CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7797|Reply: 69

RENUNGAN BERSAMA....

[Copy link]
Post time 20-3-2009 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wm wb..

Bila saya masuk sini atau 'rumah' masalah peribadi..saya nampak..banyak betul masaalah suami isteri...tak kira lebih banyak isteri ke..atau suami ke...tapi yang penting..memang banyak masalahnya..dari yang baru kawin...dan yang dah beranak cucu...kenapa ye...?semakin dah ke punghujung dunia ni..manusia semakin hilang pertimbangannya..benda kecil, d perbesar2kan...benda besar, d uar2 kan lagi sehingga masaalah menemui jalan buntu....tiada masa untum muhasabah diri kah? Saya takut melihat keadaan sekeliling pada zaman ini...betapa ramai rakan2 saya menjadi janda...betapa ramai anak2 jiran, rakan dan taulan yang terbiar disebabkan penceraian..itu baru segelintir yang saya nampak dan kenal...bagaimana pula dengan yang terselindung?

Untuk renungan bersama...dan untuk kita sama2 bermuhasabah diri...saya 'post' kan disini artikel2 yang boleh kita kongsi bersama...dengan harapan, ianya dapat sedikit sebanyak membantu kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim/muslimah yang berhemah dalam kehidupan berumahtangga, waima dalam kehidupan kita seharian pun...yang bukan muslim pun boleh la praktis atau ambik iktibar dari apa yang d baca...walaupun berlainan agama...kehidupan seharian kita tidak jauh berbeza bukan...?baca ia dari sudut yang positif. Kehidupan kita lebih banyak kepada cara hormat menghormati, sayang menyayangi, tolak ansur, faham memahami, dan saling percaya mempercayai...juga percaya pada agama dan tuhan masing2...tiada agama yang menghalalkan atau membenarkan kekejaman berlaku...samada dari sudut emosi mahupun fizikal....fikir2kan lah....

*untuk MOD, saya tak mengharapkan kredit...secara peribadi, saya terpanggil untuk buka topik ini...selepas solat jumaat...terima kasih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2009 02:46 PM | Show all posts
RENUNGAN UNTUK SUAMI ISTERI

UNTUK SUAMI.. RENUNGKANLAH

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

- Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
- Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
- Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
- Isteri adalah murid kamu mursyidnya
- Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
- Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
- seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
- seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana ...
Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah saw?.. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin

Justeru itu wahai para suami. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

SUAMI INGATLAH :

- Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.
- Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

UNTUK ISTERI PULA.. RENUNGKANLAH...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
- Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?..
- Tidaklah setaqwa Ibrahim
- Pun tidak setabah Ayyub atau pun
- Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

- Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
- Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
- Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
- Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
- Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
- Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt, kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...amin...



Justeru itu wahai para isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

ISTERI INGATLAH :

- Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.
- Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..


[ Last edited by  putratropika at 20-3-2009 14:48 ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 02:47 PM | Show all posts
sebenarnya pendedahan media juga adalah faktor penyumbang kepada permasalahan ini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 02:47 PM | Show all posts
Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 02:49 PM | Show all posts

Reply #3 fasha_dear's post

penyumbang utamanya adalah kita fasha...

keinginan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 02:52 PM | Show all posts
thanx tuan rumah kerana sudi berkOngsi sesuatu yang bOleh dijadikan untuk renungan...

wpun saya belum berumah tangga, saya akan ingat.. thanx ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2009 02:53 PM | Show all posts
DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa
sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah
s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan
doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang
hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu
memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Sala h satunya
yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir
dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang
benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,
hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah
dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.
Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan
kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam
sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari
kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali
mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki
oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor
kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya
pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan
mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu')
putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.
a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka
yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan
orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka
dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah
neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar
dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain
bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud
mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah
tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba
yang benar-benar mendapat rahmat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 02:54 PM | Show all posts

Reply #6 emOtsuXX's post

terima kasih kembali...kerana sudi membaca...

sama2 la kita, ye.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2009 02:56 PM | Show all posts
mungkin kebanyakkan berlakunya permasaalahan2 ini kerana kurangnya didikan agama?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 02:57 PM | Show all posts
kepada teman2 yang lain d luar sana...jika anda mempunyai artikel2 yang boleh dijadikan pedoman bersama...ringan2 kan la jari jemari anda untuk berposting disini...

mari kita berkongsi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:01 PM | Show all posts
Klu setakat renungan dan peringatan kat atas hengat sumer masalah leh selesai kee.......

Setiap manusia yg idup di donia ni mesti trima musibah.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:01 PM | Show all posts

Reply #1 putratropika's post

betul kat FD ada "banyak" masalah rumahtangga..

tapi tanpa disedari masalah2 nie byk jugak "sumbangan"nya pd pembaca..
terus terang saya banyak belajar dari kisah2 di FD nie..
dan FD nie jugak mengajar saya erti bersyukur..

terima kasih kerana berkongsi artikel..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:01 PM | Show all posts
terima kasih akan doa sewaktu bersujud itu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:02 PM | Show all posts
aku pecaya pada perempuan baik untuk lelaki yg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:06 PM | Show all posts
Thank 4 info.....sgt berguna.
Tapi selalu yg rajin baca n mencari ilmu ni kaum ibu jer....
kaum bapa ntah apa yg dia sibukkan.....
(bukan semua ler....)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by mjla at 20-3-2009 15:01
Klu setakat renungan dan peringatan kat atas hengat sumer masalah leh selesai kee.......

Setiap manusia yg idup di donia ni mesti trima musibah.......



mjla...
ini saja yang dapat saya kongsi...untuk meringankan beban atau sekurang2nya untuk berwaspada dengan masalah yang bakal mendatang...saya akui..artikel2 ini tidak menjanjikan penyelesaian pada masalah setiap inidividu yang membaca...

namun,

tidakah SEKURANG2NYA...ianya memberi kesedaran pada kita?sekurang2nya...?sebesar hama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 03:22 PM | Show all posts
terima kasih....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:26 PM | Show all posts

Balas #16 putratropika\ catat

aku stuju...
baca artikel ni membuatkan kita muhasabah diri..
skurang2nya bule kurangkan masalah2 rumahtangga...
tq putratropika
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:46 PM | Show all posts

Balas #4 putratropika\ catat

time kasih putra....

moga2 menjd renungan dan ikhtibar di alam umahtangga...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:47 PM | Show all posts
Dah baca sepintas lalu..........but dah print dan nak baca betul2 masa kat dalam kete nanti. thanks kerana sudi berkongsi ilmu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.263146 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list