CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3932|Reply: 20

Mari Mengenali H1N1..

[Copy link]
Post time 18-8-2009 12:01 PM | Show all posts |Read mode





Apa itu H1N1?


viralnovel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burungH5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swineflu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi(mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaianmakanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusisupaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus


Olehkerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @host( badan manusia) ia akan mati.

Makabilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik.....akan'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnyatelah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidakdilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'balingbatu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico .

Virologivirus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hariini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakitakan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nyahari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko,ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberikesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan


Virusini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akanmenyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal,ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerangparu2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahayakpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

1.orangyg ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2.perempuan yg mengandung

3.orang yg ada astmatic

4. orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar',kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg.HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2


day1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

day2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mknubt demam)

day3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .

day5 and above lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan

1- golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orangramai)

2- menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihanrumah dan persekitaran

3- elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4- jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5- jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgnhadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2nya 3 ply mask)

6- utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7- jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8- jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasantersebut mengandungi bnyk virus.

9- tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat danmengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jikaterkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadappersekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10- vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner'shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj dimalaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinikmenyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikanseasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12- tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2menghadapi outbreak ini.

Sama2lahkita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.

Iniadalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit drkem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.


-cilok dari telokbakong online.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 12:14 PM | Show all posts
Langkah kawalan no 9 tu memang kena ambik tahu..takut bila virus tu jadi resistant...Tamiflu ke Tamil Flu ka semua dah takde guna!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:26 PM | Show all posts
"kena pakai 3 ply mask"
satu pon malas nie kan pulak 3??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 12:31 PM | Show all posts
terpakse la rajin2 kan diri.. sbab ini berkaitan dgn nyawa.. makin menjadi2 skang ni.. ksian kat yang meninggal sbab wabak ni.. Al-Fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:31 PM | Show all posts
"kena pakai 3 ply mask"
satu pon malas nie kan pulak 3??
chy_nox Post at 18-8-2009 12:26


Yang dimaksudkan pakai mask yang namanye '3 ply mask' la..
bukannya kene pakai 3 lapis mask..
mau tak bernafas kalo kene pakai 3..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:37 PM | Show all posts
amat berguna informasi ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2009 12:39 PM | Show all posts
hindarilah maksiat ,ikut suruhanNya , insyallah selsema BABI ni akan berlalu
peringatan untuk diri sendiri dan semua .
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:42 PM | Show all posts
tq 4 info.aku dh kena kuarantin ni.huhuhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 12:43 PM | Show all posts
time kasih krn berkongsi info.......
ak nk gak tau cmne keadaan org y kena virus nie......
blurkanla muka......xpenah tnjukkan....
ni penting gak tuk kesedaran n pengetahuan org rmi.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 12:53 PM | Show all posts
penyakit ni ada bape tahap?? aku dgr radio kata kita ni dh tahap 6!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 01:46 PM | Show all posts
aku nak tanya. H1N1 ni dia tanda dia demam + selesema kan? maksudnye kalau demam biasa2 bukan kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 07:48 PM | Show all posts
demam biasa2 tu mungkin tahap permulaan sbab pada tahap ni kalau antibodi tak kuat virus akan senang menyerang.. tapi kalau sehari due jek demam tu kire demam biase la tu.. kalau berlarutan sampai seminggu eloklah pegi jumpe doktor kat hospital..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 07:52 PM | Show all posts
Ni aku ade dapat satu email yang menceritakan kisah adik die yang kene H1N1 ni..

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2009 07:55 PM | Show all posts
ni sedikit sebanyak pertanyaan dan jawapan yang aku dapat..

A. Bagaimana sebenarnya H1N1 merebak?
adakah setiap rakyat akan diberikan suntikan vaksin?
cukupkah kiranya memakai topeng perak boleh mngelak jangkitan H1N1?
adakah jangkitan H1N1 hanya boleh menyebabkan individu tertentu sahaja sakit?

Jaw...

1. Merebak melalui udara dan cecair badan seperti bersin, batuk dan bercakap kuat.

2. Vaksin untuk H1N1 masih tiada. Kalau hanya simtom, KKM akan bagi ubat flu sahaja. Jika comfirm ada H1N1 akn dimasukkan ke wad dan barulah di beri vaksin anti viral. Anti viral hanya melambatkan penularan tetapi tidak menjamin tak kena. Orang awam tidak dibenarkan sama sekali mengambil suntikan antiviral. Sebab?...dalam dunia hanya ada 2 jenis antiviral. Jika semua orang ambil...automatik jika virus2 baru akan datang mutasi dan akan lali dari ativiral tersebut. jadi amat2 berbahaya jika ambil antiviral.

3. Jangkitan tidak mengenal golongan. Semua boleh dijangkiti. Cuma kekuatan antibodi badan sahaja yg mampu menghasilkan anti virus ini selepa 7 hari dari prosesmulanya pengeraman.

Cuma ada indvidu2 yg risiko kematian lebih tinggi seperti ibu mengandung, ibu baru bersalin (lemah lagi badannya), gemuk, darah tinggi, kecing manis, jantung dll.

4. Topeng perak boleh membantu menghalangkan kita menyedut secara langsung cairan yg dilepaskan melalui batuk, besin dan bercakap kuat. Lebih baik buka tingkat dari duduk dalam tertutup.

@
Sementara tunggu soalan...aku bagi info.

Nak tahu anggaran yg dah terkena....jumlah yg telah dijangkit di darabkan dgn 10. So kalau sekarang 1300 maka dah ada 13 ribu penularan. Lepas tu kali dgn 10 lagi. Sebabnya WHO sendiri tak tahu status penyebaran dah sampai tahap mana. Malah KKM pun dulu mampu ambil 10 sample bagi setiap kes cluster tetapi sekarang hanya mmpu ambil 5 sahaja.

Kenapa baru KKM nampak risau?.

Sebabnya dari 0 kes bermula April 2009 sejak dikesan hingga kes yg ke seribu, tiada kematian. Maknanya penularan belum meluas. Bila rank antara 100-300 kes berlaku keatian sehingga 8 orang secara rasminya, maka ini menunjukkan kes ini telah tersebar luas.

Banduan dalam penjara Jelebu pun kena dan orang asli di hutan Kuala Pilah pun dah kena.


B.adakah kerajaan ada buat pemantauan di pusat-pusat ternak babee?

kenapa takde berita babee dihapuskan sedangkan kita sedia maklum ianya virus selsema babee

kalau masa selsema burung abis semua spesis burung dan ayam satu kampung di hapuskan bagi mencegah penularan, tapi kenapa masa selsema babee ni; takde satupun berita mengenai kerja penghapusan babee dijalankan sebagai satu langkah mencegah penularan selsema babee?

yang di sibukkan ialah kerja pindah kandang babee; dari dok pindah kandang babee baik hapuskan terus kandang babee

Tapi walaupun pada peringkat sekarang memang di lihat babee sebagai bukan satu-satu penyebar; faktor sebagai penyebab dan pembiak virus jugak perlu di ambil kira.

Jika jangkitan dan penyebaran sesama manusia dapat di bendung tapi puncanya masih di situ menyondol dalam kandang happy sebab tak kena penghapusan "etnik"  seperti mana yang menimpa spesis burung dan unggas suatu ketika dulu pun tak guna jgk; sebab pusingan (cycle) penyakit dan penularan tetap ada

Jaw
Bgini tuan, ambil ebola .ambil HIV yg dipercayai bermula dari keluarga beruk di Afrika......kita tak relevan nak bunuh binatang tersebut.

Kedua...virus wabak infuenza ini di bahagi kepada 3:

1. Seasonal Influenza....ini virus antara manusia ke manusia. Beberapa dekat ( 10 tahun satu dekat) ianya akan berulang. Ini virus nak senang cakap..datang dari manusia sendiri.

2. Avian Influenza ..disebabkan alam semula jadi..menjangkiti haiwan seperti burung. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.

3. Swine Ifluenza....disebabkan alam semuladi seperti virus yg terdapat dari binatang itu sendiri seperti barbi. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.

4. Pendemic Influenza...ianya sebenarnya gabungan dari ketiga2 di atas. Ia virus baru yg mutasi. Tak dapat dari babie secara direct..ianya berubah jadi virus baru.

@
macam di beritakan sebelum ni, hanya 0.1% atau 0.5% saja 'peluang' untuk manusia biasa MATI akibat h1n1.

manusia biasa ini merujuk pada manusia yang tiada komplikasi lain. iaitu sihat tanpa penyakit2 kronik lain.

kalau dilihat 7-8 kematian di malaysia, 80-90 % daripada simati ada sakit lain. pnemunia dan beberapa yg lain. si ibu baru tu, mati setelah 1 -2 minggu lahirkan anak.

disini kita dapat kesan satu tread yang common. kalau tengok semua yang mati, kita dapat simpulkan bahawa antibodi lemah.



C. Sepatutnya dalam situasi sekarang k'jaan dah isytiharkan darurat dah. Semua pejabat dan sekolah ditutup seminggu.

Realitinya ialah kita tidak akan MAMPU untuk menyekat wabak (pandemic) selsema barbie ini dari merebak. Apa yang manusia mampu buat HANYA memperlahankan kadar ia merebak (rate of infection).

Selsema barbie adalah wabak yag merebak melalui udara (airborne) apabila sesorang itu bersin atau batuk misalnya. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan fizikal apabila mana-mana permukaan yang dicemari 'droplet' mengandungi virus disentuh pula oleh tangan kita. Virus akan berjangkit selepas kita menggunakan tangan tercemar tersebt untuk menyentuh kawasan hidung dan mulut. H1N1 BUKAN selsema bermusim atau 'seasonal flu'.

Masalahnya ialah vektor yang 'mengangkut' penyakit dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu manusia.

Kalau vektor penyakit adalah haiwan seperti serangga atau unggas, kita boleh kemampuan untuk mengesan, mengawal dan memusnahkan mereka tanpa banyak masalah. Manusia ni lain pulak halnya. Manusia memiliki kecerdasan dan daya imaginasi. Mereka boleh bergerak dari satu koodinat ke satu koodinat dengan pantas dan berkesan.

Setakat ini kita hanya mampu letak kamera 'thermal-imaging' (mengesan suhu tinggi/demam pada badan manusia) di pintu-pintu masuk sempadan. tetapi hakikatnya TIADA NEGARA di dunia ini mampu mengawal sempadan masing-masing 100 % berkesan.

Kita juga boleh menutup tempat-tempat awam seperti pusat pengajian tinggi, pejabat awam dan sebagainya, tetapi ini boleh melumpuhkan struktur sosio-ekonomi negara jika dilakukan berterusan.

Kebanyakan orang pula kemungkinan besar akan tidak mengendahkan simptom-simptom awal selsema barbie kerana ia sama dengan selsema biasa (demam, letih, sakit urat, hidung tersumbat dan sebagainya).

Ciri-ciri tamadun moden juga menyumbang kepada kepantasan H1N1 merebak. Sistem pengangkutan/telekomunikasi yang cekap, penempatan urban/kosmopolitan yang banyak, struktur bangunan dan pengangkutan awam (tertutup/berhawa dingin) dan sebagainya. Hakikatnya manusia TIDAK MAMPU menyekat penyebaran virus dari terus menular.

Apa yang boleh manusia buat? Cari penawar/antidote/vaksin SECEPAT MUNGKIN!

Setakat ini penawar yang digunakan di hospital-hospital seluruh dunia adalah regimen antiviral seperti Tamiflu dan Relenza, tetapi laporan CDC (Centre for Disease Control) USA, menyebut keberkesanan ubat-ubat ini MASIH DIRAGUI. Bagaimanapun ada desas-desus mengatakan penwar H1N1 akan ditemui pada penghujung tahun ini. Mari kita sama-sama berdoa.

Tetapi jangan le bimbang sangat. Wabak Spanish Flu sewaktu dunia pertama membunuh kira-kira 20-40 juta manusia. Tetapi pada waktu itu manusia belum ada antibiotik/antiviral, mesin hayat, makmal patologi/epidemiologi serta kelengkapan perubaan yang canggih. Ditambah pula dengan keadaan sosio-ekonomi dunia yang merundum ekoran perang. Zaman dulu, diarrhoea boleh melenyapkan sebuah bandar, sekarang ni penawarnya cukup mudah, iatu air galian (Oral Rehydration Salt).

Selsema pula adalah sejenis penyakit yang sangat biasa ditemui. Pengamal perubatan di seluruh dunia memiliki pengalaman yang cukup luas dalam merawat SIMPTOM-SIMPTOM selsema. Malah antara kaedah rawatan H1N1 yang dipraktikkan sekarang ialah merawat simptom.

Apa yang kita boleh buat? Ikut sahaja garispanduan dan nasihat yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan, yang paling penting ialah membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun.

D. Berapa lama virus ni boleh bertahan kat open air yer? Katakan seorang pengusaha makanan dah terkena jangkitan ni, lepas tu dia sediakan makanan siap bersin kerrchieeeeuuu lagi kat makanan tu. So, boleh ke aku dapat virus s.?!@#$@# ni jika memakan makanan tu?

Ikut yg telinga aku dengar, virus nie hanya hidup dlm beberapa minit jea di ruang udara persekitaran dgn syarat dia tak dapat cairan badan manusia. Ia tak boleh merebak melalui makanan tetapi jika hingus dia bersin masuk dlm makanan dan kita telan..kemungkinan besar boleh kena.

Aku tanya soalan dlm majlis tu....ramai yg ambil air sembahyag dalam kolah/bekas air yg besar di masjid2. Adakah virus tersebut boleh dipindahkan ke dalam air dan hinggap ke anggota orang yg abil air smbahyang. Jawapannya aku nampak mcm tak berapa yakin dia jawab tetapi mulutnya berkata air klorin dalam kolah masjid akan membunuh virus tu.

Kesimpulan aku...bercakap, bersin dan batuk adalah cara paling mudah tersebarnya. Jadi biasakan berbual dgn kawan2 dalam jarak 1 meter.
~~~
ambik mudah sangat......bangga betul la bila buat saringan awal di airport......pintu2 masuk darat yg lain ntah camana......takziah.

http://en.wikipedia.org/wiki/1918_flu_pandemic

http://cns.miis.edu/flu_watch/history.htm

http://www.youtube.com/watch?v=gq4_jNeUT-U

sila download maklumat yg dikepil.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 08:58 AM | Show all posts
penyakit ni ada bape tahap?? aku dgr radio kata kita ni dh tahap 6!!!
addicted Post at 18-8-2009 12:53


Tahap2 tu klasifikasi WHO la dik....fasa 6 paling tinggi (Pandemik).
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 10:49 AM | Show all posts
korang..cuba bc blog nih...
http://longtambang.blogspot.com/
yg pakar2 tuh tolong terangkan betui ke idak teorinya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2009 11:11 AM | Show all posts
risaunye... bile H1N1 nk reda ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 08:38 AM | Show all posts
17# chanellv

Doalah semoga cepat berakhir......
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 08:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by alphawolf at 20-8-2009 08:55

16# honeybee1802

Mixture pandangan sendiri gabung dengan ada la jugak fakta....juga teori konspirasi (cam biasa la...semuanya konspirasi)

Benci betul dia dengan vaksin...tapi dia paham betul ke vaksin tu apa? Nampaknya macam ya...Yang aku tahu vaksin ni virus yang dilemahkan. Bila dimasukkan dalam badan kita, sistem pertahanan tubuh akan menyerang vaksin ni sepertimana virus penyakit dan memberi kita immuniti.

Betul jugak, kengkadang drugs ni kacau badan kita....most of the time sistem imuniti kita boleh halang jangkitan...tapi sanggup  ke kita menderita lebih?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 03:16 PM | Show all posts
Edited by Flower007 at 2-4-2015 01:38 PM
ni sedikit sebanyak pertanyaan dan jawapan yang aku dapat..

A. Bagaimana sebenarnya H1N1 merebak?
adakah setiap rakyat akan diberikan suntikan vaksin?
cukupkah kiranya memakai topeng perak bole ...
RinGGoStaR Post at 18-8-2009 19:55

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.087098 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list