CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13752|Reply: 40

Kisah-kisah pelik/jelik/sengal @ N9

[Copy link]
Post time 15-3-2009 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Janin digilis kenderaan


SEREMBAN 14 Mac – Apalah dosa janin yang berusia hampir empat bulan.Dibungkus dalam beg plastik dan dibuang begitu sahaja oleh mereka yangtidak bertanggungjawab.

Lebih menyedihkan apabila bungkusan plastik berisi janin itu dibawaarus deras akibat hujan lebat hari ini dan terdampar di atas jalan rayasebelum sebahagian anggota badan yang cukup sifat itu digilis kenderaanpacuan empat roda.

Apa yang tinggal cuma separuh daripada badan janin, dua anggota kakidan satu daripada tangan janin berkenaan. Selebihnya hancur berkecai diatas jalan raya.

Suasana yang menyedihkan itu dikesan seorang lelaki, Md. Zin Majid,36, yang terkejut apabila satu bungkusan digilis kenderaan pacuan empatroda ketika dia berselisih dengan kenderaan itu di Taman Marida,Senawang berhampiran stesen minyak Petronas dekat sini petang ini.

“Apabila saya memaling ke arah bungkusan tersebut, saya memberhentikan kenderaan. Saya amati cebisan daging yang bertaburan itu.

“Saya tidak puas hati dan turun dari kenderaan. Apabila saya dekati,memang sah ia adalah janin yang hampir cukup sifat. Ada kaki, tangandan bahagian atas badan telah berkecai,” katanya sayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2009 12:14 PM | Show all posts
siannyee... kalau tanam takpe gak, ni siap kene gilis lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:45 PM | Show all posts
y mngilis xslh..y buang tula..tnggungla di sana nnti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2009 01:00 PM | Show all posts
tingat kat katak yang kena langgar depan mata malam semalam

mcm sama je keadaan nye

tinggal kaki je
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 01:14 PM | Show all posts

Balas #4 Syd\ catat

kurang asam

teruk masyarakat zaman sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 01:22 PM | Show all posts
astaghfirullahhh........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2009 01:45 PM | Show all posts
mase memula aku tgk gambor ni aku ingatkan katak...

ble bace baru tau janin, sayu dowh...

binatang mane la sanggup buat anak die camni... :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 02:08 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

errkkkkkk

ngok punya olang....:@:@:@        
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2009 10:49 PM | Show all posts
antara fitnah manusia di akhir zaman ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2009 07:21 AM | Show all posts
Guru agama ditahan dipercayai suspek rogol anak murid

SEREMBAN 27 Mac - Seorang guru agama yang diberi tanggungjawab mengajar kelas mengaji, bertindak di luar batasan apabila merogol anak muridnya yang bawah umur sehingga mengandung.

Apa yang lebih mengejutkan, setelah disiasat, guru agama itu sebenarnya tidak bertauliah atau mempunyai sebarang kelayakan untuk mengajar anak-anak muridnya.

Polis Negeri Sembilan baru-baru ini menahan seorang guru agama lelaki bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis bawah umur yang dilakukan pada Disember tahun lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh memberitahu, suspek yang mempunyai kewarganegaraan tetap negara ini berusia 38 tahun. Dia ditahan minggu lalu bagi membantu siasatan kes rogol mangsa yang berusia 16 tahun.

Katanya, dalam kejadian penghujung tahun lalu, mangsa baru sahaja selesai kelas mengaji di rumah suspek sebelum dia diajak untuk keluar ke pasar malam membeli makanan.

''Ketika makan di rumah suspek, dia membawa mangsa ke dalam bilik dan bertindak merogolnya.

''Berikutan kejadian itu, mangsa mengadu kepada ibunya. Dia kemudian dibawa ke klinik dan setelah diperiksa, doktor mengesahkan mangsa telah mengandung,'' katanya.

Osman berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Minggu Jenayah Sifar Peringkat Daerah Seremban di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V.

Beliau menjelaskan, hasil siasatan yang dibuat, guru agama berkenaan tidak mempunyai sebarang tauliah untuk mengajar agama dan pihak polis sehingga kini masih lagi meneruskan siasatan terhadap suspek.

Dalam perkembangan lain, Osman memberitahu, seorang lelaki berusia 20-an direman bagi membantu siasatan kes bunuh anak beranak di Taman Tunku Ampuan Najihah, Sungai Gadut minggu lalu.

''Suspek yang ditahan mempunyai pertalian dengan mangsa dan kita sedang menyiasat dalam kesemua aspek punca sebenar kejadian,'' kata beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 01:00 PM | Show all posts
sedihnyaaaaaa ape dosa baby 2
x berperikmanusian betul :@ :@ :@ :@

manusi yg melakukan perkara sedemikian bertaubat lah



Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 12:33 PM | Show all posts
sedey  ....   sedey negok gambar itew.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 05:07 PM | Show all posts
pe nk jadila skng nie..
tgamak tol manusie yg buang bayi 2..

sedeyyy nye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2009 05:27 PM | Show all posts
Murid Meninggal Ekoran Dirotan Guru

SEREMBAN, 1 April (Bernama) -- Seorang murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kg Tiong di Gemas meninggal dunia hari ini ekoran dirotan di tangan oleh seorang guru wanita semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata murid lelaki berusia 9 tahun itu mengadu pening selepas dirotan semasa sesi persekolahan tengah hari.

"Melihat keadaan pelajar itu yang semakin serius, pihak sekolah telah menghubungi keluarganya sebelum menghantarnya untuk mendapat rawatan di Hospital Segamat.

"Ibu bapa pelajar tersebut kemudian menghantar anak mereka ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru tetapi kemudiannya dibawa pulang ke rumah mereka pada hari yang sama, setelah diberitahu oleh pihak hospital bahawa harapan untuk anak mereka pulih adalah tipis," katanya kepada pemberita.

Kanak-kanak itu meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi tadi.

Osman berkata polis difahamkan murid tersebut mempunyai masalah saraf otak dan menolak anggapan bahawa kanak-kanak itu meninggal akibat dirotan.

Beliau berkata ibu bapa perlu memberitahu pihak sekolah tentang masalah kesihatan anak-anak mereka supaya mudah ditangani jika berlaku sesuatu perkara.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2009 05:27 PM | Show all posts
citer tu mmg sedih

tapi tajuk dia..sengal tul


heheh
tapi itu jugak laa kan tanggapan orang

cikgu rotan anak murid sampai mati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2009 07:21 AM | Show all posts
Wanita terkejut dengar suara bayi merengek dalam plastik

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

SEREMBAN 1 April – Seorang wanita yang ingin membuang sampah menjerit ketakutan apabila mendapati sebungkus plastik hitam yang diletakkan di luar rumahnya di Taman Senangin, Senawang dekat sini mengandungi seorang bayi perempuan.

Bayi malang berusia sebulan itu ditemui merengek dalam plastik tersebut yang diikat, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Wanita berusia 30-an itu mulanya ternampak plastik tersebut bergerak-gerak. Dia kemudian membuka ikatannya dan menjerit setelah melihat bayi yang masih sihat itu dibuang dalam plastik berkenaan.

Ini merupakan kes ketiga bayi dibuang di sekitar Senawang dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Bermula dengan kes penemuan janin bayi yang digilis kenderaan di Taman Marida pada 14 Mac lalu, mayat seorang bayi perempuan yang berusia empat bulan ditemui ditanam di Tanah Perkuburan Islam Senawang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, bayi berkenaan ditemui di tempat pembuangan sampah di rumah wanita itu yang kemudiannya menghubungi polis.

“Polis akan menjalankan siasatan berhubung penemuan bayi perempuan ini. Kita akan mencari individu yang tidak bertanggungjawab itu,” tegasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saiful Azly tidak menolak kemungkinan bayi berkenaan dibuang di situ beberapa jam sebelum ia ditemui. Hasil siasatan awal polis mendapati, bayi perempuan itu berkemungkinan berbangsa Melayu.

“Bayi tersebut dibawa ke Hospital Tuanku Ja‘afar untuk menjalani pemeriksaan dan diberi rawatan.

“Bayi malang itu akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan yang ditinggalkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu,” jelas beliau.

Menurut Saiful Azly, kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang kanak-kanak yang umurnya kurang daripada 12 tahun oleh ibu bapa atau penjaganya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu memburu mereka yang melakukan jenayah itu.

Pada 14 Mac lalu, satu janin berusia hampir empat bulan dan digilis kenderaan pacuan empat roda ditemui seorang pemuda di Taman Marida. Janin itu dibuang dalam sebuah beg plastik sampah berwarna biru.

Kelmarin, mayat bayi perempuan yang berusia 14 minggu ditemui ditanam di Tanah Perkuburan Islam Senawang oleh seorang penjaga kubur. Turut ditemui, satu kotak dipercayai diguna untuk menyembunyikan mayat bayi malang berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2009 07:22 AM | Show all posts
senawang tu skrg sama mcm senawang yang dulu ke?

maksudnye..masih lagi kilang2 ke apa

banyak umah?

dulu2, mmg pemes laa senawang nih

kilang..budak2 kilang..

port maksiat segala ada


masih samakah senawang skrg dgn senawang yang dulu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 11:37 AM | Show all posts
Gadis berasmara diserbu bapa
Oleh Jaafar Mulup
[email protected]


GEMAS: Seorang gadis yang sedang ghairah melayan gelora nafsu bersama pasangannya di sebuah pondok di ladang kelapa sawit di Gugusan Felda Jelai tergamam apabila teman lelakinya bertempiaran lari selepas diserbu bapanya.

Gadis berusia 15 tahun yang menuntut di sekolah menengah itu dipercayai turut cuba melarikan diri, tetapi gagal berbuat demikian apabila bapanya berjaya menahannya selepas melakukan intipan.

Pasangan kekasih terbabit dikatakan mula berkenalan melalui telefon dan sering berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak awal Januari lalu.

Tidak lama selepas perkenalan itu, cinta mereka mula berputik dan pasangan terbabit sering kali keluar memadu kasih sehingga terjerumus melakukan perbuatan sumbang.





Bagi membuktikan cintanya dan janji setia sehidup semati, gadis sunti terbabit dikatakan sanggup menyerahkan mahkotanya kepada teman lelakinya walaupun mereka baru saling mengenali antara satu sama lain.

Mereka sering keluar bermadu kasih dan berulang kali melakukan perbuatan sumbang itu dan perbuatan terakhir dipercayai dilakukan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, bapa gadis berkenaan yang curiga dengan tingkah laku anak gadisnya cuba mengekorinya sebelum mengesan pondok digunakan pasangan itu memadu asmara sebelum melakukan serbuan kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Gemas pada kira-kira jam 8.30 malam hari sama.

Sebelum ini, gugusan tanah rancangan itu gempar apabila seorang peneroka dari Felda Jelai Tiga serta pasangannya berusia 21 tahun dari Felda Jelai Empat ditahan polis hujung Mei tahun lalu kerana terbabit dalam rakaman adegan seks menggunakan telefon bimbit bertajuk Budak Jolai.

Turut ditahan seorang pemuda berusia 21 tahun berasal dari Felda Jelai Tiga yang bertindak selaku jurukamera rakaman adegan di pondok dalam kawasan kebun getah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Hasnan Haron mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Beliau berkata, gadis itu dihantar ke Hospital Tampin menjalani pemeriksaan kesihatan dan polis masih menjalankan gerakan mengesan teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.

Menurutnya, walaupun hubungan seks itu berlaku atas suka sama suka, ia bagaimanapun menyalahi undang-undang.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 12:14 PM | Show all posts

Reply #19 Syd's post

sendiri CARI susah... mudah sgt teperdaya...   
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 12:35 PM | Show all posts
kes2 macam buang bayi bukan ada kat N9 jer..
seluruh mesia nie pun ada..
aku ingatkan cerita misteri ke apa ke..
tapi memanglah, skrg nie org mcm hidup tak der
pegangan agama je..buang bayi, gugur janin secara haram
ntah hapa hapa lagik la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.752260 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list