View: 4849|Reply: 32
|
enjin baru proton bersama lotus dah siap...
[Copy link]
|
|
salam...
aku tgk dalam buletin utama kejap tadi enjin terbaru proton dibangun bersama lotus.. cc 1.6 ada sapa2 tau yang lebih detail.. brape horse power dan dia punya tourqe. adakah enjin ni akan menggantikan enjin campro.. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam brita td takde bagitau plak nama enjin tue dan diaorang bgtau enjin 1.6 cc yang lain tak tau... mungkin ni kot enjin daripada projek pheonix yang aku baca kat paultan ari tu... |
|
|
|
|
|
|
|
asyik 1.6 jer...2.0-3.0 tarak ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisah berapa CC.....yg penting nak tau dia punya power output tu berapa....
Europe pun skrg ni tgh kecikkan injin tp output besar... |
|
|
|
|
|
|
|
...kira masuk kat exora kasi berdesup....
1.6 cps sekarang melaung enjin bila mula bawak...
kesian pulak....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tepets at 2-10-2009 21:03
yer btul, 1.6 pun ok kalau bersama terebok ringan power cam enjin 2 liter.. dia kata akan dipasang pada model terbaru proton..mungkin pada model waja replacement nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
katanya utk dipasang kat kereta model yang akan dtg...Mungkin waja replacement kot..
perdana replacement pakai enjin lancer kot |
|
|
|
|
|
|
|
katanya utk dipasang kat kereta model yang akan dtg...Mungkin waja replacement kot..
perdana replacement pakai enjin lancer kot
mikasa Post at 2-10-2009 21:03
mungkin btul gak tu |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah mcm tuh...
ada pembaharuan...
aku pong minat gak...
aku dok cari pengganti wira haku pong tak der yg berkenan...mlh menghampakan |
|
|
|
|
|
|
|
cedok dari paultan
Proton’s next generation of powertrains (Campro replacement?) are also being developed together with Lotus as part of a program called the Phoenix Project.
yang ni kot..
http://paultan.org/2009/08/23/proton-posts-rm64-million-q1-profit-before-tax/ |
|
|
|
|
|
|
|
kali terakhir aku dgr berita yg pasti .. beberapa bulan lalu... depa kata Proton sedang develop dan test turbo 1.6 cc... mungkin itu yg dimaksudkan... kalo turbo tu mmg DSC cakap akan dimasukkan dalam exora bagi org yg nak performance lebih bagi exora...
tapi ye la kan... kalo nak buat engin serba baru tak mungkin dalam masa 2-3 tahun... paling kurang kena 5-6 tahun ooo sbb nak kena test reliable dia tu beberapa tahubn pulak sebelum boleh dijual.... jadi aku rasa 1.6 cc turbo ler tu kalo dalam masa yg agak singkat tuu |
|
|
|
|
|
|
|
ni dia berita.. perghh
Enjin Baru Proton Siap Pada 2011
Oleh Mahanum Abdul Aziz
NORWIRCH (United Kingdom), 2 Okt (Bernama) — Proton Holdings Bhd menjangka enjin menggunakan alat pemampat tekanan kilas tinggi baru, enjin Berprestasi Lebih Tinggi Proton, akan siap pada 2011. Pengarah bahagian kejuruteraan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Ir Tajul Zahari Abu Bakar berkata enjin berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Proton dan Lotus Engineering, dengan penglibatan aktif jurutera dan vendor Malaysia.
“Daripada pelbagai bahagian unit atau bahagian khas enjin, 50 peratus komponen secara asasnya dibekalkan dan dimajukan bersama-sama dengan pembekal Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia pada taklimat media mengenai enjin berkenaan di sini pada Khamis. “Ini merupakan aktiviti penting kerana objektif pembangunan enjin ini pada dasarnya untuk menambah baik enjin serta pemindahan teknologi untuk Proton serta pembekal Malaysia,” jelas beliau sambil menambah bahawa kira-kira 70 jurutera terlibat dalam pembangunan enjin.
Tajul Zahari berkata enjin baru itu mempunyai kapasiti 1,600 cc dan prestasinya bersamaan dengan enjin 2,000 cc. Engin berkenaan menjanjikan pemanduan hebat dengan ekonomi, prestasi dan pelepasan asap yang dipertingkatkan, katanya. Beliau berkata enjin berkenaan yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini telah diuji dalam semua keadaan cuaca dan ia sesuai untuk sebarang gred bahan api termasuk RON 95 dan RON 97.
Tajul Zahari berkata enjin itu juga akan digunakan untuk model kereta masa depan Proton serta untuk pasaran eksport. “Selain menghasilkan pelbagai paras pelepasan asap serta perundangan untuk pelbagai pasaran, enjin ini juga direka bentuk bagi memastikan ia mempunyai penyenggaraan rendah serta kemampuan perkhidmatan yang lebih baik. Ini penting untuk menjadikan kos pemilikan kepada pelanggan akan lebih rendah,” katanya.
Sumber dari BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
aa ni tengok youtube berita tentang tuh http://www.youtube.com/watch?v=GFpja1rxdmQ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 3-10-2009 07:10
NORWICH, United Kingdom 2 Okt. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan melancarkan Enjin Berprestasi Tinggi Proton (EBTP) yang dibangunkan di kilang syarikat pengeluar kereta sport dan lumba, Group Lotus Plc (Lotus) di Hethel di sini.
EBTP yang mempunyai kuasa antara 30 hingga 40 peratus lebih tinggi daripada Campro akan menjadi pelengkap kepada enjin sedia ada yang kini digunakan dalam model Gen-2, Satria Neo, Waja dan Persona.
‘‘Walaupun ia berkuasa 1,600 cc serupa dengan Campro dan dengan saiz enjin yang hampir sama besar, EBTP agak unik kerana memiliki prestasi kuasa setara dengan enjin 2,000 cc. |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan pengalaman menjadi technician proton, engin mmg xde problem sgt, yg selalu ada compain bunyi2an, dan part xtahan lama(POWER WINDOw REGULARTOR), engine oil pan selalu pecah zaman campro dulu sebb clearence to ground very near,skrg dah omprove tukar oil pan yg baru |
|
|
|
|
|
|
|
cadang leh bubuh nama enjin PROCAM vs CAMPRO
...campro dah kasi busuk jer nama proton... |
|
|
|
|
|
|
|
erm..kat paultan cakap enjin tu turbocharged.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|