View: 19358|Reply: 8
|
[Tempatan]
200 pendatang Rohingya ceroboh Langkawi
[Copy link]
|
|
200 pendatang Rohingya ceroboh Langkawi
Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Januari 3, 2025 @ 2:51pm
[email protected]
LANGKAWI: Sekumpulan kira-kira 200 etnik Rohingya yang menaiki sebuah tongkang mendarat di Pantai Teluk Yu, berhampiran Ayer Hangat di sini, kira-kira jam 3 pagi tadi.
Maklumat pendaratan kumpulan pendatang tanpa izin itu tersebar menerusi media sosial selepas dikongsi penduduk tempatan.
Dua gambar menunjukkan sebuah bot kayu besar sedang diperiksa pihak berkuasa tempatan dan satu lagi gambar menunjukkan etnik tersebut berada di tepi pantai sambil dikawal pihak berkuasa.
Maklumat pendaratan kumpulan pendatang terbabit dikongsi Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Langkawi, Datuk Chen Liau Weng menerusi media sosialnya.
Katanya, beliau menerima maklumat awam pada jam 3 pagi tadi, mengatakan terdapat kira-kira 200 pelarian Rohingya mendarat di pantai Teluk Yu.
"Penduduk melihat kumpulan Rohingya terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak berkumpul di kawasan pantai berdekatan kawasan kilang simen.
"Penduduk agak ketakutan dan tidak berani ambil tindakan, saya harap pihak berkuasa ambil tindakan segera untuk selesaikan masalah ini," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.
Ini adalah kejadian pertama pendaratan kumpulan pelarian terbabit pada tahun ini, selepas Malaysia mengetatkan kawalan sempadan perairan negara sebelum ini.
Difahamkan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pls la hanyutkan balik, bg makanan dgn air je buat bekal. td makcik nk gi kedai, ada famili rohingya yg suka duduk tepi jalan besar kat sini, selamba pulak anak2 dia gi berak kat tempat tanah dah dibersihkan utk pembinaan. kita tgh drive, nampak pulak kekanak dok mencangkung berak.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Penduduk agak ketakutan dan tidak berani ambil tindakan, saya harap pihak berkuasa ambil tindakan segera untuk selesaikan masalah ini," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.
- See, Penduduk tempatan ketakutan sementara rohingya celaka selamba turun dari kapal serupa ini kampung saiya.
Ini adalah kejadian pertama pendaratan kumpulan pelarian terbabit pada tahun ini, selepas Malaysia mengetatkan kawalan sempadan perairan negara sebelum ini.
- WTF, baru masuk awal subuh 3 january dah 200 masuk. kalau tiap minggu ada trip di lain-lain lokasi, sampai december berapa ramai masuk? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenape?? Baby2 rohingya tak comey macam baby2 palestin ke? Awat tak kesian? |
|
|
|
|
|
|
|
..dah agak dah selepas keluar story 70k tak bersekolah hari tu. Dengar kata ada lagi 2 bot akan mendarat esok lusa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berjuta dah kat sini.. Ini pun data 2017. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Selayang pun da jd milik dia. Puak2 ni laju membiak |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak berkuasa tak nampak ke sblm diorg masuk perairan kita? |
|
|
|
|
|
|
|
dan lagi tak faham ada yg boleh back up meka2 nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|