CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11488|Reply: 44

Kaum kerabat CT @ AF7

[Copy link]
Post time 13-2-2009 10:20 PM | Show all posts |Read mode
Adik Lelaki Dato` Siti Cuba Nasib AF7  Media Galeri








Teks oleh Ellyna Ali
Foto: Mazlan Yunos


KUALA LUMPUR, 13 Feb 2008:
Sejak 2 tahun kebelakangan ini, ada saja adik-beradik penyanyi Dato'Siti Nurhaliza Taruddin datang menghadiri uji bakat program realitihiburan paling popular Akademi Fantasia (AF).

Jika ujibakat AF6 tahun lalu dihadiri kakak serta adik perempuannya iaituSaida, 33, dan Saerah, 26, uji bakat AF7 kali ini pula didatangi adiklelakinya, Muhammad Ali, 28, serta sepupunya, Rafidah Ibrahim atauFeeda, 23, yang juga adalah Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007.

Alidan Feeda ditemani Saerah sewaktu hadir menghadiri uji bakat itu dilokasi terakhir iaitu di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7Februari lalu.

Ketika ditemui murai.com.my , Ali berkata,kehadirannya dalam uji bakat AF7 itu tidak lebih semata-mata untukmerasai sendiri pengalaman berdepan dengan juri sewaktu dinilai.

"Selamaini saya asyik tengok orang lain cuba nasib dalam program ini tapi sayasendiri tak pernah rasa macam mana berdepan dengan keaadan sebenar yangdilalui setiap peserta.

"Kalau boleh saya mahu mengutippengalaman itu. Sebab itulah saya beranikan diri untuk datang uji bakatAF7. Lagipun, apabila melihat kakak saya, Saida dengan adik saya,Saerah datang pada tahun lalu, kenapa tidak saya?

"Sekurang-kurangnyasaya mencuba. Soal dapat atau tidak, itu belakang cerita. Kalau dapat,saya anggap itu adalah satu rezeki. Sekiranya tidak, saya tidak akanputus asa atau kecewa," katanya yang kini mememang jawatan sebagaiPegawai Promosi Band di Siti Nurhaliza Productions (SNP Productions).

Apa yang penting, kata Ali, dia mahu buktikan kemampuan dirinya sendiri dalam bidang nyanyian.

"Bagisaya semua orang boleh menyanyi. Tapi sama ada nyanyian itu bagus atausebaliknya, hanya orang lain saja yang boleh menilainya," katanya.

Feeda pula berkata, ini adalah kali kedua dia menghadiri uji bakat AF, yang mana kali pertama adalah tahun lalu.

"Walaupun sebelum ini, saya pernah menjuarai pertandingan Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene pada 2007 dulu tetapi saya tidak fikir kemampuan saya dalam bidang nyanyian sudah pun teruji.

"Dalampertandingan itu, apa yang dititikberatkan adalah imej sertapersonaliti seseorang peserta bukannya bakat yang ada dalam bidangnyanyian. Sebab itulah saya datang mencuba nasib sekali lagi dalam AFini.

"Walaupun pernah gagal pada tahun lalu, namun saya tetaptidak akan putus asa untuk mencuba dan terus mencuba. Keluarga sendiripun bagi galakan untuk saya menyertai uji bakat AF7 ini.

"Tak tahulah sama ada rezeki akan berpihak pada saya kali ini. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tidak, saya redha," katanya.

Sementaraitu Saerah pula berkata, kehadirannya di Bukit Jalil tidak lebihdaripada mahu memberikan sokongan yang padu buat abangnya, Ali, sertasepupunya, Feeda.

"Tapi, ada juga orang yang fikir saya datangke sini kerana mahu diuji bakat lagi. Hakikatnya, saya ke sini keranamahu  menemani serta memberikan sokongan kepada Ali dan Feeda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 10:31 PM | Show all posts
lorr...sepupu ker, patut le suara ala2, rupapun ala2

apsal adik siti tu nampak tua? cam 38 jer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:38 PM | Show all posts
ohhhhh dah agak dah si feeda tu kerabat dia
kan dah pernah kuar katne ntah xingt
dia kata xkesah org nak kata dia cam ct n biarlah rahsia
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:39 PM | Show all posts
adik ct tu ikut muka si saerah la
ct sama ngan saeda
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:40 PM | Show all posts
a'ahlah...mcm umur 38
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 10:43 PM | Show all posts
Si Fida ni sepupu siti rupanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2009 10:45 PM | Show all posts
Tapi juan suka la si Fida ni..
Cun + Sopan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2009 10:57 PM | Show all posts
gamaknya dapat abang ipar tua bangka
harus pakat adik badik mak et
serupa orang tua gak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2009 11:27 PM | Show all posts
eh betul ke fida ni sepupu ct??
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:29 PM | Show all posts
Originally posted by buahcinta at 13-2-2009 18:31
lorr...sepupu ker, patut le suara ala2, rupapun ala2

apsal adik siti tu nampak tua? cam 38 jer...



aku pun baru tau dia sepupu spapat... patut la....

statement kedua ko tu aku stuju bangat... aku ingat abg siti... mcm lagi tua dari ayie....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:32 PM | Show all posts
oh my.....kertu nye wajah Ali nie...
tensen ke hape sampai rambut pun mcm tak sempat nak bernapas...

kiutnye fida...
kalo dapat masuk jadi cam Heliza le nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:43 PM | Show all posts
lawa lar pula si fida nih..adik beradik fida lain tak nak join ke..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 11:46 PM | Show all posts
suka la tengok fida ni..cantik n sopan gitu..sepupu ct rupanya,patutla muka macam ct gak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 12:16 AM | Show all posts
Harap2 Fida dapat masuk kali ni...

Leh la tubuh Fida Fan Club:pompom: :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 01:59 AM | Show all posts
fida tu sepupu siti ke?? bukan dulu pnah kuar artikel ckp siti ngan fida x de hubungan persaudaraan?:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2009 06:08 AM | Show all posts
hehehehhe puak2 tu mmg suka menipu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2009 08:11 AM | Show all posts
Confirm ker sepupu??? Paper nie pun bukan leh caya......kendkadang diorang nie fakta bukan betul pun....kengkadang tak wat homework...

Cth : Siti mng ABP....ada cakap 5 kali la....ada cakap 6 kali.....macam macam version dgr....tue namanya tak wat homework
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 09:23 AM | Show all posts

Balas #17 ColbyRaikkonen\ catat

nak nak si Ellyana Ali wartawan tu mmg ade bad history ngan siti pon. artikel2 lama die dari zaman harian metro mmg byk kutuk siti dlm diam
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 06:56 PM | Show all posts
betul ke apa yg aku dgr ni..

kalau fida tu menang sebab dia kazen ct memang lah tak patut

tapi dalam masa yg sama aku jugak pk feeda deservve to win..

hmm..ntahla...

ct.. tolong jelaskan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by calmille at 14-2-2009 09:23 AM
nak nak si Ellyana Ali wartawan tu mmg ade bad history ngan siti pon. artikel2 lama die dari zaman harian metro mmg byk kutuk siti dlm diam

aah.. dia tu mmg.. dari zaman kat metro lagi dah ada yg bercerita kat gosip kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063124 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list