|
Sepupu Sultan Kelantan dilantik anggota MPN Kelantan
29/03/2010
KOTA BHARU 29 Mac – Sepupu Sultan Kelantan, Kapten Datuk Tengku Ahmad Farizanudean Khairi dilantik sebagai anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, pelantikan Tengku Ahmad Farizanudean, 47, dibuat dalam satu majlis di Istana Telipot, semalam.
Katanya, Tengku Ahmad Farizanuddin, seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), akan menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) kelas pertama yang membawa gelaran Datuk daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, esok.
Abdul Halim berkata dengan pelantikan itu, keanggotaan MPN, yang dipengerusikan oleh Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana Kelantan) kini adalah 18 orang.
Tengku Abdul Halim ialah datuk saudara kepada Pemangku Raja Kelantan. – Bernama
aku tengah carik gak gambar dia ni... tak jumpa lagik.. saper yg ada tu bley paste kan ler ekkkk |
|