CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13606|Reply: 74

Aku mangsa kejadian

[Copy link]
Post time 24-4-2009 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum kekawan...untuk makluman kekawan semua..jika ada sebarang kemuskilan tentang bencana alam yang berlaku di Gunung Pulai pada tahun 2001..bolehlah bertanya kat aku...sebab 4 orang daripada 5 mangsa kejadian banjir lumpur di Gunung Pulai yang meninggal dunia ialah ahli keluarga aku....jadi untuk mengetahui bagaimana kisah sebenar kejadian tersebut...kauorang bolehlah tanya kat aku.
Aku dapat tahu ramai orang yang tertipu dengan cerita yang dibawa oleh orang lain yang bukan dari keluarga aku...banyak cerita yang diceritakan tidak benar belaka dan ada juga yang ditambah-tambah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 10:02 AM | Show all posts

Balas #1 anGME\ catat

citer laa pengalaman ko kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 10:14 AM | Show all posts

Balas #1 anGME\ catat

boleh ler ko citekan kat sini... jadik org lain leh tau.. kalo ko tak cite camner org lain nak tau kejadian sebenor..

aku pon tak tau kisahnyer..

semoga ahli keluarge ko di tempatkan di kalangan orang-orang yg soleh.. dan diampunkan dosanyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 10:46 AM | Show all posts
Waktu kejadian tu berlaku..aku ada kat Pahang...waktu tu memenag tengah musim hujan lebat dan banyak tempat yang tak pernah banjir..telah banjir. Tepat jam 12.00 malam...Adik aku call dari Kampung ( Gunung Pulai )...dia kata sambil menanggis.." balik cepat..!!! kampung banjir..Abang , isteri dia dan anak - anak dia semua hanyut " pada mulanya aku tak percaya...tapi selepas Abg aku yg sorang lgi call mengatakan perkara yg sama..akupun bergegas balik ke Kampung. Aku sampai Kampung jam 3 pagi..masa tu aku tengok orang dah ramai berkumpul. Bomba terpaksa memasang sport light setinggi bangunan 3 tingkat untuk menyuluh kawasan sekitar kejadian. Pada masa yang sama ada seorang lelaki diusung oleh pihak Bomba lalu di sebelah aku...tanpa aku sedari lelaki yg diusung itu ialah Abang aku yang hanyut sewaktu air melangar rumahnya. Aku pergi kearahnya...diapun pegang tangan aku sambil mengeletar...dengan nada suara yang lemah dan menyayat hati dia cakap kat aku.." an..tolong cari kakak dengan anak buah kau..tolongg...abang dah tak berdaya.." waktu tu aku rasa amat sedih dan menangis kerana baru seminggu yang lalu iaitu pada hari raya ke 3..aku mengusik anak2 buah aku yang hanyut tu...oklah aku ada kerja kecemasan ni...nanti aku sambung cerita lagi..ok wasalam.. tunggu cerita selanjutnya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 11:31 AM | Show all posts

Reply #4 anGME's post

aku bru nak menghayati cite ko ,dah bersambung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 12:19 PM | Show all posts
Petang karang aku sambung cerita.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2009 12:56 PM | Show all posts
sedihnye cerite nie...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 02:09 PM | Show all posts

Balas #7 ZabedAmin\ catat

ye laa ..mmg tragis pun ..ada gak baca gak paper dan majalah psl citer ni..kita tunggu citer selanjut nye ..ok...br baca intro pun dh bergenang air mata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 02:16 PM | Show all posts

Reply #8 kodoklawa's post

tak sabar nak tunggu kisah selanjutnye
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 03:36 PM | Show all posts
Dah petang dah nii...
bila lah agaknya nak sambung....
tengah saspen ni....
Apa pun... Salam Takziah dari sut utk awak sekelluarga....

Originally posted by anGME at 24-4-2009 12:19 PM
Petang karang aku sambung cerita.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 03:53 PM | Show all posts


sempat kak bed masak arisa sementara tunggu cerite baru
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 04:09 PM | Show all posts
walo pon tragedi ne dh berlalu 8 taun...ak dpt rase kan kesedihan ko....semoga ko tabah slalu...


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 04:11 PM | Show all posts

Balas #11 ZabedAmin\ catat

pos sket arisa tu pd ku..x pernah rasa mcm ne arisa ni w/pun aku org johor
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 04:23 PM | Show all posts
Sedapnya nye arissa
mkn dgn madu, daging cincang, n lada hijau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 04:30 PM | Show all posts
Maaf lambat sikit...
Tak sangka aku rupanya usikkan aku kat anak buah aku pada hari tu adalah yg terakhir baginya...sebenarnya mangsa kejadian ada 7 orang...Abg aku, isteri dia, 4 org anak dia dan seorang warga emas..jiran depan rumah Abg aku. Dari 7 org tu 2 org selamat...Abg aku dan anak perempuan dia yg darjah 6. Anak buah aku dijumpai selamat dalam keadaan tertanam separuh badan dalam pasir dan lumpur oleh org kampung setelah terdengar jeritan meminta tolong dari arah longokkan kayu-kayu balak pada jam 3.05 pagi selepas kejadian. Lepas Abg aku tengok anak dia yg selamat tu...dia terus rebah dan tidak bermaya..masatulah dia diusung keluar dari tempat kejadian oleh pihak bomba. Selepasitu pencarian mangsa diteruskan oleh penduduk kampung, polis dan bomba. Pada keesokkan harinya Dato Najib selaku menteri pertahanan pada masa itu mengarahkan pasukakan tentera datang membantu mencari mangsa yg masih hilang. Lebih kurang jam 1 petang pada hari pertama ..mangsa kedua ditemui iaitu warga emas jiran Abg aku...mangsa ketiga ditemui ialah kakak ipar aku..mangsa keempat..anak lelaki Abg aku berumur 4 tahun...mangsa kelima ditemui anak perempuan Abg aku berumur 1 tahu setengah ( baru nak pangdai berjalan ) dan mangsa keenam iaitu anak perempuan Abg aku yg aku selalu aku usik tu dijumpai pada hari ketujuh selepas kejadian. Aku yang hantar 2 mayat anak buah aku ke hospital kulai untuk dimandikan...anak buah aku yg lelaki umur 4 tahun dan anak buah aku yg umur 1 tahun setengah tu. Sewaktu aku tengok anak buah aku yg 1 tahun setengah tu dimandikan aku tak dapat menahan sebak...aku terus keluar dan menangis...aku terus teringat kembali celoteh mulutnya yg baru nak pandai bercakap...kenangan aku memimpin dia ajar berjalan, mendokong dia mencium pipi dia dan menyikat rambut dia...aku keluar dari bilik mayat dan menangis...tak sempat dia mengecapi hidup di dunia ini...dan cara dia pergi sungguh menyayat hati..aku tengok hanya pempers saja yg masih melekat ditubuhya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 04:59 PM | Show all posts
Mayat anak buah aku yg terakhir dijumpai tu...pada mulanya telah dicari oleh semua penduduk kampung, rela, polis dan tentera..tapi tak ditemui.Hingga pada hari keempat..Dato Najib memanggil pasukkan tentera pakar banjir lumpur dari sarawak datang untuk membantu mencari anak buah aku tu...tapi setelah 2 hari mencari...mereka gagal menemui mangsa. Pada hari yg sama juga,,Dato Najib mengarahkan pasukan polis membawa balik 2 ekor anjing terbaik Malaysia yg sedang menjalani latihan di luar negara dgn segera...kalau kauorang pernah tengok anjing tu kat TV...anjing warna kuning seakan coklat tu.Kat malaysia hanya ada 2 ekor tu je...akupun terkejut bila dapat tengok anjing tu depan mata...lebih kurang manusia dewasa beso dia..Tapi pencarian dgn anjing juga gagal. Setelah semua usaha gagal...semua pasukkan penyelamat menhentikan usaha mencari pada hari keenam. Mereka balik pada hari itu gak. Abang aku rasa amat sedih...dia nekad untuk mencari juga anak dia yg masih tidak ditemui tu...Abg aku tak nak anak perempuan dia tu terkubur kat sungai tu tanpa ditemui. Pada malam jumaat hari ketujuh...semua penduduk kampung membuat sembayang hajat di masjid kat sempang masuk kampung aku tu bagi meminta petunjuk dari Tuhan agar mayat anak Abang aku tu dapat ditemui. Pada malam selepas solat hajat tu...ada seorang penduduk kampung aku ni dapat mimpi bahawa ada seekor langau yg luar biasa besarnya msuk ke sebuah lubang dan kat situlah mayat anak Abg aku tertanam. Pada keesokkan harinya..penduduk kampung meneruskan usaha pencarian terakhir. Tiba-tiba orang yg dapat mimpi malam tadi tu..ternampak seekor langau yang besar masuk ke satu lubang. Dia terus memangil askabator untuk mengorek tempat tersebut....benarlah apa yg dia mimpi...mayat anak Abg aku memang ada kat bawah timbunan kayu pasir dan lumpur tu. Mayat tersebut terus dibawa ke hospital untuk dimandikan dan dikebumikan sebaris dengan kubur mak dan 2 org adiknya...Al - Fatiha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by anGME at 24-4-2009 16:59
Mayat anak buah aku yg terakhir dijumpai tu...pada mulanya telah dicari oleh semua penduduk kampung, rela, polis dan tentera..tapi tak ditemui.Hingga pada hari keempat..Dato Najib memanggil pasuk ...


al-fatiha.....semoga roh mereka di cucuri rahmat.....amin..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 05:16 PM | Show all posts
neh kes yg menyebabkan gunung pulai neh tutup sementara ek?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 05:28 PM | Show all posts
Itu kisah pencarian mangsa kejadian...ni aku nak cerita macamana kejadian tu berlaku...
Masa malam kejadian tu berlaku aku masih di Pahang...ni aku cerita dari apa yang family aku cerita kat aku apa yg berlaku pada malam sebelum air menglangar rumah besar aku...rumah mak aku, warung makan mak aku dan rumah Abang aku serta 2 rumah jiran aku.

Pada malam tersebut hujan lebat telah turun selama 3 hari tidak berhenti..hinggakan semua penduduk kampung tidak dapat kemana - mana kerana hujan terlau lebat. Untuk pengetahuan koorang..rumah aku tu betul2 duk tepi sungai. Pada malam ketiga sewaktu hujan lebat tu...air sungai menjadi keruh dan deras. Dalam keadaan hujan lebat malam tu..pada jam 10.30 malam ..tiba -tiba elektrik terputus..keadaan menjadi gelap gelita dan hanya diterangi oleh cahaya petir yg menyambar sekali sekala. Sewaktu bekalan elektrik terputus...tiba tiba adik aku kata rumah  bergegar seolah - olah berlaku gempa bumi. Untuk pengetahuan semua hanya rumah besar aku je yg tak hanyut dimana Abang aku yg bujang lagi , ayah dan 2 orang Adik aku ada kat rumah tu...
Selepas berlaku gegaran tu..Abg dan adik akupun buka pintu dan dgan caya petir yg sekali sekala tu...dia nampak rumah Abag aku sorang lagi tu terapung sebelum hancur dihempap kayu balak, batu dan air. Adik dan Abang aku tergamam kaku....dalam keadaan yg cemas tu...abag aku yg masih bujang ni terus meluru ke rumah mak aku yg satu lagi dimana mak aku ada kat dalam rumah tu...Abg aku terus menendang pintu rumah tu sebelum air melangar rumah mak aku tu dan mendokong mak aku keluar dari rumah tersebut...tiba-tiba..........oklah aku nak balik dari office ni...esok aku sambung cerita lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2009 05:30 PM | Show all posts
Gunung Pulai dah ditutup selamanya....orang ramai mandi kat belakang rumah aku je..nanti aku ceritakan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.345026 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list