CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388766|Reply: 2505

AKU.......SANGAT MISTERI!

   Close [Copy link]
Post time 2-7-2010 01:34 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juragan_malam at 2-7-2010 18:12

Assalamualaikum….assalamu alaina wa ala ibadillah solihin…innahu min sulaiman wa innahu bismillahirrahmanirrahim



Walaupun kehidupan kita hari ini serba canggih-manggih, namun percayalah bahawa kita semakin jauh dari menikmati kegunaan sebenar kejadian alam sekitar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.


Malah kita terus-menerus memusnahkan alam untuk kepentingan sendiri.


Kita yakin bahawa setiap kehidupan ada peranan danfaedahnya di antara satu sama lain.

Bukan sekadar dalam bentuk rantaianmakanan, bahkan lebih dari itu kalau kita benar-benar menyelami (menyelidiki)kegunaannya melalui kesenian ilmu alam.


Pernah tak saudara rasa bila pergi ke mana-mana tempat yang belum pernah dilalui,perjalanan sewaktu pergi itu terasa bagai jauh sekali. Tetapi sewaktu baliksemula menggunakan jalan yang sama, dirasai perjalanannya jadi lebih dekat?



Kata seorang tua;masa kita baru hendak bepergian, pokok-pokok sepanjang perjalanan sedang menyapa dan bertanyakan arah tujuan pemergian kita, maka itu telah melambatkanperjalanan kita.

Sedangkan sewaktu kita balik, pokok-pokok tadi sudah mengenali kita dan tidak lagi beramah mesra menanyakan apa-apa lagi. Benarkah? Wallahua’lam.



Apa yang aku kisahkan di atas memang tidak dapat mengambarkan sepenuhnya betapa sebenarnya kita hari ini semakin `jauh’ dengan alam sekitar.
Tabir perhubungan antaranya sudah semakin melabuh dan kita jadi asing dengan dunia kita sendiri.Sedangkan salah satu rukun Iman mengkehendaki umat Islam mempercayai akan perkara ghaib.

Bukan ilmu ghaib atau yang berunsur mistik semata-mata, tetapi yang boleh menjadikan kita beryukur dan menghargai setiap inci kejadian danciptaanNya.
Kata seorang pengamal perubatan tradisonal; hidup kita tidak dapat lari dari 4 unsur - api, air, angin dan tanah.

Maka itu kita kerap dengar doa-doa, jampi serapah dan sebagainya akan diakhiri dengan hembusan, sebagai cara menggunakan perantaraan angin untuk `menyampaikan’doa/jampi-serapah/mentera pada yang hendak ditujui (orang atau apa saja).



Kalau kita sudah tidak `mengenali’ angin, bagaimana mahu menjadikannya sebagai pengantara?


Bukanlah niat aku untuk menyuruh semua orang jadi bomoh/tok dukun, tapi sekurang-kurangnya kita patut tahu bahawa anginlah yang memenuhi setiap ruang di bumi ini.

Maka angin jugalah sebaik-baik pengantara yang dijadikan Allah untuk kita gunakan dalam pelbagai tujuan berdasarkan kepandaian dan ilmu seseorang.

Contohnya; mengesan `alamat’ buruk / baik sebelum memulakan perjalanan, misalnya. Atau jika lebih hebat, angin boleh digunakan sebagai medium perhubungan dua hala umpama sebuah telefon bimbit.

Ingat kisah kehebatan Nabi Sulaiman yang dikurniakan Allah Ta’ala , hingga Baginda mampu mengarahkan angin sebagai `kenderaan’ Baginda?




Dulu-dulu manusia hidup serba kekurangan peralatan moden, namun tidakkah kita hairan bagaimana mereka boleh
survive hinggakan bukan saja gajah-rimau takutkan mereka, bahkan penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung, sakit buah pinggang dan segala macam penyakit yang menyerang kita hari ini, tidak langsung berani menjamah tubuh badan mereka yang sentiasa `bersatu teguh’dengan 4 unsur yang asas itu melalui beberapa amalan yang mereka dipelajari.




Hari ini, bukan sahaja sudah tidak mengenali ciptaan Allah, bahkan sudah semakin lalai dari mengamalkan sekalipun doa-doa yang mudah sebelum, sedang atau sudah melakukan apa-apa perkara. Aku bukan mengata orang lain, tapi diri sendiri pun 2x5, 5x2.

Kadang-kadang bila masuk saja kereta pagi-pagi, sementara menunggu enjin kereta panas – terus pasang radio dok dengar lagu-lagu. Dah separuh perjalanan baru teringat; jangan kata doa naik kenderaan ataupun ayat Kursi, sebaris bismiLlah pun terlupa nak dibaca.

NGOPIE DOLOE..NANTI BARU SAMBUNG....



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2010 01:41 AM | Show all posts
1st reply.

setuju..perjalanan pergi biasanya lagi "lama" dari perjalanan pulang..tak tau pulak sebab tu...mungkin ada benarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 01:42 AM | Show all posts
interesting...sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 01:46 AM | Show all posts
oK!..setelah habis berjela2 ngan mukadimah tadi...
maka bermulalah perjalanan criter aku..dari pengalaman sendiri...harap korang semua terhibur...
dan untuk 'wong2 alus' yg follow bebenang ni...mohon maaf kalu tersalah bahasa..
dan para pengkaji, pemidato, pemirsa sekalian...anggap lah ini sebagai hiburan...

disana gunung, di sini gunung
di tengah-tengahnya pulau jawa
ceritanya bengong, dalangnya pun bengong
yang penting anda semua bisa ketawa...

harus diingat..aku ni pelupa, so bila teringat baru aku akan garapkan kat sini... jadi kisah2 seterusnya akan bermula dengan....

"Teringat dulu masa.."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 01:50 AM | Show all posts
Teringat dulu masa bw wife 1st time balik kg, kecut perut dia malam 2 bila dengar bunyik banyak tapak kaki berjalan dari belakang umah pas tu stop kat tepi tingkap........hahaha....dia tanya ada org kat luar ke? aku cakap ala..lembu terlepas kandang kot....walhal 'budak2' belakang umah tu dtg jenguk.... masa nak kenduri kawin tu bapak pesan " ko dah jemput ke org belakang?" so paham2 je la... p jalan belakang umah lebih kurang 20meter... stop, bagi salam, pas tu jemput diaorg dtg kenduri, masa kenduri tu nampak gak kelibat2 diaorg sebab kita boleh beza sebenarnya manusia n bunian, karektor diaorg mmg lain. masa malam tu wat tahlil, makcik yg sebelah rumah (jarak 200m) dtg awal lepas maghrib, dia cakap..org surau dah datang ke? napa x  suruh masuk? ...isk! org surau mana baru lepas maghrib, dia ckp ada orang tua berjanggut,pakai bj melayu pakai serban duk atas moto c70 mata bulat..tgh gulung rokok..kita org cakap, mana ada org, kalau ada mesti nampak lampu moto td..xkan dia nak duk kat situ lama2, kan banyak nyamuk...

so nak bg sedap hati semua org...aku ngan anak dia pergi la tengok...mmg xde org tp ada bau rokok..."jemput la masuk, org surau x dtg lg" selamba je aku ckp ngan pokok pisang..hahahha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 01:57 AM | Show all posts
Reply 2# thessailly


   orang tua2 kata...kalu org dewasa kata...ALLAH! kita dan familiar jalan tu..so rasa dekat la... org muda2 kata...ada ku kecah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2010 02:22 AM | Show all posts
juragan ni the one yang pkai ur wifey punye nick tu ke??? kat thread uneks pasal selangor tu??
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 02:24 AM | Show all posts
sekarang ni orang2 "belakang rumah" tu still ade jugak ke???macam tt cerita waktu keje kawen ade jemput dorg sume tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2010 02:27 AM | Show all posts
teringat dulu masa 1st time blk kg ngan wife naik moto (saja gatal bontot...sekali naik kematu sebab jauh sgt).. sampai kat pekan sg besar tu kita orang makan kat benteng, pas tu terus kan perjalanan ikut jalan dalam lalu panchang bedena-kg sekendi, time tu wife nak sgt bawak moto, ok la...bg dia bwk..bila sampai kat satu jalan tu (tebuk omar kot) kanan kiri jalan ada byk pokok kapok, keliling kebun sawit..aku ckp ngan wife, jgn bawak laju2 takut nanti ada kerbau pendek tu melintas x sempat brek..dia speed je pun...

pas tu ada sorang tua ni.naik basikal pakai bj melyu cream kusam, berserban and mcm ada bundle kain ikat kt blakang carrier beskal dia kat depan kita orang, kira jauh la juga ..
aku ckp ngan wife, kalu nampak apa2 jgn tegur...bila selisih tu aku just angkat tangan la, respect org tua kan..."X panas ke pakcik tu naik beskal tengah2 hari mcm ni?" "Erk! napa awak tegur?" " napa? itu orang kan?" "a'ah...mmg la orng tapi mcmne dia leh ada kat depan tu? awak bw laju ke dia lg laju" "BBBBBBBBBBBBB...." aku dah risau sbb tgk dia dah pulas trottle tu sampai santak "bwk biasa je...allah! tu kembar dia"...dalam hati...isk! org tua ni main lak dah...bila selisih, aku angkat tgn la..tanda respect kan..aku tgk org tua tu muka bersih n manis je..sambil senyum.. ( tu yg kat benang si uneks tu aku cakap bila aku tgk pic sultan abdul samad tu lama2, aku rasa syahdu and leh meleleh air mata..sbb sebijik mcm org tua ni)... sampai pantai BNO, wife tanya..."org tua td kembar kan? baru balik surau kan?" "a'ah.." kat situ mana ada surau yang oi....ada tapak surau lama dah berabad kena tinggal (ni pun misteri gak..nanti criter)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2010 02:47 AM | Show all posts
Reply 8# phiyya


   still ada... mcmne nak criter yer...anggap je dia org tu org2 lama...sebelum2 kita org kg ni buka kampung ni, dia orang dah mmg ada kat situ..kadang masa kecik2 dulu...dengar org bc quran, org masak, baby nangis, nampak org jalan pakai lampu pelita tgh2 kebun...rumah kita org ngan jiran, jarak dia jauh2.. satu malam tu wife jiran ni tegur hubby dia.." kenapa rumah wak tu terang benderang..anak2 dia balik ke?apa2 jadi ke?" walhal rumah aku time tu xde karen..ahahha rumah kita orang la antara yg paling lambat masuk karen...bapak aku kata membazir je..tapi lepas minyak tanah naik rega, anak2 nak study susah, aku pun nak tengok ultraman pun susah... mana taknya...tgk tv pakai bateri keta..kalau dah weak pic jd kecik la..senget2 tgk tv. pas tu hubby dia cakap, "umah wak tu mana ada karen...umah dia kan sebelah sana..tu bukan umah dia" selamba je dia balas...esok makcik ni pun terkedek2 la p umah aku jumpa arwah mak nak kepastian... mak aku senyum je.
pernah ada 3 ekor bangla ni nak p ngait kelapa kat kebun blakang umah aku tu, beskal semua tinggal kat umah aku...dari pg2 buta...sampai dekat maghrib x kuar2, bos dia dtang bising...bapak aku cakap cuba pi pusing ikut jlan masjid tu.. rupanya bangla 2 sesat dekat 5-6km! bos dia jumpa tepi jalan depan masjid,3-3 dah pancit..rupanya sekor bangla ni bawak todi nak kasi stim kopek kelapa......padan muka!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 06:58 AM | Show all posts
sambung lagi jgn malu2
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 07:51 AM | Show all posts
ahkak sabaq menanti...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 08:13 AM | Show all posts
Yeayyyyy suami nurulcomfy dah bukak threaddd....tahniahhh i will foloooo
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 08:45 AM | Show all posts
JURAGAN MALAM man penah ku dgrrrrrrrr tp di mna ya????
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 09:06 AM | Show all posts
waahhhhh.. i fllwww.... bessttt niiiii... hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 09:09 AM | Show all posts
errr sg besar???kat area pantai BNO...dulu selalu g sana..tak pernah lak dengar citer2 ni..tapi first time g sana, memang lambat nak sampai..nak2 time jalan tak siap dulu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2010 09:12 AM | Show all posts
errr sg besar???kat area pantai BNO...dulu selalu g sana..tak pernah lak dengar citer2 ni..tapi firs ...
ketotmerah Post at 2-7-2010 09:09



    mesti semua pokok2 nak tegur dan berkenalan dengan tot..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 09:18 AM | Show all posts
wahh!! akhirnyerr.... welcome to da club juragan a.k.a laki nurul..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 09:35 AM | Show all posts
nak sambungan nak sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 09:45 AM | Show all posts
Wah..teruskan...bes2 ni ceritanya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.070719 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list