CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10335|Reply: 62

Orang kurang siuman berkeliaran dengan bebas!!!

[Copy link]
Post time 10-6-2010 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by FARRAZOOL at 10-6-2010 16:49

Semalam lepas balik kerja & sementara tunggu lampu isyarat bertukar hijau..tetiba ternampak seorang PakCik @ layak dipanggil atok berbangsa India sedang berjoget ala ala bangra di kiri bahu jalan..dengan pakaian yang nampak sangat kotor..boleh dikatakan hampir setiap hari pakcik tu akan berkeliaran sekitar bandar aku tinggal sekarang..kadang-kadang, pakcik tu hampir bertelanjang tanpa seluar..

Secara peribadi,aku tak pernah walau sekali pandang hina @ benci pada insan2 yang kurang siuman ni.Tapi sebenarnya aku trauma & sentiasa ambil langkah berhati hati dengan insan2 yang kurang siuman ni dek kerana pengalaman lama aku.

1) Masa kat sekolah agama dulu, sedang best layan ustaz baca berzanji,tetiba seorang lelaki kurang siuman terjah bilik darjah aku dalam keadaan telanjang..nasib baik lelaki kurang siuman tu berjaya di pujuk oleh ustaz untuk keluar..

2) Pengalaman kena hampuk dengan payung kat bus station - Part ni yang aku paling benggang,tengah elok2 aku tunggu bas nak balik kampung masa cuti semester dulu..tak pasal2 ada seorang makcik kurang siuman ni hampuk punggung aku dengan payung..tak kuasek aku

3) Pernah dapat customer masa kerja bank dulu..tanya macam2 soalan pasal nak masuk tender beli kete lelong..terseliuh mulut aku explaint, dia masih tanya soalan yang sama..last2 baru dapat tau yang "customer " tu kurang siuman..

Kadang2 aku tertanya sendiri, kenapa insan2 yang kurang siuman ni  bebas untuk merayap berkeliaran tanpa kawalan??
Hari ini, orang yang tak tenteram jiwa & kepala otaknya ada macam-macam rupa & boleh menjelma di mana-mana sahaja.. Orang yang tak siuman ini, mereka mungkin boleh lakukan apa saja. Maklumlah,jiwa tak tenteram dan perasaan tak dapat dikawal..

*Aku sempat amik gambar pakcik macha tu semalam,tapi cuma dapat ambik sekeping jer..*
















file:///C:/Documents%20and%20Settings/user/Desktop/DSC060877.jpg
file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-29.pngfile:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-30.png

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2010 10:15 AM | Show all posts
Tak nampak pun gambar pakcik hindia menari bhangra itteewh. Sila cuba lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 10:19 AM | Show all posts
lor pesal hang paste gambar dari desktop hang
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 10:34 AM | Show all posts
kat kaw umah aku ni pun ada jugak yang kurang siuman...mak dia baru meninggal tinggal je la dia sorang2..aku dah habis mengadu kat umah kebajikan supaya kebajikan dia terjaga..rupa rupanya semua umah kebajikan kata dia tak layak untuk masuk sebab dia bukan warga emas..kesian sungguh kat dia..tak mandi, tak makan minum..kadang2 menjerit melalak sensorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 11:12 AM | Show all posts
Reply 4# KimoraHakim


    Aku pun kesian kat org2 kurang siuman & tak terjaga ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 11:15 AM | Show all posts
Reply 3# jfq


    sowi.....technical error....ari ni rasa payah benor nak tepek pixel kat sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2010 11:18 AM | Show all posts
orang orang kurang siuman ni tak semua yang jahat..ada yang baik dan tak kacau orang..tapi aku takut sgt kalau budak2 usik orang kurang siuman ni takut dia naik minyak pulak..ye la orang gila, kalau dia bunuh orang pun dia tak kene apa apa..paling teruk masuk tanjung rambutan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 11:45 AM | Show all posts
Kelmarin ada sorang India dok lepak kat tepi lane kanan LDP menghala ke tol kat Sunway. Giloss...nasib baik aku sempat mengelak..

Org kurang siuman ni tak semua yang jahat cuma kena hati2 sikit sebab mana tau tiba2 dia meroyan. Tak pasal2 kena tempias. Aku penah jumpa orang camni tapi jenis intelek. Cerita pasal bom, merentas masa, nuklear etc. Best dengar teori dia tapi hampehh...kurang siuman...

Kalau kat Melaka dulu bersepah orang camni kat bus stand lama. Paling tak tahan kalau dia maki...pergghh.....terus jd sayur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2010 11:49 AM | Show all posts
kat kaw umah aku ni pun ada jugak yang kurang siuman...mak dia baru meninggal tinggal je la dia sora ...
KimoraHakim Post at 10-6-2010 10:34


rasanya bukan ke rumah kebajikan... tapi hospital jiwa.. mcm kat tg. rambutan tu kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 11:51 AM | Show all posts
Reply 8# tungkai


    dulu member2 lelaki aku suka nyakat org2 kurang siuman ni...buat2 mintak 4 nombor bertuah...(nombor ekor)
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 11:56 AM | Show all posts
rasanya bukan ke rumah kebajikan... tapi hospital jiwa.. mcm kat tg. rambutan tu kan...
ryo_takahashi1 Post at 10-6-2010 11:49



    kat tempat aku tak de hospital sakit jiwa or rumah sakit jiwa..so tak tahu nak ngadu kat sape..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 11:59 AM | Show all posts
mane gambar aku tak nampak pun teringin nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 11:59 AM | Show all posts
btw, hospital tu penuh sangat kot takde sape nak amik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 12:04 PM | Show all posts
kat tempat aku tak de hospital sakit jiwa or rumah sakit jiwa..so tak tahu nak ngadu kat s ...
KimoraHakim Post at 10-6-2010 11:56


kat mana lokasi ko ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 12:09 PM | Show all posts

RE: Orang kurang siuman berkeliaran dengan bebas!!!

huwaaa......tensen...still failed nak tepek picture pakcik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 12:11 PM | Show all posts
kat mana lokasi ko ni
ryo_takahashi1 Post at 10-6-2010 12:04


kuala terengganu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2010 12:12 PM | Show all posts
huwaaa......tensen...still failed nak tepek picture pakcik tu...
FARRAZOOL Post at 10-6-2010 12:09



    cuba sampai berjaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 12:15 PM | Show all posts
erm..bercakap soal orang tak siuman ni..emosi aku terbahagi kepada 3
1-kesian
2-takut
3-kelakar

kat kampong aku ade sorang minah ni gile meroyan dan terus berpelesean kat jalan2...ntah pegi mana family dia..kesian betul aku tgk..sampaikan aku dgr citer jantan2 sial ada yang rape dia walaupun dia tak betul...

Pernah aku tengok pakcik yang kurang siuman pegi tampar muka orang suka suki dia kat tengah2 town..nak marah serba salah..nak gelak pun serba salah...

Itulah pasal..bila difikirkan kembali..aku rasa jumlah rakyat malaysia yang mengalami gangguan emosi semakin ramai...agaknya sebab tekanan hidup..kurang iman..kurang pedoman, kurang kasih sayang..kurang perhatian..maka akan terjadilah ilusi2 dan dunia khayalan yang direalitikan dalam kehidupan diorang..

apabila mempersoalkan isu takde pihak ke yang bertanggungjawab untuk letakkan mereka di satu tempat...? dalam pikiran aku - Tanjung Rambutan...

Tapi aku juga terpikir..sampai bila kita nak harapkan pihak itu dan pihak ini dah selesaikan masalah sedangkan kita tidak turut sama membantu...agak2 ada tak badan khas....atau derma orang ramai untuk disalurkan atau untuk pembinaan tempat2 khas bagi mengubati mereka ini..InsyaAllah diorang ni boleh dipulihkan..cuma perlu kesabaran....masa...dan of coz --> duit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 01:54 PM | Show all posts
GAMBAR menunjukkan seorang lelaki bermain dengan seekor ayam di dalam sebuah tren di New York pada Selasa lalu.
Lelaki Cium Ayam
NEW YORK - Agensi pengangkutan awam New York melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27 tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu."Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu," kata Kaiser kelmarin.Menurutnya, lelaki itu tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di dalam tren tersebut.Beberapa penumpang yang melihat gelagat lelaki itu turut ketawa.Kaiser berkata, penampilan lelaki itu menunjukkan dia seperti tidak mempunyai rumah kerana terdapat kereta sorong beli-belah dipenuhi tin minuman di sebelahnya.

Jurucakap Pengangkutan Awam Pusat Bandar New York, Charles Seaton berkata, tidak ada penumpang yang melaporkan kejadian itu.Kaiser merakamkan video dan gambar lelaki itu dengan menggunakan gajet Blackberry dan menyiarkan di laman blognya.Imej rakaman itu boleh dilihat di laman YouTube. - AP


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 02:06 PM | Show all posts
mcm sihat je org yg main dgn ayam tu..

siap ada rantai cross lagi..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.236502 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list