CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13739|Reply: 58

Kisah Tanggang dari N.9-kes kat jiboi [merge:syd]

[Copy link]
Post time 9-10-2007 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Tampar anak kasari ibu

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, diberitahu seorang warga emas terpaksa menampar anak perempuannya dengan mendakwa wanita itu mencederakan ibunya sendiri sehingga terseliuh tangan.

Kassim Othman, 75, mendakwa akibat peristiwa itu, anak kandungnya, Raja Suzana, 37, mengusir dia dan isteri, Fatimah Salleh, 64, keluar dari rumah di Kampung Jiboi Baru di sini.

"Kami pergi ke rumah seorang lagi anak di Rumah Rakyat Chengkau, Rembau sebelum kembali ke rumah Raja Suzana tetapi isteri saya kerap bergaduh dengan anak kami menyebabkan kami memilih tinggal bersama seorang lagi anak di Seremban Jaya," katanya.

Kassim dan Fatimah yang bertindak sebagai plaintif berkata demikian ketika menjawab soalan pemeriksaan utama oleh peguam syarienya, Haniff Hassan dalam dalam kes saman terhadap anak dan menantu mereka, Zulazli Hashim, 41.

Raja Suzana dan Zulazli pula diwakili peguam syarie, Norzaini Nordin sebagai defendan pertama dan kedua dalam tuntutan saman yang difailkan pada awal April lalu.

Harian Metro pada 20 April lalu melaporkan sepasang suami isteri warga emas memfailkan beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah dengan mendakwa seorang anak kandung serta suaminya memungkiri janji untuk menjaga kebajikan mereka.

Dalam pernyataan tuntutan, mereka menyatakan pada sekitar Ogos 1971, Kassim dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan di sini.

Pada 2002, Kassim bersetuju memindah milik tanah itu kepada anak dan menantunya selepas berjanji antara lain menanggung makan minum dan membenarkan mereka tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, dakwa plaintif, defendan memungkiri janji itu dan mengabaikan kebajikan mereka. Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu, tetapi layanan yang diberikan defendan amat mengecewakan.

Berikutan itu, Kassim dan Fatimah menuntut Raja Suzana dan Zulazli memberi nafkah selama hayat mereka; dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru selama hayat; diberi kebebasan bergerak secara munasabah dan melakukan aktiviti masing-masing di rumah itu serta kawasan persekitaran.

Mereka turut menuntut diberi kebebasan untuk anak lain melawat pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat; defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta apa-apa relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Kassim turut memaklumkan kepada mahkamah nama tanah itu ditukar kepada nama Raja Suzana selepas anaknya memaklumkan pinjaman bank untuk membina rumah baru tidak boleh dibuat sekiranya tiada cagaran.

Kassim berkata, pada peringkat awal keadaan baik tetapi semakin teruk selepas kira-kira setahun.

Pesara itu turut mendakwa bilik mereka yang berada di tingkat bawah, pintu utamanya yang boleh keluar masuk secara mudah daripada halaman telah dipateri jeriji hingga menyebabkan pergerakan menjadi terhad dan terpaksa menggunakan pintu alternatif yang menyambung ke ruang tamu.

"Tempat memasak juga dipindahkan anak saya menyebabkan isteri terpaksa memasak sendiri di dalam bilik untuk makan.

"Kerana bilik itu kecil, dia terpaksa memasak di dalam tandas kerana ruang lain turut menempatkan katil dan kelengkapan lain seperti almari," katanya.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman menangguhkan perbicaraan sehingga 10 Disember depan bagi memberi peluang peguam Norzaini untuk melakukan pemeriksaan balas terhadap Kassim.

p/s sebak rasanya bila baca kisah warga emas ini...mana perginya nilai kasih sayang seorang anak pada kedua org  tua dia yer?

apapun kita tk tau kisah disebaliknya...entahlah...yang nyata sama-samalah kita amik iktibar dari kes ini...

[ Last edited by  aamoi at 23-3-2009 10:01 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2007 12:26 PM | Show all posts

Reply #1 alongee's post

sapo ni long, apa punyo perangai la kan..........
alya ada kawan nama sama dengan dio sama skolah dulu tapi tak ingat lak
nama bapak dio apo
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 12:26 PM | Show all posts
sebab nak buat lulus pinjaman rumah ker? kenapa rumah pakcik ni kena di jeriji? tak paham ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2007 02:22 PM | Show all posts

Reply #3 bawanghitam's post

along rasa anak dia yg jeriji kot...ontahlah mcm kejam jer dia buat org tua dia cam gitu ekk...

yelah..tpi kita pun tk taulah apa punca sebenarnya...tk blhla nk kata lebih2 ekk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2007 02:25 PM | Show all posts

Reply #2 alya-hafidz's post

ontahlah alya..silap2 junior along kek ex-smsa tu..

sabar jerla...sedihla along bilo baco artikel tu..tula mintak2 jgnlah kito atau anak2 kito buek perangai camtu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2007 02:26 PM | Show all posts

Reply #2 alya-hafidz's post

ontahlah alya..silap2 junior along kek ex-smsa tu..

sabar jerla...sedihla along bilo baco artikel tu..tula mintak2 jgnlah kito atau anak2 kito buek perangai camtu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2007 02:29 PM | Show all posts

Reply #6 alongee's post

mudah-mudahan kita tak perlu melalui hari tua sebegitu rupa.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2007 02:38 PM | Show all posts

Reply #7 alya-hafidz's post

tula kekadang..pembalasan Tuhan tu copek dapek dek kito...kalau kito buek omak ngan abah kito camtu..sok2 anak2 kito lak balas balik kek kito...adusss..tk sanggup along doh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 11:18 AM | Show all posts

Kisah Tanggang dari N.9

‘Tak mampu sara ibu bapa’   
Oleh Ziauddin Sharuddin
[email protected]                              

SEREMBAN:Seorang pensyarah universiti yang disaman ibu bapanya keranatidak memberi nafkah kepada mereka memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah,disini semalam gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaanbulanankeluarganya.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidakmencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampungpendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Dia turut memberitahu mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank,termasuk pinjaman peribadi yang diambilnya, selain gaji diterimanyadibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayarinsurans pendidikan anak.
        
Raja Suzana berkata demikian dalam perbicaraan untuk membuat taksiranmengenai kemampuannya membayar nafkah sepanjang hayat kepada ibu danbapanya.

   
Tahun lalu, Raja Suzana dan suami bersetujumemenuhituntutan ibu bapanya, terutama berkaitan nafkah sepanjang hayatdanmembenarkan ibu bapanya mendiami rumah di Kampung Jiboi Baru yangsudahdijual kepada orang lain, tetapi disewakan semula dengan sewadibayarRaja Suzana.

Pada April 2007, Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendanpertamadan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman,72, danisterinya, Fatimah Salleh, 64, kerana didakwa memungkiri janjidanmengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anakdanmenantunya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim menyatakan beliaudianugerahkansebidang tanah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, pada Ogos1971 sertamendirikan sebuah rumah dan membesarkan lapan anak, termasukdefendanpertama.

Pada 1993 Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tanggadanpada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendanselepasmereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagimerekahidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

  Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.

Pernyataan tuntutan turut menyatakan defendan pertamamelakukankekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera.Raja Suzanajuga didakwa gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janjiselepas tanahitu dipindah milik dan gagal melaksanakan tanggungjawabmenafkahiplaintif iaitu nafkah furu'.

Hakim kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk membuat taksiran yang sama terhadap suaminya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 11:39 AM | Show all posts
RM4400 tak mampu...??? pelik....ishh ishhh ....aku baru RM1200 bole...ishhh ishhh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 11:43 AM | Show all posts

Balas #2 shamsadis\ catat

rm4400 gaji dio ko lagi laki dio.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by khoirulfatihin at 22-1-2009 11:43 AM
rm4400 gaji dio ko lagi laki dio.....


aku penat baca ayat ko ni...pening aku pikir...apa ko maksudkan???
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 22-1-2009 11:52 AM


aku penat baca ayat ko ni...pening aku pikir...apa ko maksudkan???


typo tu

dio nak tulis


lagi tu patut nye ; GAJI
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 12:07 PM | Show all posts

Reply #3 khoirulfatihin's post

"Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidakmencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampungpendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43."

gaji dio
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 12:12 PM | Show all posts

artikel 2007

Mahkamah Syariah: Saman anak, menantu
Oleh Muhd Izawan Baharin
[email protected]

SEREMBAN: Sepasang suami isteri warga emas memfailkan beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah di sini, dengan mendakwa seorang anak kandung serta suaminya memungkiri janji untuk menjaga kebajikan mereka.

Pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, selaku plaintif pertama dan kedua memfailkan tuntutan itu dua minggu lalu dengan menamakan anak kelima mereka, Raja Suzana, 37, serta suaminya, Zulazli Hashim, 41, sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan, mereka menyatakan pada sekitar Ogos 1971, Kassim dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan di sini.

Pasangan itu kemudian mendirikan sebuah rumah di situ dan membesarkan anak mereka seramai lapan orang, termasuk Raja Suzana.

Pernyataan tuntutan itu turut menyebut Raja Suzana dan Zulazli mendirikan rumah tangga pada 1993.

Pada 2002, Kassim bersetuju memindah milik tanah itu kepada anak dan menantunya itu selepas berjanji, antara lain menanggung makan minum dan membenarkan mereka tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, dakwa plaintif, defendan memungkiri janji itu dan mengabaikan kebajikan mereka.

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu, tetapi layanan yang diberikan defendan amat mengecewakan.

Kemuncaknya, plaintif diusir keluar dari rumah itu oleh defendan pada akhir Oktober tahun lalu.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan terdapat insiden Raja Suzana melakukan kekasaran terhadap Fatimah menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Mereka kini tidak lagi tinggal bersama defendan, sebaliknya hidup dengan seorang anak lain.

Pernyataan itu turut menyebut, keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan juga gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah.

Berikutan itu, Kassim dan Fatimah menuntut Raja Suzana dan Zulazli memberi nafkah selama hayat mereka; dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru selama hayat; diberi kebebasan untuk bergerak secara munasabah dan melakukan aktiviti masing-masing di rumah itu serta kawasan persekitaran.

Mereka turut menuntut diberi kebebasan untuk anak lain melawat pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat; defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta apa-apa relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Menurut peguam plaintif, Haniff Hassan, anak guamnya dan defendan bersetuju mengadakan perbincangan sulh yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, perbincangan itu tidak dapat diadakan kerana Raja Suzana tidak hadir dan kes berkenaan ditangguhkan kepada 17 Mei depan.

>Fakta kes

Plaintif:
>Kassim Othman, 72, (bapa)
>Fatimah Salleh, 64, (ibu)

Defendan:
>Raja Suzana, 37, (anak ke-5)
>Zulazli Hashim, 41, (menantu)

Antara tuntutan:
>Beri nafkah selama hayat
>Diizin tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru selama hayat
>Diberi kebebasan bergerak secara munasabah
>Diberi kebebasan untuk anak lain melawat pada bila-bila masa
>Defendan menghormati dan menjaga kebajikan plaintif
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 12:18 PM | Show all posts
kuang ajo punya anak:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 12:20 PM | Show all posts
sapo kona nih famili nih?

jiran ko

samo kojo ko apo

apa hal sobonar eh?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 12:21 PM | Show all posts

Balas #6 PoningPalo\ catat

gaji dio rm4400...gaji laki dio brapo plak..klu campur..kan byk ...x cukup jugak ko.... ko laki eh x kojo?

[ Last edited by  khoirulfatihin at 22-1-2009 12:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 12:25 PM | Show all posts
Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulantidakmencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksaditampungpendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.


pelik nih...
patutnye blanje sume suami dier yg kuarkan, kalu xcukup tu baru dier yg tampung...
nih dier yg kuar blanje,suami tampung kalu xckp...
sape ketua kuarga nih?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by khoirulfatihin at 22-1-2009 12:21 PM
gaji dio rm4400...gaji laki dio brapo plak..klu campur..kan byk ...x cukup jugak ko.... ko laki eh x kojo?


ini macam cakap ka..ohh...aku maksud kan gaji defendan pertama RM4400, kalo nak dibandingkan gaji aku yang hanya RM1200, aku ble kasik mak ayah. Itu sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.107468 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list