View: 17855|Reply: 111
|
♥ Menyambut Lebaran Bersama CT Nurhaliza♥
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by jojiekejung at 8-9-2010 13:09
Haii uolss sumer yg gojess2 tapi neceral!
Kalau ada info, tolong salin, isi dan paste balik ekk ...
ASTRO RIA
=========
tajuk : Lebaran Diva Dato Siti
perdana : 4 petang, 11 September (Raya Kedua)
ulangan : 13 September - 12pm
KONSERT SATU DATO |
|
|
|
|
|
|
|
thank you makjojie.
tolong update ye sesiapa yang tahu any further info. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Syfuel at 28-8-2010 01:54
Mak, kat TV3 akan ada rancangan Stylistika Siti, pada minggu pertama Aidilfitri...
Sumber:Murai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# Syfuel
akan ditayangkan pada hari raya kedua jam 5.00 @ 6.00 ptg, tak perasan masanya |
|
|
|
|
|
|
|
jam 5 petang.. |
|
|
|
|
|
|
|
thnks khyree, ...masa iklan tu sibuk tgk ct, tgk gak masa & harinya, rasa mcm pkl 5, but klu tak silap iklan2 slpsnya pkl 6 kan, tu yg ingt pkl 6 |
|
|
|
|
|
|
|
iosl jadi teruja nak tgk sylistika siti raya ni lepas baca artikel ni uolssssss...
Begawan Solo temukan mereka
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM
SITI teruja dapat melibatkan diri dalam Stylistika Siti.
SEJAK sekian lama, vokalis kumpulan Hujan, Noh hanya memerhatikan perkembangan dan progres kerjaya penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Tidak segan silu Noh menyatakan, Siti merupakan artis yang wajar dijadikan contoh oleh mereka yang mahu mengecapi kejayaan sebagai artis yang berjaya.
Apabila terjun ke dalam bidang seni secara serius, dia juga tidak pernah terfikir mahupun memasang impian untuk disatukan dengan Siti dalam mana-mana persembahan.
Lalu, apabila TV3 membuka peluang kepada Noh untuk menjadi artis jemputan dalam program Stylistika Siti untuk tayangan Hari Raya nanti, Noh hanya mampu diam membisu.
Berkali-kali dia berkata kepada dirinya apakah benar tawaran itu satu realiti atau mimpi kerana ia sememangnya peluang yang tidak pernah diimpikannya.
“Saya tidak mampu menafikan bahawa saya memang benar-benar gementar apabila mendapat tahu saya akan berkongsi pentas dengan Siti untuk pertama kali.
“Siapa yang tidak mahu berkolaborasi dengannya? Kita bercakap tentang Siti Nurhaliza, satu nama besar bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh nusantara. Jadi, saya percaya ramai yang menyimpan hasrat itu.
“Jujur saya katakan, saya memang menyanjung tinggi kepada Siti yang saya sifatkan memiliki pakej yang lengkap sebagai penghibur.
“Vokalnya memang cukup hebat dan dia sudah diakui sebagai antara penyanyi wanita negara yang berbakat,” puji Noh dalam nada teruja sambil memandang Siti yang berada di sisinya usai rakaman Stylistika Siti di Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Barangkali apabila Siti dan Noh bersatu di atas pentas, pasti akan ada yang melihatnya sedikit janggal.
Siti dengan irama pop dan tradisional yang sudah menjadi makanan rujinya manakala Noh pula memperjuangkan muzik rock alternatif.
Sudah pasti peminat kedua-dua penyanyi popular ini mahu melihat bagaimanakah hasilnya apabila mereka digandingkan di atas satu pentas.
Bukan sengaja mahu memuji melangit, tetapi gandingan Siti dan Noh pada rakaman Stylistika Siti tempoh hari benar-benar menjadi.
Lagu yang dipilih mereka juga bukan sembarangan iaitu Begawan Solo yang merupakan lagu klasik yang cukup popular dari Indonesia.
Paduan suara mereka cukup mengasyikkan berjaya membawa audiens larut dalam emosi yang dibawakan mereka menerusi lagu itu.
Memang tidak syak lagi, Siti dan Noh mampu menjadi pasangan duet yang cukup ideal jika kena pada lagu yang dipilih.
Kata Noh, apabila mendapat peluang itu, dia mahu melakukan yang terbaik kerana sedar, ia tidak mungkin akan datang kepadanya sekali lagi.
Lantas, dia memikirkan lagu terbaik untuk dinyanyikan bersama Siti agar dapat membangkitkan keserasian antara mereka.
Untuk itu, Begawan Solo dipilih kerana Noh tahu melodi lagu itu mampu dijalin dengan baik jika dinyanyikan secara duet bersama Siti.
“Ia merupakan antara lagu-lagu klasik yang menjadi kegemaran saya sejak dulu lagi dan seperti mana yang kita tahu, ia mempunyai pelbagai versi.
“Versi yang cukup menarik perhatian saya adalah ketika lagu ini menjadi lagu latar dalam filem Berbagi Suami yang benar-benar meninggalkan kesan dalam diri saya.
“Apabila TV3 memberi peluang kepada saya untuk memilih lagu itu, saya terus mahukan Begawan Solo. Saya juga percaya Siti mampu membawakannya dengan baik tanpa sebarang masalah,” ujar Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menceritakan rasional pemilihan lagu itu untuk program Stylistika Siti.
Ketika ditanya, apakah kolaborasi pertamanya dengan Siti itu akan membuka jalan untuknya mencipta lagu untuk Siti kelak, Noh hanya mampu ketawa.
Katanya, adalah menjadi satu penghargaan besar buatnya jika penghibur berusia 31 tahun itu benar-benar mahu merakamkan lagunya untuk.
“Peluang beraksi dengan Siti untuk persembahan ini pun sudah saya anggap sebagai antara momen terbaik saya sepanjang menjadi artis.
“Apatah lagi kalau Siti sudi menyanyikan lagu-lagu saya. Sudah pasti, kalau Siti mahu meminta lagu, saya tiada masalah mencipta lagu khusus untuknya,” kata Noh yang memberitahu album ketiga Hujan akan dipasarkan selepas bulan Syawal nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
siti ni mcm dh jadi artis eksklusif astro pulak...
selamat hari raya semua! hati2 di jalan raya.. |
|
|
|
|
|
|
|
“Apatah lagi kalau Siti sudi menyanyikan lagu-lagu saya. Sudah pasti, kalau Siti mahu meminta lagu, saya tiada masalah mencipta lagu khusus untuknya,” kata Noh yang memberitahu album ketiga Hujan akan dipasarkan selepas bulan Syawal nanti.
eddysheddy Post at 4-9-2010 00:34
Macam clue je.Siti kan tengah kumpul material untuk album pop baru dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# hyie
klu blh semua stesen nak kan ct ............. |
|
|
|
|
|
|
|
wahh! x sabar!~ |
|
|
|
|
|
|
|
(menunggu pekhabaran gembira)....{:1_125:} |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah sdg mnunggu perkhabaran gembira dr Tok Ti...exclusive dr Mekah..hehehe wait n c |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nadia90 at 8-9-2010 11:25
UPDATED!
ASTRO RIA
=========
tajuk : Lebaran Diva Dato Siti
perdana : 4pm, 11 September(raya kedua)
ulangan : 13 September - 12pm
sumber : AstroGuide
KONSERT SATU DATO’ SITI NURHALIZA BHG 1 & 2
Jumaat & Sabtu, pukul 9.00 malam, 10 & 11 September 2010
BONUS!
KONSERT SERIBU WARNA
http://www.astro.com.my/epg/programme.php?id=260246
RTM1
====
tajuk : CT 15
perdana : 11 Sept(raya kedua), 9.30 malam
guest : Yuna
RTM2
====
BELUM ADA
TV3
===
tajuk : Melodi Raya
perdana : 12.30 pm, 12 September(raya ketiga)
ulangan :
sumber : Berita Harian
tajuk : Stylistika Siti
perdana : 5pm, 11 Sept(Raya kedua)
guest : Noh Hujan
NTV7
===
BELUM ADA
TV9
===
tajuk : Konsert Di Hati Siti
perdana : 10 pagi, 10 Sept(Raya Pertama)
guests : Dato Jefrey Din, Hail Amir, Muss (Kumpulan May) dan Nora |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk : Konsert Di Hati
perdana : 10am Raya Pertama
ulangan :
sumber : Kerry / Syfuel / Youtube
bukan tv3, tapi TV9 |
|
|
|
|
|
|
|
nk tgok yg rtm tu sebab nk sgt tgok ct duet ngn yuna lagu dan sebenarnya tu...bila ek? |
|
|
|
|
|
|
| |
|