CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8141|Reply: 82

Isteri derhaka... bleh ke nk tampar???

[Copy link]
Post time 13-5-2009 01:44 AM | Show all posts |Read mode
artikel ni aku petik dari sebuah blog : hairulnizammathusain.blogspot.com . aku rase isi die amat menarik ni first time aku dengar psl ni. so aku pon smgt la post, mudah-mudahan bleh dibuat pedoman oleh para pendiri rumahtangga yg ade kat sini.

btw, just incase ade sesape yg blom tau, 'nusyuz' means derhaka...

Cara-cara Menampar Isteri
================
oleh: Ust Hairul Nizam Mat Husain
http://hairulnizammathusain.blog ... enampar-isteri.html

"Apa ni. Gila ker nak ajar orang tampar isteri". "Tak der benda lain ke nak ajar".

Ini mungkin antara persepsi awal para pembaca bila membaca tajuk post kali ini. Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan para pembaca apa yang saya timba daripada guru Fiqh al-Syafi`e dan Usul Fiqh saya, Fadhilat al-Syaikh Sayyid Syaltut di Dar al-Ifta' al-Misriyyah (Jabatan Fatwa Kerajaan Mesir) pagi tadi. Hampir 6 tahun saya mendamba ilmu dari sang guru yang cukup ikhlas ini tanpa sesenpun beliau minta dari saya.

Boleh ke menampar isteri?

*********

Pagi tadi selepas habis kelas dengan Syeikh Yusri al-Hasani, saya dan saudara Zahran terus ke Dar al-Ifta' al-Misriyyah untuk bertemu dengan Syeikh Sayyid Syaltut dan bertalaqqi kitab Ghayat al-Bayan yang merupakan salah satu karangan dalam fiqh mazhab al-Imam al-Syafi`i.



Tajuk yang dibincangkan seminggu ini adalah Bab al-Qasm Wa al-Nusyuz (Bab Pembahagian Hari Untuk Para Isteri Dan Nusyuz).

Hari ini kami membincangkan perihal pandangan Islam terhadap tindakan memukul isteri.

Di dalam kitab Ghayat al-Bayan yang ditulis oleh Syamsuddin al-Ramli (anak kepada Syihabuddin al-Ramli), beliau menyatakan bahawa seseorang isteri sama sekali tidak boleh dipukul dan disakiti melainkan apabila si isteri berlaku nusyuz (ingkar kepada arahan si suami)

bersambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2009 01:45 AM | Show all posts
sambungan...

Nusyuz di dalam fiqh mazhab al-Syafi`e hanya berlaku apabila si isteri melakukan dua perkara:

1) Keluar rumah tanpa izin si suami

2) Tidak ingin melakukan hubungan kelamin sedangkan si isteri tidak ada mempunyai sebarang keuzuran.

Ini bermakna apabila si isteri memukul si suami, bermasam muka dengannya, mencacinya dan sebagainya, wanita ini tidak dinamakan sebagai wanita yang nusyuz sekalipun dia berdosa kepada Allah Taala.


Apa Akan Berlaku Apabila Seseorang Isteri Menjadi Nusyuz?

Apabila si isteri telah melakukan salah satu atau kedua-dua perkara di atas, dia telah menjadi nusyuz lalu si suami berhak (bukan wajib) melakukan perkara-perkara di bawah:

1) Si suami dibenarkan oleh Islam untuk tidak bermalam di rumah isteri tersebut sekiranya si suami berpoligami

2) Si suami boleh untuk tidak memberikan nafkah kepada si isteri sehinggalah si isteri bertaubat dan tidak mengulangi 2 kesalahan tersebut

3) Si suami berhak untuk mengasingkan diri daripada tidur bersama dengan si isteri.

4) Suami juga boleh memukul si isteri.

****************

Saya ingin menarik perhatian pembaca kepada perkara keempat iaitu MEMUKUL SI ISTERI.

Berikut adalah beberapa kesimpulan daripada kitab Ghayat al-Bayan dan huraian daripada Fadhilat al-Syaikh Sayyid Syaltut al-Syafi`e berkenaan tajuk ini:

1) Si suami boleh memukul si isteri sekiranya wujud syarat-syarat berikut:

* si suami merasai dengan satu sangkaan yang kuat (dzan) bahawa si isteri akan berubah dan bertaubat daripada nusyuznya sekiranya dia dipukul. Sekiranya si suami menyedari dengan sangkaan yang kuat bahawa pukulan terhadap isterinya tidak akan menyebabkan si isteri kembali insaf, si suami DIHARAMKAN daripada memukul isteri yang nusyuz ini

* si suami DIHARAMKAN daripada memukul si isteri di wajah si isteri. Jelas sekali perbuatan menampar isteri adalah diHARAMKAN oleh Islam

* si suami tidak boleh memukul si isteri dengan pukulan yang mengakibatkan kesan seperti lebam, luka, patah dan sebagainya. Ini kerana tujuan Islam membenarkan si suami memukul isterinya adalah untuk mendidik bukannya untuk mencederakan ataupun membalas dendam dan melepaskan geram.

2) Sekiranya berlaku sebarang kecederaan pada tubuh si isteri hasil daripada pukulan suami, suami akan dihukum oleh Qadhi (pihak pemerintah) atas kecuaiannya dalam menggunakan pukulan terhadap si isteri.

3) Sekalipun Islam membenarkan si suami untuk menggunakan pukulan bagi mendidik si isteri, namun tindakan yang paling baik adalah TIDAK MEMUKUL ISTERI SAMA SEKALI. Ini adalah kerana Rasulullah Sallalahu `Alayhi Wa Alihi Wasallam sama sekali tidak pernah memukul isteri-isteri baginda. (Selawat dan Salam serta kerinduan buat manusia agung ini)

4) Sekiranya si isteri tidaklah menjadi nusyuz (dia tidak melakukan dua perkara di atas)tetapi dia sering menyakiti hati suaminya sama ada seperti memukul si suami(seperti yang berlaku di Mesir), bermasam muka dengan suaminya, sering mencaci dan memalukannya, maka dalam keadaan ini si suami DIHARAMKAN daripada memukul si isteri. Hak memukul hanya apabila si isteri melakukan salah satu atau kedua-dua perbuatan di atas. Si suami hanya perlu menasihati si isteri agar takutkan azab Allah kerana tindakannya yang mengguris hati si suami. Selepas itu suami hanya ada dua pilihan sekiranya si isteri tetap berdegil dan meneruskan tindakannya yang mengguris hati suami; sama ada si suami terus bersabar menerima ujian isteri yang berdosa ini atau si suami menceraikannya demi untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.

******

Maha Suci Allah yang menurunkan Islam sebagai Rahmat Buat Seluruh Alam. Begitu sekali Islam menghormati wanita. Isteri adalah amanah, bukannya timpat singgahan amarah. Si isteri adalah tempat menghibur si suami. Maka kerana si isteri adalah lemah fizikalnya, Allah menjadikan suami sebagai dahan tempat dia bergantung.

Kalaulah para muslim menghayati keindahan ini... Kalaulah non muslim terdetik hatinya apabila melihat betapa agungnya Islam kami ini.. Kalaulah....Kalaulah...

[ Last edited by  Friiz at 13-5-2009 01:46 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 08:34 AM | Show all posts
terima kasih kerana berkongsi ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 08:40 AM | Show all posts
thanks............
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 08:44 AM | Show all posts
bis kalau laki tampar bini pastu bini tampar balik camne citer tu ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 08:46 AM | Show all posts

Balas #2 Friiz\ catat

alamatnya aku kena tahan telinga le kalo bini aku membebel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2009 08:52 AM | Show all posts

Reply #6 ParinAmat's post

bagus juga ada yg sudi membebel..
satu cara communications gak tuh..
takdelaa sunyi sepi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 08:57 AM | Show all posts
camner pukul jgn sampai lebam atau berkesan yer........lelaki ni kuat kederat dier, sekali kenerpon dah berkesan...contoh mcm kener tolak, tolak sket...jatuhnya kuat gak.....

terima kasih sudi berkongsi ilmu.....
begitu tingginya Islam menilai seorang wanita...tapi wanita islam skrgnya ramai gak tak menghargainya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by ParinAmat at 13-5-2009 08:46
alamatnya aku kena tahan telinga le kalo bini aku membebel


bang parin....leh kuar umah jap....suami leh kluar umah tanpa izin isteri tapi jgn lupa balik dah laaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 09:19 AM | Show all posts

Balas #7 cold_shadow\ catat

betul...kadang2 end up aku yg marah dia.. sian plak dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 09:22 AM | Show all posts

Balas #9 da_vinci\ catat

aku tak kuar umah, aku duk depan PC layan movie
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 09:27 AM | Show all posts

Balas #10 ParinAmat\ catat

ko baran gak ke en parin?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by ratusiput at 13-5-2009 08:44
bis kalau laki tampar bini pastu bini tampar balik camne citer tu ekk...



aikkk cam terkena kat aku je konsep nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 09:40 AM | Show all posts
kawan saya lupa nak tutup lampu kena sepak terajang
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 09:50 AM | Show all posts

Balas #12 aaz\ catat

bini aku ckp kalo aku bsuara walpun tak tinggi sora tapi makan dalam, kdg2 aku admit le tertinggi gak sora...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 09:53 AM | Show all posts

Reply #15 ParinAmat's post

ko sama cam hb..kalo dia ckp cam marah...kekdg haku majuk sbb dia marah...kekdg dia pelik sbb dia kata just ckp mukan marah pun..  son pun cam haku...hb baru ckp "jangan" son dah melalak sakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 09:57 AM | Show all posts

Balas #16 pu3_krizalid\ catat

ank ko tu manja.. cam anak aku..cakap no no je sora keras sket dah bderai mata
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 10:01 AM | Show all posts

Reply #17 ParinAmat's post

dah bapak dia manjakan sbb tu jd camtu...lain la ngan ai..sore ai je dah cam petir...sampaikan hari ibu haritu hb ajar son wish "ibu..jgn garang sgt"   tp haku garang son siap gelak2 lg...cam tak takut ngan ai ke...apa tak cukup garang ke haku ni..  kalo ngan ayah dia terdiam kena marah...melalak tak hengat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 10:12 AM | Show all posts

Balas #18 pu3_krizalid\ catat

kita nie exact le.. bini aku pon jenis garang... nangis sebab bini aku marah dah banyak kali...ngan aku jarang2 je.. dia akn dtg ngan aku  bila nak main2 n bila nak mandi... dia dtg ngan bini aku bila nak makan

ehh.. apa relevannya ngan tajuk ni? ntah la labuuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 11:29 AM | Show all posts
brani la tampo aku....aku terajang buah ko balik!:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.073633 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list