CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14707|Reply: 68

Rasukan Jin @ PPR Desa Petaling

[Copy link]
Post time 3-8-2010 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Melayu  baca mantera Urdu   
Oleh Shamsul Munir Safini dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
[email protected]
2010/08/03
         
            
KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Desa Petaling di sini, terpaksa ditutup sementara selepas lebih 10 pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita tiba-tiba diserang histeria, semalam.


CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah.


   Serangan histeria itu bermula kira-kira jam 7.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Atikah Abdullah, yang menghadiri perhimpunan pagi tiba-tiba mengamuk dipercayai dirasuk.

    Keadaan dialami mangsa berjangkit kepada sembilan pelajar lain termasuk seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita ketika semua mereka yang juga rakan sekelas mangsa cuba menenangkannya.

   Ini menyebabkan suasana di sekolah itu  kelam-kabut seketika apabila semua mangsa menjerit kuat.

   Sejurus selepas itu, Atikah cuba melarikan diri sebelum ditahan beberapa rakan dan gurunya.

   Rakan mangsa, Mohd Fairuz Faizin Amran, 16, berkata sejurus kejadian itu, perhimpunan disuraikan dan mangsa dibawa ke bilik berdekatan.

   Katanya, rakan serta guru membacakan surah Yasin menyebabkan Atikah tenang seketika sebelum kembali meronta, malah rontaan mangsa diikuti beberapa pelajar perempuan lain yang turut diserang histeria.     Menurutnya, pihak sekolah membenarkan semua pelajar sesi pagi pulang pada jam 9.30 pagi dan sekolah dijangka dibuka semula  hari ini.

   “Mangsa dipapah pulang keluarganya  selepas dimaklumkan kejadian itu. Pelajar lain yang diserang histeria juga dibawa pulang keluarga masing-masing.

   “Sebaik tiba di rumah, Atikah masih  meronta dan cuba keluar rumah untuk ke sebatang pokok berhampiran,” katanya ketika ditemui di sini.

   Katanya,  mangsa merangkak dan menggelupur sebelum menjerit dalam bahasa Urdu supaya disediakan buah limau, epal hijau dan colok.

   Dalam keadaan mata terbeliak ketika dipapah beberapa lelaki, mangsa memandang tepat  ibunya, Suraya Abdullah, 33, sambil menjerit seolah-olah mahukan makanan.



   Suraya mendakwa, makhluk halus yang mengganggu anaknya dipercayai tinggal di sebatang pokok berhampiran rumah, tetapi pokok itu baru ditebang bulan lalu menyebabkan makhluk yang menghuni pokok itu mengganggu Atikah.

   Katanya, anak sulungnya itu sering  meracau dan diserang histeria tidak kira masa, malah lebih teruk apabila terdengar laungan azan.

   “Saya amat terkejut dengan kejadian yang menimpanya, kadangkala dia menyanyi lagu Tamil dan ketika diserang histeria terdengar seolah-olah dia  membaca mantera dalam bahasa Urdu.

   “Dia sering diserang penyakit ini, kelmarin (Sabtu) sudah tiga kali dan semalam (kelmarin) empat kali dia diserang histeria, malah saya terpaksa mengambil cuti,” katanya.


   Menurutnya, sebelum ini, sudah lapan penduduk di kawasan tempat tinggalnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling diserang kejadian pelik itu.

   Suraya berkata, daripada gambaran diberikan anaknya, makhluk yang mengganggu itu banyak dan yang merasuk anaknya paling kuat di kalangan mereka dipercayai jin kafir dan tidak mengendahkan bacaan al-Quran.

   Menurutnya, selepas ditenteramkan serta menjamah makanan, anaknya tiba-tiba diam dan mula sedar.

   Atikah yang  lemah sejurus itu berkata, dia tidak sedar apabila dirasuk, malah berasa ada sesuatu yang mengawal tindakannya serta berasa mual ketika dirasuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 11:00 AM | Show all posts
bahasa urdu? erk!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2010 11:01 AM | Show all posts
nak epal ijau tu
buah limau bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 11:08 AM | Show all posts
mintak colok lagi tuuu
antu tu lapo ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 11:08 AM | Show all posts
hantu hindu nih......
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 11:19 AM | Show all posts
tetiba teringat masa zaman sekolah2 dulu.... bila sorang kena histeria, yg lelain mula la ikut gak... tp ada gak yg amik kesempatan, x histeria pun tp pura2... tu yg aku geram tuh!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2010 11:25 AM | Show all posts
dulu kat hostel
dak2 kena histeria tu

tampar je muka berdesup2

tak lama pastu elok laaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 11:27 AM | Show all posts
antu vegetarian.
tapi colok tu sama la ngan kemenyan. jin kan makan asap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2010 11:34 AM | Show all posts
hantu lapar tuhhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 11:57 AM | Show all posts
Bantuan Darusshifa’

2010/08/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling akan mendapatkan khidmat perubatan dari Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (Darusshifa’) bagi menghalau makhluk halus yang mengganggu 10 pelajar termasuk seorang guru di sekolah berkenaan sehingga memaksa sekolah itu ditutup semalam.
Pengerusinya, Iskandar Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian serangan histeria berkenaan semalam.


Katanya, kejadian berkenaan adalah yang pertama kali berlaku di sekolah itu dan pihaknya sentiasa maklum mengenai kesannya kepada pembelajaran pelajar akibat kejadian situ.


“Bagi mengatasi masalah serangan makhluk halus di sekolah itu, kami akan mengadakan majlis bacaan Yasin bagi menghalau makhluk halau itu,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 11:58 AM | Show all posts
Usah layan jin kafir


2010/08/03


KUALA LUMPUR: “Usah layan permintaan jin kafir jika dilayan keadaan jadi semakin buruk,” kata penceramah bebas, Hassan Mahmud al-Hafiz ketika mengulas mengenai seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Desa Petaling diserang histeria disyaki dirasuk makhluk halus.
Menurutnya, tindakan terbaik memberi amaran kepada jin terbabit supaya keluar dari tubuh badan mangsa dengan meletakkan dua ibu jari ke leher mangsa dan menekan dengan kuat.


Katanya, terdapat tiga langkah menekan bagi menghalau jin terbabit iaitu dengan kadar biasa, tinggi dan paling tinggi jika jin terbabit masih berdegil untuk keluar.


“Langkah lain yang boleh digunakan adalah mengambil lada hitam dan diletakkan di kuku kaki mangsa kemudian tekan dengan kuat sehingga jin itu keluar,“ katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:22 PM | Show all posts
kejadian ni baru lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:50 PM | Show all posts
tetiba teringat masa zaman sekolah2 dulu.... bila sorang kena histeria, yg lelain mula la ikut gak.. ...
carly_lah Post at 3-8-2010 11:19


teringat abah aku citer dulu..dulu masa dia ngajar kat satu sekolah menengah kat muar, pada masa tu ada la kes2 histeria nih...macam ko cerita jugaklah..yang kena histeria tu dah betullah kena histeria..pastu ada pulak yang ngambil kesempatan buat2 histeria..

abah aku masa tu senang aje...dia ngan cikgu2 laki yang lain nyalakan sebatang rokok, pastu acah2kan kat pelajar histeria tu konon2 nak tenyeh kat tangan dia..

hasilnya? hahahaha ada beberapa orang murid yang belum kena cucuh rokok dah menjerit..."cikgu2 saya tak kena rasuk cikgu!! saya main2 aje!"...hahahah tau pulak ko takut ye..


p/s kalo orang kena histeria diorang tak kesah pun kena cucuh rokok..makin suka ada la sebab asap rokok tu makanan jin..hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 12:56 PM | Show all posts
baru baca kat harian metro kejap tadi... dia kena rasuk tu lepas pokok besar kat delan rumah dia ditebang bulan lepas tu yg penunggu tu ngamuk kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 01:03 PM | Show all posts
tula..umah die kena tebang mana xngamuk antu tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 01:15 PM | Show all posts
lapo benau jin tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 02:06 PM | Show all posts
Reply 13# billionman78

Apa motip derang pura2 berlakon histeria tu? Apa yang beshnya?

Boleh balik umah kot, tak yah masuk klas gitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 02:07 PM | Show all posts
Reply 13# billionman78
padan muka.. tu la lenkali pura2 lagi.. tp carly x terpikir la pulak idea tu masa sekolah dulu... duk aspuri.. mana ada yg merokok...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 02:21 PM | Show all posts
ngeri tul baca...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 02:30 PM | Show all posts
Mana hantukiller... suh dia tangkap jin urdu ni.. hehehe sure settle kes..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.289970 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list