CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81232|Reply: 125

norashman razak bin najib tun razak

  [Copy link]
Post time 21-7-2010 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Isnin Julai 19, 2010

Norashman juga seperti insan lain


Oleh FARIDAH HITAM & IWAN SHU-ASWAD SHUAIB









Figura tinggi lampai ini tidak dikenali ramai, namun keperibadiannya lebih matang daripada usianya yang bakal menginjak ke 20 tahun pada 17 Ogos ini pasti mencuri perhatian.

Barangkali ada yang akan bertanya, ada apa dengan lelaki ini? Pun begitu, personalitinya yang berkarisma menjawab persoalan malah menerima kehadirannya secara terbuka sebagaiman yang dirumus sewaktu menjejakkan kaki ke kediaman peribadi orang nombor satu negara di Jalan Langgak Duta, Taman Duta baru-baru ini.

Memulakan bicara di ruang tamu, suara pemilik nama Norashman Razak Najib ini ternyata kedengaran mirip suara bapanya.Inilah antara ‘aset’ yang diwarisi anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malah personanya persis ibu, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ramai yang mengatakan suara saya mirip dengan suara bapa. Sudah beberapa kali mereka terus ingat saya adalah bapa sekiranya hanya mendengar suara,” katanya.

Norashman berkongsi cerita mengenai suatu hari beliau membisikkan sesuatu kepada ibunya yang ketika itu sedang berbual-bual menerusi panggilan telefon.

“Kenalan ibu memohon maaf: “Maaf Datin Seri, saya tak tahu Datin Seri bersama dengan Datuk Seri.” Ibu pula menjawab: “Bukan Datuk Seri, itu Norashman.”

“ Pernah juga bila saya menjawab panggilan di rumah dan orang itu sebenarnya mahu bercakap dengan ayah tetapi terus bercakap kerana menyangka saya adalah ayah,” ujarnya.

Gemar berjenaka

Sebagai anak pemimpin negara, pasti ramai tertanya-tanya bagaimana jejaka yang menyokong pasukan Manchester United ini menjalani kehidupan sehariannya.

Masyarakat mungkin menganggap Norashman tidak seperti anak-anak muda lain kerana setiap pergerakan dikawal ketat, malah tidak keterlaluan menganggapnya sebagai satu beban.

Namun, beliau mengakui dirinya begitu istimewa kerana masih menjalani kehidupan normal meskipun bapa merupakan orang paling penting negara.

“Bila masyarakat berjumpa dengan saya, perkara pertama yang difikirkan mereka adalah saya sebagai anak kepada Perdana Menteri. Tanggapan itu benar-benar menguji saya dari segi karakter dan tingkah laku agar dapat memberikan keselesaan seimbang di sekeliling saya,” ujarnya.

Pada awalnya Norashman berasa tidak selesa kerana perlu menjadi terlalu formal, namun keadaan itu sebenarnya membentuk keperibadian lebih baik.

“Sesiapa pun akan melalui perkembangan diri untuk disesuaikan dengan persekitaran, sekaligus menunjukkan bahawa saya juga seperti orang lain,” tambahnya.

Katanya, apabila bertemu dengan orang lain terutama yang baru dikenali, sudah tentu dia berusaha untuk menjadi diri sendiri.
Bagaimanapun katanya, tiada masalah untuk berasa lebih selesa dengan orang sekeliling kerana dirinya seorang yang ceria, lebih santai dan suka berjenaka.

Karakter jejaka berbintang Leo yang bersahaja ini membantunya membiasakan diri dengan keadaan dan tanggungjawab sebagai anak Perdana Menteri.

Dia selalu berfikir sekiranya bapanya mempunyai peranan penting untuk negara, sudah menjadi tanggungjawab baginya untuk meletakkan perkara lain sebagai kedua penting.

“Keutamaan adalah bapa kerana beliau sendiri mempunyai tanggungjawab lebih penting dalam membantu seluruh rakyat dan negara. Jadi kenapa tidak saya turut membantu, malah ibu sering berpesan agar sentiasa menjaga keperibadian dan tingkah laku terutama di hadapan khalayak,” jelasnya.

Pilihan lebih terbuka

Norashman kini baru selesai pengajian tahun kedua dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa di Universiti Georgetown di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Bidang itu mungkin dianggap membosankan bagi sesetengah orang, namun adalah penting untuk mengetahui isu-isu penting dunia tanpa batasan.

“Saya berpendapat perhubungan antarabangsa tidak membosankan, namun sebaliknya berupaya menjadikan seseorang itu lebih menarik. Semua orang mahu mengetahui apa yang berlaku di seluruh dunia. Ini sekali gus memperluaskan perspektif seseorang tanpa diganggu oleh imaginasi sempit,” katanya.

Secara tidak langsung, jelasnya, pengetahuan itu memberi kelebihan kepadanya untuk berkomunikasi dengan orang lain di semua peringkat.

Norashman menyertai Persatuan Pelajar Muslim di samping membabitkan aktiviti kemasyarakatan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Percaya atau tidak, tiada siapa yang mengetahui saya adalah anak Perdana Menteri kecuali rakan sebilik di AS kerana apa yang lebih penting adalah keperibadian saya.

“Saya benar-benar mahu memastikan keadaan di sini lebih selesa, tanpa menimbulkan sebarang perkara yang mencurigakan apatah lagi menyusahkan orang lain.

“Rakan sebilik pada mulanya tidak mempercayai, malah mengatakan saya berjenaka kerana dilihat seperti insan lain, bukan anak pemimpin negara,” ujarnya.

Norashman melanjutkan pelajaran di luar negara bukan semata-mata untuk mendapatkan kebebasan, tetapi kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa untuk mematangkan dirinya.

Beliau sudah biasa berdikari kerana selepas sekolah rendah dia membuat A-Level di London, United Kingdom, namun tidak dinafikan pada mulanya berasa rindu dengan kampung halaman.

Namun, persekitaran dikelilingi ramai rakyat Malaysia dan rakan-rakan baru dari pelbagai negara memberikan keselesaan untuk berada di negara asing.

“Tetapi saya hanya akan berasa homesick apabila tiba musim peperiksaan,” katanya berjenaka.

Beliau sebelum ini pernah mengatakan masih terlalu awal baginya untuk bercakap mengenai politik terutama mengenai pilihan sama ada akan mengikut jejak langkah bapanya atau tidak.

Menurutnya, segelintir orang daripada awal lagi mahu menjadi peguam, namun sebaliknya itulah perkara terakhir yang mahu dilakukan mereka.

Jelasnya, adalah lebih baik untuk membuat pilihan terbuka kerana di dunia ini mempunyai pelbagai perkara menarik yang mungkin akan dieksplorasi kemudian.

“Saya sentiasa berpegang dengan prinsip ‘Do not be a victim of your own perspective’ (Jangan menjadi mangsa kepada perspektif sendiri).

“ Peredaran masa mematangkan diri saya dan saya menyahut cabaran untuk mencuba sesuatu yang memberi kepentingan kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Idola bukan klise

Banyak perkara yang boleh difokuskan dalam perhubungan antarabangsa seperti Malaysia yang sering menjadi kunci utama kepada Asia Tenggara.

Segelintir mereka berbual mengenai pembangunan, kemajuan dan isu semasa negara termasuk politik, kata Norashman yang begitu menyukai makanan roti canai ini.

Pernah suatu hari seorang rakan terbaca satu berita mengenai Malaysia mempunyai perdana menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Oleh kerana nama ayah saya juga ‘Najib’, dia kemudian memandang saya yang pada ketika itu memakai baju kasual dan saya seperti biasa bersikap tenang.

Kemudian dia berkata, “Oh, tidak mungkin Najib itu ayah awak.” Saya hanya membalas, “Ramai orang mempunyai nama Najib di Malaysia.”

Mungkin kedengaran agak klise apabila Norashman menjadikan bapanya sebagai idola kerana hakikatnya bapanya adalah insan lebih dekat baginya untuk mendapatkan inspirasi.

Jelasnya, ini kerana bapanya mempunyai latar belakang yang hampir sama dan lebih penting kerana ia melibatkan sentuhan emosi dan peribadi antara kedua-duanya.

Norashman begitu rapat dengan ibu dan juga bapanya maka tiada masalah baginya untuk berkongsi banyak perkara dengan mereka.

“ Pun begitu, saya perlu menghormati kedua-duanya terutama bapa kerana tanggungjawabnya amat besar yang sentiasa menuntut beliau mendengar masalah rakyat.

“Sebagai anak, saya tidak mahu beliau dibebani dengan masalah lain kerana perkara terakhir yang patut dilakukannya adalah meluangkan masa berkualiti bersama keluarga,” ujarnya.

Norashman akan kembali ke AS untuk menyambung pengajian dalam Perhubungan Antarabangsa pada akhir Ogos ini selepas cuti musim panas selama tiga bulan.

Melanjutkan pelajaran ke luar negara merupakan peluang amat bermakna bagi generasi muda seperti beliau, cuma masalah timbul apabila segelintirnya enggan pulang ke tanah air kerana mahu bekerja di negara asing.

“Ia disifatkan sebagai satu pembaziran kerana negara sudah banyak melabur sejumlah wang bagi memastikan mereka memperoleh pengetahuan dan kepakaran lebih baik.

“Mungkin jumlahnya tidak ramai, mereka sepatutnya bertanggungjawab untuk berkhidmat di Malaysia terutama kelayakan dan bakat yang amat diperlukan negara,” katanya.

Norashman tidak mempunyai pilihan cita-cita secara khusus, tetapi mahu melibatkan diri dalam bidang yang memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Bagi saya, kualiti pendapatan merupakan antara isu yang boleh diselesaikan bagi melihat perkembangan lebih baik dalam negara dan ini satu manfaat untuk rakyat.

“ Perjalanan saya mungkin masih jauh lagi berbanding bapa yang banyak memperjuangkan nasib negara. Namun, saya optimis untuk terus maju ke hadapan, memikirkan apa yang lebih baik untuk semua dan apa yang akan dilaksanakan kelak,” katanya.




dia ni yg pandai cakap mandarin... muka sebijik najib!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2010 05:53 PM | Show all posts
Isnin Julai 19, 2010
Anak bongsu yang menghiburkan

WAJAHNYA sentiasa terukir senyuman, tutur katanya tersusun penuh tertib dan sopan.

Walaupun sekali pandang anak muda bernama Norashman Razak Najib Tun Razak ini mungkin dianggap pemalu, namun selepas berbual seketika dengannya ternyata dia seorang yang ceria dan periang.

Tanggapan ini menjadi kuat bila sesekali kedengaran gelak tawanya ketika menceritakan sesuatu yang lucu.

Malah empunya diri sendiri mengaku dia sebenarnya seorang yang ceria, bersahaja dan suka membuat jenaka lebih-lebih lagi bila berkumpul sesama keluarga dan dalam suasana santai.

Semasa kecil, menurut Norashman, ibunya berasa sedikit bimbang kerana sifat-sifatnya itu, takut kalau-kalau dia tidak serius dalam menghadapi pelajarannya.

Namun, dia membesar dengan kesedaran penuh tentang komitmen bapanya sebagai pemimpin terhadap rakyat dan negara.

“Saya sedar dan memahami bahawa bapa saya dan ibu mempunyai tanggungjawab berat terhadap rakyat dan negara, lebih-lebih lagi sekarang. Saya menerima keadaan ini dan memainkan peranan saya sebagai anak dengan sewajarnya.

“Bagi saya saat-saat paling gembira ialah bila berpeluang menghabiskan masa bersama ibu dan bapa serta keluarga. Saya sering membuat jenaka untuk membuat mereka tertawa dan berasa terhibur.

Sebagai anak bongsu dalam keluarga, Norashman berkata dia memang rapat dengan kedua-dua ibu bapanya. Hakikat ini memang jelas terbukti apabila melihat cara dia menyambut kepulangan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur di rumah sekembali mereka daripada menghadiri satu upacara rasmi di Putrajaya Sabtu, minggu lalu.

Wajahnya bertambah berseri-seri sambil dia memeluk ibu dan bapanya dalam suasana penuh mesra. Gurau senda dan gelak tawa antara ketiga-tiga beranak ini, walaupun sejenak namun jelas membayangkan kemesraan yang terjalin dalam keluarga pertama ini. Di luar rumah, Najib adalah pemimpin negara, Rosmah sebagai wanita pertama, namun bila pulang ke rumah mereka adalah ibu dan bapa kepada Norashman.

Ditanya saat-saat paling manis bersama bapanya, sambil tergelak Norashman berkata: “Pertama kali saya mengiringi bapa menyanyikan lagu kegemaran bapanya iaitu Under the boardwalk.

“Saya bukan mempunyai vokal yang baik dan bila bapa mengajak saya mengiringinya, saya bangun dan lakukannya walaupun suara saya tidaklah seberapa,” jelasnya.

Dengan perkembangan politik dan pentadbiran negara yang diterajui bapanya selain mengikuti pengajian dalam Perhubungan Antarabangsa, Norashman kekal menjalani gaya hidup seperti biasa.

Beliau juga mengikuti perkembangan muzik yang dahulunya meminati lagu-lagu rock, namun kini lebih selesa dengan halwa telinga berentak dance music.

Pun begitu, dia mengakui yang dia bukanlah yang pandai menari meskipun mengakui lagu-lagu dance music ini benar-benar memberikan jiwa kepadanya.

“Saya lebih selesa bermain gitar pada masa lapang tetapi belum mahir untuk mencipta lagu menggunakan alat muzik itu. Cukup sekadar bermain untuk meredakan tekanan,” katanya.

Norashman yang terus berbicara mengenai muzik mengakui dirinya tidak meminati lagu-lagu berentak R&B kerana baginya irama itu terlalu beremosi.

Katanya, kebanyakan lagu sedemikian mengisahkan gadis yang menghancurkan hati seorang lelaki dan lelaki itu tidak melupakannya atau beralih arah menemui cinta baru.

“Ia berbalik kepada perjalanan cerita di dalam lagu yang masih sama dan tidak hairanlah sekiranya perempuan lebih menyukai lagu-lagu R&B,” ujarnya.

Norashman gemar menonton saluran National Geographic dan History Channel terutama sekarang Astro sudah menambahbaik perkhidmatannya menerusi definisi tinggi (HD).

Baginya selepas ini mahu mencuba sesuatu yang lebih berani dan mencabar seperti terjunan udara (sky diving), tetapi tidak bercadang untuk melakukan bungee jumping.

“Saya adalah seorang yang gemarkan aktiviti luar dan begitu menyukai persekitaran pantai atau taman untuk melihat kekayaan alam semula jadi.

“Kembara saya banyak dihabiskan bersama keluarga. Bagi saya, itulah aktiviti paling bernilai malah hadiah paling bermakna kerana kesibukan bapa membataskan waktu rehat,” ujarnya.

Jenis-jenis sukan yang diminatinya termasuk tenis, bola sepak dan kini mula berjinak-jinak dengan golf supaya dapat bermain bersama bapanya.

Seperti anak-anak muda yang sebaya dengannya, Norashman mengaku menyimpan minat membuat spinning selaku deejay bila bersama keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 07:29 PM | Show all posts
bapak borek anak rintik .. hope dapat bawa malaysia ke arah yang bagus .. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 10:18 PM | Show all posts
kalu nak kawin nanti cari la calon yang bujang..jgn le cari bini org....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2010 10:21 PM | Show all posts
bapak borek anak rintik ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 02:50 PM | Show all posts
harap jangan cari isteri yang giler poco2 & repair hidung sana sini vagaiiii.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2010 02:52 PM | Show all posts
nasib baik tinggi lampai mamat ni...ermmm....berhati hati kalau berjalan @ naik stage yerrr dik...takut  tersungkur depan org ramai
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 03:00 PM | Show all posts
handsome anak DS najib ni.....harap2 perangai pun bagus jugak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 03:01 PM | Show all posts
ni yg dok spin kat SUltan Lounge Mandarin Oriental taun lepas kan? I saw in some facebook posts.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 03:26 PM | Show all posts
hahaha..lawak la statement u ol neh.. sgt berani n kejam n telus...huahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 03:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by shania88 at 18-3-2011 17:33

Reply 8# seri_mawr

yg ni ke???
baguskannnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 04:27 PM | Show all posts
kalu nak kawin nanti cari la calon yang bujang..jgn le cari bini org....
romeor Post at 21-7-2010 22:18

Statement berani....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 05:22 PM | Show all posts
perhatin masalah rakyat ada harapan kami semua pada norashman
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 05:28 PM | Show all posts
boleh tahan hensem lah

gituhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 06:42 PM | Show all posts
boleh tahan hensem lah

gituhhhh
jingga007 Post at 22-7-2010 17:28


hencem2
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 06:51 PM | Show all posts
Reply 15# sukaminumteh


    tp masih xboleh gantikan avvy mek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 07:07 PM | Show all posts
Isnin Julai 19, 2010
Di luar rumah, Najib adalah pemimpin negara, Rosmah sebagai wanita pertama, namun bila pulang ke rumah mereka adalah ibu dan bapa kepada Norashman.
amazed Post at 21-7-2010 17:53



tak paham aku dgn wartawan malaysia
nak tulih tapi taktau etika
malaysia negara BERAJA. tak ada gelaran WANITA PERTAMA utk isteri PM
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 07:09 PM | Show all posts
kalu nak kawin nanti cari la calon yang bujang..jgn le cari bini org....
romeor Post at 21-7-2010 22:18


Sapelah agaknya gadis Melayu yg bertuah nanti dpt jadi menantu bonda Rosmah.  Sblumnya tentu kena interview kaw-kaw dngan bonda Rosmah, "layak ke awak nak jadi menantu saya?".  Ah! takutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 07:46 PM | Show all posts
tak paham aku dgn wartawan malaysia  
nak tulih tapi taktau etika  
malaysi ...
gekgucekgi Post at 22-7-2010 19:07



bukan tak tau etika... saja nak menjilat selagi boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 08:02 PM | Show all posts
handsme gak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.089627 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list