View: 82004|Reply: 269
|
Ada sesape yg amalkan makan madu lebah..?
[Copy link]
|
|
Salam semua...
Sy nk tanye ada sesape tak yg mengamalkan makan madu lebah n boleh
citer skit perbezaan yg dirasai selepas mengamalkannye..? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu penah beli...tapi sbb terlalu manis..x nak makan da.. |
|
|
|
|
|
|
|
asik2 terbeli madu yg x asli je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ekin_mache at 28-5-2009 13:45
dulu penah beli...tapi sbb terlalu manis..x nak makan da..
Klu manis, bancuh la ngan air |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 suaffiqa\ catat
kt mane nk bli madu asli ek?
kalu sapu kt lips..boleh merah merekah...kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu waktu i kat jb mmg i amalkan madu,tp i bancuhkan dgn air suam sbb x tahan manis sgt kalo nak minum mcm tu jer...
tp semenjak pindah sini,dah 2 kali tebeli madu x asli pastu terus stop
perbezaan : badan rasa lebih bertenaga, x cepat penat, badan rasa ringan sbb selalu buang angin ( sendawa/ K****t )
itu aku la..org lain mungkin lain pulak perbezaannya |
|
|
|
|
|
|
|
aku br je seminggu amalkan, mmg bagus sgt , makan satu sudu besar setiap pagi pastu minum air suam, perut tahan sampai lunch hour x rasa lapar, sistem penghadaman pun lancar, badan mmg kurang letih, period pain pon berkurangan.
Alhamdulillah la mmg ada perubahan, tp pastikan beli madu yg asli, yg aku mkn madu kira haq..tp klu abis nk beli kat mana plak madu ni, pasal aritu pun kebetulan beli dr pkc yg dtg jual meja ke meja, pas ni mana aku nk cr madu ni, pasal mmg madu ni asli, klu x asli mkn pun x de kesan sgt...susah gak nk dpt madu asli. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 cimiau\ catat
betul..skrg ni susah sgt nak dpt madu asli...sy pun tekena dgn pakcik yg jual dari meja ke meja le ni..ye..ye je dia yakin kan kata madu tu asli..dh tu ditambah lak muka pakcik tu yg inecen...rasa mcm pecaya jer...
tapi hampeh..penipu..
lain kali nk beli madu nak tuang atas kertas jugak ler mcm suaffiqa petua tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Khasiat madu ni dah diterangkan dlm Al-Quran...mmg patut diamalkan
sbg makanan kesihatan....sy yg baru mkn 2 minggu ni pun dh byk rasa
perbezaan....rasa happy sgt...itu pun atas pertolongan Allah....syukran |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 zalliza1717\ catat
itula nasb sgt klu boleh jmpa madu asli tp harga nya berpatutan, klu murah lg bagus, kbyakkan yg komersil ni harga tu yg x tahan. Antara amadu yg pernah aku dgr, madu tualang tp x pnah cuba lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak khasiat madu. Memang tak dapat disangkal lagi.
Keistimewaan Madu Lebah:
1- Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
2- Mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
3- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
4- Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
5- Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
6- Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
7- Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
8- Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
9- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
10- Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.
Surah An-Nahl ayat 68 Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit pada otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu mengatasi penyakit tersebut.
Antara keistimewaan madu lebah dapat diungkapkan dalam kata-kata Ibnu Sina:
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan".
Tepatlah tulisan Dr. Rihaan 'Ukaawi: "Madu berupa bahan berunsur manis yang menimbulkan kerajinan, kekuatan, kecemerlangan, bertenaga dan kesukaan".
Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sangat senang minum madu dan bahkan membiasakannya. Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dalam kepentingan fizikal dan mental. Orang Arab mempunyai ingatan yang kuat adalah berpunca daripada berkatnya madu lebah.
Dalam Tib an Nabawi, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah memetik hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara; iaitu madu dan al-Quran". (Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Kandungan Madu Lebah:
Vitamin;
1- Vitamin A
2- B-Komplek
3- Vitamin C
4- Vitamin E
5- Vitamin K
Zat Galian;
1- Kalsium
2- Sulphur
3- Fosforos
4- Zat Besi
5- Karbon
6- Magnasium
7- Naterium
8- Kalium
9- Klorin
10- Iodin
11- Kuprum
12- Maganese
13- Silica
14- Riboflavin
15- Protein
16- Potassium
17- 10 Hda
18- Kromium
Bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah bertindak sebagai:
1- Zat yang bernilai tinggi
2- Agen penjagaan kesihatan
3- Ubat kepada pelbagai penyakit
Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata: "Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".
Menurut Ibnu Qaiyyim dalam Tib an-Nabawi (Kitab Perubatan Nabawi dan Tabi-ie): "Madu merupakan makanan bersama makanan yang lain, ubat bersama ubatan yang lain, minuman bersama minuman yang lain, manisan bersama manisan yang lain, bahan adunan bersama bahan adunan yang lain dan memberi kezalatan kepada hidangan-hidangan yang lain".
Madu juga berperanan menghilangkan lendir atau kahak dalam dada dan kerongkong, yang menyebabkan lupa. Sering meminum madu akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat.
Di dalam kitab Bainal Tib wal Islam, Doktor Hamid al-Ghawabi menulis bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: "Sesiapa ingin menghafal, hendaklah minum madu. Ia adalah penyembuh segala penyakit, manakala al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati) , kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya)".
Cara makan madu lebah:
1- Dimakan terus.
2- Madu boleh dijadikan minuman apabila dicampur dengan air atau minuman lain.
3- Bagi mereka yang sukar tidur malam (insomnia) amalkan minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur malam.
Menurut Imam Adz-Dzahabi: "Adalah Nabi SAW pada setiap hari minum segelas madu yang telah dicampur dengan air kosong sebelum sarapan". |
|
|
|
|
|
|
|
I give Manuka Honey to my sons bila dia orang batuk. Alhamdullillah cepat lega batuk dia orang ni. My sons ada asthma. Kalau tak control batuk nanti melarat sampai tak boleh nak bernafas.
For myself, I tak makan madu sebab masa pregnant second son I ada gestational diabetes. So, I avoid benda-benda manis.
For my sons pun just when dia orang tak sihat. Kalau okay tak payahlah nak makan madu everyday. Manis sangat might cause other problems. |
|
|
|
|
|
|
|
saya juga sudah lama mengamalkan makan/minum madu lebah ni....antara cara yg saya buat :
1.campu sesudu madu dengan air sejuk/suam,kacau larut .sebelum minum baca Bismillah....dan selawat Nabi.sebaiknya sebelum sarapan
2.terus ambik sesudu madu terus kedalam mulut [ sebelum tu baca Bismillah dan selawat ] ,pastu minum sedikit air sejuk...
saya juga kerap buat begini pada anak2 [tapi jumlah madu tu sikit...sudu kecil ] Insya Allah susah nak kena demam dan selsema...
soal madu asli dan tiruan pula ....dari apa yg saya tahu terdapat beberapa jenis lebah yg ada,maka madunya juga berbeza..
kalau lebah hutan pokok Tualang tu madunya kehitam hitaman...kalau lebah Kelulut madunya agak jernih...kalaupon ada yg mencampurkan bahan lain kedalam madu dengan tujuan nak bg banyak,maka penjual tu memang dah buat kerja tak baik
Tips terbaik jangan simpan madu dalam peti sejuk,sebaiknya simpan kemas dalam almari dibawah suhu bilik - bawah 27Celcius |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 suaffiqa's post
slalu amalkan madu lebah time batuk..
pastu batuk msti krg..
mkn 1 sudu.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru dua hari amalkan madu....setakat ni rasa selesa |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah lama amalkan madu Khaula dari Iran.. khasiat yang saya dapat..
1) saya penghidap gastrik dari zaman persekolahan.. saya tetap puasa walaupun perut saya sakit waktu berpuasa dan lepas berbuka..tapi selepas mengamalkan madu nih.. saya dah boleh puasa dengan baik..
2) kalau saya rasa nak demam..saya bancuh madu dua sudu..minum..insya'Allah tak demam..kalau demam pun tak teruk..
3) kalau tersilap makan..rasa perut memulas..rasa nak jadi cirit-birit.. bancuh dan minum...alhamdulilah..ok lepas tu..
4) kalau letih..minum.. rasa bertenga semula..
5) buang air pun ok..tak de masaalah...
banyak lagi kebaikkan minum madu nih ..kalau nak di tulis .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|