|
Bergaya lagi praktikal
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
Ramai yang berharap supaya kerajaan dapat mengkaji semula struktur cukai ke atas motosikal berkuasa tinggi (CBU) yang lain bagi membolehkan lebih ramai mampu memilikinya. Malah jentera sebegini juga menjimatkan petrol, mesra alam dan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
INI adalah berita yang paling gembira bagi peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan. Penantian lebih 10 tahun (sejak krisis ekonomi 1997) akhirnya tamat dengan kehadiran motosikal mampu milik keluaran Kawasaki Motors (Malaysia) menerusi pemasangan tempatan (CKD) model ER-6N.
Model naked ini merupakan satu-satunya motosikal dalam kategorinya yang dijual pada harga RM28,000. Malah, majoriti pihak media tidak menyangka motosikal ini akan dijual semurah itu.
Terima kasih kepada Kawasaki Motors (Malaysia) yang memberi ruang untuk peminat motosikal untuk terus bernafas di kala harga bahan bakar terus meningkat. Kehadirannya memang tepat pada masanya.
| SUSPENSI belakang yang menyerlahkan karektor radikal Kawasaki ER-6N.
|
Kini, sudah ada pilihan untuk pembeli beralih dari empat roda kepada kenderaan dua roda yang praktikal. Jikapun ia tidak sejimat Wave atau Lagenda, sebagai sebuah motosikal, sudah tentu anda boleh mengenepikan bayaran meletakkan kenderaan, cukai jalan yang sudah diturunkan dan penjimatan masa.
Berbeza dengan superbike dan kapcai yang kita tunggang seharian ke tempat kerja, ER-6N adalah sebuah naked yang unik. Ia mampu ditunggang oleh sesiapa sahaja walaupun seorang penunggang amatur.
Direka sebagai kenderaan harian, ER-6N juga sebuah motosikal moden yang dilengkapi dengan sistem pengendalian dan casis yang terkini serta enjin dengan suntikan bahan api yang lebih menjimatkan, mesra alam dan jauh lebih lasak daripada sistem karburator.
Motosikal ini belum lagi berkesempatan untuk saya pandu uji. Namun, mengikut petikan daripada program pelancarannya baru-baru ini, ia adalah sebuah model yang serupa dengan versi import (CBU) yang dilancarkan dua tahun lalu. Sebagai pengimport dan pemasang tunggal jenama Kawasaki di Malaysia, model import sebelum ini juga didatangkan dengan spesifikasi tropika yang sesuai dengan persekitaran Malaysia.
| LAMPU belakang dengan reka bentuk menarik dan tidak konvensional.
|
ER-6N direka untuk penunggang yang inginkan sebuah motosikal berkuasa yang mudah dikendalikan. Malah, konsep asal binaan enjinnya bermatlamatkan sebuah nadi penggerak yang kecil, agar hasil akhirnya nanti menjadikannya sebuah jentera yang kompak dan tirus.
Enjin ini direka bagi menghasilkan kuasa di peringkat pertengahan untuk menjadikan tunggangannya seperti sebuah sportbike. Prinsip ini dicapai menerusi konsep enjin kecil seakan-akan saiz 400cc tetapi dengan kuasa 650cc.
Tidak dinafikan, ketika dilancarkan, reka bentuk motosikal ini mengundang kontroversi kerana ia memecah tradisi Kawasaki dan industri motosikal.
Tiub kerangkanya terserlah, malah suspensi belakangnya langsung tidak disembunyikan. Kerangka
| BREK cakera berprestasi tinggi untuk kuasa membrek yang terbaik.
|
ER-6N ini juga dibina untuk mendapatkan titik roda yang sesuai, posisi tempat duduk yang rendah dan posisi tunggangan paling ideal untuk semua jenis saiz penunggang.
Sistem ekzosnya juga menjadi pertikaian dalam industri kerana posisi peredam bunyi di bawah enjin. Begitupun, mengikut pengalaman saya menunggang ER-6N/ER-6N ABS/ ER-6F dan Versys (kesemuanya berkongsi casis), peredam itulah antara yang menyumbang kestabilan naked ini.
Lazimnya, getaran pada kerangka adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan untuk motosikal dengan peredam di sisi, khususnya jentera yang direka pada titik graviti yang tinggi seperti naked, dual purpose dan motard.
| POSISI peredam yang diletakkan di bawah enjin menyumbang kepada kestabilan jentera ini.
|
Berani untuk saya katakan, ia bakal menjadi motosikal 'kebangsaan' Malaysia tidak lama lagi. Dilema yang membelenggu peminat motosikal tempatan sebelum ini ialah ketiadaan model yang memenuhi ruang antara sebuah sportbike, sebuah moped dan motosikal kecil.
Kalau ada sekalipun, jenamanya bukan buatan Jepun. Jenama luar pula, jika ada, harganya menjadi penghalang. Pada tanda harga RM28,000, ia memang sebuah naked 650cc yang cukup murah di pasaran. Sebagai perbandingan, di Singapura, negara jiran yang mana motosikal berkuasa tinggi ibarat kapcai di sini, harga sebuah Honda CB400 VTECIII ialah RM29,000.
Ia adalah motosikal 'rasmi' bagi penunggang biasa di negara itu. Dibandingkan dengan ER-6N, maka CB400 jauh ketinggalan. Ia hanya berkuasa 400cc dengan sistem penyampai karburator.
Tahniah kepada Kawasaki di atas pelancaran ER-6N dan 250R dan juga perasmian premis baru mereka di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Selepas hampir 20 tahun dalam perniagaan motosikal di Malaysia, Kawasaki nampaknya mampu bertahan dalam kebanyakan situasi dan polisi kerajaan yang sering berubah.
| HANYA satu perkara yang hilang di sini, meter sukatan bahan api.
|
Kini, pasti ramai yang berdoa agar lebih banyak model CBU akan dipasang di sini dan adalah tidak mustahil untuk melihat perkara ini berlaku sekiranya permintaan terhadap motosikal CKD yang sedia ada meningkat.
pada aku kalu rm28k utk 650cc kira orait sgtla... kaler pun nampak macho ajer aku suka suspension belakang dia.. nampak klass beb!! kalu la aku leh trade in kapcai aku... cisss tapi berapa sen sgt... kena buat loan.. ahhh dah tarak utang cari utang lak... tapi tu ler maknusia ni ek.. mana leh puas dgn yg ada... ... moto ni mcm awex gak.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
naked ..gonjeng la pulok... |
|
|
|
|
|
|
|
okay gak moto nie |
|
|
|
|
|
|
|
ekzos tu kena bagi sunat dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
macho gak rider ngan moto ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
eh..28 rib?? biar benarrr..
sori la, aku nengok gambo baru baca article. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 TanSri's post
28k... hmm.. boley dapat 5 bijik 135LC... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
Baca satu artikel pandu uji pasal moto ni katanya 4L minyak dapat pergi 100km =RM10.80 dapat 100km, lebih kurang 0.108 1 km. Sesapa pernah pakai model ni @ sedara dgnnya i.e Versys komen la sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 jone's post
agak kuat minyak ni banding ngan ngan kriss aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Agul at 22-6-2008 12:51 AM
Jom kita beli.
jom...!!!
ko beli satu utk ko....
pastu ko beli satu utk aku...
deal :handshake: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 jone's post
blade 650 ngan 250 berapa ye fc dia? spa tau?
org kata blade ni jimat minyak.
kalau er6 ni compare dgn blade dari segi jimat minyak, bagus gak sebagai rujukan... boleh tengok banyak ke beza antara 2 ni...
walaupun sah2 ramai yang takmo amik blade. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 amazed's post
apsal aku rasa macam dalam citer p ramlee je cara bagi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dengar, walau moto ni 4stroke tapi bunyik dia macam 2stroke. ala ala TZM. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 TanSri's post
placement ekzos dia yang tak tahan tu...
ada tak bunyi original dia kat utube? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 Acong's post
Acong, blanje aku sejibik |
|
|
|
|
|
|
|
lawa la moto ni... tapi untuk sebijik moto harge 30 ribu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|