View: 6923|Reply: 61
|
Suratan atau kebetulan?
[Copy link]
|
|
Kita digemparkan dengan kemalangan maut yang melibatkan 3 buah kereta pada 3 Januari 2009 lepas. Kalau korang perasan pada 28 Disember 2008 juga terdapat kemalangan maut di tempat sama. Kali ni 2 orang maut. Kedua-duanya berhampiran dengan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gua Musang. Lagi tepat di kawasan bukit sejuk dan di kilometer 21!.Mmm..
keras juga tempat ni..lagi pun kat area situ memang syok bawak laju..tapi hati-hati la ya sebab aku baru je lalu semalam dan area situ memang tricky untuk overtake....
ni aku cut & paste dari suratkhabar..
KES 1 03/01/2009
10 maut nahas buruk hari kedua tali pinggang belakang dikuat kuasa
ORANG ramai bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam melihat keadaan kereta Produa Kenari yang rosak teruk selepas terlibat dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan dan mengorbankan 10 orang daripada dua keluarga di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Hentian Rehat dan Rawat hari ini. -fotoBERNAMA
KANAK-kanak Noraihah Nabila Abdul Rahim, 2, diiringi bapanya Abdul Rahim Jaafar, 35, (dua, kiri) setibanya di Hospital Raja Perempuan Zainab II petang ini. fotoBERNAMA
GUA MUSANG:Sepuluh maut dan seorang bayi cedera parah dalam kemalangan di Gua Musang, paling buruk hanya dua hari selepas peraturan mengenakan tali pinggang penumpang belakang dikuatkuasakan.
Kemalangan itu yang melibatkan tiga kenderaan berlaku di Bukit Sejuk pada pukul 11.30 pagi tadi.
Malah, ia juga kemalangan buruk selepas kejadian Ahad lalu membabitkan dua buah kenderaan remuk selepas bertembung
di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Gua Sejuk.
Kejadian itu mengakibatkan dua beradik maut iaitu pemandu kereta, Mohd Zakuan Abdul Aziz, 18, dan kakaknya,
Saadiah, 21.
Dalam kemalangan pagi ini, Ketua Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Rosli Che Sulaiman berkata, kecuali pemandu mangsa tidak mengenakan tali pinggang.
Kemalangan itu juga dipercayai berpunca apabila sebuah Perodua Kancil yang dipandu oleh Haliza Md Zain, 33, bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.
Ekoran pertembungan itu, sebuah kereta dari belakang, Kenari melanggar Perodua Kancil.
Haliza dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Krai dari Gua Musang.
Selain Haliza, mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai adiknya Maziatul Shamila, tiga anak Haliza iaitu Mohd. Rahiza Yuswa Abdul Rahim, 12, Norashidah, 10, dan Shaha, 6.
Anak keempat Haliza, Noraihah Nabila yang berusia 12 bulan cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan
Zainab II untuk rawatan.
Lima mangsa kereta yang lain dikenali sebagai Lau Sin Eik, 59, iaitu pemandu kereta; Lee Bee Seng, 50; Lau Chai Soon, 78; Ho Kin Hum, 86, dan Shareen Lau Ming Min, 18.
Mereka yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda, Phua Thein Noo, 28, (pemandu) dan penumpangnya, Tan Chee Hua, 44, Wong KeeHooi, 20, dan Lau Soon Lee, 33, mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, pihaknya menahan Phua untuk disoal
siasat.
"Siasatan awal menunjukkan kemalangan dipercayai terjadi disebabkan pemandu Kancil memandu laju ketika cuba
memotong kenderaan lain.
"emandu itu tidak sempat memotong dan kemungkinan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.
"Hampir kesemua mangsa mati di tempat kejadian kecuali kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia ketika dibawa
ke hospital," katanya.
Ahmad Termizi menambah, kebanyakan mangsa terperangkap dalam kenderaan manakala sebahagian lagi tercampak
keluar.
KES 2 : 28/12/2008
2 beradik maut kereta bertembung GUA MUSANG 28 Dis. - Dua beradik maut manakala dua lagi parah apabila dua kenderaan bertembung di Kilometer 21 Jalan Gua Musang - Kuala Krai dekat Kampung Gua Sejuk, di sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritenden Aziz Hassan berkata, mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta yang dikenali sebagai Mohammad Zakuan Abdul Aziz, 18, dan kakaknya, Saadiah, 21, seorang penuntut di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Rakan Mohamad Zakuan yang juga penumpang tempat duduk belakang, Wan Nor Aznim Wan Afandi, 17, pula cedera parah.
Pemandu sebuah lagi kereta yang juga seorang ahli perniagaan berasal dari Kota Bharu, Muhamad Hisham Iskandar Mohamad, 33, juga cedera parah.
Mohamad Zakuan dan Saadiah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM) akibat kecederaan di kepala dan badan manakala Wan Nor Aznim dan Muhammad Hisham pula menerima rawatan di hospital yang sama.
Aziz berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 8.15 malam ketika Mohamad Zakuan sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Limau Kasturi ke Rancangan Tanah Felda Chiku 5 untuk menghantar rakannya.
Beliau berkata, Muhammad Hisham pula sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dipercayai tidak dapat mengawal kenderaan ketika cuba memotong kenderaan lain tetapi gagal lalu bertembung dengan kenderaan yang dipandu Mohamad Zakuan.
Menurut Aziz, 10 anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Gua Musang yang diketuai oleh Che Rusli Che Sulaiman bergegas ke tempat kemalangan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam dua kenderaan yang remuk itu.
Katanya, mayat Mohamad Zakuan dan Saadiah dibawa ke bilik mayat HGM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Kasturi.
Untuk perhatian warga cari.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
suratan tu da confirm.. tp kalo ikut paper btau.. kwsn km21 tu agak luas - so pmandu akan suke nak pecut.
so mybe wpun kwsn tu luas jalan die.. x ssuai utk pecut.. |
|
|
|
|
|
|
|
takdir yg menyayat hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
berhati2 di jalan raya..
ingatlah orang yg tersayang... |
|
|
|
|
|
|
|
driver bas ckp jalan ni sukar sket pd siang hari....mlm hari ok skett....kata nya lah...
mungkin merujuk jika malam time nak memotong tuh,mungkin nmpak cahaya kenderaan dr dpn,
tp kalau siang hari....... |
|
|
|
|
|
|
|
Walau berpandukan kepada lampu kenderaan, pastikan ambil langkah keselamatan juga.
Pada raya yang lepas, semasa memandu selepas tengah malam ke Kelantan, alhamdulillah terselamat dari kejadian yang tidak diingini. Pada masa itu, banyak kereta sudah mula keluar meninggalkan Kelantan manakala saya pula sedang menghala ke sana.
Kereta dari Kelantan menuju ke arah Selatan banyak dan biasanya di dalam barisan panjang manakala yang menuju ke sana pula memang kurang.
Semasa melepasi kawasan Felda Chiku menghala ke Gua Musang didapati ada sederet kenderaan yang datang dari arah yang bertentangan. Di dalam deretan tersebut, ada yang sedang memotong berdasarkan lampu kenderaan tersebut.
Saya hanya bersangka sebuah kenderaan cuba memotong dan memberi isyarat lampu tinggi dan memandu pada kadar 80 ke 90km sejam. Saya tidak memperlahankan kenderaan kerana pasti kenderaan yang sedang memotong itu boleh memasuki lorong beliau semula.
Seperti yang dijangka, kenderaan tersebut sempat memotong dan memasuki lorong yang sepatutnya AKAN TETAPI rupanya ada sebuah lagi kenderaan yang cuba berbuat demikian :@ :@ :@
Kenderaan kedua tersebut (Proton Wira Aeroback warna hijau muda) tidak sempat memasuki lorong dan pada masa yang sama kenderaan saya sampai. Syukur alhamdulillah sempat mengelak ke arah kiri jalan dan sebelah kenderaan dan tayar memasuki kawasan rumput. Nasib baik juga di kawasan berkenaan tiada tiang atau kabel penghadang jalan yang boleh menyebabkan kerosakan jikalau bergesel.
Pada masa itu, jadinya ada 3 kenderaan di jalan yang mana 2 dari arah Kelantan manakala sebuah (kenderaan saya) dari arah Kuala Lumpur.
Memang rapat 3 buah kenderaan ini dan saya memang boleh nampak kelibat pemandu dan keluarga yang berada di dalam kenderaan tersebut. Memang perasan kenderaan yang digunakan cuma tidak sempat mendapatkan nombor pendaftaranya.
Memang amat berdebar semasa itu namun syukur alhamdulillah tiada apa yang tidak diingini berlaku. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takde polis nak buat speed trap kat situ kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg..jln situ besar sket..so nampak mcm sedap bawak laju..tapi kene hati2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tossee at 5-1-2009 04:40 PM
Ok...bagi yg selalu menggunakan laluan nih utk pergi balik kelantan...aku nasihatkan kpd pengguna supaya berhati2 kat jalan nih...ini kerana..laluan nih adalah jalan lurus...lepas R&R Gua Musang ...
lori skynet tu masih ada lagi kat situ..hangus terbakar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bolt at 5-1-2009 07:09 PM
Walau berpandukan kepada lampu kenderaan, pastikan ambil langkah keselamatan juga.
Pada raya yang lepas, semasa memandu selepas tengah malam ke Kelantan, alhamdulillah terselamat dari kejadian ...
ini yang selalu terjadi kemalangan maut...kereta depan sempat masuk lorong kiri selepas memotong tetapi kereta yang mengikut kat belakang tak sempat sebab tak nampak kereta datang dari arah hadapan.
lagi satu pastikan kita benar-benar yakin kemampuan kereta kita bila nak memotong...kalau kereta berat jangan nak memotong jika kereta hadapan dah dekat..tapi kalau kereta ringan atau cc besar dan pakai gear manual..jalan Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai adalah jalan yang paling best untuk test skil. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 tossee's post
wah...ketua gagak bawak melebihi had laju federal!
Toss atau sesiapa,
ader gambar kat tempat yg dikatakan berbahaya tu...sebagai pedoman semua...dan utk analisa... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dedulu.. suka jugak pecut jalan tu...
skunk ni tak lalu jalan tu dah sejak aku duk kontan.
dan nak tambah bab pemadam api ni.... beli la satu kasi letak dalam keta... bubuh kat pillar a atau dalam glove box. baru brapa ringgit...
dah beli, jgn letak dalam boot... tak de makna.
keta baru banyak pakai charcoal canister, menda ni simpan minyak dan duduk di bahagian depan enjin. sekali hantam, ini barang akan pecah, berlaku fuel spill dan kaboom....
belilah alat pemadam api..... |
|
|
|
|
|
|
|
orang selalu kata aku bawak keta cam siput.. slow..
tapi kalo bawak dah kjadi camnih.. apa pulak ler nak kate kat aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 geng_tx\ catat
sokong...kat dlm kete mesti ada benda2 ni...pemadam api, pemecah cermin (kalu tak ada jual yg proper bubuh aje tukul or spanar yg agak besar bawah seat tu), pemotong tali pinggang keledar (ada yg jual sekali dengan alat pemecah cermin, kira 2 in 1 lah), flare (yg kuarkan api tu) selain tanda amaran tiga segi tu, First aid kit, torch light, etc |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 zzcbr's post
candygirl letak kat mana bang dlm kete tu? |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat lirik lagu tadi subjek ni.. hihihii..
btw.. aku tak pernah drive jln ni.. kasik tepek gambo satuppp |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zzcbr at 6-1-2009 09:44 AM
sokong...kat dlm kete mesti ada benda2 ni...pemadam api, pemecah cermin (kalu tak ada jual yg proper bubuh aje tukul or spanar yg agak besar bawah seat tu), pemotong tali pinggang keledar (ada yg ...
flare aku dah letak dalam gen 2..nak cari satu lagi letak kat swift..tapi masalah nak cari pemegang flare tu..kalau kete jepun memang dah siap ada kat dashboard.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zzcbr at 6-1-2009 09:44 AM
sokong...kat dlm kete mesti ada benda2 ni...pemadam api, pemecah cermin (kalu tak ada jual yg proper bubuh aje tukul or spanar yg agak besar bawah seat tu), pemotong tali pinggang keledar (ada yg ...
aku pernah beli hafkat kepala hino... memang ada menda menda yg ko kata tu.... tapi tak tau mana pegi dah...
yg aku ingat, flare tu aku buat main masa raya.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|