kali
(Sukan SEA Jakarta, 14101997: Malaysia 0-1 Laos,
menyebabkan Malaysia tersingkir ke semifinal, kalau seri Malaysia patut layak.)
Malaysia scored: 32 gols
Laos scored: 6 gols

Pertemuan kali terakhir:

Under-23:
20082007 - Pestabola - Malaysia 2-0 Laos - skorer: Safee Sali & Shukor Adan

'A' Match:
22122002 - Tiger Cup, Singapore - Malaysia 1-1 Laos - skorer: Nizal Jamil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2008 12:29 PM | Show all posts
Stadium Sarakul (zoom in...zooom out)
http://maps.google.com/maps?near=Changw ... 7&t=h&z=18

more information
http://en.wikipedia.org/wiki/Sarakul_Stadium
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2008 12:31 PM | Show all posts

Live at ASTRO Starsport

05-Dec 17:57 Singapore vs. Cambodia
05-Dec 20:27 Indonesia vs. Myanmar
06-Dec 17:57 Malaysia vs. Laos
06-Dec 20:27 Thailand vs. Vietnam
07-Dec 17:57 Singapore vs. Myanmar
07-Dec 20:27 Indonesia vs. Cambodia
08-Dec 17:57 Malaysia vs. Vietnam
08-Dec 20:27 Thailand vs. Laos
09-Dec 20:27 Indonesia vs. Singapore
10-Dec 20:27 Thailand vs. Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 03:17 PM | Show all posts
Yg match 8hb dgn 10hb tu yg mendebarkan.

Tu pun klu tak kna early goals.

Juzaili sameon dgn khaironisam..???
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 07:23 PM | Show all posts

The AFF Suzuki Cup

Finals - Group Stage

5/12/08

17:00 A  Singapore v  Cambodia
Jakarta   

19:30 A  Indonesia v  Myanmar
Jakarta   

6/12/08

17:00 B  Malaysia v  Laos
Phuket   

19:30 B  Thailand v  Vietnam
Phuket   

7/12/08

17:00 A  Singapore v  Myanmar
Jakarta   

19:30 A  Cambodia v  Indonesia
Jakarta   

8/12/08
17:00 B  Malaysia v  Vietnam
Phuket   

19:30 B  Laos v  Thailand
Phuket   

9/12/08

19:30 A  Myanmar v  Cambodia
Bandung   

19:30 A  Indonesia v  Singapore
Jakarta   

10/12/08 19:30 B  Vietnam v  Laos
TBC   

19:30 B  Thailand v  Malaysia
Phuket   

All match times are local to venue

Next Fixtures

5/12/08 17:00 - Group A
Singapore     v     Cambodia

5/12/08 19:30 - Group A
Indonesia     v     Myanmar

6/12/08 17:00 - Group B
Malaysia     v     Laos

6/12/08 19:30 - Group B
Thailand     v     Vietnam

Standings

Group A    P W D L F A Pt
Cambodia  0 0 0 0 0 0 0
Indonesia  0 0 0 0 0 0 0
Myanmar   0 0 0 0 0 0 0
Singapore  0 0 0 0 0 0 0


Group B  P W D L F A Pt
Laos       0 0 0 0 0 0 0
Malaysia   0 0 0 0 0 0 0
Thailand  0 0 0 0 0 0 0
Vietnam  0 0 0 0 0 0 0

Credit: http://www.affsuzukicup.com/tournament/fixtures.asp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 07:24 PM | Show all posts
Tournament History

AFF SUZUKI CUP READY TO DRIVE ASEAN FOOTBALL

The AFF Suzuki Cup, formerly known as the Tiger Cup and Asean Football Championship, has become a symbol of football prowess in South East Asia since its first staging in 1996.
Football has long been regarded as the Asean region抯 most popular sport with teams battling for supremacy in the hotly contested South East Asian (SEA) Games football tournament prior to the introduction of the Asean Football Championship.
The advent of the tournament brought even greater attention to the sport and showcased the passion that is felt for the game throughout the region.
As the only regional football competition to feature the senior teams of the Asean nations, the biennial event has firmly supplanted the SEA Games, which is now contested at under-23 level.
The inaugural tournament in Singapore proved to be an unforgettable two-week football extravaganza, which drew large crowds to the National Stadium with millions more watching on television.
Overwhelming favourites Thailand lifted the trophy after defeating Malaysia 1-0 in a hard-fought final. The foundation had been set for an exciting competition that would continue to grab the attention of fans throughout South East Asia.
The passion was even more apparent two years later when the tournament was played in Vietnam. Riding on a wave of national euphoria the hosts swept all before them, trouncing champions Thailand 3-0 to reach the final.
The title was to elude the hosts though as they went down 1-0 to unfancied Singapore in the final in one of the competition抯 biggest shocks to date.
Thailand reasserted their dominance when they hosted the event for the first time in 2000. With star striker Kiatisuk 慫ico
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 07:29 PM | Show all posts
Malaysia

Coach:

After a slow start to preparations for the AFF Suzuki Cup, Malaysia began getting their act together at the Merdeka tournament in Kuala Lumpur where they were defending the title they won in 2007 after a 14-year wait.
The squad showed remarkable improvement in their three group matches, scoring 14 goals and conceding none. The Tigers took a while to get going against Nepal but ran out 4-0 winners, defeated the Sierra Leone U-20 side by the same scoreline and mauled Afghanistan 6-0.
They kept up the momentum with a 4-0 semi-final win over fellow AFF Suzuki Cup participants Myanmar before running out of goals in the final, going down in a penalty shootout to the under-23 side from Vietnam after a goalless 120 minutes.
With the convincing victories on the way to the final, B.Sathianathan抯 side seemed to have shrugged off the lethargy that plagued the team when they were first assembled after the fasting month of Ramadhan. A playing tour to Slovakia saw the team drawing once and losing three games.
Malaysia have often suffered in the past due to the lack of depth in the squad and the Slovakia tour again highlighted this fact. Sathianathan抯 starting line-up could match their opponents but were prone to losing their shape and focus when substitutions were made.
The return of several key players who missed out on the Slovakia trip due to club commitments in the AFC Cup seems to have boosted the side. These include Kedah FA goalkeeper Mohd Helmi Eliza Elias who was named the Most Valuable Player in the Malaysian Super League in August.
Sathianathan sorely missed his first choice custodian on the Slovakia trip as the 25-year-old is a steadying influence on the backline and a welcome addition to the final Suzuki Cup squad.
Another key player for the Malaysian side is former national captain Mohd Kaironissam Sahabuddin Kaironissam. The UPB-MyTeam defender and other experienced players like S. Subramaniam, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak and Irwan Fadzli Idrus will provide strong defensive options for Sathianathan at the AFF Suzuki Cup. Between them, Kaironnissam and Norhafiz have about a century of caps and will undoubtedly be among the first names on the starting line-up for Sathianathan.
In midfield, veterans like Muhammad Shukor Adan and Mohammad Hardi Jaafar can be expected to be a steadying influence. Promising young players like Kedah抯 Mohd Khyril Muhymeen Zambri, who played such a vital role in his club抯 2007-2008 treble success, will look to support the forwards.
Terengganu midfielder Mohd Ashaari Shamsuddin who bagged a brace in the Merdeka tournament match against Afghanistan will also be a player to look out for.
Mohd Safee Mohd Sali, who scored four goals in the group stage of the Merdeka tournament, will lead the frontline and Sathianathan will be depending on the Selangor No 10 to display similar prowess at the AFF Suzuki Cup. What will have given Sathianathan a massive boost is that besides Mohd Safee, all his other forwards also found the net at the Merdeka tournament.  
Indra Putra Mahayuddin, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak and Mohd Ashaari Shamsuddin each found the net twice while veterans Hairuddin Omar and Mohd Nizaruddin Yusof showed they still have what it takes.
While the quality of the opposition at the Merdeka tournament may not be a true reflection of the task ahead at the AFF Suzuki Cup, Sathianathan will nonetheless expect his side to mount a strong challenge for a place in the final.
揑 expect to go as far as the final and the players do as well because the gap between the teams in South East Asia is not really that great,
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 07:43 PM | Show all posts
Last game dengan Laos

[table=98%,none][tr][td=1,3,15%]December 22, 2002[/td][td=1,1,24%]Malaysia [/td][td=1,1,13%]1
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 07:46 PM | Show all posts
Last game dengan Vietnam

November 12, 2008
Vietnam U-23
W3-0Thuwunna YTC Stadium, Yangon, Myanmar2008 Grand Royal Challenge Cup2Indra Putra
26' Amirul Hadi 40'
Hardi 55'


[ Last edited by  sofianbm at 3-12-2008 07:47 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.068445 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list