CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5244|Reply: 43

hooliganism pasal bola, abis lori polis dibakar...

[Copy link]
Post time 8-4-2009 08:23 AM | Show all posts |Read mode


GAMBAR (atas): Penyokong Kelantan beramai-ramai menterbalikkan trak polis kerana tidak berpuas hati atas kekalahan kepada Negeri Sembilan, malam tadi. (bawah): TRAK polis dibakar penyokong Kelantan.


wth??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2009 08:26 AM | Show all posts
Penonton merusuh di Kota Bharu
Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Kamudin Baharom
[email protected]

Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan, NS tercemar

NEGERI Sembilan mencerahkan peluang mara ke final Piala FA selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi dalam perlawanan yang tercemar dengan insiden serangan pada akhir perlawanan dan keganasan penonton di luar stadium.

Penjaga gol tuan rumah, Halim Napi dilihat meluru ke arah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama.

Keadaan turut bertambah buruk di luar stadium apabila sebuah kenderaan polis diterbalikkan sebelum dibakar selain cermin beberapa kereta dipecahkan oleh sekumpulan penonton yang kurang berpuas hati.

Ini kekalahan kedua berturut-turut tuan rumah kepada pelawat selepas tunduk 2-1 saingan Liga Super 31 Mac lalu - sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan sukar menjelang pertemuan kedua pada 18 April ini.

Dalam satu lagi pertemuan separuh akhir, Perlis sekadar seri 1-1 dengan skuad Merah Kuning di Stadium Utama, Kangar dalam pertemuan yang turut dicemari dengan pergaduhan antara penjaring gol kedua-dua pasukan, R Surendran dan Shazwan Zainol sejurus sebelum rehat tetapi berjaya dihalang rakan sepasukan yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 08:30 AM | Show all posts
kelantan nya penyokong
bola sepak memang celaka..
patut la kalau main dkt selangor,
ada je budak kelantan kena henjut dkt shah alam sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 08:32 AM | Show all posts


KOTA BHARU - Berlaku kekecohan di sini malam tadi selepas berakhirnya perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Semuanya gara-gara sikap penonton yang gagal mengawal emosi.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV Kota Bharu itu, Kelantan tewas 0-1.

Kekecohan berpunca daripada insiden yang berlaku di tengah padang apabila menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Halim Napi 'membelasah' pertahanan lawan, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Insiden itu berlaku apabila Halim menyerang Aidil selepas wisel penamat ditiupkan, sekali gus mencetuskan suasana tegang di kalangan pemain kedua-dua pasukan.

Situasi panas berlarutan di luar stadium apabila pihak keselamatan 'bertempur' dengan penyokong tuan rumah.

Insiden dikatakan bermula selepas beberapa penyokong tuan rumah ditahan ekoran berkelakuan ganas. Tindakan itu menyebabkan sebahagian penyokong cuba menyerang pihak polis dan bertindak membakar trak polis serta lima buah kereta orang awam.

Pihak polis berjaya mengawal keadaan daripada bertukar menjadi lebih teruk dengan menggunakan penyembur pemedih mata.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 09:05 AM | Show all posts
kalau kalah kerna tak masuk world cup tak pe la juga.
ni tak....alahai....piala kampungan je...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 09:08 AM | Show all posts
errmmm...musti ada tok dalangnye nihh...aku dengar berita radio pagi tadi sampai keta anua musa

kena pecah tingkapnye.

kalu kat shah alam penyokong selangor takat 'cabut dan baling' kerusi je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2009 09:55 AM | Show all posts
org kelantan mmg bodoh..semua takde otak,kalu menang skali pon bukan leh gie fifa..sengal betui..menyusahkan pulak 2..kalu aku jadi polis aku tembak seko2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 09:57 AM | Show all posts

Balas #7 atok_neo\ catat

ooiii Dol jangan nak samakan sumer owang Kelantan ye, x sumer peel camtu, jangan nak hentam keromo labelkan sumer owang Kelantan camtu....... ish cam budak2 lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 10:10 AM | Show all posts
ckp je la ko budak klantan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 10:18 AM | Show all posts
ok pe....... fanatik tu support team dorang......

bukan nya kalah hina dina maki hamun kalu menang julang ke langit
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 10:41 AM | Show all posts
Aku ingat kat England aje ada hooligan, now kat Mesia pun dah ada, siap bakar kenderaan polis lagi!!!!

Bravo peminat fanatik & hooligan bolasepak Kelantan, anda lah pemangkin untuk masa depan bolasepak tanahair. Tapi jangan jadi jaguh kat kampung aje! Kalau kalah dalam away game dgn team lawan harap bawak sekali budaya ni kat tempat orang! Tok Nik Ajis pun boleh tumpang bangga!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 11:07 AM | Show all posts
Bola punya pasal ada harapan berstatus banduan... jenayah tak bertempat... cerah masa depan kalau fikir pakai kepala lutut!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2009 11:16 AM | Show all posts

Balas #9 atok_neo\ catat

Aku bukan budak Kelantan pon, tapi aku tak ske owang generalize satu negeri tu sama je peel sedangkan isu ni cuma segelintir je yang hilang akal ye....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:19 PM | Show all posts
kelantan nih time dok liga fam ngan liga perdana aman jer........... bila naik liga super la nih yg supporter dia naik tocang......
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:22 PM | Show all posts

mangkuk

Originally posted by atok_neo at 8-4-2009 09:55
org kelantan mmg bodoh..semua takde otak,kalu menang skali pon bukan leh gie fifa..sengal betui..menyusahkan pulak 2..kalu aku jadi polis aku tembak seko2


Waaah suka hati kata org kelantan bodoh... ko ingat ko tu cerdik sangat la tu. (tendang bola lepas tu kejar balik bukannya bengong namannya tu)..yang nak babitkan keseluruhan org kelantan kerana merusuh tidak adil la...aku tak minat bola pun...apasal aku pun ko nak babit.... ektremist bola la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:50 PM | Show all posts
kecek kelate la sikit abe tempur...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2009 01:48 PM | Show all posts
dah ramai2 dok skali ,jenis satu kpala
sorg start havoc,ramai2 pakat nyokong lee..
tahapehape nyer hooligan x bertempat
cerdik nyer penyokong klate
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:15 PM | Show all posts
hok aloh, bakpo mu baka lori poleh awe wei?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 02:42 PM | Show all posts

Reply #18 ketam_batu_jr's post

gegheee wehhh,tok tahu mano nok letak muko
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 03:11 PM | Show all posts

Reply #19 mkay98's post

aku malas nak masuk campor, tapi kalau mod bod lain pun nak bawak semangat kenegerian ko pi bod lainler...sentimen macam tu kitaorang sini tak terima ler..in fact kitaorang 'celeberate diversity weh'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.072785 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list