View: 25299|Reply: 54
|
harimau kumbang, harimau bintang, puma etc
[Copy link]
|
|
Dua cedera diserang harimau kumbang
KLUANG:Seekor harimau kumbang menyerang seorang wanita dan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang cuba menangkap haiwan itu yang ditemui berkeliaran di halaman sebuah rumahdi Taman Kerjasama di sini, hari ini.
Abdul Rahman Mintol, 50, cedera di tangan dan perut manakala wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu cedera di siku akibat dicakar harimau berkenaan.
Pegawai Hidupan Liar Perhilitan Johor, Mohd Khairul Adha MatAmin, berkata lima pegawai jabatan itu yang ke tempat kejadian terpaksa melepaskan satu das tembakan yang mencederakan harimau terbabit.
"Kakitangan kami dan pembantu rumah itu kini menerima rawatan pesakit luar di Hospital Daerah Kluang, manakala harimau yang cedera itu pula sedang dirawat oleh pakar veterinar Zoo Melaka,"katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohd Khairul berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk taman perumahan yang terletak di kawasan bandar itu mengenai kehadiran haiwan buas terbabit pada kira-kira jam 8 pagi.
"Orang ramai yang mengetahui kehadiran haiwan liar itumengerumuni kawasan terbabit menyebabkan harimau kumbang jantan itusemakin agresif dan cuba melarikan diri dari kawasan rumah dua tingkat berkembar itu," katanya.
Berkemungkinan takut dengan kehadiran orang ramai yang mengerumuninya,haiwan itu melompat pagar rumah terbabit dan memasuki kawasan halaman rumah berhampiran, katanya.
Beliau berkata, harimau kumbang yang ketakutan itu terserempak dengan pembantu rumah berkenaan dan bertindak mencakar wanita itu di bahagian sikunya.
Mohd Khairul berkata, pihaknya masih menyiasat dari hutan mana harimau itu datang atau sama ada ia dipelihara secara haram oleh penduduk setempat. - Bernama
[ Last edited by Syd at 2-4-2009 21:04 ] |
|
|
|
|
|
|
|
rimau kumbang
[ Last edited by Syd at 3-4-2009 17:41 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ni rimau bintang
|
|
|
|
|
|
|
|
ni plak puma
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kucing hutan
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 budingyun's post
harimau belang..kena tgk kat thread rimau laa
harimau idung belang....kena carik kat bod lain
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu dgr kes2 kat malaya nih
rimau kumbang |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 Syd\ catat
bahaya weh..dekat2 gak ngan kawasan umah aku tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 budingyun\ catat
budingyun... disebab kan kejadian ni dekat ngan umah ko, ko rasa ape sebab musabab haiwan mengganas? |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku dok baca sejak tadi
kes yang tahun2 lepas
rimau nih kuar ke kawasan perumahan yang dekat ngan hutan2 gitu
dia kuar carik makanan |
|
|
|
|
|
|
|
Harimau kumbang berjaya diperangkap
KUALA PILAH 22 Jan. – Seekor harimau kumbang seberat 35 kilogram yang telah membaham beberapa ekor haiwan ternakan sejak beberapa bulan lalu, akhirnya berjaya diperangkap oleh pihak berkuasa di Kampung Ulu Ghacong, Senaling di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Ishak Muhamad berkata, harimau kumbang itu dipercayai memasuki perangkap berkenaan tengah malam tadi, selepas keluar mencari makanan di belakang kawasan rumah penduduk di situ.
‘‘Kita percaya harimau kumbang itu mencari makan di kawasan kampung disebabkan kebun getah berdekatan kampung telah ditebang untuk penanaman semula,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sehubungan itu, kata Ishak, harimau kumbang berkenaan akan segera dihantar ke Zoo Melaka untuk memastikan ia tidak mengganas kerana persekitaran yang berbeza daripada habitat kehidupan binatang berkenaan.
Ishak menambah, pihaknya telah menggunakan umpan itik untuk menangkap harimau kumbang terbabit dan ia mengambil masa sehingga tiga bulan sebelum binatang itu masuk ke dalam perangkap yang disediakan.
Jelasnya, penangkapan harimau kumbang ini merupakan yang pertama pada tahun ini dan berharap orang ramai segera menghubungi Perhilitan jika mendapati haiwan ternakan mereka hilang atau wujudnya kesan tapak kaki hidupan liar di kawasan penempatan mereka.
Sementara itu, Sharifah Sulaiman, 60, yang terserempak harimau kumbang memasuki perangkap pagi ini berkata, dia hanya mampu menjerit sekuat hati selepas binatang ganas itu mengaum sebaik menghampiri perangkap yang dipasang di belakang rumahnya itu.
‘‘Makcik menggeletar dan tergamam. Terus makcik menjerit kerana selama ini, setiap kali menjenguk dalam perangkap, seekor binatang pun tidak berjaya ditangkap. Lain pula pagi ini, bila makcik jenguk dalam perangkap, rupanya ada harimau kumbang,” katanya.
Jelas Sharifah, seperti biasa suaminya akan membuka reban seawal pukul 7.30 pagi dan akan meninjau ke dalam perangkap yang selalunya tertutup.
Kebetulan suaminya ketika itu hendak bersiap ke hospital di Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan.
‘‘Sayalah yang membuka reban pagi tadi. Saya lari sebab harimau itu mengaum kuat. Saya menjerit ketakutan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk diancam harimau kumbang
BACHOK: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) semalam memulakan operasi menangkap harimau kumbang yang didakwa berkeliaran sekitar Kampung Kolam, dekat sini.
Penolong Pengarah Perhilitan Kelantan, Charles Keliang, berkata pihaknya memasang sebuah perangkap berhampiran rumah seorang penduduk kampung yang mendakwa terserempak dengan haiwan itu, kelmarin.
Beliau percaya sekurang-kurangnya dua ekor haiwan terbabit berada sekitar kampung itu berdasarkan kesan tapak kaki berukuran tujuh sentimeter panjang dan lima sentimeter lebar, serta satu lagi tapak berukuran lima sentimeter panjang dan empat sentimeter lebar.
"Berdasarkan penelitian kami, harimau kumbang terbabit masih berada di sekitar kampung ini dan keluar mencari makan waktu malam. Diharap, haiwan berkenaan akan memasuki perangkap ini secepat mungkin, sekali gus menjamin keselamatan penduduk," katanya kepada Berita Harian.
Kelmarin, penduduk kampung berkenaan mendakwa terserempak dengan tiga ekor harimau kumbang termasuk dua anak yang berkeliaran sekitar kampung sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk yang takut untuk keluar rumah, khususnya pada waktu malam.
Untuk sementara waktu, anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) turut berkawal di sekitar kampung terbabit malam kelmarin bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.
Sementara itu, seorang penduduk, Zaharudin Zakaria, 35, yang mendakwa terserempak dengan haiwan itu, berkata seekor ayam ternakannya sudah dibaham haiwan terbabit, selain ia turut memakan beberapa biji durian berdasarkan kesan kuku tajam yang ditinggalkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
syd apa kata ko letak kan name mat salleh ngan name saintifik haiwan ni.....
supaya warga animal lover kat c ni menjadi pelajar kepada cik gu syd... bukan ape kekadang 2 nampak sama tapi sebenaqnya lain.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|