View: 15992|Reply: 35
|
Ekin bukan punca Wan Maestro Dipecat
[Copy link]
|
|
dah lama tak buka thread baru....bismillah
aku ambil dari kosmo
Saya bukan punca - Ekin
Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]
| SELAIN sebagai isteri, Ekin juga bertindak sebagai pengurus peribadi kepada Mawi.
|
KUALA LUMPUR - "Saya bukan punca Wan (Firdaus Wan Ibrahim) dipecat daripada Maestro (Talent and Management) dan pengurus Mawi."
Demikian tegas Ekin atau nama sebenarnya Nora'Asikin Rahmat, 30,isteri kepada Mawi yang menafikan desas-desus kononnya dia menjadi penyebab utama Wan 'dipecat' daripada Maestro kerana mahu memberi ruang kepadanya untuk menguruskan suaminya, Mawi.
"Kami baru makan bersama dan duduk semeja sambil berborak tentang isu ini di sebuah restoran berhampiran KRU Records dan tiada sebarang masalah.
"Malah persahabatan kami masih akrab seperti sebelum ini dan saya tidak tahu bagaimana kisah ini terus disebarkan walaupun ketika ini saya memang menguruskan Mawi bila diperlukan.
"Kami hanya tertawa besar mengenangkan semula gosip yang mengaitkan saya menjadi punca Wan diberhentikan daripada menguruskan Mawi sekaligus dipecat oleh Maestro," jelas Ekin ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Ekin, dia bertemu Wan secara kebetulan di KRU Records yang hadir menemani artisnya, Sazzy Falaq manakala beliau pula menemani Mawi untuk sesi fotografi pada hari yang sama.
Sambungnya, dia tidak tahu-menahu tentang perkara itu kerana setiap keputusan dilakukan oleh pihak pengurusan Maestro dan tiada kena mengena dengan dirinya.
"Saya memang tidak tahu apa-apa tentang isu ini. Lagipun semasa Wan berdepan dengan masalah, kami turut sibuk melakukan persiapan perkahwinan.
[ Last edited by crayzee at 9-2-2009 07:50 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ekin bukan puncanya
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
[email protected]
APA sahaja berkaitan Mawi dan Ekin pasti menjadi buah mulut. Jika serius ditambah menjadi parah, jika sekadar isu kecil boleh diangkat menjadi sesuatu yang menyerlah.
Begitu juga dengan kes pemberhentian kerja salah seorang kakitangan Maestro Talent, Wan atau nama sebenarnya Wan Firdaus Wan Ibrahim.
Jejaka bertubuh agak gempal ini, sering menjadi pengiring tetap Maw idalam apa juga acara atau majlis-majlis hiburan, sama ada bersifat personal atau urusan kerja.
Apabila Wan diberhentikan kerja awal bulan Disember lalu, ada pihak yang mengaitkan pemecatan Wan ada kaitan dengan perkahwinan antara Mawi dan Ekin.
Ini memandangkan selepas berkahwin, Ekin telah mengambil alih tugas menjadi pengurus Mawi. Lantaran itu, khidmat Wan sudah tidak diperlukan lagi.
Ada khabar yang lebih 'ganas' mengatakan, Wan 'dibuang' oleh Maw igara-gara untuk memberi ruang kepada isteri menguruskan segala aktiviti seninya.
Walaupun begitu, cerita orang tidak semestinya benar. Barangkal iterlalu banyak yang telah ditokok tambah, untuk menyedapkan penceritaan.
JANGAN tuduh Ekin sebagai punca Wan dibuang kerja, itu pinta Mawi.
Mawi sendiri tidak terkejut ketika persoalan itu diajukan kepadanya.Bagi Mawi, sepatutnya kes perlucutan jawatan Wan daripada khidmat sebagai pengurus artis di Maestro itu tidak ada kena-mengena sama sekali dengan dirinya.
"Saya pecat dia? Macam mana saya boleh pecat dia sebab Wan bukan bekerja dengan saya. Dia kerja dengan Maestro dan sebagai artis Maestro, saya sendiri tiada kuasa untuk membuang mana-mana kakitangan Maestro, termasuklah Wan. Semua itu keputusan Maestro," demikian kata Mawi dengan nada tegas mohon dirinya tidak dikaitkan dengan cerita berkenaan.
Menurut Mawi, dia tidak mempunyai hak untuk 'membuang' atau mengambil sesiapa bekerja dengan Maestro kerana syarikat berkenaan dikendalikan oleh pengurusan yang profesional.
"Lainlah kalau Nasir, Nasir memang bekerja dengan Mawi World. Dan saya yang melantik dia sebagai pembantu peribadi. Kalau Nasir yang kena buang kerja, itu barulah kerja saya atau isteri saya," ujar Mawi bertegas menafikan desas-desus kononnya Ekin menjadi salah satu punca Wan berundur dari Maestro.
Kata Mawi juga, memang betul selepas berkahwin Ekin menjaga dan menguruskan kerjayanya tetapi itu tidak bermakna dia tidak memerlukan khidmat pengurusan daripada pihak Maestro.
"Saya masih bawah pengurusan Maestro, begitu juga dengan Nasir yang masih bertindak sebagai pembantu peribadi saya.
"Ekin pula merangkap pengurus peribadi saya. Selepas ketiadaan Wan di Maestro, Azman dan Man Bangla atau Liza yang menguruskan jadual dan aktiviti seni saya," beritahu Mawi lagi.
MAWI dan mereka di sebalik pengurusan kerjayanya mempunyai hubungan yang cukup akrab.
Sepanjang Wan menguruskan aktiviti seninya sejak empat tahun lalu, Mawi mengakui, Wan jarang mendatangkan masalah buatnya.
"Hubungan saya dengan Wan sangat baik. Bagi saya, dia seorang pekerja yang mempunyai skil pengurusan profesional serta rangkaian kenalan yang besar, media ataupun orang dalam industri.
"Saya seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan masalah Wan. Itu urusan dia dengan syarikat. Saya dan Ekin langsung tiada kena-mengena,"tegas Mawi lagi.
Akui 'dibuang' Maestro.
Tidak memadai sekadar Mawi yang menyuarakan pandangan, penjelasan tuan empunya diri, Wan turut dituntut.
Mengakui benar dirinya telah dilucutkan jawatan sebagai salah seorang kakitangan Maestro, tetapi perkara itu bukanlah disebabkan oleh Mawi yang bertukar status daripada bujang kepada suami orang.
ANTARA kenangan Wan (dua dari kiri di belakang) bersama Mawi dan rakan media.
Bukan juga disebabkan atas desakan mana-mana pihak setelah tempatnya diambil alih oleh isteri Mawi sendiri.
"Jika Ekin yang dipersalahkan oleh peminat dan segelintir pihak, saya berani bercakap bahawa itu hanyalah salah faham.
"Salah faham ini terjadi mungkin disebabkan perkara itu berlaku terlalu hampir dengan tarikh pernikahan Mawi dan Ekin.
"Tapi saya minta, janganlah perkara ini diperbesarkan. Tolonglah!Ini masalah antara saya bersama Maestro dan perkara itu telah selesai sepenuhnya.
"Saya masih cari makan dalam bidang ini dan masih perlukan kerjasama dengan Maestro dan Astro," kata Wan yang tidak mahu mengulas panjang isu berkenaan.
Walau bagaimanapun, Wan yang kini bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Media di Beyond Event tidak malu untuk mengaku dilucutkan jawatan oleh Maestro disebabkan kekhilafan dan salah perhitungan dirisendiri.
WAN antara orang kepercayaan Mawi dan sering dibawa dalam lawatannya misalnya ke Kepulauan Mauritius ini.
Jauh sekali menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku, kata Wan menutup penjelasan: "Saya reda dan menerima tindakan itu sebagai pengajaran. Biarlah perkara ini berhenti di sini kerana saya masih bekerja dalam industri ini dan akan berhubung dengan Maestro atau Astro pada masa akan datang."
Mengenali Wan dan Mawi, mereka boleh dikatakan satu pasukan. Sebelum tempoh dua bulan kebelakangan ini, di mana ada Mawi di situlah ada pengurusnya, Wan. Diharap persahabatan mereka tidak terjejas gara-gara isu ini.
Wan langgar kontrak |
|
|
|
|
|
|
|
nafikan la ekin ko tak buat..... ko da jadi bini mawi pong.
ada aku kesah? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tak kesah.......toksah take time baca artikel ni:re: |
|
|
|
|
|
|
|
Tula.. jahat betul sape yang buat fitnah burukkan Ikin tu :@
Kesian Ikin
|
|
|
|
|
|
|
|
tulah...org yg suka tuduh2..bila org dah trangkan pun...ada gak yg masih nak kata... |
|
|
|
|
|
|
|
cover jangan tak cover!! |
|
|
|
|
|
|
|
kalu org dah tak suka.. apa aje hal yang buruk, mesti akan tuju kat org tu dulu..
pepepun.. makin cun plak ikin sejak jadi mrs werld neh.. hiks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 MsAnonymous's post
and this is not the end of it....more to come...tohmahan dan kutukan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 crayzee's post
o0ooo... gitu citernya
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MsAnonymous at 9-2-2009 09:33 PM
kalu org dah tak suka.. apa aje hal yang buruk, mesti akan tuju kat org tu dulu..
pepepun.. makin cun plak ikin sejak jadi mrs werld neh.. hiks
anon refer pic yg mana?
smua pic dlm artikel tu.. gamba sebelum jadik mrs werlddd |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 crayzee\ catat
ada aku kesah kikin oiiiiiiiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
salam warga bod mawi..
ehh lawa pulak kikin hat baju n tudung merah maroon tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ekin yg menjadi poooooooooojaaan hati kuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 jongkongemas's post
apa citernyer
meh ler citer
sharing is caring
|
|
|
|
|
|
|
| |
|