CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4653|Reply: 20

polis...

[Copy link]
Post time 22-3-2010 04:38 PM | Show all posts |Read mode
xtahu nak letak tajok ni kat bahagian mane..so aku letak dekat sini je lah..kalau x sesuai mod tolong la buat ape yang patut..

ceritanya macam ni...sabtu malam ahad lepas aku tido awal..mmg xsedar la tido..alih terbangun sebab dengar orang ketuk2 pintu dengan tingkap bilik aku...kuat2 plak tu...pastu banyak2  kali..hangin aku..dalam tengah2 mamai tu aku tengok jam..ingat dah pukol 12 tengah hari rupe nye baru pukul 12 pagi...

dalam mamai2 tu aku tercari2 la baju, kain batik tudung..nak pakai..sebab aku dengar suare lelaki..xkan nak pakai baju tido pulak..tengok2 polis yang ketuk2 pintu uma dengan tingkap bilik aku tu...kebetulan pulak akak yang duduk serumah dengan aku pun terbangun...aku pn bukak la pintu uma..gril aku xbukak..lepas tu polis tu tanye la beberape soklan..ni dialog nye...

polis : uma ni duduk berape orang??
aku : 3 orang
polis rang mane ni?
aku : saya johor
akak umah aku: saya pahang
polis : kenal x jiran2
aku : x kenal (sambil tengok akak umah aku..dia pn geleng2 kepala)
polis : xde..nak buat bancian..
aku: bancian????tgh2 malam buta???/(dalam hati je)

lepas tu aku pun tutup pintu..sudah nye aku susah nak tido balik..lame baru boleh tido balik..

so aku nak tanye..dekat rumah flat mmg selalu polis buat macam tu ke?
kot iye pn nak buat bancian siang xboleh ke?ni da kira mengganggu orang nak tido..aku xde pulak dengar dia ketuk2 umah lain lepas tu..sebelum tu xtahu la pulak..sbb aku tido..so xdgr pape..kt area flat aku duduk tu banyak indon..ada ke polis buat bancian tengah2 malam buta??aku bukan ape..rase terganggu..takot pun ada..pelik pn ada jugak..

kenape polis buat macam tu ek??mane tao ada encik2 polis kt sini boleh jelaskan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 04:41 PM | Show all posts
ape pulak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 05:05 PM | Show all posts
bukan bacian tu cri mat indo
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 06:00 PM | Show all posts
rasanya dia buat spotcheck mana2 umah yg disyaki dihuni/ada pendatang tanpa izin, dah ko bukan indon/bangla dia cakaplah apa2 alasan yg munasarawak supaya ko tak syak apa2
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:56 PM | Show all posts
btoi ke pulis? ntah2 org jahat, saja nak wat 'bancian' jenayahnya...seragam pulis bleh curik...hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2010 07:44 AM | Show all posts
5# super_nova

tu la...aku pun fikir cam tu jugak...huhuhu
xpe...pengalaman..huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-3-2010 07:46 AM | Show all posts
tibe2 je aku rase macam aku da salah board..huhuhu...sory ler.....huhuh..
kalau salah board tolong move kan ea...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2010 04:42 PM | Show all posts
Minta semua pihak berhati-hati dalam perkara seperti ni. penyamun zaman sekarang pun dah pandai pakai taktik kotor menyamar sebagai Polis ler, RELA ler, Tentera ler dan mcm2 lagi. Hak anda sebagai rakyat adalah untuk meminta kad kuasa atau pengenalan rasmi mereka. kalau mereka buat tak layan, anda pun ada hak untuk buat tak layan dan telefon Polis kat Balai terus. dan yang paling penting sekali, jangan takut atau resah atau panik. nanti tak boleh pikir secara logiknya ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2010 12:44 PM | Show all posts
tq spyfan...nak tak panic pn kadang xboleh..abis da dia gegar rumah kita time malam2 buta..tengah2 malam pulak tu..dengan mamai2 nye..pastu pulak nampak orang pakai bju polis tanye macam2...huhuhu..mau xterkejut bangun tido tengok polis tengah tunggu depan rumah..so pada sesiapa yang bakal terkena macam ni..u guys tao la nk buat macam mane kan...hmmm...tq spyfan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2010 01:10 PM | Show all posts
Pelik betul... lawak pun ade, ttgh mlm buta wat bancian hapenye...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 12:08 PM | Show all posts
mane ada polis buat bancian.. tu dri jabatan perangkaan malaysia kut.. banci penduduk... moralnye.. jangan gabra, pintu grill dalam keadaan berkunci tapi jangan menghalang polis dari segi menjalankan tugasnya.. Kalau boleh, ada polis wanita... kalau takde pun, pegawai polis dan anggotanya yg cuba buat pemeriksaan rumah datang dalam 3 atau 4 org lelaki untuk elak tohmahan di kemudian hari...  mungkin juga polis yg tidak mahu dedahkan apa maklumat yg diperolehi berkenaan tentang jiran2 anda, lana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 09:51 AM | Show all posts
so dorang tu nk siasat ttg jiran2 sy la ea??cm tu ke maksud kamu wahai adiwira...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 10:40 AM | Show all posts
ye, lana... kebanyakannya.. tapi kebiasaannya, polis ni datang beradab kalau nak ganggu org yang tidak terbabit dalam sesuatu hal (sbb kedatangannya tu akan menganggu org yang takde kena mengena) kena jaga sensitif, bukan main redah jer.. nanti kena komplen..

contohnya... yg nak diperiksa info ttg jiran anda, kalau nak dapatkan maklumat tu dari lana, polis jarang datang waktu malam dan dgn cara 'kasar'... kalu datang lewat malam pun biasa polis 'bangunkan' perlahan2 sbb lana takde kena mengena pun dgn maklumat yg dia dapat jadi kena la bersopan sikit nnt kena komplen...

kecuali la, umah yg dia ketuk tu, adalah umah suspek..  bunyi ketukan kat pintu tu, lain la cikit.. bagi nampak tegas... hehehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2010 03:54 PM | Show all posts
owh..agaknye uma kite 2 dia ingat rumah suspek..sebab dia gegar rumah ape je...huhuhu..agaknye dia nk ketuk rumah sebelah tapi salah rumah kot..sbb rumah sebelah tu rumah indon..huhu..xpe la..ape2 pn ni sume pengalaman..terima kasih atas penerangan adiwira...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 06:25 PM | Show all posts
thanx kat adik Adi sebab sudi gak menolong kawan2 dengan kemelut konpius ngan tindakan polis
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 01:31 PM | Show all posts
Same2, kak mod...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2010 02:56 PM | Show all posts
owh..agaknye uma kite 2 dia ingat rumah suspek..sebab dia gegar rumah ape je...huhuhu..agaknye dia nk ketuk rumah sebelah tapi salah rumah kot..sbb rumah sebelah tu rumah indon..huhu..xpe la..ape2 pn  ...
lana~yana~ Post at 30-3-2010 15:54


Untuk tatapan cik/puan lana ......

myMetro  Mutakhir

Geng Botak Perdana tumpas

2010/03/29      JOHOR BAHARU: Polis berjaya menahan sekumpulan tiga lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan melakukan aktiviti menyamun di sekitar bandaraya ini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kumpulan bergelar Botak Perdana itu dianggotai lelaki berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun dan salah seorang daripadanya adalah bekas polis bantuan di sebuah jabatan kerajaan di sini.

Dua lagi suspek adalah adik-beradik yang bekerja sendiri.

"Kumpulan ini menahan mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai polis, memasukkan mangsa ke dalam kereta sebelum menyamun mangsa sebelum meninggalkan mangsa di tempat tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mokhtar mereka ditahan 11.30 pagi, dalam satu serang hendap di kawasan Tampoi di mana polis berjaya merampas satu pas polis bantuan, dua tali pinggang hitam berlogo polis, gari, buku nota polis, sehelai vest berlogo polis, sepasang baju seragam polis berpangkat Konstabel, dua helai jaket hitam berlogo polis serta topi bertulis 'CID' dan polis serta dua keping kad keahlian Pekida.

Pihaknya percaya dengan tertangkapnya kumpulan itu polis berjaya menyelesaikan 15 kes samun dan menyamar polis di sekitar bandar raya ini.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan (Samun Berkumpulan dan Menyamar) dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

Mokhtar turut mengingatkan orang awam agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Orang awam berhak untuk meminta kad kuasa dari mana-mana pihak yang mengaku polis yang menahan mereka sebagai bukti pihak itu adalah polis yang sebenar.

Beliau berkata, kad kuasa anggota Konstable sehingga ke Sub Inspektor berwarna kuning manakala pegawai berpangkat Inspektor ke atas berwarna biru.-Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 01:30 AM | Show all posts
p balai polis berhampiran, wat aduan dan semak samada yg datang tu benar2 pulis ato x...
apa2 hal senang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 03:23 PM | Show all posts
p balai polis berhampiran, wat aduan dan semak samada yg datang tu benar2 pulis ato x...
apa2 hal senang..
super_nova Post at 1-4-2010 01:30


Betul2 . . . itu hak anda . .
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 06:01 PM | Show all posts
memang hak anda...

tapi masyarakat kena paham, kadang2 polis yang datang tue ke rumah kita tu bukan bekerja di daerah pentadbiran anda tinggal.. contohnya anda tinggal di subang jaya, polis yg datang tu kemungkinan datang dari melaka, n9 dan bukan dari daerah subang jaya.. jadik, polis pentadbiran subang jaya pun tak kan tahu polis dari daerah luar yg datang ke daerahnya melainkan polis luar tu ada buat laporan pemeriksaan orang dan sebagainya....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.079250 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list