CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7096|Reply: 6

[Tempatan] Ringgit tertinggi dalam tiga tahun, cecah bawah RM4.10 sedolar AS

[Copy link]
Post time 30-9-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Oleh Reuters
September 30, 2024 @ 3:12pm


Ringgit meningkat sekitar 12.6 peratus setakat tahun ini -NSTP/AIMAN HARIZ AZHAR.


KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas langkah rangsangan tambahan China pada hujung minggu menyokong sentimen untuk mata wang serantau dan meneruskan kenaikan mendadak dalam saham China.

Ringgit meningkat 0.6 peratus, peningkatan tertinggi dalam kalangan mata wang Asia sedang pesat membangun dan didagangkan pada 4.099 berbanding dolar AS pada tengah hari tadi.


China ialah rakan perdagangan terbesar bagi kebanyakan negara di rantau ini.

Ringgit mencatatkan prestasi suku tahunan cemerlang, meningkat sekitar 12.6 peratus, menjadikannya mata wang dalam kalangan mata wang Asia sedang pesat membangun berprestasi terbaik tahun ini.

Prestasi ini didorong oleh pelbagai faktor seperti aliran masuk pelabur asing yang teguh, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik.


"Kami kekal positif kepada prospek ringgit disokong asas kukuh yang terus bertahan seperti pertumbuhan ekonomi yang teguh, lebihan akaun semasa, peningkatan fiskal dan aliran masuk asing yang mampan," kata Pakar Strategi Mata Wang OCBC, Christopher Wong.

Saham Beijing melonjak hampir enam peratus, dengan pelabur berharap langkah rangsangan itu akan menghentikan kemelesetan berterusan yang dihadapi oleh ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Pasaran China ditutup mulai esok untuk cuti seminggu.


Bank pusat China berkata, bank-bank negara itu akan menurunkan kadar gadai janji untuk pinjaman rumah sedia ada sebelum 31 Oktober, sebagai sebahagian daripada dasar menyeluruh untuk menyokong pasaran hartanah negara itu.

Rangsangan baharu itu mengimbangi kekecewaan daripada aktiviti pembuatan China yang perlahan pada September.

Baht Thailand, dolar Taiwan dan won Korea Selatan meningkat antara 0.2 peratus dan 0.4 peratus, manakala dolar Singapura dan peso Filipina didagangkan tidak berubah.

Pelabur akan menantikan data inflasi dari Korea Selatan, Indonesia dan Filipina pada minggu ini, manakala laporan pekerjaan AS mungkin akan menentukan sama ada Rizab Persekutuan (Fed) akan melaksanakan satu lagi pengurangan kadar faedah lebih besar.

Indonesia dan Filipina telahpun memulakan kitaran pemotongan kadar faedah, walaupun negara lain seperti Malaysia, Singapura dan Thailand tidak mungkin melonggarkan dasar menjelang 2025, menurut penganalisis Barclays.

"Tinjauan pertumbuhan yang lebih positif jika China menikmati lantunan yang ketara, mengurangkan keperluan untuk pelonggaran dasar monetari untuk beberapa bank pusat.

"Ini akan mengukuhkan pandangan kami bahawa bank pusat pasaran baharu muncul Asia tidak mungkin 'mengikut' Fed dalam membuat pemotongan besar atau lebih cepat," jelas penganalisis Barclays.

Dalam kalangan pasaran Asia lain, saham Taipei susut sebanyak 1.7 peratus, dengan gergasi semikonduktor TSMC rugi 2.5 peratus.

Di Tokyo, Nikkei merosot kira-kira 4.5 peratus, kerana pelabur menunggu arahan dasar daripada Perdana Menteri, Shigeru Ishiba yang telah mengkritik dasar bank pusat sebelum ini.

Saham di Seoul, Manila dan Jakarta jatuh antara 1.0 dan 1.2 peratus.

-Reuters


­

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 30-9-2024 06:16 PM

Ada je x kena kan. Org bongok je yg benci ringgit mengukuh. Yg penting iol nk travel akhir bulan ni, syok tukar duit
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tahu statement aku ni kelihatan pentingkan diri sendiri
Tapi cannot help kenkadang terdetik cepatlah ringgit turun balik
Sedap sikit nak transfer duit ke mebeng
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak transfer duit esok brp lah dapat ????
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 07:48 PM | Show all posts
rindu zaman MYR 1 = THB 10

tak mungkin kembali lagi lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
iols suka ringgit mengukuh...holiday+sopim nyum2
hsbd iols merempan usd menyusut...sikit la payment bulan ni

lain2 tu malas nak ambil port lantak la korang nak bercekau ke bergasak sapa betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.129066 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list